Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 6, 2011

bercuti di rumah..

Posted by Faridatul at 3:59 PM 0 comments
Harini aku cuti. Dapat mc dua hari iaitu harini dan esok. Memandangkan kaki ku ni memang sakit yang amat sangat untuk berjalan dan berdiri. Semenjak kelas bermula pada sesi ni, kelas yang agak byk pada hari2 tertentu menyebabkan aku sering kali kejang kaki di waktu malam.

Seminggu ni dalam semalam lebih sekali aku kena serang kejang kaki. Mungkin sebab aku tak minum susu dan asyik tertinggal jek makan kalsium. Doktor pun kata mungkin juga disebabkan aku kerap berdiri.

Semalam lagi dh aku rasa sengal2 nk berjalan. Tapi apakan daya, kelas jam 8 pagi tak sempat nk batalkan pun.. sian pula pada pelajar. Jam 4 petang setelah kelas habis, kononnya nk balik rumah terus aku terus diserang kekejangan kaki dalam kereta. Ini pertama kali aku diserang kaki di waktu siang. bergelut juga la dalam 5min untuk menghilangkan kejang kaki tersebut.

Setelah jumpa doktor Fadz, katanya tiada ubat yang boleh diberi kecuali krim panas untuk redakan otot kakiku yang dah mengeras dan cuti 2 hari untuk berehat. Sepatutnya hari ni ada kelas dari jam 9 pagi hingga petang. Ada 1 jam je rehat.. so ok gak la dpt cuti,, kalu tak, ada yang mengamuk dalam kelas.

Sian gak pelajar kelas petang smlm.. aku agak moody sebab menahan sakit kaki ketika berdiri dan berjalan... semoga kaki ku cepat sembuh.

Walaupun nama jek dapat cuti.. tapi aku kena siapkan paper yang hendak dihantar ke kongress sebelum 15hb.. ada 3 paper yang belum siap.. rasa nak pengsan pun ada... huhuhu....

Wednesday, October 5, 2011

Berangkat ke Jepun

Posted by Faridatul at 11:38 AM 2 comments
Assalamualaikum,

Malam tadi balik lewat dari Klia. Menghantar pijah berangkat ke sankai Jepun untuk melanjutkan Phd nya.. Jam 10.20pm aku dan lain-lain telah balik sementara pijah akan masuk ke dalam lapangan terbang jam 11mlm. Mata ku sudah tidak dapat bertahan lagi. Maklum la semalam aku ada kelas jam 9 pagi hingga 6.30 petang. hanya ada 1 jam sahaja masa tuk rehat.

Sedikit gambar sebagai kenang-kenangan....






Tuesday, October 4, 2011

Nasi lemak!!! nyum2

Posted by Faridatul at 3:48 PM 0 comments
Rajin tak aku hari ni..heheh.. atas permintaan suamiku dan beriya2 dia nk suh aku buat nasi lemak so nak tak nk buat la juga..

Jam 6.30pagi setelah solat, aku da suami mula masak. Periuk nasi elektrik beso terpaksa diturunkan untuk memasak nasi 5 put (tp put umah aku kecik jek). Kononnya dh alang-alang masak nk bg le kawan2 mkn sekali.

aku bawak 7 bungkus manakala suamiku bawak 2 bungkus.. sementara ada 5 ketul jagung rebus baki yang tak masak dari semalam dibawa ke opis aku dan suami. Jagung ni dibeli di skincan. Beso dan manis juga isinya..

Nasi lemak ni special sket. berbungkus dengan daun pisang hasil tanaman depan rumah. daun pandan dan serai juga diperolehi dari hasil tanaman kami.

selain sambal ikan bilis, ada juga sambal kerang petai..nyum2... kerang dibeli di kuala selangor. segar sungguh kerangnya dan harganya rm2 jek sekilo...

dan tak sangka hari ni adalah tarikh sempena majlis tunang kami dua tahun dulu.... :-)

ini la nasi lemak tanpa sambal kerang petai.. takut ada yang tak makan so diasingkan.. hehehe

Wednesday, September 21, 2011

Tip dan petua mudah Bersalin

Posted by Faridatul at 11:24 AM 2 comments
1. Makan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin kelak, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setaip pagi seminggu sebelum tiba saatnya untuk melahirkan. InsyaAllah proses kelahiran menjadi mudah.

2. Makan Kurma
Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenagha dan mengecutkan rahim.

3. Minum Air Kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

4. Minyak Kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InsyaALLAH BERKESAN.

5. Lendir Bendi
Semasa hamil, ibu-ibu dicadangkan agar makan kacang bendi. Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi memudahkan bayi keluar.

Sumber diperolehi daripada majalah PaMa keluaran oktober 2011.

Wednesday, September 7, 2011

Selamat hari raya

Posted by Faridatul at 4:06 PM 0 comments
Semoga tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Jika ada salah dan silap secara disengajakan atau tidak disengajakan harapnya dapatlah dimaafkan.

Raya tahun ni seperti biasa balik ke Pahang. Raya ke 3 baru balik selayang. Ingatkan dapat balik ke kampung perak nmpaknya terbantut sebab bondaku tak berapa sihat. Gara-gara nak ganti langsir bonda terjatuh dari kerusi dan pinggangnya kesakitan... akhirnya balik kampung terpaksa dibatalkan dan insyaAllah akan balik minggu ni.

So kengkawan semua, tunggu den nak raya sama ye minggu hadapan. Ada cuti 3 hari iaitu jumaat sampai ahad sempena menyambut hari malaysia yang jatuh pada 16 sept bersamaan hari jumaat. So apa lagi, kita ronggeng raya minggu tersebut ye.. minggu ni jangan kemana2 lagi... nnt kita raya sama2 minggu depan.. heheheh...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea