Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 24, 2006


Pengalaman D' Hospital

Posted by Faridatul at 2:36 PM
Sebenarnya aku nk updatekan blog ni pada 24 Februari yang lalu tapi tak berkesempatan..tak pa lah...still leh di baca. :-)


Assalamualaikum...



Alhamdulillah, setelah 2 minggu demam dan mengalami penderitaan yang rasanya tak pernah lagi la rasa seteruk itu berakhir jua akhirnya. Allah saja yang tahu penderitaan ku, pabila seteguk air pun tak leh masuk ke tekak, makanan sesudu pun tak leh di telan. Namun, aku masih bersyukur kerna ade yang lebih teruk dari itu.



Dalam seminggu terbaring di wad 3, katil no 5 di hospital kajang, aku rasa seperti banyak benda yang aku pelajari. Pengalaman yang baru, bukan senang nak dapat pengalaman di dalam hospital kalu kita tak sakit. Penyakit sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita, untuk menguji samada kita sabar dengan ujiannya ataupun tidak.



Dalam hospital, bermacam2 kerenah manusia yang tidak sabar menghadapi dugaan. Ada yang sakit biasa, tapi lebih2 pulak dr orang sakit tenat. PELIK!! Tiap-tiap malam, ade seorang makcik ni yang ku gelar disini sebagai makcik A. Aku tak pasti pada mulanya dia sakit apa, tetapi nampak macam kronik. Sebabnya, setiap malam dia akan meraung kesakitan dan marah2 pada jururawat. Pelbagai cara jururawat pujuk agar makcik A ni tak buat bising sebab banyak lagi pesakit lain yang lebih kronik dari dia yang memerlukan ketenangan. Aku pun bengang dengan sikapnya yang pada mulanya aku anggap kelakar. Masuk hari kedua, ketiga, dan seterusnya aku berada di hospital itu, aku jadi marah lak. Sebab makcik A ni tak pedulikan pesakit yang lain.



Pada satu hari, makcik A ni dilawat oleh anak2nya. Dan salah sorang anak perempuannya singgah di katilku kerna katil aku betul2 depan pintu masuk wad. Tu yang tension tu, tak de privacy. Aku tegur dia, tanya maknya sakit apa. Rupa-rupanya sakit jantung. kalu ikutkan teori yang ade pada kepala otak ku, sakit jantung tu, tak de sampai orang tu leh teriak setiap malam. aii..pening sungguh dengan kerenah makcik A ni.



Suatu hari makcik A ni buat bising teramat sangat sampai doktor pun tak leh nak rawat dia. Doktor dekat je, dia halau doktor tersebut. Padahal doktor nak cek tekanan darah dia je. emm...nurse2 kat situ sume g pujuk. Ade yang suruh mengucap, dia kata "tak tahu". suh baca fatihah, dia kata "tak tahu" jugak. Last sekali aku paling bengang, suh baca bismillah je, dia kata "apa tu". Masa tu aku pakai walkman bacaan al-quran,tu pun kawan2 aku yang bagi pinjam. Kononnya nak buat baik, nak je bagi dia walkman yang ade padaku kat makcik A. Kot2 la kena sampuk dek syaitan ke...jembalang ke, tapi takut lak nak bagi. Mana tahu dia campak walkman tu. Tak pasal2 je.



Pada hari sabtu, terdapat 2 orang pesakit meninggal dunia. Ini la pengalaman aku tengok sendiri bagaimana nurse2 uruskan mayat masuk ke dalam yang ku panggil sebagai "keranda besi". Pesakit lain tak leh bangun, aku selamba jek, g dekat ngan nurse2 yang sibuk uruskan mayat tersebut. Sorang cina, sorang islam. bersebelahan katil lak tu. INSAF SUNGGUH!!


Makcik cina yang mati ni sebenarnya dah teruk sangat. Hidup dengan pertolongan mesin. Dalam keadaan itu, terpikir satu soalan yang pernah terpikir tapi tak sedalam hari tu. Apakah hukum seseorang yang memang dah tenat yang hanya boleh bernyawa hanya dengan bantuan mesin? Bukankah itu seperti menolak atau tidak redha dengan kehendak ilahi? Kalu wayar2 itu dicabut, nyawakan pun berhenti? Kalu ade sape2 yang leh tolong jawap soalan ini, mohon jawapkan untuk saya.

1 comments:

awan said...

mungkin kita boleh buat apa yg kita termampu. kalau guna mesin pun dah bagai mayat bernyawa, baik di'habis'kan saja.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea