Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 10, 2013

Percutian di freaser hill - siri II

Posted by Faridatul at 3:11 PM 0 comments
Percutian :5-6 Oktober 2013

Setelah berhenti menikmati sungai dan alam di hutan lipur lentang kini alhamdulillah dengan selamatnya kami sampai di bukit freaser pada jam 5.15 petang. Pemandangannya amat menarik sekali. Aman... damai dan tenteram... kalu bagi mereka yang baru kawen ni sesuai ni kalu honeymoon kat sini.. wakakaka

Tapi sebelum aku cerita panjang berkaitan pengalaman di sini aku nk cerita mengenai jalan gap dulu. Jalan dari bawah nk ke bukit freaser ni kalu aku baca blog dr teman2 lain mengatakan perjalanan ke bukit freaser mengikut masa jam. Jam genap naik.. jam ganjil turun.. ke terbalik.. cam tu la.. maksudnya jalannya sehala. Tapi kini tidak lagi. ada 2 jalan berasingan. Jalan naik dan jalan turun. dan hendak ke bukit freaser kalau dr KL boleh melalui 2 jalan iaitu samada melalui bentong-raub-bukit freaser atau rawang-batang kali-bukit freaser.

Suamiku mengambil keputusan untuk melalui kedua2 jalan sebab nk tahu apa perbezaan kedua2nya. Kami kesana melalui jalan raub dan balik melalui jalan batang kali. Bagi pendapat aku, melalui jalan raub tu amat sesuai bagi mereka yang tidak mabuk jalan sbb jalannya lurus. Amat berbeza jalan mengikut batang kali.. hampir setengah jam nk turun denagn jalan bengkang bengkok. Tapi dipertengahan jalan tu ada sungai dan tempat rehlah untuk beri makan pada ikan kelah. Aku tak singgah sbb aku dh nk muntah sangat time tu. Kalau boleh nk terus sampai bawah aje.. huhuhuhu... Manakala pemandangan jalan gap pula, jalan naik amat cantik pemandangannya berbanding jalan turun. 

Sesudah sampai di sana, pertama yang di jumpa adalah jam di tengah2 bulatan yang selalu menjadi perhatian orang ramai. Aku rasa seperti dinegeri asing pula sbb keindahannya memukau tak seperti cameron highland. ada perbezaannya disini. 

Kami terus ke rumah persekutuan untuk dapatkan bilik yang telah ditempah awal tahun dahulu. Nak ke rumah persekutuan pun bengkang bengkok. Jalan disini tak besar so perlu berhati2. Dari satu rumah kediaman ke rumah kediaman lain agak jauh. Sunyi sepi... Tapi apa yang pasti rumah kediaman peranginan freaser hill mmg cantik.

Aktiviti disini lebih kepada taman permainan kanak2. Banyak taman permainan disediakan. Makanan takde la mahal sangat pun. Walaupun harganya berbeza dr kl ni dlm rm2-3 ringgit tp portion makanan yang disediakan tu agak byk. berbaloi la.

so.. next time boleh dtg sini lagi sambil menikmati alam semula jadi. Bak kata suamiku.. kalau nk dtg sini nk bawa kamera canggih. sbb sini juga menjadi tempat persinggahan burung. 

Akhirnya... akan tiba di freaser hill... ni tak smpai lagi ni.. baru nak melalui jalan gap

jalan gap untuk naik sahaja

jalan gap untuk turun sahaja

Alhamdulillah.. akhirnya tiba di bukit freaser hill.. kena tgk map dulu nk g mana...

pemandangan di petang hari di freaser hill

snap gambar dulu.. susah betul nk suh wafiy diam.. habis dikelilingnya jam tu

Di depan kedai makan... 

Ambil gmbr dgn bunga2

minum air coklat panas untuk hilangkan kesejukan... 

wafiy tak habis2 dengan bunga.. mamat bunga betul la dia ni :-)

Di senja hari.. balik dr shoping kedai runcit... beli makanan tambahan takut lapar mlm hari.. sejuk bebeno rasanya ni mesti cepat lapo

pemandangan di  sekitar rumah peranginan persekutuan sebelum balik

singgah di taman permainan.. rasanya taman permainan ni yang terbesar di kat sini.. tapi kat freaser hill mmg byk  taman permainanan.. siap ada mini golf lagi.. rm6 per 30 minit

menikmati makan pagi... roti arab + kari ayam.. sedappppp

budak tak mau balik.... ni dh jam 12 tengahari lebih.. tp suhunya mcm pagi lagi

bergambar sebelum pulang... :-)


Tuesday, October 8, 2013

Wafiy suka memanjat sudah!!

Posted by Faridatul at 4:12 PM 0 comments
lokasi di freaser hill :-)

Monday, October 7, 2013

Picnic di hutan lipur Lentang

Posted by Faridatul at 6:33 PM 0 comments
Plan memang nk berenti di sini sbb mengenangkan wafiy suka ngan air terutama sungai atau kolam. So alang2 nk ke freser hill lalu karak so akan melalui bentong. Ada satu sungai di hutan lipur lentang. dr dulu lagi memang teringin nk singgah kalu balik dr kampung chini tapi tak kesempatan. so dh ada peluang ni, apa lagi mmg mlm sebelumnya aku siap2 masak untuk bekalan paginya.

jam 6 aku dh siap panaskan semua lauk dan hanya perlu goreng telur, goreng sayur dan sediakan air kopi panas masuk dlm termos. air kopi panas mmg feveret aku terutama kalu g mandi tempat sejuk. perjalanan bermula jam 8.30 pagi tetapi perlu singgah di opis suamiku kerna ada kerja yang perlu dilakukan di opis dahulu. so dlm masa sejam lebih menunggu di dlm kereta baru la kami bertolak ke hutan lipur lentang. 

sampai disana pun dalam lebih kurang jam 12 lbh. mmg sesuai untuk menikmati makan tengahari. apa lagi.. sementara abi dan wafiy mandi, aku dh rembat makan dulu.. lapooo.. huhuh... alhamdulillah makanan ku bawa habis.. kesejukan membuatkan mereka lapo.. huhuhu...

sungai sini ada ruangan untuk budak2 mandi.. landai.. memang sesuai la. tp kalu nk yang dalam boleh bawa masuk kereta ke dalam lagi. sbb nak happykan wafiy dan keadaan aku yang tak sesuai untuk untuk turun bukit walaupun x jauh, so kami decided amik yang dekat dan landai.. selamat untuk wafiy juga...

sementara menunggu abi di dalam kereta.. wafiy non stop makan.. waduh.. pening ummi dibuatnya

sos cili yang dpt dr kfc dh habis sepeket... kentang kat tangan sket pun tak bergigit.. sabau jelah

setibanya di hutan lipur lentang aku terus membuka makanan dan makan... sementara abi dan wafiy sejukkan badan dengan air sungai.. huhu

semua ada.. cukup lengkap untuk makan tengahari... sesuai juga dgn waktu yang dh 12 lbh ni...

abi dan wafiy jeles tgk aku mkn.. rendam tak seberapa dh naik tuk join makan sama.. 

wafiy yang dr td non stop mkn pun lapar.. sabau jelah

menyambung semula mandi.. abi tengah melatih wafiy untuk berenang.. latih kaki

sementara mereka berenang, ummi menghirup kopi panas pula smbil memerhati budak2 lain sama turut mandi dan buat palace guna pasir di tgh2 sungai...

terpaksa membawa wafiy naik sbb mengigil tahap gaban beno...

tetap ceria..walaupun dlm hati nk turun lagi tu.. rehat jap ye nak..

minum dulu sebelum menyambung semula mandi.. 

sebelum balik snap dulu ranjau duri yang terpaksa ditempuh masa nk masuk dan keluar jap lagi.. sejak pregnant ni aku kuat betul gayat... huhuhu

Aksi wafiy di Hutan Lipur Lentang

Posted by Faridatul at 6:23 PM 0 comments

Ni video otw nk ke freaser hill. singgah sebentar berenti makan tengahari hasil masakan ku dr rumah. seronok picnic sini. lain kali boleh picnic lagi.. :-)







Percutian di freaser hill - siri 1

Posted by Faridatul at 11:14 AM 0 comments
Percutian 5-6 okt 2013.

Alhamdulillah. telah selamat kaki ku menapak di bukit freaser. Memang aman damai tempatnya. Aku telah book rumah peranginan persekutuan sejak awal tahun lagi. Biasa la kalau nk book rumah persekutuan ni kena la setengah tahun paling tidak.

Sebulan sebelum ke sana.. aku dgr banyak cerita seram dan tak best dr kawan2 dan hasil pembacaan blog. Tapi bacaan blog yang seram meram tu semuanya sebelum tahun 2010 cuma ada satu cerita 2012 pasal dia tertangkap gambar adik dia tapi tertangkap gambar makhluk Allah bersama adik dia tu yang menyebabkan aku seram jugak. Dah ckp kat hubbyku tapi dia kata mana2 ada makhluk Allah. so pergi ke sana dengan tawakkal padaNYA.

Alhamdulillah sepanjang duk rumah peranginan tu ok jek. mmg kalu kata rumah tu ada masalah bukan sbb rumah tu aku rasa sbb freaser hill  adalah kawasan berbukit bukau yang terlindung dr orang luar. mmg hanya pencinta alam sahaja yang gemar ke sana mcm aku ni.. wakakaka.. aman.. daman.. dan tenteram... rumah peranginan ni pun best.. giler best la.. semua ada. lain kali tahun depan boleh book lagi.

p/s : sebelah bilik aku tu smpai dlm jam 12 tengah malam lagi bersama seorang anak perempuan 3 tahun dan seorang baby tak smpai 5 bulan.. ok jek.. tak jumpa apa2 pun... hehehe...

ni serba sedikit gambar pemadangan dalam dan luar rumah peranginan persekutuan.

kami dapat menginap banglo A. Ada 2 banglo jek pun. sebelah menyebelah. :-)

Pemandangan dari dalam bilik.. ada 2 sofa single bersama meja makna dan tv berserta astro channel. Tp yang hanya ada HBO dan siaran biasa jek.. ok la tu..

ada 1 katil single dan 1 katil king. katil king pun dh cukup untuk kami bertiga. 

ada aircond tp sape sanggup pasang.. sejuk giler dh... ada mini bar dan kettle juga.. 


bilik kami tingkat 2.. so kena naik tangga.. seluruh rumah ni dipasang carpet.. so tak de la rasa sejuk nak memijak lantai kecuali dapur dan bilik air jek.. huhu


pemandangan dr koridor bilik
setiap banglo ada playground dan tempat bbq sendiri.. walaupun sebelah menyebelah aje... :-)

ini plak playground banglo sebelah yang dpt di snap

banglo sebelah.. huhuh

ini ruangan makan... so boleh aje mkn dan masak kat sini sambil tgk tv

ruangan dapur untuk memasak.. semua peralatan disediakan.. pinggan, mangkuk, kuali, cerek, cawan, dan dll... semuanya ada.. bawak je bahan mentah kalau nk masak sini... :-)

peti ais besau tapi takde sape guna.. sbb tiap bilik pun dh ada mini bar kecuali dtg ramai2 dan masak.. mesti best... huhu

ruangan memasak... 

ini pula ruangan tetamu.. selain ada tv kat bilik masing2.. kat sini pun boleh tgk tv dengan ahli dr bilik lain... :-)

tempat rehat depan banglo

menikmati alam... 

kawasan playground... 


tempat bbq.. bawak bahan mentah dan arang jek... 

ruangan koridor dr bawah... 

sangkar burung.. 

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea