Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 22, 2012

Hari polis bersama penduduk taman tenaga

Posted by Faridatul at 9:29 PM 0 comments
Semalam merupakan hari yang paling penat buat diriku.. mana taknya, dari pagi smpai ke ptg dua program disertai.
Paginya ada program hari polis bersama penduduk taman. Petangnya sempat rehat setengah jam terus ke rumah adik ipar faisal di banting. Pelbagai tips telah diperolehi bagi mengelakkan pencuri memasuki rumah. Antara tip yang diberi oleh inspektor tersebut adalah :

1. Pastikan grill/pagar rumah berkunci. Jangan biarkan pagar rumah terbuka
2. Jangan biarkan sesiapa memasuki rumah.
3. Jangan benarkan orang beruniform memasuki rumah kerna banyak kes penyaramn tetapi sebenarnya mereka adalah perompak.
4. Kalu orang beruniform tegas untuk memasuki rumah, minta mereka tunjukkan kad penguasa. Kalu polis pangkat pegawai kad berwarna biru dan kalu pangkat bawah kad polis berwarna kuning. Tetapi kad polis biru sahaj yang boleh memasuki rumah.
5. Kalu ragu-ragu juga, boleh terus menelifon polis.

tu antara tip2 yang diberi. Tapi tak sempat nk snap gambar kad polis yang ditunjuk tu.

Selain daripada ceramah, kementrian kesihatan pun turut membabitkan diri dlm aktiviti kali ni. Pertandingan mewarna bagi kanak2 atas 6 tahun, pertandingan mencari jentik2 terbesar dan terbanyak di sekitar taman, teka teki kanak-kanak dan orang dewasa telah dikelola oleh pihak kementrian kesihatan dengan pelbagai hadiah menarik.

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 6 tahun juga diadakan yang telah dianjurkan pleh persatuan pernduduk dan rukun tetangga.

Alhamdulillah, jam 1 pm semua telah selesai... aku sakit tangan dan bahu sbb mendukung wafiy sepanjang program...

pertandingan mewarna kanak-kanak bawah 6 tahun

Bergambar beramai-ramai yang hadir 

pertandingan mewarna kanak-kanak atas 6 tahun

hasil jentik-jentik dari pencarian kanak2 di sekitar taman 

teka teki yang dianjurkan oleh kementrian kesihatan

sesi makan minum bermula.. nyum2.. 

Gambar lagi : klik disini

Monday, April 16, 2012

Mengedit gambar menggunakan frame

Posted by Faridatul at 4:55 PM 0 comments
Ini la hasilnya... jeng..jeng..jeng...


Friday, April 13, 2012

Makan Malam menyambut besday suami tercinta

Posted by Faridatul at 9:31 PM 0 comments
Besday suami sepatutnya hari rabu lepas sama ngan tarikh pertabalan agong skrg. Maka satu malaysia cuti kononnya menyambut sama besday suamiku.. huhuhu... Plannya nk makan sama malamnya. Dah siap2 beli daging kambing perap di JJ ahad lepas. Tapi terpaksa dibatalkan sbb pagi rabu tu perut ku kurang memuaskan dan ptgnya pula ada reunion bersama senior FTSM.

Jadi mlm ni la sempat untuk masak. masak kambing bakar dengan pencicah "secret resepi" iaitu resepi sendiri, kentang lenyek, carrot bakar, bawang bakar dan cendawan goreng tepung dan diminum bersama air kopi panas.. nyum2...

Perut masih memulas
Sian dengan keadaan perutku ini.. tak sampai setengah jam dah g tandas. Hampir 4 hari perutku memulas begini. Tak boleh diisi langsung. Ingatkan keracunan makanan tapi takde la sampai cirit birit. Tapi bila sakit perut datang menyerang, sakitnya seperti perut dipulas-pulas. Tadi petang dh jumpa ngan Dr Fadz. Doktor kata seperti aku alahan makanan. So toksik masih ada dlm perut tu yang masih sakit. Aduh...
Doktor kata bende tu secara biologi akan keluar sendiri melalui najis. Doktor hanya boleh bagi ubat tahan sakit, gastrik dan buang angin... dan Doktor beri ubat multivitamin untuk masalah keguguran rambut.
Sekadar MITOS rupanya
Ibu selepas mengandung kebiasaannya akan mengalami keguguran rambut. Macam2 aku dengar pasal keguguran rambut. Dan cerita yang sering aku dengar sebab keguguran rambut ni nutrien dlm badan kita dh habis sebab diambil oleh baby. So rambut akan gugur. Maklum la geng2 aku ni ramai budak sains so semua mengadaptasi dr ilmu sains yang dolu2 kita belajar.
Cerita yang sering aku dengar seperti ibu ni seperti sebuah pokok. Apabila nutrien tidak dpt disupply lagi ke daun, daun akan keguguran. Sedangkan yang aku diberitahu oleh doktor fadz tadi adalah keguguran rambut ibu disebabkan hormon. Rambut yang sepatutnya gugur sewaktu kehamilan tetapi disebabkan hormon yang menyuburkan rambut menyebabkan rambut tidak gugur. Setelah tiga bulan berlalu selepas bersalin, hormon mengandung akan hilang dan akhirnya rambut yang sepatutnya gugur semasa kehamilan akan gugur. Yang menjadi kita merasa heran adalah jumlah yang banyak sebab rambut tersebut gugur pada waktu yang sama.
So doktor bagi ubat multivitamin hanya sekadar untuk mengurangkan keguguran rambut sahaja. Rambut tetap akan gugur untuk jangka masa beberapa bulan.. huhuhuhu

Berjaya mengupload video kerenah wafiy

Posted by Faridatul at 11:38 AM 0 comments
Alhamdulillah telah berjaya mengupload 3 video kerenah2 wafiy dalam youtube.. minggu lepas puas try nk upload tapi tak boleh.. guna streamyx kat rumah pun problem.. ntah la nape..













Thursday, April 12, 2012

Reunion di Tasik Empangan Putrajaya

Posted by Faridatul at 10:14 AM 0 comments
Alhamdulillah menjadi juga reunion yang hanya dihadiri aku, k najah, k sofea dan kak che jah semalam. Semua dtg dengan membawa anak masing-masing. Cuti rabu sempena pertabalan agong ni cadanganya nk dihabiskan dengan menghadiri beberapa jemputan kenduri tapi apakan daya, perut ku masih memulas sepanjang hari.

Tapi petangnya aku gagahkan juga untuk menghadiri reunion tersebut. Lagipun ini pertama kali aku hendak ke tasik empangan putrajaya, nak tau juga lokasinya camne.. Agak menarik. Kalu wafiy dh besar leh la main rehlah kat sini.. Kalu nk rehlah ngan kawan2 terdekat sambil bawa baby pun ok jugak... hehehe



Gambar ber4, aku, kak najah, kak che jah dan kak sofea..

Tempat rehat yang disediakan di Tasik Empangan untuk beristirehat
Bergambar bersama 4 keluarga


Setelah solat asar, kami ber3 iaitu aku, kak che jah dan kak sofea mencari port untuk lepak. Akhirnya kami pilih tempat rehat yang berdepanan ngan taman permainan. Boleh la budak2 main sambil dipantau sambil kami sembang2... Kak najah lambat tiba sebab katanya pergi ke klinik dulu.. hehehe.. maklum la nak cek ngan doktor keadaan "orang baru"..

Setelah solat magrib di sana barula kami segera pulang. Aku terpaksa pulang awal kerna ni time wafiy masuk tidur. Itu pun dh meraung mengantuk... maklum la jam 6 pagi dh bangun... so mmg timetable dia jam 6 pagi bangun dan biasanya lepas amik dr taska, terus dimandikan, disusukan dan akan tidur dengan nyenyaknya sehingga pagi esok. Just dlm kul 10 mlm, 3 pagi dan 5 lbh tu dia bangun tuk nyusu...

So lepas ni boleh la buat reunion dengan lebih ramai yang hadiri dan yang pastinya boleh ajak kawan2 lain pula mengenali tasik empangan putrajaya ni :-)




Sempat bergambar ber3.. Ini la gambar pertama yang diambil yang ada gambar kami bertiga :-)


Abi menolak stroller wafiy.. ni otw nak g surau solat maghrib...

Kemudahan yang disediakan.. mempunyai cafe tuk makan2, surau, toilet...





Pemandangan jauh di kala malam menjelma.. very nice..













Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea