Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 18, 2005


kepenatan yang tidak berkesudahan...

Posted by Faridatul at 10:42 PM 0 comments
ermm...

alhamdulillah...akhir nye berjaya dapat mengesan error yang semalam aku mencari-mencari di merata segenap ceruk maya pada ini...(maaf DBP).

Dengan ini, diistiharkan esok yang sepatutnye cuti jadi tak cuti..aku nak abihkan gak menyiapkan hasil perjuaganku ini...hahahaha

apa..apa...yang slogan yang ku pernah dgr kat tv tu..."perjuangan belum selesai".
hahahaha...cuba teka kata-kata siapakah itu.

moga esok lebih gemilang, terbilang,cemerlang drai hari ini. wallahua'lam.

Thursday, February 17, 2005


mije..oh..mije ~~~~

Posted by Faridatul at 11:11 PM 1 comments

hehehehe...kawan aku ni manja sket. Hari ni aku dera dia. Tulah nak ikut lagi lagi g kelas malam. Aku dera dia balik lewat. Sebab aku sakit tengah sakit hati ni. Weblog ku tak siap2 dengan sempurna lagi.


Esok ade kelas malam lagi...membosankan. Minggu ni memang klas padat seket. Maklum la semester ni banyak cuti. Pelajar2 pun dah lupa apa yang diajar..maklumlah...banyak sangat makan ketupat, nasi himpit, lemang, kek bulan, limau...dlll...


k lah..nak balik dah ni..semga tido ku dan kalian dibuai mimpi indah..Lupa plak...esok member aku ni nak g makan angin selama 3 hari...ingat2 ke aku ler ..


SEDIHHH.....huwahuwahuwa...nak ikut gak. tapi demam punya pasal tak dapat ikut. td ade appoiment ngan dr rahmah kat PK. hai...di tambahkan lagi ubat yang sedia ada. Dah ler aku ni malas makan ubat.


k lah...chow chin chow..ws

Tuesday, February 15, 2005


:: Cam mana Melayu Nak Maju ::

Posted by Faridatul at 5:18 PM 0 comments

"amoi...ade apa boleh tolong"... itulah ayat kebiasaan yang aku dengar kalu g kedai cina. Berbeza sekali dengan kedai melayu, yang hanya menunggu pelanggan minta perkhidmatan barulah dilayan. Tiada usaha untuk bertanya atau menawarkan perkhidmatan. selalu sangat ambil sikap "kalu ada rezeki..ade lah, kalu tak de..tak de lah". Allah tak memberi rezeki pada seseorang dengan percuma. Kalu nak usaha lah sendiri.


Tersebut lah kisah, di petang isnin (14 feb 2005) jam menunjukkan kul 6.00 di sebuah kedai tayar bersebelahan kedai azizah di fasa 1, Bandar Baru Bangi berlaku lah trajedi yang amat "memalukan".


Ada ke patut aku sebagai pelanggan dah la tak dilayan pastu siap kena maki hamun plak. Ceritanye bermula begini.....


Nak pergi kedai cina yang biasa aku g, kedai nye masih tutup. Maklumlah..raya cina. Pergilah mencari kedai melayu. Agaknye rezeki dia kot kata dalam hatiku. Sampai je disana aku tidak dilayan. Keadaan begini berbeza sekali di kedai yang biasa aku pergi..dimana kita akak tegur walaupun sekadar temankan kawan sahaja.


Aku dengan selamba menyapa seorang abang yang berkerja disitu. Dia pun bertanya apa masalah dengan kereta. Aku pun beritahulah keretaku tayarnya pancit giler..sikit angin pun tak de. tak leh nak bawak kedai. So..sesudah dia tahu keretaku tiada disitu, dia suh aku jumpa bos minta izin. aku pun confiuse...kena minta izin...takpelah..pergi jelah..malas nak layan.


Sampai di depan opis yang pintunye berdindingkan kaca...orang dalam bleh nampak orang luar...orang luar bleh nampak orang dalam... Aku termenggu...siapa bosnya. Tiada siape menegur aku. Aku pun masuk. Still masing2 buat2 tak nampak kehadiranku. Aku mengandaikan bosnye adalah lelaki. Disebabkan didalam bilik itu semua perempuan, aku bersabar jelah. Akhirnya...ade seorang akak ni mengangkat mukanye yang dari tadi hanya beberapa imbas memandangku tanpa berkata apa2. Aku pun cuba berkata sesuatu..mungkin pekerja kedai ni jugak kot. akhirnye dia membalas kata2 ku bahawa kete ku pancit. "bleh bgtau pada orang luar"...


Dengan sedikit bengang aku pun keluar..tanpa mempedulikan dia lagi. Di luar aku tegok pekerja masing2 relak. Geramnye..akhirnye dengan sedikit nada marah yang ditahan2 aku pun berkata pada seorang pekerja yang kurasakan rajin sedikit daripada yang lain. "Pada siapa saya nk mengadu ni. Orang luar suh tanya orang dalam..orang dalam suh bagitau orang luar"....Akhirnye dia mengerti..apa masalah aku.


Pekerja yang menyuruh aku jumpa bos td pun menghampiriku. Dan bertanya "..dah jumpa bos...Dah minta izin bos.." La..Geramnye...OOOOOOooooo...aku pergi tadi kena minta izin bos dia nak guna pekerja dia...laaa...patutnye dia la yang pergi..kenapa plak aku...


Perbalahan disitu diamati oleh perempuan yang suh aku cakap kat luar. Akhirnya dia pun kuar..Dengan nada yang kurasakan tidak sepatutnye berkata " La...CAKAPLAH KETE PANCIT KAT LUAR..BA ALIF NGA NGA"....


Terkejut aku..Dah la geram..bertambah geram dibuatnye..Ade ke customer dibuat sebegitu rupa...Dengan perasaan geram aku terus meninggalkan kedai tu..Sempat juga aku ucapkan terima kasih dan meninggalkan satu ayat..."KALU MACAM NI MACAM MANA ORANG MELAYU NKA MAJU..."


Aku mengharapkan kedai ini boleh dijadikan contoh...memang la orang melayu nak tolong orang melayu tapi kalu dh gini jadinye....sape yang susah...pada siapa kita nak dipersalahkan??!!!!

Thursday, January 20, 2005


:-: Sengal2 Semut Api :-:

Posted by Faridatul at 1:19 PM 0 comments
Akum...

semalam tibalah aku ke tanah air sendiri. Sepanjang 8 hari di negara orang ni pelbagai cabaran, dugaan dan pengertian di peroleh. Baru lah terasa pepatah orang tua2 "Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu di Negara Sendiri, Lebih baik di negara sendiri"...membawa pengertian yang amat mendalam.

Ari ni tak dapat nak tulis pengalam yang diperoleh dari negara thailand...chiang mai dan bangkok. Keje bertimbun. Gara2 cuti seminggu. InsyaAllah minggu depan kita akan berkongsi pengalaman yang sya peroleh itu...sonok tak terkata. tapi dalam sonok2 tu terasa betapa untung nye kita dapat hidup di malaysia sebagai rakyat beragama islam.

k lah. setakat ni je dulu. aku pun nak balik kg gak. tunggu adik jemput. nak balik sendiri tak larat coz badan sengal2 lagi. heheheh...maklum la. program padat setiba je kat sana. hehehe....selamat hari raya haji esok. kalu kat thailand dah raya dh hari ni.

bye. wassalam.

Monday, January 10, 2005


:: Gajah di Depan Tak Nampak ::

Posted by Faridatul at 10:35 AM 0 comments

Penat perjalanan ku bersama kawan-kawan ke Kuala selangor semalam masih lagi terasa. Kami bertolak dari bangi ke selayang pada hari sabtu petangnya, kononnya nak g jalan2 ke Selayang Mall , Maideen dan tempat2 yang menarik untuk membeli barang2 keperluan kami ke Chiang Mai rabu ni (tak sabar rasanya...hehehehe).

Kami bertolak dari Selayang pada jam 8.00 pagi dan tibanye di sana pada jam 9.30pagi. Aku dah biasa dengan keadaan jalannya. Dari dulu sampai sekarang gitu la rupanya. Entah bila jalan raya di sini akan siap. Aku ingatkan keadaan sebegitu dalam setahun dua ni je. Rupanye-rupanya keadaan sedemikian sudah 5 tahun. Ini adalah kata2 junior ku yang duduk di Assam Jawa. Hishh...betapa seksanye orang2 yang duk area kuala selangor ni.

Khir Toyo!!! Sapa yang tak kenal menteri besar Selangor. 'Selangor Maju' itu lah tema kata2 beliau. Nak membangunkan negeri selangor tapi kawasan sendiri tak terbela. Dah la dari Selayang ke Kuala selangor makan masa yang agak lama... ditambahkan lagi dengan adegan 'terhenjut-henjut' dalam kete. Rasa cam naik kuda je. Sampai kat sana sume kepenatan.


Moga Khir toyo memandang rumah sendiri dahulu sebelum nak menghebohkan keburukan rumah orang lain. Maklumlah...rumah sendiri yang dah disediakan facilities yang lengkap pun tak dihias dengan baik apatah lagi rumah orang yang telah dianak tirikan. Tak gitu.... Samalah2 kita pikir-pikirkan... :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea