Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 21, 2005


:: La TahzaN ::

Posted by Faridatul at 10:37 AM 0 comments

La Tahzan
Hatiku berbisik semenjak jumaat lalu
Jangan lah bersedih
Namun apa yang daya aku lakukan
Hanya linangan air mata
Yang dapat meredakannya


Kedengaran suara di sekeliling
Menangislah...Menangislah....
Jika itu yang dapat meredakanya
Tapi ada satu perkara
Yang perlu aku ketahui
Semua yang berlaku
Adalah takdir Ilahi
Andai aku menagis
kerna
Menyalahkan takdir Ilahi
Baiklah dihentikan
Hentikan...hentikan.....


Aku sedar tindakan ku
Aku masih waras
Bukan aku menagis kerna itu
Tidak sesekali
Nauzubillah....TIDAKKKK

Aku bersedih
kerna
Aku benar2 mengharap
kerna
Ada yang telah memberi harapan
kerna
Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab
kerna
Masih tidak dapat membuat jasa kepada orang tua
kerna
Aku juga terlampau yakin
Bahawa aku akan dapatkannya
Itulah yang dikatakan
Takdirku bukan disitu


Aku tetap pegang pada yang satu
Rezeki, ajal, maut, jodoh semua telah ditentukan
Jika tiada rezekiku disini
masih ada yang lain
Yang lebih baik buat diriku
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Yang terbaik buat ku
Buat hamba2nya

Saturday, November 19, 2005


:: Wajah-Wajah Kekasihku ::

Posted by Faridatul at 1:04 PM 0 comments


Geram, Marah, Nagis, Gelak, Ngantuk...Inilah wajah anak sedaraku...

Monday, November 14, 2005


MAJLIS BERTUNANG

Posted by Faridatul at 12:48 PM 0 comments




Alhamdulillah..........
Selamat sudah majlis pertunangan kakak ku pada 6 November 2005 bersamaan 4 syawal 1426 Hijrah. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada 11 Disember 2005 ni di rumah kami di Kepong.

Moga Jodoh mereka panjang ke akhir hayat.

Friday, October 7, 2005


:: Bukan Sekadar Puasa ::

Posted by Faridatul at 1:59 PM 0 comments



Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan

kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan

Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya

yang telah lalu .......


(Hadis Sahih Muslim)


Wednesday, October 5, 2005


Ramadhan Muncul Lagi....

Posted by Faridatul at 12:49 PM 0 comments

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.




Surah Al-Baqarah (Ayat 185)


Assalamualaikum...


Hari ni tanggal 5 Oktober 2005 bersamaan 1 Ramadhan 1426 merupakan hari seluruh umat Islam Berpuasa.


Sempena Bulan yang mulia ini, sama-sama lah kita mendokan agar pengisian kita di bulan Ramadhan ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


Sekian, Wassalam.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea