Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 23, 2012

Menyambut besday wafiy di penang

Posted by Faridatul at 11:24 PM 0 comments
Perjalanan hari 3 -  setibanya di penang pada jam 10.30 mlm td, kami terus ke rumah mak lang. Aku tak perasan pun bila masa melepasi jambatan pulau pinang. Sedar2 jek dh sampai.. huhuhu... penat sungguh perjalanan dan melayan kerenah wafiy yang tak mau duduk diam..

setelah makan pagi di rumah mak lang, kami ke rumah mak ndak pula. tak de la jauh sgt dr umah mak lang. tak sampai 30 minit pun. Umah mak ndak ni dekat beno ngan lapangan terbang penang. leh nmpk kapal terbang turun dan naik dr lapangan terbang penang... 

di belakang rumah penuh dengan hasil tanaman. tapi yang paling best aku dpt mengenali pokok buah ni... bentuk pokoknya mcm pokok anggur... 

ni la pokok yang aku maksudkan mcm pokok anggur tu

cuba teka buah apakah ini?? huhuhu

isi dalamnya yang manis :-)

warna merah tandanya dh masak..rasanya lagi manis

ni pokok belimbing bagi mereka yang tak kenal... byk buahnya .. habis sebungkus aku kutip tuk di bawak balik kl. boleh diberi pada mak aku tuk cuci ikan... hahaha

kat pokok masih byk.. kat lantai yang gugur pun byk jugak

  perasan tak kapal terbang kat belakang pokok tu... rendah jek

berkeras suamiku nak aku ambil gmbr masa dia tgh panjat pokok belimbing tuk kutip buah markisa (bagi menjawab teka teki di atas.. huhuhu )

dpt juga seplastik buah markisa

 balik dr rumah mak ndak setelah kenyang mkn tengahari berlaukkan asam pedas keladi, dan setelah rehat2, kami ke rumah toksu pula... sebelum ke rumah toksu, singgah membeli jeruk dan mencari kedai kek.. seb baik jumpa tp ada 2 kek jek yang available.. yang lain sudah berpunya... satu lagi tu mcm best tp kecil sgt.. so terpaksa la pilih ni walaupun deco dia tak berapa menarik.. hahaha



luth wafiy bergambar ngan abi


ramai2 nk potong kek




setelah kenyang mkn kek, sesi riadah pula di depan rumah toksu.... ni bergmabr atas bonet keta mak lang dimana wafiy bersama paksu amirul dan paksu haris...


sesi main gelongsor... kalu tok lang wafiy tau ni mesti dia marah..huhuhu

  main bola...  nak jadi macam anak toksu wakil harimau muda kategori a skrg ni

 Yang pakai tshirt biru tu namanya firdaus.. anak toksu skrg jadi penjaga gol harimau muda kategori A

patutnya mlm ni nak tido rumah pakcik kat seberang perai tp sayangnya pakcik mai lambat sgt.. sampai kami sangka pakcik tak dtg... kesudahnya bila dah bawa masuk barang2 ke rumah mak lang masing2 dh malas nk punggah semula barang masuk keta.. so tido ajelah rumah mak lang semalam lagi harini

Saturday, December 22, 2012

Aktiviti mesra keluarga di kuala kurau - perjalanan yang non-stop

Posted by Faridatul at 11:46 PM 0 comments
Perjalanan hari 2 - Tujuan utama hari ni nak menziarah dan menunaikan jemputan kenduri kawen mak su suamiku (belah arwah ayah). Ni kali ke dua aku ke kuala kurau. Suami ku kata kat sini mudah nak dpt mkanan laut yang segar... tp tak berkesempatan nak makan kat gerai atau beli tuk masak sendiri.. huhuh

ni la mak su suamiku... muda dr kami lagi.... kelakar rasanya bila yang muda2 dh pangkat tok la nek la.. tp pangkat punya hal ikut aje la :-)
maksu dan paksu di atas pelamin

adik beradik belah arwah ayah (FIL)

semua ajk kenduri berbaju unggu :-)

sesi potong kek setelah orang ramai balik.. yang tinggal sanak sedara aje :-)

ni di rumah pak long depan rumah kenduri td.. biasa la anak beranak .. adik beradik kumpul bina rumah sebelah menyebelah, tak pun depan2... huhuh

sesi borak2.... 

MIL aku dh lama tak mai sini.. katanya lebih kurang last tahun 2005

sesi bergambar ahli keluarga dengan pengantin .. serba unggu :-)


Setelah berakhirnya kenduri, kami ke rumah berdekatan juga tp ke rumah sedara mara MIL aku pula... rupanya nenek MIL aku masih ada lagi. Umurnya mencecah 90++ tahun. Masih cantik kulitnya, sihat cuma tak nampak aje..MIL aku harini asyik berlinang air mata.. agaknya melepaskan kerinduan yang lama tertahan... Nenek MIL aku tu maknanya moyang suamiku dan secara langsung nyet kepada anakku luth wafiy.. tp sayang lupa nk ambil gmbr. agaknya bila dtg semula masih ada lagi ke tak nyet wafiy tu??... mudah2an perjumpaan seterusnya masih ketemu lagi :-)

setelah berpeluk cium mendengar cerita dulu2 akhirnya kami ke rmah toksu pula... yang ni belah ayah MIL aku... rupanya semua duk sekitar situ aje.. huhuhu.. tp kat sini bestnya betul2 dekat ngan pokok padi.... sape tak kenal padi leh mai sini :-)

wafiy bergambar dengan sebidang padi milik toksu 

dpt sentuh pokok padi kecil2.. aku jumpa padi pun masa tahun 1 masa di ukm ada program ke kedah... jadi monyet terkinja2 suka tgk padi yang menguning ketika itu... huhuhu

pemandangan petang di kuala kurau



parit ni di depan rumah toksu... belakang rumah berpemandangan padi2... best tul...


aktiviti wafiy di rumah toksu.. bermain dengan kucing.. kucing ni mananya oucang.. huhuhu

takut2 dengan kucing 

akhirnya dpt juga pegang bulu kucing tp kejap jek... geli kot :-)

Akhirnya jam 8.15 baru bergerak dr rumah toksu untuk hala ke penang plak.. katanya hanya 45 minit dr kuala kurau :-).. perjalanan yang non stop sungguh dr semalam :-)

Telatah anak sedara dengan pengaruh tarian Gannam Style

Posted by Faridatul at 11:30 AM 0 comments
Perjalanan hari 1  - Kalu ikut perancangan sebenar sepatutnya mlm td dh balik ke Pahang untuk meraikan besday wafiy di sana.. tetapi perancangan telah bertukar bila MIL aku dpt jemputan adik ipar nya iaitu adik bongsu arwah abah kepada suamiku (arwah FIL aku) mengadakan majlis kawen hari ini iaitu sabtu 22 dec 2012... 

So perancanagn telah bertukar asalnya ke pahang menjadi ke simpang pulai - kuala kurau - penang... itu la pan seterusnya. Jam 10 malam baru bertolak dari bangi memandangkan hujan lebat selepas magrib. Sampai di behrang suamiku mengantuk sesgt sebab jalan jem tak leh bawa laju.... kami berehat di tepi jalan dan rupanya ramai yang berbuat demikian.. agaknya jem ni menyebabkan semua mengantuk kot... huhuhu

Jam 2.30 pagi baru smpai di rumah pak su suamiku di taman botani simpang pulai. Mak su harini baru secara officialnya habis pantang setelah mendapat aishah iaitu anak ke4 setelah 3 hero diatasnya :-) .. 

sedap sungguh aisyah tido walaupun kami nk balik dh penuh dengan kebisingan

ini lah adam anak ke3 maksu dan paksu... gmbr ni kabur sbb adam sibuk menari gaya gannam style.. huhu

haikal turut serta dlm tarian adiknnya itu :-)

abang yang penyayang.. walaupun haikal ni masih kecil tp dh pandai jaga baby... dia pun byk mengalah dengan adik2nya.. abang yang baik 

Friday, December 21, 2012

Pembentangan Projek pelajar

Posted by Faridatul at 12:42 PM 0 comments
Minggu ke 14 telah bermula.. Mula lah kesibukan pelajar mempersembahkana projek yang telah dibuat sepanjang semester.. Kali ni aku ada 1 subjek iaitu TS2924 - SADM. Subjek ni antara subjek aku suka masa time belajo dulu. So ada 2 kelas yang akan present...

Selain itu, subjk EPPD1063 - Pengenalan Teknologi Maklumat di bawah fakulti ekonomi dan pengrusan akan mengadakan ujian makmal ke-2. Pelajar kali ni happenig,... so sempat la bergambar sebelum berjumpa mereka semula di dewan peperiksaan nnt... :-)

Antara kumpulan pelajar bagi subjek SADM

Pelajar2 FEP

Wednesday, December 19, 2012

akhirnya dapat juga ketemu anak sedara dr tganu :-)

Posted by Faridatul at 11:39 PM 0 comments
Ini adalah anak kepada kakak mije. dulu masa aku bujang sokmo ke tganu mesti singgah umah kakak mije ni.. jadi memang rapat dh ngan anak2 dia. tp masa tu ada mimi, deris dan amar pun masih kecil.. sekarang dah ada salsabila.... sama cam muka abang dia aje.. 

walaupun sudah lama tidak ketemu, deris masih mengingati namaku.. rindu kat depa sbb anak2 ni petah berckp dan pandai berbual mcm orang tua... terutama deris dan mimi... amar dan bella rasa mcm lebih kurang serupa jek... baru jumpa depa dh mesra denganku..

sepatutnya kakak mije balik pagi smlm (selasa 18hb dec) tp disebabkan diorng terlepas flight jam 7 pagi so terpaksa ambil flight lain esokkan hari mlm... so sempat la aku jumpa anak2 sedara ni..

bila bersama mereka.. rindu plak aku pada pantai indah permai tganu... rindu juga mkn ikan celup tepung dan makan2 di pantai kelulut... terasa terliur nk mkn kopok goreng dan kopok leko rebus... nyum2....

ini la salsabila... sebaya wafiy tapi dia lahir bulan 6... so kireya sebaya la :-)


 telatah amar dan salsabila bila aku nk ambil gambar mereka :-)

  
 ini la deris.. semangatnya.... petah nya sama mcm dulu :-)

dlm gmbr ni mimi sahaja yang takde... mimi ambil test nk masuk sekolah tahfiz sains.. hehehe




Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea