Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 30, 2009

Akhirnya dapat juga anak sedara perempuan..

Posted by Faridatul at 4:30 PM 0 comments
Jam 10:34:35pm pada 28 julai yang lalu aku menerima satu mesej dari abang iparku, yop. Dalam mesejnya berbunyi " Anak perempuan pertama kami baru sahaja selamat di lahirkan, Alhamdulillah".

Aku terkejut dengan mesej itu sedangkan dalam jam 7 lebih tadi aku masih bermesej-mesej dengan kakak ku, yong. Takan la dia masa tu dalam wad.

Allah Maha Adil... Semuanya telah ditentukan perjalanannya. Sepatutnya tarikh yong melahirkan baby hari sabtu lepas. Hari selasa yang lalu dh masuk wad 3 hari pun. Tapi pelik tak lahir-lahir lagi. Mak aku la paling risau.

Keluarnya yong dari wad, anak sedaraku yang kedua, Amir plak masuk wad gara-gara demam panas smpai biru2 kukunya. Sian Amir. Sepatutnya plan aku minggu lalu nk g perak nk g tgk baby baru, sebabkan tak lahir2 lagi maka berpindah ke melawat amir yang masuk wad. Panas badannya. Suhunya 39.9 darjah celcius. Lepas kena suntikan turun ke 39.7 darjah celcius.

Yong risau teramat sangat. Hampir 4 hari Amir masuk wad. Isnin lalu, yong minta adik aku yang belajar kat darul syifa minta air dr ust Harun Din. Tapi tak tahu la dapat ke tidak airnya.

Pada selasanya jam 6 petang aku msg kakak aku tanyakan kabar amir. Yong kata amik dr kuar tengahari td. Suhu dia dh kembali normal. Alhamdulillah.

Dan malamnya pula aku dpt kabar yang yong plak selamat melahirkan baby girl. Alhamdulillah.. kalu la kakak ku dh bersalin awal sape plak yang nk tgk Amir nanti. Usianya yang baru 10 bulan itu masih lagi perlukan belaian ibunya.

Dari dulu lagi aku tunggu anak sedara baby girl. Tak sabar nk andam dia. heheheh.. Tapi amir takan ku abaikan.. Taknak jadi cam aku dulu. huhuhuhu...

Tuesday, July 21, 2009

Farewell k Zura

Posted by Faridatul at 8:54 PM 0 comments
Ahad lepas jam 5.30 petang, 4 guru IT dan k tena turut sama dh janji nk buat potluck kat rumah kak zura tuk majlis farewell dia tuk berangkat ke UK 27 julai ni tuk 2 tahun setengah.

Tak de la dgr kecoh2 dia lagi nanti.. Takpe2 .. nnt kite plak g ziarah dia kat sana..

Makanan-makanan yang disponsor pada petang itu.. huhu

Bergambar bersama-sama tuk kali terakhir.. Jumpa lagi tahun 2012

For more pictures : Clik here

Monday, July 20, 2009

Shopping di Nilai3 dan gelagat pengat nangka

Posted by Faridatul at 4:26 PM 0 comments
Sabtu lepas aku kononnya nk g tempat lain.. tapi tak jadi. Dan tetiba plak dapat khabar yang junior aku dr penang nak dtg mai bawak suami n anak dia.. Suami dia aku dh kenal sangat tapi anak baru dia ni tak kenal lagi. Nuha namanya. Agaknya singkatan dari NAdia dan HAfiz kot.. huhu.. ntah la. Nadia baru jek habis pantang. Tu yang berjalan sakan lepaskan kebosanan kot.. hehehe

Cik suri menunjukkan bakatnya..

Seperti biasa aku akan sakat budak kecik selagi tak nagis. Itu yang terjadi pada Nuha. Tapi tgk la nnt budak2 ni akan ingt aku LEBIH dari yang lain... heheheheh

Lepas nadia balik, aku setelkan pengat nangka. Kononnya nak g Nilai3 dulu baru buat pengat nangka. Tapi memandangkan mak ayah aku dtg lmbt so kena buat pengat nangka dulu. Takut tak sempat plak suri nk bawak g meeting kang. Sebelum ni aku buat 3 biji nangka tuk dibuat pengat. Kali ni kurang sket. 2 biji setengah. Yang tak tahan tu getah nangka.

Lepas dh siap masak dlm setengah jam amk ayah aku menunggu, baru la ke Nilai3. Paling susah nk pilih kain ialah ayah aku.. Cerewet betul nak pilih kain. Mengalahkan pompuan jek. Tapi biar la, nnt dia yang pakai. Asalkan pakai..

Yang kelakar dan sedeynya malam tu, pengat yang sepatutnya nak bagi orang lain mak aku dh amik. Dikebas semuanya sedangkan aku dh sediakan 2 bungkusan tuk mak dan 1 bungkusan sepatutnya tuk adik ipar aku pun mak aku amik. Adik ipar aku tak leh makan sebab tengah mengandung. So, mak tak bagi makan takut angin. Kiranya pada mak ada 5 bungkusan yang 1 bungkusan tu hampir 3-4 senduk. Banyak jugak la. Harap2 dimakan bukan dibuang sebab gara2 ambil byk sangat. huhuhuhu

Friday, July 17, 2009

Pelajar China FTSM telah mengidap H1N1

Posted by Faridatul at 9:48 AM 0 comments
"Wei, sorang budak China fakulti kita kena H1N1 la. Cuba korang baca emel", teriak Mas.

Ketika itu aku dan guru-guru it yang lain yang sedang menikmati coklat pemberian mas sepulangnya dia dr langkawi tersentak akan berita itu.

"Sape??!! Sape??!!", balas k zura dengan kerisauan. "Semalam ada budak dr China tu jumpa aku".

"Namanya #####, no matrik A######", balas Mas.

"Yelah, budak tu la jumpa aku semalam. Diskus pasal subjek dia semester lepas", jawab k zura dengan penuh kerisauan.

Apa lagi.. aku, iza dan ina terus bangun dan terus keluar dari bilik k zura. Mas pula terus menutup mulut dengan tudungnya. Kerisauan mula terbayang di mata kitaorang. Tambahan lagi ina yang sarat mengandung.. huhu

K zura mula mengelabah dan marah2 tak menentu.. Aku pun turut risau sebab semalam lepas habis kelas, aku menikmati rojak bersama k zura di cafe baru.

"Nape la tak dikuarantin kan!!!.. gatal la budak ni!!!. Dah tau kena kuarantin merayap ke fakulti", marah-marah k zura.

Kitaorang pun tokok tambah kemarahan tersebut sebab masing-masing risau. Mana tak nya sume dah terdedah ngan k zura. Makan coklat sama-sama. Aku plak makan rojak sama-sama dengan dia semalam.. wawawa

K zura terus jumpa ngan En Hamran, penolong pendafatar bagi mengesahkan apa tindakan yang sepatutnya perlu diambil.

"Woi.. budak tu dh habis kuarantin la", sepulangnya k zura dr jumpa en Hamran.

Huhuhu.. buat suspen jek emel fakulti ni. Ye pun bgtau la budak tu telah bebas dr dikuarantinkan. Sabo jelah...

Wednesday, July 8, 2009

Apa nak buat ngan Nangka??!!

Posted by Faridatul at 12:19 PM 0 comments
Malam tadi aku menyiapkan beberapa editing buku yang akan digunakan untuk pengajaran semester ini. Ini kali pertama aku dan 3 orang rakan mendapat idea untuk membuat buku tersebut.

Dalam menyiapkan kerja tersebut, aku berYM ngan cik suri yang masih di opis. "Akak, saya balik lambat tau. Akak kunci jek mangga pagar, tak perlu kunci dari dalam", msg cik suri padaku.

Aku hanya menurutkan sahaja. Cik suri ada waktu ketika tertentu akan bermalam di opis atau balik dalam jam 2-3 pagi. Jadi aku dah terbiasa ngan keadaan itu. Hanya mengiyakan sahaja.

Tetapi jam 12.40pm suri dah tiba di rumah. Pelik dan ajaib. Baru jek kejap tadi kata nk balik lewat.. Mana tak nya.. dia dh takut nk stay sana setelah aku mengacaunya.. hahahaha...

Sampai sahaja dirumah, cik suri memberi idea nak buat apa ngan nangka yang ada dalam peti ais. Aku dh tak tahu nk buat apa. Dah 4 biji nangka aku kupaskan bijinya supaya tak busuk. 2 bijik dh dijadikan pengat, ada lagi separuh bijik yang aku tinggalkan yang tidak dikupaskan biji nya lagi sbb dh pedih tangan2 ku kena getah nangka.. "Nak muak dah aku tgk nangka ni!!".

"Suri nak buat apa..buat la. Akak dh tak kesah.", ujarku.

Pagi jam 1 lebih aku ngan cik suri melihat resepi di internet apa yang boleh dibuat ngan nangka tersebut. Yang banyak resepinya di insea atau di oversea adalah pengat. Bezannya guna santan atau susu jek. huhuhu.. Last2 dapat juga resepi tart nangka ngan mufin nangka. So..tunggu ajelah cik suri buat nanti.

:: Durian yang diberi oleh cik lia dah di kupas ptg semalam dari bijiknya dan telah dimasukkan dalam bekas bertututp. Jangan pula tidak dimakan ye cik suri n cik mije.. Sian buah tu. Aku ni plak dh lama tak mkn. Tapi smlm punya hal, termakan jugak la seulas.. hahahah ::

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea