Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 4, 2011

Selamat berpuasa

Posted by Faridatul at 10:56 AM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tiba sudah bulan ramadhan untuk tahun ni.. Umur yang semakin meningkat ni, sepatutnya ibadah pun makin meningkat. Seminggu lepas aku langsung tak boleh makan nasi. Kalu makan nasi jek, pasti muntah lepas tu. Tak sempat nak makan ubat tahan muntah.

Hari ni hari keempat berpuasa. Sedeynya tidak ada sehari pun yang aku mampu bertahan puasa sehingga petang.. yang mampu antara jam 11 dan 12 tengahari sahaja. Walaupun doktor syorkan agar aku tak puasa dalam seminggu ni kerana badan pun nampak dah kekurangan air, aku gagahi juga untuk puasa mana yang mampu.

Dua hari telah diberi MC. Aku hanya rehat sahaja dirumah. Walaupun tidak boleh puasa, seleraku tetap takde. digagahi juga untuk menyuap bubur ke dalam mulut. Alhamdulillah selain nasi, masih boleh bertahan dari muntah.

Seorang kenalan ku iaitu k ani memberitahu, bahaya jika aku tak makan. Tips yang diberikan makan apa yang kita suka. "G la beli kek secret resepi ke, westtern food ke..janji makan. Nanti boleh memudaratkan badan", katanya. Tapi masalahnya skrg, semua makanan kesukaan aku macam takde selera jek tgk. Tekak dan mulutku rasa pahit dan tawar. Ala..macam orang baru nak baik dari demam panas. Lebih kurang la rasanya.

Tetapi smlm aku order pizza kerana tidak boleh keluar membeli makanan. Suami ku ada majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan di syarikatnya bekerja. Walaupun diri ini dijemput untuk turut serta, tapi tak mampu untuk kesana. Lagipun pasti diorng akan order nasi. Karang muntah kat situ, aku juga yang akan memalukan suami nanti... so baik tak yah g.

Pizza yang dibeli hanya mampu makan sekeping dua sahaja. itu pun main sumbat jek ke mulut. Maka pizza yang tak habis tu dijadikan sahur aku dan suami. Alhamdulillah, sebelum ni bersahur ngan nasi asyik muntah jek, tapi tadi lepas bersahur ngan pizza tak de plak muntah. so lepas ni, kena cari makanan selain nasi tapi yang boleh tahan dari lapar. Sebab kalu lapar nanti, sakit kepala dan muntah angin plak dibuatnya....

Hari ni dah jam 11.33am. Tanda2 nak muntah tiada. Harapnya dapat kekal sehingga ptg.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea