Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 27, 2006


Perasaan Bercampur baur

Posted by Faridatul at 6:19 PM 0 comments
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...



Emmm...Dah lama tak mengisi ruangan jurnal ni. Nak katakan busy tak de la sangat. Tetapi itulah kehidupan manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Ada 24 jam kononnya tak cukup. Agaknya kalu sehari 48 jam pun tak cukup agak ye.



Tahun 2005 telah berlalu dan kini muncul tahun 2006. Hampir sebulan sudah tahun baru ni kita jalani kehidupan seperti tahun sebelumnya. Moganya, tahun ini walaupun tidak banyak yang hendak kita ubah, sekurang-kurangnya kita ada azam baru yang boleh membezakan tahun ini dan sebelumnya. Contohnya dari malas 'update' blog kepada rajin meng'update' blog. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Takde la setiap 2-3 bulan sekali. :-)



Di akhir tahun 2005 dan awal tahun 2006 banyak perkara yang berlaku yang memberi impak samada kecik atau besar dalam hidupku. Kakak ku yang selama ini tempat aku bermanja, bergaduh dan bercakaran bukan lagi milik ku. Tanggal 11 Disember 2005, berlangsung la majlis pernikahan kakakku bersama orang yang mencintainya untuk sehidup dan semati. Agak penat juga untuk aku membuat persiapan kenduri kakakku, kerna tarikh untuk mereka melangsungkan majlis terpaksa buat awal dari jangkaan kerna tarikh-tarikh yang dikehendaki telah ditempah oleh orang lain. Maka terpaksa la buat awal. Dari segi persiapan memang kelam kabut. Maklum la pertama kali majlis perkahwinan anak perempuan En. Zainal dan Pn. Sahazian. Banyak bende yang tak terurus. Diakhir-akhir ....hampir-hampir majlis hendak berlangsung baru la ada yang bagi pendapat tentang kekurangan peralatan-peralatan perkahwinan. Kononnya nak buat majlis yang agak sederhana, tetapi apakan daya...campur tangan dari semua pihak akhirnya menampakkan majlis berlangsung dengan meriahnya. Sonok sungguh....sonok-sonok gak tapi adat la...seminggu kado' tido lepas tu. hahahahah...



Tahun ini juga rakan serumah ku sudah bernikah pada 25 januari 2006. Gara-gara kemalangan yang dihadapi tahun lepas, selepas raya puasa menyebabkan dia terlantar di rumah kerna masalah tulang belakang. Rakanku ini tidak dapat berjalan. Kemalangan ini dijadikan penyebab orang yang menyintainya, menyuarakan hajat untuk berkahwin bagi menjaga kesihatan rakanku. Alangkah bertuahnya rakanku ini memiliki suami sebegitu. (warghhh...angan-angan nak ade suami camtu gak :-)) Pernikahan mereka tidak dimaklumkan pada kami sebelum itu kerna rakan serumah ku ini takut apa yang dirancang tidak menjadi. Lagipun kesian juga pada beliau kerna mak beliau ditangkap oleh askar-askar thailand yang mana menganggap mak rakanku ini bersubahat dengan pengganas. Sungguh kelakar!! Marah pun ade. Maklum la selatan thai sekarang ni jadi buruan askar thailand. Jangan tak caya rakan serumah ku ini orang thailand. Sawadikaaa....?



Perasaan gembira campur sedih bila orang yang kita baik, yang kita sayang berpisah dengan kita. Walaupun bukan berpisah dalam erti kata tidak berjumpa lagi tetapi ade di situ kelainan perasaan. Perasaan yang bercampur sedih dan gembira muncul tanpa dipinta. Agaknya..apakah ia??? Entah la.. :-(

Tuesday, November 22, 2005


:: Jodoh ::

Posted by Faridatul at 4:02 PM 0 comments

Ramai yang bertanyakan pada aku pasal jodoh selepas tahu kakak aku nak kawen.Pergi ke rumah sepupu aku ari ahad lepas pun macam tu. Ramai yang tersasul aku yang nak kawen. Pelik. Ada muka menggatal ke. Kelakar pun ade.


Kahwin...kahwin...kahwin...


Aduh.. Aku tengah membayangkan masa kenduri nanti. Ramai lagi la yang mengusik aku. Bertanyakan pula bile masa aku. Poning den. Kalu dapat aku nak rakam jek. Senang..Bile orang tanya je..aku terus bg tape recoder tu kat diorang,suh diaorang dengar sendiri.....


Nape??!!! Umur macam aku ni dah tua sangat ke...Kakak aku pun kawin umur 27. Ok la tu. Aku pun budget umur area tu. Tapi kalu dh terawal nak buat camne. :-)


Bujang..oh..bujang


Sonok pe jadi bujang. Leh round sana...round sini. Tambahan plak skrg ni aku berkawan ngan orang yang kaki melancong. Aku pun kaki jalan gak. So, sayang gak hobby aku nnt tersekat.


Bile mak tanya, aku jawab tak de seru lagi. Itu la..Ini la..Hakikatnye senang je...jodoh aku tak sampai lagi. Tengok cam kakak aku, Kalu jodoh dah sampai, orang dr timur ke, barat ke, selatan ke, yang kite tak pernah kenal kite leh je jatuh hati ngan diorang. Leh terima seadanya. Kalu tak, ade je la alasan. Tak gtu......


Aku mendoakan kawan2 ku yang tak kawen lagi ni termasuk la diri aku sendiri dipercepatkan jodoh dan bertemu dengan suami/isteri yang soleh/solehah. Dan yang telah berkahwin moga, perkahwinan yang dibina bahagia sampai ke ahkir hayat.


Monday, November 21, 2005


:: La TahzaN ::

Posted by Faridatul at 10:37 AM 0 comments

La Tahzan
Hatiku berbisik semenjak jumaat lalu
Jangan lah bersedih
Namun apa yang daya aku lakukan
Hanya linangan air mata
Yang dapat meredakannya


Kedengaran suara di sekeliling
Menangislah...Menangislah....
Jika itu yang dapat meredakanya
Tapi ada satu perkara
Yang perlu aku ketahui
Semua yang berlaku
Adalah takdir Ilahi
Andai aku menagis
kerna
Menyalahkan takdir Ilahi
Baiklah dihentikan
Hentikan...hentikan.....


Aku sedar tindakan ku
Aku masih waras
Bukan aku menagis kerna itu
Tidak sesekali
Nauzubillah....TIDAKKKK

Aku bersedih
kerna
Aku benar2 mengharap
kerna
Ada yang telah memberi harapan
kerna
Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab
kerna
Masih tidak dapat membuat jasa kepada orang tua
kerna
Aku juga terlampau yakin
Bahawa aku akan dapatkannya
Itulah yang dikatakan
Takdirku bukan disitu


Aku tetap pegang pada yang satu
Rezeki, ajal, maut, jodoh semua telah ditentukan
Jika tiada rezekiku disini
masih ada yang lain
Yang lebih baik buat diriku
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Yang terbaik buat ku
Buat hamba2nya

Saturday, November 19, 2005


:: Wajah-Wajah Kekasihku ::

Posted by Faridatul at 1:04 PM 0 comments


Geram, Marah, Nagis, Gelak, Ngantuk...Inilah wajah anak sedaraku...

Monday, November 14, 2005


MAJLIS BERTUNANG

Posted by Faridatul at 12:48 PM 0 comments




Alhamdulillah..........
Selamat sudah majlis pertunangan kakak ku pada 6 November 2005 bersamaan 4 syawal 1426 Hijrah. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada 11 Disember 2005 ni di rumah kami di Kepong.

Moga Jodoh mereka panjang ke akhir hayat.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea