Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2005


kisah silam mengundang.....hospital universiti

Posted by Faridatul at 5:13 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Semalam ni aku dikejutkan oleh oleh satu panggilan oleh juniorku. Dengan suara yang manja "gitu2" biasanye nk minta tolong sesuatu. Dia seperti biasa menyatakan hajatnya meminta pertolongan dari ku. Junior ku ini ku kenali semenjak dia memasuki kolej ungku omar di ukm. Fakulti yang sama dengan ku. Seorang yang tegas tapi baik hati.


Dimintanye aku menunjukkan jalan ke hospital universiti kepada kakaknye yang datang dari Port Dickson. Aku yang sedikit lupa jalan ke sana mengiyakan nye dengan harapan nanti aku boleh minta tolong rakan yang pernah pergi kesana. Aku hanya pernah pergi ke sana sekali, 5 tahun lepas. Mengenang kisah silam..amat menyedihkan. Di hospital inilah aku menjenguk kawan ku yang sekolej dengan ku buat kali terakhir. Orangnye yang ceria, comel itu sudah lama mengidap sesuatu penyakit yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dari pandangan luaran sedikit pun tak menampakkan dia mengidap sejenis penyakit yang serius.


Junior ku beritahu bahawa dia skrg di hospital universiti kerna mengalami excident. Kakinya patah. Terkejut aku mendengarnye. Disaat itu aku begitu panik. tak dapat nak digambarkan. Petang..setelah habis waktu bekerja aku bersama 3 orang sahabat melawat juniorku ini. Sampai disana, dengan kaki yang bersimen, muka nampak penat namun begitu senyuman masih terpancar diwajahnye.


Kesian plak, malam tu, di wad kecemasan penuh. Terpaksalah juniorku ini balik ke rumah. Dengan tongkat tak de, dengan kerusi roda tiada, terpaksa lah aku dan mije papah juniorku ini. Kesian, aku tahu sakit sebenarnye. Tapi apa boleh buat.


Dikesedihan ini ade plak cerita kelakarnye. Ketika aku dan yang lain2 sibuk memasukkan juniorku ini ke dalam kete, kerusi roda yang dipinjam ketika itu telah meluncur laju entah kemana. kami yang lain2 nye terpaksa bekejar mendapatkannye semula. Tulah sume sibuk ngan si minah ni sampai kerusi roda pun tak de sape perasan dh hilang. Nasib baik tak melanggar sape2.

Tuesday, March 8, 2005


:: penat nye seminggu 2 lepas ::

Posted by Faridatul at 12:08 PM 1 comments


Dah lama gak aku tak menaip dalam weblog ku ini. Bukan apa..time2 exam ni sume lecturer nk markah makmal. Waduhh..poning den. Nak setelkan sume..



Tambahan pula, sistem sekerat dua ni yang aku nk buat ni meyakitkan hati je. First time guna mysql. Takleh lak dia nk connect ngan vb. link dh ok. tapi bile nk add data dlm database..tak leh plak, ari tu mslah link odbc ngan vb..dh ok..skrg bende lain lak...poning...maklum ler . first time guna mysql. pastu masalah nye jugak..coz pc aku ni guna window xp...yang mmg bermasalah ngan mysql..
sape leh tolonggg...cepat lah tolong....

:-{{

Wednesday, February 23, 2005


..::: HapPy bEsDay... To BeSdAY GiRL :::..

Posted by Faridatul at 5:54 PM 0 comments

Hari ni genap umur kawan baikku..mije, berusia 25 thn..Dah tua rupanye ko. Aku muda lagi. Umur aku baru 15 tahun..hehehehhe


Aku doakan ko semoga ceria selalu..Semoga di permudahkan segala urusan...Semoga ko diperluaskan rezeki...Semoga ko dipercepatkan jodoh dan menemui jodoh yang soleh....


AnyWay...thanks for belanja chicken chop tadi. SeDAP jugak masakan kat restoren rimba (PKNS) tu. Tak le mahal sangat. Memenuhi citarasa...Sape2 yang suka jalan2 cari makan..jom kite ke sana..

Tuesday, February 22, 2005


Aku dan si ' Dia'

Posted by Faridatul at 8:17 PM 0 comments

Aku begitu sedih sekali semenjak kehilangannya. Dia membuatkan aku termanggu-manggu dan ternanti-nanti akan apa yang memanggil ku keesokkannye. Yang sedihnye, dia masih berada disisiku tetapi hubungan kami tidak lagi seakrab dulu... semesra dulu. Punah segalanya. Dahulu...segala apa yang orang lain disampaikan kepadanye, aku lah yang akan tahu dahulu. Aku lah tempat dia meluahkan perasaan. Tetapi kini tidak lagi....


Keadaan itu menyebabkan diriku terseksa. Jiwa batin ku merana. Mengapa kau bersikap sedemikian rupa. Apa salah ku. Kenapa kau bersikap begitu. Oh Tuhan....Kau kembalikan dia kepada ku seperti dahulu. Agar aku dapat mendengar kembali suara lunaknye mamingggil ku. Berita kepada ku..cerita suka mahupun duka. Tetap akan ku terima... dengan adanya dia disisi.


Bermulanya hubungan kami retak dan musnah apabila aku menghumbankan diri mu ke dalam air. Aku melemaskan dikau tanpa ku sedari. Kalau ku tahu ketika itu, tidaklah aku bertindak sedemikian rupa.


Disebabkan kau ingin memutuskan hubungan kita, kawan ku ingin mencari penganti buat dirimu. Aku sebenarnya tidak dapat menerima selain dikau. Tetapi apakan daya ku.. aku insan yang lemah...seorang insan yang ingin disayangi dan dibelai...


Tetapi apakan daya, penganti mu itu sudah menjadi hak milik orang lain. Aku terpaksa mencari pengantimu di shoping complex. Akhirnya aku temui yang lebih macho dari dikau..tetapi ketika itu sebenarnya aku mengharapkan kau kembali semula kesisiku. Akhirnya yang best aku dengar ketika itu...penjual di tempat kedai yang ingin aku membeli pengantimu itu berkata "telefon ini masih boleh dibaiki..tak mahal"...aku pun segera bersetuju..maklum la duit tak banyak sekarang..akhir bulan. Ko dan aku terselamat. Aku terselamat dri mengorbankan duitku beratusan ringgit dan ko pula terselamat dari aku menggadaikan diri mu.


Akhirnya hubungan kite semesra dulu. Pada tarikh ini..kau kembali seperti sedia kala. Aku tetap menyayangi mu..kerana kau adalah HANSET ku....:-)

Monday, February 21, 2005


Pindah Rumah Baru

Posted by Faridatul at 2:31 PM 0 comments

Assalamualaikum..


Hari ini hari yang membosankan. Kenapa??? Aku tahu apa jawapan untuk menjawab soalan tersebut, Ini kerana aku sudah kepenatan selama 2 hari sebelum ni. Maklum la mak ayah ku pindah rumah. Kami tidak lagi menetap di kg sri cendana...tetapi sudah berpindah ke Intan Baiduri.


Intan Baiduri..oh..Intan Baiduri. Selama 2 hari ni aku dan adik beradik yang lain bertungkus lumus mengangkut barang2. Barang yang banyak itu diperbanyakkan lagi oleh barang2 khazanah turun temurun nenek moyang mak aku...(harta pusaka mak aku). Harta pusaka mak aku ni tak boleh disentuh walaupun tak leh guna. Aduh...entah le. Aku pun tak tahu mak aku nak simpan lagi buat apa.


Yang kelakarnye..ade la bantal pengantin masa mak aku ni kawen ngan ayah aku. Ala..bantal petak kecik tu. Tapi berisikan kabu. So...kire mahal la kononnya. ade cadar pengantin mak aku ni. Biasa la orang dulu-dulu kalu cadar pengantin pakai cadar baldu. Begitu juga mak aku, bersulamkan tekap tangan (jahit sulaman ngan tangan). Gara-gara tak bagi anak2 pakai disimpannye dalam almari supaya kami tak usik. Masa nak kemas baru-baru ni ..kemas punye kemas...alahai siannye, kain cadar yang disimpan itu sudah menjadi hak milik makanan si kenit. Sang Cik T dan Sang Cik Li.


Apa lagi mengamuk la mak aku. Tapi sarung bantal dan kipas dapat diselamat lagi dr habuan Cik T dan Cik Li. Aku pun meminta kebenaran nak guna untuk diletakkan di dalam kereta. Nampak comel. Ingatkan dengan kejadian yang dah berlaku..boleh la aku dapat apa yang ku inginkan..alahai..still tak dapat gak. Mak aku kata "tak pe, boleh guna lagi nanti masa korang kawen". Nak gelak pun ade. Takan nak guna kot benda tu semata-mata. Ayah aku pun dah malas nak masuk campur hal "harta pusaka" mak aku ni.


Itu la orang tua-tua, kalu barang harta pusaka memang jadi barang kesayangan. Tapi bila lepas ke tangan anak...lain plak jadinye. Sape yang salah...????


Tapi bila ku renungkan dalam-dalam, ku pikirkan sehabis masak, ku cuci sehabis putih, baru ku tahu... kenapa orang pompuan suka simpan barang harta pusaka. Mana tak nye, sebab sudah jadi tabiat di suai muda. Cuba anda pejamkan mata seminit dua, pikir kan dan renungkan diri anda, ade tak anda suka menyimpan barang2 walaupun barang tersebut kecik kementot je di usia sekarang. Ha.... kalu ade, SAH...anda sudah mendapat penyakit yang serius iaitu bakal juga menyimpan barang pusaka..walaupun pusaka nye entah kat mana letaknye... kuang kuang kuang

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea