Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 7, 2009

Kereta yang GHAIB

Posted by Faridatul at 9:35 AM 0 comments
Pengalaman ini aku terima masa berada di Kelantan 2 minggu lalu. Tak sangka pengalaman yang selalu diperkatakan dan yang sering aku dengar, kali ini aku hadapi sendiri.

Setelah habis menjaga exam di KTB, aku dan rakan-rakan lain memanjangkan langkah ke rumah kawan aku di Kelantan. Cik dilah tak dapat turut serta sebab dia tak dapat cuti. Dia hanya minta cuti pada hari jumaat sahaja.

Cik Dilah bertolak malam khamis dan akan smpai pada pagi jumaat. Sepanjang di kelantan, aku duk di rumah salah sorang kawan aku yang turut serta dalam rombongan ku itu. Rumahnya agak berada dalam hutan.

"Sepatutnya cik dilah akan sampai pada jam 4 ke 5 pagi", kata rakan ku. Tapi tak sangka bus bergerak laju kot, jam 3.30 pagi cik dilah dh sms kata dh nak sampai. Aduss.. masih pagi lagi ni. Dah la dalam hutan. Di parkirnya pula di nun di bandar jauhnya 20 minit dari rumah kawan aku.

Sekeluarnya dari kawasan perumahan dan tiba di jalan besar yang gelap itu, tetiba muncul satu kereta. Agak laju juga dipandunya sehingga hendak memotong kereta yang ku pandu. Aku membiarkan sahaja kereta tersebut memotong keretaku. Mataku hanya memandang plat kereta tersebut.

Aku terus memerhatikan kereta tersebut sehingga la tiba menaiki satu bukit kecil bila kereta tersebut turun dr bukit itu, kereta tersebut terus ghaib. "Aik.. pelik ni", bisik hatiku. Peliknya sebab jarak kereta tersebut dengan jarak kereta yang ku pandu hanyala lebih kurang 1 meter jek.. Kalu ye pun dipandu nya laju tahap gaban, mesti nmpk cahaya lampu. Nak kata masuk lorong mana2 tak de plak lorong dalam hutan tersebut.

Ku luahkan pada sahabatku di sebelah yang sedang bermsg2an ngan cik dilah. Dia dh perasan dr tadi. Disebabkan ketakutan, dia hanya mendiamkan diri sambil membaca ayat kursi. Yang aku plak bebel2 mana perginya kereta tersebut. Sehingga la aku dimarahi oleh sahabatku supaya jangan ditegur bende2 ni. Huhuhuhuhu..

Ketakutan mula terasa, aku terus menolak kaser ke dalam kaset driver di kereta tersebut dan berkumandangla zikir2. huhuhu..

Yang pelik dan ajaibnya, nape masa aku g amik cik dilah tu tak de orang nk lalu. Sedangkan masa balik nak pulang ke rumah, banyak pula kereta lalu.

Dan keesokkannya aku melalunya jalan yang sama, jalan tersebut sebenarnya lurus. Dan sepatutnya kalu dia pandu laju pun, aku tetap akan nmpk cahaya dr lampu depan atau lampu belakang kereta tersebut. Dan yang pastinya tiada simpang dalam hutan tersebut.

Akhirnya cik dilah pun bersuara.."Nasib baik tak nmpk pemandunya, hanya nmpk kereta nya saja"... Betul gak tu.. kalu tidakk..wawawawa...

Monday, July 6, 2009

Batuk ku makin menjadi-jadi

Posted by Faridatul at 1:18 PM 3 comments
Penyakit batuk ku kembali menyerang. Aduss.. Dah lama tak batuk. Tapi gara2 aku terlalu elergik ngan habus dan sepanjang aku duk di terengganu ni penuh ngan habuk, aku telah menempah batuk untuk diriku..

Dua minggu sudah, aku ditugaskan untuk menjaga exam di Kolej teknologi Bistari, setiu. Jaganya 3 hari jek iaitu Selasa hingga Khamis. Jadinya, konon nak meronggeng di sana aku apply 2 hari cuti, iaitu isnin dan jumaat.

Ku bawa kenalan2 ku yang sama2 cuti seminggu. Tak ke Terengganu aku panjangkan langkah ke kelantan.

Rasanya demam ni tak berlarutan kalu aku tak menangis.. Kelako nya, ntah mengapa emosi ku tak stabil, agaknya sebab berjauhan kot..huhuhu.. Aku mencipta pelbagai masalah. Tiap2 malam menagis.. Memang sengaja mencari nahas...Kenalanku yang tak pernah tengok aku nagis sebelum ini pelik dengan situasi itu..

Once dah start nagis, demam ku akan berlarutan sehingga la sekarang. Kan dah padan muka.. huhuhu..

Sedeynya kalu dulu aku batuk2 tak jadi masalah.. Tapi sekarang ni, sume takut ngan aku sbb takut h1n1.. eeee...Geramnya. Aku dh g cek doktor awal2 la..Tak de pun kena h1n1.. Kalu aku jadi diorng pun mungkin aku berjaga2.. Sbb batuk ku teruk.

Nasib baik adik aku dh suply ruicao ke rumah melalui pos. Moganya makan ruicao tersebut, batuk ku kembali pulih seperti sedia kala...

P/S--> Moral of the story- jgn terlalu cemburu..huhuhuh

Thursday, June 11, 2009

Post Mortem "Majlis Meraikan Graduan FTSM" @ Puri Pujangga UKM

Posted by Faridatul at 10:04 AM 0 comments
Grabbed form Pn zura.. huhhu.. Thanks
28 Mei 2009 @ Puri Pujangga, UKM


Basuh Kereta..akhirnya

Posted by Faridatul at 7:49 AM 5 comments
Aku sebenarnya ada hajat nak basuh keta tetapi bukan la dalam minggu ini. selasa yang lepas, kereta mengalami masalah yang kronik. dah 2 kali mati waktu nak start enjin. Jadi aku pun nk bawak ke workshop yang biasa aku bawakan untuk kereta cik dilah ini.

Pada hari tersebut jugak la aku basuh kereta. Itupun setelah di puji yang teramat pujian dari 3 orang, pujian yang teramat menyentuh jiwa raga sehingga menyebabkan aku membasuhnya dan akan pastikan kereta dalam keadaan comel.. huhuhu (boleh ke??)


pujian1 - di ketika di opis. ber ym dengan member dan memaklumkan padanya terpaksa berhentikan perbualan untuk baiki kereta.

"lepas habis baiki kereta g la cuci sekali, bersih beno tgk keretanya...". Adusss!!

pujian 2: taukeh yang membaiki kereta

"ai ya sayang... berapa lama itu kereta tarak basuh", sambil bersin2 dia ckp kat aku. Adus!!!!! untuk kali kedua.

pujian 3 : orang yang memcuci kereta

"bagusnya... suka simpan sampah dalam kereta. jimat sampah kat luar...". Hampeh tul. Tapi sebb dia buat lawak, aku pun tak kesah.

"warghhh...teruk sgt ke keta ni".. mmmm.. Dh siap basuh, aku polish lagi kereta kat rumah hampir sejam tau sehingga berkilat. pastu keesoknya, aku lap lagi pakai towel lembap setiap kali balik kerja. moganya kerajinan aku mengelap kereta biar la kekal.. wakakaka

Monday, May 25, 2009

Hari minggu yang memenatkan..

Posted by Faridatul at 8:34 PM 0 comments
Sabtu
jam 7.30 pagi - aku, cik dilah n cik mije ke tasik cempaka bangi walk tuk aerobik sehingga jam 9.00 pagi.
jam 11-2 ptg- basuh baju, kemas rumah, manjakan pokok2 halaman ku setelah lama dibiarkan, kemaskini pembalut pokok nangka...
jam 3ptg - makan di pkns
3.30-4.30ptg - shoping barang spageti dan barang dapur di maidin alamanda
5.15ptg - amik cik pogie@kjee di komuter ukm dan terus ke klia
1.30 pagi - baru la sampai rumah setelah balik dr jumpa makdilah. Tapi yang kelakarnya, jumpa makdilah beberapa jam je, selebihnya lepak di bilik hotel cik hazwani sebab dia ade seminar di hotel panpacific. Maklum la rumah takde astro. Tgk citer apa tajuknya ntah la tapi berkaitan mutasi kimia ke binatang yang menyebabkan mereka mengganas.

ahad
jam 7 pagi- bersiap masak spageti tapi bahan tak cukup.
jam 8 pagi - turun ke kedai. tapi sayangnya kedai tak buka lagi. tunggu lepak kat tepi kedai hingga jam 9. sementara tu aku n cik dilah main batu semban..
jam 10 pagi - boleh makan spageti dahh.. feveret cik pogie kalu dtg rumah aku.. so spageti ni khas untuknya.. huhuhu
jam 11pagi - baru masak spageti tuk diberikan ke rumah puan salwa.. td tu spageti pedas ni untuk tak pedas plak. Minggu ni puan salwa tak masak so time kiteorng plak buat sistem barter makanan.
jam 11.30 pagi - berpoco2 aku, cik dilah n cik mije.. cik pogie berchating ngan ehem2 sambil mentertawakan kami.. 45 minit jugak la kami berpoco2.. huhuhu
jam 2 ptg - ke kl. hantar cik pogie balik. tak sangka plak area rumah dia sama ngan area rumah cik dijah.
jam 3-8 - reunion bersama kawan2
jam 9mlm - belanja family mkn kat kedai di bandar baru selayang.. aduhai.. bertambah sayang aku kat bangi. Mahal sungguh makanan kat BBS ni.
jam 11 mlm - baru sampai rumah.. kepala berdenyut2 masa drive dr selayang lagi. Nak suh cik dilah drive lesen dia dh mati.. warghhh.. bertahan jelah. alhamdulillah smpai gak rumah...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea