Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 1, 2007


Sedihnye memilukan hati orang yang paling disayangi

Posted by Faridatul at 8:50 PM 0 comments

Emmm...


Hari ni adalah bermulanya tahun baru 2007. Sepatutnya hari ini dimulakan dengan hari yang gembira dan menyeronokkan. Tetapi, apa dayaku...gara2 semalam aku merajuk dengan orang paling aku sayangi di dunia ini.


Sepanjang perjalanan aku ke rumah ku, aku hanya bersedih. Apa yang telah aku lakukan. Minta maaf pun sudah tetapi adakah ia memadai...


Biarlah aku menjalani kehidupan seperti biasa dalam sebulan ni. Bukannya mahu berdendam atau apa..tetapi biarlah hati ini reda dahulu dan tenang untuk menghadapinya. Selagi aku tidak tenang dan ingatkan hari semalam sudah pasti aku mencucurkan airmata bila membuka mulut walaupun untuk berkata sepatah perkataan. Itulah aku. Mudah sensetif terhadap orang yang aku sayangi.

Monday, December 18, 2006


Ambil angin di Port Dickson

Posted by Faridatul at 8:31 AM 0 comments

Hari ni aku 'capek bangat'. Apa taknya minggu ni aku rasakan seperti sum-sum tulangku meronta minta dibelai. hahahah...



Kelmarin aku g kursus Pn Ainon. Ahadnya plak, aku g PD bersama 4 rakan yang lain. 3 bujang dan sorang lagitu dah mak orang. Anaknya dibawa bersama. Baqiyah ni umurnya setahun lima bulan tapi kiteorang kategorikan sebagai anak dara jugak. So..yang pergi ke PD semalam 5 orang anak dara dan sorang mak dara. heheheh..



Perjalan ke PD mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Aku goreng kopok lekor dan air teh susu dalam termos yang besar. Manakala mije plak bawa sandwich dan bihun goreng. Bertolak pada jam 8.30 dan sampai disana lebih kurang jam 10.00 pagi. Mak oooiii..ramainya orang. Kami pun mencari tempat untuk bersarapan sambil menikmati suasana pantai PD. Sayangnya, kami terlupa nk bawa tikar mahupun surat khabar. So..mak lin belikan tikar. Harga yang sepatutnya rm5, tetapi harga disitu menjadi rm10. sekali ganda harganya.



Sambil2 menikmati pantai yang bersih dan menyamankan, kami makan apa yang telah dibekalkan. Emmm.. betul kata member2 ku yang selalu g PD, kalu nak air nya yang bersih jgn g PD, g kat teluk kemang. Area aku g semalam tu dh nak dekat teluk kemang. Patut la ramai orangnya. Masa aku g kat glory beach resort, airnya kotor bangat, tapi facilitiesnya memuaskan. Tak leh nak mandi kat situ, tapi area aku g smlm leh mandi.



Mak lin dh siap2 bawa pakaian spare. Kononnya ade hajat nk berendam dlm air laut tu. Disebab ramai sgt orang, dibatalkannya niat. Sebenarnya g sini nak survey tempat. Kami ni pengelola hari kuarga pada bulan januari. survey nye kejap je, yang selebihnya heheheh...paham2 je lah. "Sambil makan sambil minum air". Sempat lagi mije beli kasut, k lin beli sandal tuk baqiyah dan aflah beli beg baru... emmm...aku jugak yang tukang tengok dan tukang drive. :-(


Selepas sume selesai, kami pun balik pada jam 1.15. Berenti berehat sambil solat zohor dan makan tengahari di RnR Seremban. Sampai di umah lebih kurang jam 3++pm.


Oh..Pn Ainon

Posted by Faridatul at 8:17 AM 0 comments

Salam..


Hari sabtu yang lepas, aku dan 3 orang rakanku yang lain menghadiri kursus penulisan yang dikelola oleh PTS, oleh Pn Ainon sendiri.


Ini kali pertama aku menghadiri kursus PTS dan pertama kali bertemu dengan Pn Ainon. Hehehe..dikesempatan yang ada ini aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambarnya. Kononnya nk bergambar sekali tapi malu punya pasal..apa boleh buat, aku hanya mengambil gambar dr jauh. Nasib baik duk belakang..leh ambil gambar curi-curi. hehehe..aku harap dia tak perasan.


Aku perasan yang hadir kursus pada hari tersebut bukannya orang seperti aku. Tetapi penulis2 yang sudah masyur dan yang pernah menulis lebih dr 2 buku. Tetapi aku...hehehe..baru nak simpan angan2 tulis buku. Tetapi bak kata Puan Ainon, "Jgn takut berangan, bukan bayar pun. Ada ke kalu kite nk simpan angan2 kena bayar 20 sen"..ketawa aku mendengarnya. Betul jugak!! Diantara yang hadir kursus tersebut adalah M.N.O., M.N.D dan seorang penyair yang aku agak kemuka juga orangnya.


Kursus selesai pada hampir2 jam 5 ptg. Kejap plak rasanya. Aku bercadang lepas ni nk hadir kursus Pn. Ainon lagi. Jom...

Thursday, December 14, 2006


Streamyx...Dah guna pun

Posted by Faridatul at 10:19 PM 0 comments

heheheh....


ni tgh guna streamyx. Dari petang td aku guna tak berenti-renti.


Yang best nye aku guna wireless. 3 pc serentak leh guna. best tul.


Streamyx

Posted by Faridatul at 9:00 AM 0 comments

Hehehe...



Semalam aku di call oleh telekom mengatakan ari ni nak masuk streamyx.. Tak saba rasanya. Kul 2 nnt aku balik umah kejap sebab kul 3 janjinya nak dtg.



Aku amik pakej yang rm77, unlimited + wireless. Diorang bg 1 access point. Best2. :-) Moganye tak de masalah aku nk guna.


Tapi sebenarnya pc kat umah aku tu dh hampir setengah tahun tak guna gara2 aku ubah kedudukan perabut dlm bilik 6 bulan yang lepas. Biasa la aku ni tak leh tgk bende yang sama. Cepat bosan. Tapi disebabkan malas nk pasang semula wire2 pc tu, aku biarkan saja. Lagipun member sebilik aku ade laptop, so aku guna laptop dia.


Memandangkan nk pasang streamyx kat pc aku, so pg tadi aku pasang semula wire2. Habuk dlm bilik aku, aku bersihkan. Perghhh...Berabuk giler pc aku. Penat. Hampir sejam just tuk bersihkan pc. So...nk balik kul 2 nnt.. nk kena defrag jap before pasang streamyx... huhuhu...best giler. Tak sabar plak rasanya nk godam streamyx. :-)


Kawan aku sebilik ni pun.. lebih2 plak syok nya. maklum la nnt dia leh tumpang sekaki pakai wireless jek. Ni kena charge ni. huhuhu

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea