Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 23, 2010

Tali pengukur putus...

Posted by Faridatul at 1:11 PM 0 comments
Semalam semasa dalam bilik kursus solaris, aku termiss satu call dari abah. Jarang abah call waktu pagi gini. Kalau petang atau malam tu biasa lah. Aku pun segera keluar dari bilik makmal dan terus menelefon abah kalau ada hal mustahak.... bimbang juga aku sebab kesihatan abah sekarang kurang memuaskan..

Bukan abah yang call rupa-rupanya mak. Suaranya ketika mula-mula aku dengar seperti cemas sekali.. cemas juga aku dibuatnya... tapi rupa-rupanya nya suara kelam kabut mak tu adalah disebabkan langsir yang aku minta dia jahitkan.

Mak mengelabah sebab ukuran yang aku bagi untuk langsir tingkap melebihi panjang langsir rumah katanya. Aiikkk..pelik aku. Aku tanya la betul ke ukuran yang dibuat. Mak beriya2 kata ukuran yang aku buat tu susah dia nak paham. "Mak tak pernah guna meter... "

Tapi yang pelik, aku bagi ukuran dalam cm bukannya meter. Kalau mak guna meter memang sah-sah melaut panjangnya.. huhuhh.. Mak berungut-rungut pasal ukuran langsir yang aku bagi tu.. Aku dah la nak cepat masuk semula dalam bilik kursus tu..aku pun minta mak ambil pita pengukur untuk aku bagi contoh cara penggunaannyaaa....

Ayat yang paling aku tension sekali bila mak kata "pita pengukur mak dah pututsss.... " laaa...patut la bising kata susah nak guna pita pengukur tu.. pita pengukurnya dah putus.. ish2.. kan senang bagitau saja pita pengukur nya dah putus awal-awal... Sabar jelah...

Tapi yang kelakarnya.. mak kata nanti balik bawa tali untuk ukur.. senang mak ukur kain langsir pakai tali tu jek lain kali. Teringat pula masa dulu-dulu. Bila nak beli kasut ke baju ke.. mak akan ukur siap2 dari rumah ukuran adik-adik... ukurannya diukur bukannya dengan menggunakan tali pengukur, pen dan kertas untuk dijadikan rujukan kat kedai tu nanti tetapi adalah menggunakan tali atau benang yang telah dipotong siap-siap mengikut ukuran... hahahahahh

Wednesday, April 21, 2010

Nama!!!

Posted by Faridatul at 5:35 PM 0 comments
Hari ni hari ketiga kursus solaris diadakan.... Esok hari terakhir yang mana petangnya ada ujian penilaian kursus..huhhu.. soalannya semua berkenaan dengan command. Ada la yang dah hafal sebab lebih kurang sikit ngan ubuntu. Unix dengan linux ni dari pokok yang sama.. dari keluarga yang sama.. so tak banyak la beza konsepnya.

Sambil makan2 petang tadi.. kak S cerita la mengenai anaknya yang bertanyakan tentang nama.

"Mama..mama...nape orang sekarang ada nama atau juga. Kelakar la ada orang nama atau.", bertanya si anak kepada ibu iaitu kak S.

"Mana orang ade nama atau la", jawab si ibu.

"Adaaaa... kakak tengok sendiri kat sekolah kakak nama bapa dia ada atau."

Kami yang duduk minum tergelak sama sambil mendengar cerita kak S. Atau itu ialah alias nama. Pening kak S nak memahamkan semula anak dia penggunaan atau tu... :-)

Kemudian sambung pula kak K mengenai pelajar yang dari arab pula. Berkaitan nama juga. Selepas kak K memberitahu nama sebenar dia pada pelajar-pelajar dalam kelasnya, ada la sorang pak arab angkat tangan.

"Can i call you Dr. binti."

Kami gelak gila-gila. Dalam banyak-banyak nama kak K tu, binti juga yang dia nak panggil.

Lepas tu ada yang menyampuk, lain kali dengan pak dan minah-minah arab ni jangan bubuh bin atau binti tu.. kalau tak itu la nama yang dia nak panggil. Hahahahahha... Aku pun baru tahu pasal bin@binti ni. Nama aku dah panjang. Selalunya memang tak sebut pun nama bapa. Nama sendiri ni pun pelajar susah nak hafal.

Kini semua pelajar panggil aku dengan nama Faridah sahaja. Tapi jadi masalah bila tanya orang lain nama Faridah, akan ditujukan kepada kak faridah yang kerjanya di dalam pejabat... huhuhuhu...

Monday, April 19, 2010

Besntnya dapat duduk dirumah

Posted by Faridatul at 5:27 PM 2 comments
Sepanjang dua bulan lebih setelah aku jadi Puan Fari, semalam la baru kurasakan seperti suami isteri di rumah sendiri.. hahahahha... Pagi pergi pasar sama-sama. Tengahari dan malam masak dan makan sama-sama dirumah. Seronok dirasakan..hahahahah

Perkahwinan ni ada suka dukanya.. kalu sokmo suka jek pelik gak tu... Biar la ada marah-marah sayang.. Merajuk-merajuk manja. Tapi jangan marah terlampau dan jangan pula merajuk yang terlalu lama.. Nanti lain plak jadinya.. heheheh

Alhamdulillah, rumah pun dah hampir nak kemas semuanya dah..barang-barang dalam stor semuanya dah dikeluarkan mana yang tak berkenaan. Penghuni sebelum ni pun dah ambil barang2 diorang. Siapa yang tak ambil semalam tu kiranya masuk tong sampah la..hahahahah... sebab den ngan suami dah tak larat dah tengok barang bersepah kat ruang tamu..huhuhu

Ingatkan lepas dah habis kemas ni nak buat doa selamat sikit. Nak jemput kenalan2 rapat datang mai kenal rumah. Maklum la dulu memang la kawan-kawan selalu datang tapi rumah tu status bujang..sekarang dah status kahwin. Lagipun ada juga kawan-kawan yang tak dapat datang kenduri haritu yang nak kenal aku n husband.. ala..sekadar kawan-kawan rapat jek nak jemput. Jangan plak nanti ada yang terngorat suami i plak..hahahahah... (sekadar guarauan :-D )

Monday, April 12, 2010

Terlepas cuti 2 minggu

Posted by Faridatul at 9:45 AM 2 comments
Minggu lepas aku g jumpa Dr. Fadz kat Poliklinik UKM gara2 perutku tidak selesa.. takut plak dirasakan setelah gugur 2 minggu lepas aku tak pernah jumpa mana-mana doktor. Risau mula melanda diriku..Mana la tahu ada saki baki darah yang tak keluar, nanti jadi fibroid plak.

Alhamdulillah, setelah Dr. Fadz merawatku dan membuat scan pada ku, aku disahkan sihat alhamdulillah luar dan dalam. Cuma mungkin hormonku masih tidak stabil katanya.

Tapi diawal perjumpaanku dengannya, Dr Fadz masih mengenaliku. Sudah lama aku tak jumpa dia setelah kesku dibawa ke HUKM. Aku pun cerita lah semuanya. Tapi katanya "sayangnya kenapa tak bawa bahan bukti, kalau tak boleh dapat cuti gugur"...

Laaaa...patut lah aku pelik. Kenapa forum dalam internet yang kubaca semua kata cuti gugur 2 minggu... tapi yang ku dapat last cuti dari doktor di HUKM adalah 3 hari sahaja. Dr Fadz kata tu cuti sebab sakit belum lagi cuti keguguran.

Kalu nk dapatkan cuti keguguran tu, selepas gugur, bawak bahan bukti iaitu kantung keguguran tu (buh dalam bekas) dan bawa mana2 klinik. Nanti dapatlah cuti 2 minggu.

Takpe lah ..walaupun terkilan tak dapat cuti tu, aku tetap akan ke opis gak sebab nak habiskan silibus pelajarku...

Monday, April 5, 2010

Asid Folik bagus untuk ibu mengandung

Posted by Faridatul at 5:39 PM 5 comments
Hari ni genap lah seminggu aku makan asid folik. Dulu masa kandungan yang pertama tak pernah pun dengar asid folik ni.. Lepas sahaja keguguran, cuti rehat di rumah hampir 2 minggu, aku melayari laman web yang berinfokan mereka yang pernah keguguran. Kebanyakannya menyarankan makan asid folik.

Asid folik ni bagus untuk ibu dan baby dalam kandungan. Masa aku nak pergi beli asid folik di farmasi jenama appeton, di belakang kotak asid folik tersebut tertulis "pil ini sesuai dimakan oleh ibu yang merancang untuk hamil. Pengambilannya tiga bulan sebelum hamil".. Ok la tu. Doktor sarankan pun aku tidak hamil dalam 2-3 bulan ni. Sesuai sangat la tu.. Huhuhuh

Asid folik ini bagus untuk ibu kerana ia akan menguatkan rahim. Bagi ibu yang mengandung, asid folik ini bagus untuk pembentukan tulang belakang baby dan otak baby. Kekurangannya akan menyebabkan kecacatan pada baby nanti. Selain itu, bagi ibu yang mengandung yang lambat mengambil asid folik ini boleh menyebabkan baby berisiko mendapat asma.

Selain daripada aku, masih ramai diluar sana yang tidak tahu kepentingan asid folik ini. Contohnya adik iparku yang mana 2 minggu kawen selepas ku. Alhamdulillah dia pun sekarang ni dah mengandung 3 minggu. Bila ditanya ada tak doktor bagi ubat asid folik, dia tak tahu menahu apa-apa. Dan yang sedih bila dia kata dia malas nak makan ubat doktor bagi tu. Aku pun segera melihat ubat-ubat yang doktor berikan kepadanya.. ada vit B, asid folik dan antibodi. Aku pun terangkan kepentingan asid folik tu kepadanya.

Sebelum balik semalam, buku yang ku tak habis baca tentang buku kehamilan, ku berikan kepadanya. Buku ni aku suka lagi dari buka yang ku baca di opis. Lupa plak tajuknya. Nampak gayanya kena beli lain sebab buku tu dah diberikan kepada adik iparku. Yelah, dia pun kawen di usia muda. Walaupun ramai orang tua di sekelilingnya, kekadang pantang larang orang tua ni "terlebih" sehingga boleh membantutkan pertumbuhan baby..

Disini disertakan sekali kepentingan dan kesan akibat kekurangan pengambilan asid folik:

Asid folik

# Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.
# Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing
# 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik
# Genetik, masalah buah pinggang, epilepsi, rokok, arak dan obesiti antara faktor terjadinya kerosakan tiub saraf bayi.
# Pengambilan asid folik dikaitkan dengan penurunan masalah tekanan, jantung, barah kolon dan barah servik.


Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Risiko kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan :

* Sakit disekeliling mulut.
* Sakit lidah.
* Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
* Anemia.

Rujukan : http://infantiahouse.blogspot.com

Selain itu, anda boleh lah melayari laman web ini untuk melihat kepentingan asid folik kepada kita -- > http://www.appeton.com

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea