Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 4, 2011

Selamat berpuasa

Posted by Faridatul at 10:56 AM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tiba sudah bulan ramadhan untuk tahun ni.. Umur yang semakin meningkat ni, sepatutnya ibadah pun makin meningkat. Seminggu lepas aku langsung tak boleh makan nasi. Kalu makan nasi jek, pasti muntah lepas tu. Tak sempat nak makan ubat tahan muntah.

Hari ni hari keempat berpuasa. Sedeynya tidak ada sehari pun yang aku mampu bertahan puasa sehingga petang.. yang mampu antara jam 11 dan 12 tengahari sahaja. Walaupun doktor syorkan agar aku tak puasa dalam seminggu ni kerana badan pun nampak dah kekurangan air, aku gagahi juga untuk puasa mana yang mampu.

Dua hari telah diberi MC. Aku hanya rehat sahaja dirumah. Walaupun tidak boleh puasa, seleraku tetap takde. digagahi juga untuk menyuap bubur ke dalam mulut. Alhamdulillah selain nasi, masih boleh bertahan dari muntah.

Seorang kenalan ku iaitu k ani memberitahu, bahaya jika aku tak makan. Tips yang diberikan makan apa yang kita suka. "G la beli kek secret resepi ke, westtern food ke..janji makan. Nanti boleh memudaratkan badan", katanya. Tapi masalahnya skrg, semua makanan kesukaan aku macam takde selera jek tgk. Tekak dan mulutku rasa pahit dan tawar. Ala..macam orang baru nak baik dari demam panas. Lebih kurang la rasanya.

Tetapi smlm aku order pizza kerana tidak boleh keluar membeli makanan. Suami ku ada majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan di syarikatnya bekerja. Walaupun diri ini dijemput untuk turut serta, tapi tak mampu untuk kesana. Lagipun pasti diorng akan order nasi. Karang muntah kat situ, aku juga yang akan memalukan suami nanti... so baik tak yah g.

Pizza yang dibeli hanya mampu makan sekeping dua sahaja. itu pun main sumbat jek ke mulut. Maka pizza yang tak habis tu dijadikan sahur aku dan suami. Alhamdulillah, sebelum ni bersahur ngan nasi asyik muntah jek, tapi tadi lepas bersahur ngan pizza tak de plak muntah. so lepas ni, kena cari makanan selain nasi tapi yang boleh tahan dari lapar. Sebab kalu lapar nanti, sakit kepala dan muntah angin plak dibuatnya....

Hari ni dah jam 11.33am. Tanda2 nak muntah tiada. Harapnya dapat kekal sehingga ptg.

Wednesday, June 29, 2011

Nvivo8 di Nilai

Posted by Faridatul at 9:12 PM 2 comments


Alhamdulillah telah selamat dua hari aku dan peserta yang lain berkursus dua hari di Nilai Spring Resort Hotel untuk mempelajari perisian Nvivo8 yang diajar oleh Dr Salleh. Dua hari yang diajar sedikit sebanyak dapat membantu dalam penyelidikanku nanti.

Perisian Nvivo8 agak mudah dipelajari dan agak mudah digunakan berbanding perisian lain. Keputusan untuk mendapat kan hasil keputusan dari data kulitatif seperti interview mudah untuk diklasifikasikan atau dikategorikan.

Walaupun aku merasakan Dr Salleh mengajar agak slow tp masih ramai yang agak terkial-kial menggunakan perisian tersebut. Ini mungkin disebabkan aku memang sudah biasa menggunakan komputer dan tahu akan hirarki bagi sesuatu data berbanding yang lain bukan datang dari fakulti IT.

Bercerita pula hotel nilai springs resort pula, hotelnya agak selesa. Makanan yang disediakan agak menyelerakan dan banyak pilihan. Hari pertama disebabkan kami keluar agak lambat untuk lunch dan ramai yang telah lunch b4 kami, so byk makanan dah habis. Agak mendukacitakan.

Tetapi hari kedua ni sungguh selesa sekali sebab aku merasakan hanya kami dari ukm sahaja yang berada di dalam cafe tersebut. Ni disebabkan hari ni merupakan hari cuti bagi N9 sempena menyambut isra' mikraj. So apa lagi, byk la mknan yang dimakan.

Tadi aku byk makan salad dan sup aje. Dua kali ulang makan salad dan sup sebab nasi yang disediakan bukan la tidak sedap tetapi tekak ku tak leh terima. Lauk2 hari ni plak bertemakan kambing. macam-macam masakan yang disediakan menggunakan daging kambing. Kalau la aku sihat, sudah pasti ku balun kambing-kambing tersebut.. hehehe

Esok pula akan sambung kursus spss. Otak ni cam nk jem jek. Mudah2 an malam ni dapat merehatkan otak dan dapat menerima ilmu baru esok.

Dr Salleh tgh memberi bengkel tentang nvivo

Antara peserta yang hadir.. tak ramai pun dalam 25 shj berbanding kursus nvivo yang lepas..

Kawan-kawan guru IT yang sama join kursus nvivo

Laptopku dengan perisian nvivo dibuka beserta spek mata ku.. hehe

Monday, June 27, 2011

Terung goreng tepung

Posted by Faridatul at 9:23 PM 0 comments
Ini pertama kali aku buat terung goreng tepung. Suamiku telah beli 3 biji terung dua minggu lalu untuk bakar di morib minggu lepas. Disebabkan makanan yang banyak di morib jadi tak jadi bakar terungnya.

Hari berganti hari, terung masih tidak dimasak2 sehingga la kami balik kampung sabtu lepas. Petangnya mak buat kudapan cucur durian baki dari pagi tadi. Disebabkan sedikit cucurnya, dan adik aku baharin baru balik dari kerja ingin kudapan ptg jadi aku pun terpk idea kawan seopisku tentang terung goreng tepung. Apa lagi terus aku goreng. Leh tahan juga rasanya. Angkat sekali dan hidang terus habis. Tak sempat nk tunggu terung seterusnya masak.

3 biji terung tak cukup ditambahkan lagi dengan tempe goreng. aku potong nipis2 dan makan ngan kicap cili. Nyum2....


Sunday, June 26, 2011

Makan-makan lagi di rumahku

Posted by Faridatul at 11:42 PM 4 comments
Disebabkan tdak puas makan ikan di bagan lalang jumaat lepas, aku pun cadang nk masak ikan siakap 3 rasa sendiri. Plan sebenar nak ajak ramai tetapi memandangkan rumah yang agak berselerak aku hanya jemput dilah dan pijah sahaja.

Makna taknya, tiap2 malam sekarang ni aku lepas magrib jek dh masuk tido. Then sabtu balik rumah mak dan pagi tadi ada bengkel Pra LI.

Aku hanya mengarahkan pijah dan dilah untuk sediakan bahan2 masakan. Aku hanya mencampakkan bahan2 yang telah disediakan ke dalam kuali.



Udang dan sotong goreng tepung

Ikan siakap (econsave) masak 3 rasa

Ikan siakap (econsave)masak stim

Sayur campur goreng
Mangga sebagai pencuci mulut

Bengkel Pra- LI

Posted by Faridatul at 5:49 PM 0 comments
Aku dijemput untuk menjadi tenaga pengajar Kursus Permodelan Bisnes untuk para pelajar yang akan menghadapi Latihan industri pada bulan september nanti.

Sepatutnya bengkel bermula jam 8.30 sehingga 10.30 pagi untuk seisi ssdam tapi maklum la hari ahad ramai pelajar yang datang lewat gara-gara bangun lebat. Dalam jam 9.15pg baru mereka datang. Walau bagaimanapun bengkel ssdam harus dihentikan dalam jam 10.30pagi kerna jam 11pg akan bermula pula bengkel untuk asp.net yang akan diberikan oleh IBM.

Walau bagaimana pun aku telah menghabiskan bengkel pada jam 10.45pg gara-gara mereka sudah lupa untuk untuk membuat rajah kontek, DFD, dan ERD.

Aku dapat pelajar kumpulan jabatan TK. Dalam ramai2 pelajar TK, hanya ni sahaja yang wujud dalam kelas tu.. hanya 3 kumpulan sahaja dan kesemuanya pelajar cina.. Mana pelajar melayu?? entah la...

Kump yang dapat menghasilkan rajah kontek dengan cepat berbanding kump lain.

Kump 2

Kump 3

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea