Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 17, 2012

Aktiviti Baru Luth wafiy.. menyembur air liur

Posted by Faridatul at 10:04 AM 0 comments
Sepanjang di Cameron Highland, atok mengajar wafiy sesuatu yang baru. Aku mulanya pun tak perasan. tapi pagi ahad jam 5.40pagi seperti biasa waktu wafiy berjaga tiap2 pagi selepas dia busan bercakap sorang-sorang dia mula menyemburkan air liur.

Aku jadi pelik siapa plak ajar dia sembur2 air liur. Rupanya atok dia yang ajar ptg smlm.Tak leh nk cakap apa la..  Mak aii.. budak2 cepat betul diorang belajar. Ni kena berhati2 dah ni. dia dah mula tangkap apa yang diperhatikan.

Wafiy sekarang pun dh pandai nak barang mainan tuk main2. tapi bila bosan senang aje.. dia akan masukkan barang yang dipegang dalam mulutnya.. hahahah...

ok la.. dpt snap aktiviti wafiy smlm ketika dalam keta balik dari amik dia di taska...


Monday, May 14, 2012

Jalan-jalan di Cameron Highland

Posted by Faridatul at 5:15 PM 2 comments
Percutian yang sepatutnya dibatalkan , diteruskan jua. Apa taknya ateh dengan sehabis mungkin memujuk aku dan lain2 untuk pergi juga ke Cameron Highland. Akhirnya aku mendapat rumah atas pertolongan Masura. No contact Puan anis yang pernah dia deal dahulu diberikan kepadaku.

Sebenarnya aku ada juga no contact empunya apartment disana. Tapi sayang apartmentnya telah  dibooking untuk 3 hari dari Sabtu sehingga la Isnin. Aku memulanya pasrah apabila En Subhki kata dh penuh, tp bila call Puan anis dia maklumkan masih ada. Cumanya bila aku ke sana, aku diberitahu oleh Puan Kathy puan anis hanyalah orang perantara dan dia sebenarnya duduk di Terengganu. Sabau ajelah...

Walapun rumah yang aku dapat kali ni tidak secanggih rumah encik subhki tetapi aku redha. Alhamdulillah dengan program sebegini merapatkan lagi hubungan anak2 yang ada. Dari perhatianku, Amir yang malu2 dan asyik gaduh2 dengan klhalil sudah mula menunjukkan kemesraan antara mereka. Seronok tgk mereka bermain bersama, berlari bersama tapi sayang wafiy hanya boleh tgk aje.. heheheh

Hari pertama sampai kami check in jam 2 pm. Setelah masuk rumah, hujan mula turun lebatnya. Nasib baik semua bekalan sudah dibawa untuk masak2. Jam 6pm hujan mulai redha dan kami ke pasar malam di Brinchang. Bunyi azan sahaja kami pun balik. Alhamdulillah sampai sahaja di rumah, hujan mulai turun semula membasahi bumi Cameron Highland.

Hari kedua, setelah check out jam 9.30 pagi, kami semua ke Bee farm. Kemudian ke Ladang Boh di sg palas. Cantik sungguh pemandangan di sini. Cuma berbeza dengan ladang Boh di tringkap, tempat parking kereta dan  lokasi pemandangan tidak la jauh. Tetapi pemandangan di sg palas lagi cantek. Kemudian kami lunch di medan selera di brincang. Perjalanan bersambung lagi dengan mengunjungi kea farm dan akhir sekali strawberry farm. Jam 4 pm kami pulang dan akan berkumpul semula di rumah Yong. Cumanya Yong telah pulang dahulu selepas makan tengahari. Aku dan Fadzli ikut laluan Simpang Pulai manakala Alang menuruni tapah jalan yang bengkang bengkok itu.. huhuh

Setelah makan nasi dan solat jamak di rumah Yong, aku yang pertama pulang kerna destinasiku masih jauh. Nak singgah rumah mak lagi hantar ateh.. Jam 12 baru la sampai ke rumah dengan selamatnya. Penat tak terhingga tetapi ketenangan di ladang Boh betul2 memukau aku hari ini.. heheheh

kami adik beradik bergilir2 menyuapkan strawberry fresh dr ladang ke mulut mak.. selamat hari ibu mak

bergambar di ladang boh

wafiy berjaya menarik perhatian beberapa minah saleh kat sana.. hahaha

bergambar di depan kilang teh boh

papan atnda dalam kilang teh boh

masing2 khusyuk membaca papan tanda sambil memerhati mesin penggelek teh

bergambar di bee farm

fadzli dan ila memetik buah strawberry fresh

Wafiy bergaya ngan baju sejuk barunya.. hehehe


Wednesday, May 9, 2012

Ketiadaan suara

Posted by Faridatul at 9:33 AM 0 comments
Hari ni aku hanya memberi tugasan saja pada pelajar. sepatutnya nk terangkan mengenai LIST (senarai) menggunukan PROLOG tp suara tak mengizinkan.. tekak ku sakit dan perit sehingga tiada suara.. kalu ckp byk2 nanti kerongkong jadi makin sakit..

Semoga kesabaranku dalam menghadapi ujianNYA ini menghapuskan dosa  kecilku.. aminn

Monday, May 7, 2012

Terpaksa cancel percutian minggu ni

Posted by Faridatul at 11:40 AM 0 comments
Malam tadi aku langsung tidak boleh melelapkan mata. Sebenarnya mata dah dilelapkan oleh wafiy. Biasa la, bile menyusukan wafiy umminya pun tertidur sama. Petang semalam balik saja dari rumah Diana di banting kerna menghantar barang-barang pesanan dari mak mertuaku, kami terus ke Billion membeli sebuah baju sejuk wafiy, maklum la minggu ni kami 5 keluarga nak ke cameron highland ( aku sekeluarga, mak abah + ateh, yong sekeluarga, alang sekeluarga dan fadzli sekeluarga). Maka malam tadi tidak dapat lelapkan mata memikirkan aktiviti2 yang menarik untuk budak2 dan orang dewasa.

Tapi sedehnya, pagi tadi  jam 9 orang BPH call katanya rumah peranginan persekutuan di Cameron Highland tengah dalam renovation dari 1 april sehingga akhir julai. Maka semua tempahan daru April hingga Julai 2012 terpaksa dibatalkan. Sedey tidak terhingga. Aku pun meseg pada semua. Mak dan abah sudah beriya2 hendak ke sana. Anak2 sedara pun sama. aku pun excited juga turut sama sedey. Aku mencari rumah2 apartment yang pernah aku sewa dan mencari rumah apartment lain. Semuanya fully booked. Alahai, nmpaknya tak de rezeki kali ni nak ke cameron highland.

Nak tunggu BPH buka semula sistem tempahan online tuk tahun hadapan. Hopefully dapat book cam lepas guna nama aku dan kakak. Try tuk dapatkan banglo tak pernah berjaya. Asyik dah penuh jek. Bukan apa, biliknya menarik dan murah. So nape nak buang duit tuk sewa bilik mahal sedangkan ada kemudahan yang lebih murah tetapi menarik. Harapnya lepas renovation ni, perkhidmatan bilik lebih memuaskan hati walaupun sebelum ni kire dh ok la juga.. hehehe


Friday, May 4, 2012

Cara penyimpanan susu ibu yang betul

Posted by Faridatul at 10:24 AM 0 comments
Cara Penyimpanan Susu Ibu
---------------------------------------------------
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu... yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

♥ bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
♥ bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
♥ breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

♥ Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
♥ Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
♥ Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
♥ Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

♥ Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
♥ Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
♥ Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
♥ Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
♥ Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
♥ Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
♥ Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League
Credit: momschoice.com.my
See More
kenyataan di copy dari : breatfeedingzone (facebook)


Ini la pam elektrik yang berjasa ketika aku bekerja :-)

Mempunyai dua fungsian. 1 untuk speed dan 2. tuk melaraskan sedutan.. 

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea