Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

Tak mau Makan nasi!!!

Posted by Faridatul at 1:00 PM 0 comments
Semalam cek kandunganku sudah seberat 2.8kg. Alamak!! kandunganku baru sahaja 35 minggu dah seberat itu.. minggu lepas hari rabu cek baru jek 2.245kg. Tak sampai seminggu berat kandunganku sudah melebihi 500g. Maklum la beberapa minggu ni asyik ada kenduri sahaja. Selera pun bukan main lagi skrg, berselera sungguh.

Ingatkan aku sahaja yang naik berat badan secara mendadak TETAPI kandunganku pun sama. Naiknya mendadak.. Kalu boleh tak mau la terlalu besar sehingga terpaksa menjalani pembedahan..

Patut la skrg ni pergerakan kandunganku skrg terasa sakit sket sbb dia pun dh besar dan mungkin pergerakannya terbatas.. heheheh.. itu andaian aku le...

Apa-apa pun plan aku dlm 3 minggu ni tak mau makan nasi. Dh bgtau pada suami tercinta sbb dia yang suka makan nasi.. aku follow jek... huhuhu... Hopefully dia mengerti akan perasaanku dan mengikuti plan yang aku aturkan ini... hehehe...

Bukan apa byk artikel yang aku baca mostly berat badan naik mendadak disebabkan pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi dan roti putih... :-(

Tuesday, November 29, 2011

Mggt test dan BP

Posted by Faridatul at 9:25 PM 0 comments
Semalam ke hospital HUKM ada appointment. Jam 7.45 dh bergerak dari rumah. Alhamdulillah semalam tak berapa jem so dalam 8.40 dah sampai di sana. Ingatkan aku orang yang terawal la datang rupanya aku merupakan orang no ke 8 sudah untuk appointment jam 9 pagi nnt.

Setelah mengambil berat badan, tekanan darah dan ujian air kencing, aku diminta ke bilik 11 untuk membuat scan sebelum berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya tekanan darah aku normal tetapi pg tadi naik sedikit dari biasa. Bila ditanya pada nurse yang bertugas, dia kata mungkin disebabkan aku masih penat sebab baru tiba di situ kerana memandangkan bacaan bawah tekanan darah aku masih normal. Yang naik cuma bacaan atas sahaja.

Masa scan alhamdulillah apa yang dijangka oleh Dr Fadz mengsahihkan jantina kandunganku. Selalunya bila buat scan ngan Dr Fadz asyik baby menyorok jek tapi dengan scan yang lebih berteknologi di HUKM segalanya nmpk jelas.

Tapi yang sedeynya, setelah berjumpa Dr aku dinasihatkan agar membuat semula mggt test untuk membuat ujian air kencing sekali lagi jumaat ini. Kerana penambahan berat badan yang mendadak, Dr bimbang jikalau aku mempunyai kencing manis. Begitu juga setiap selang 3 hari aku diminta membuat ujian tekanan darah. Aku mohon agar mggt test dan tekanan darah dibuat di Poliklinik UKM sahaja memandangkan nk ke HUKM sedikit sukar.

Doktor membenarkan aku buat di Poliklinik UKM di bangi tetapi jikalau bacaan abnormal diminta segera ke sana. Katanya kandungan tidak boleh dibiarkan lama jikalau salah satu bacaan abnormal. Bukannya disebabkan aku mempunyai kencing manis atau darah tinggi sebelum ini tetapi sejarah keluarga yang mempunyai penyakit serangkai itu dikhuatiri aku juga mengidapnya dan disebabkan sejarah pernah gugur dua kali.

Apa-apa pun aku ikutkan saja apa nasihat doktor itu. Mudah2an aku dan kandungan ku selamat dan semoga kandunganku selamat dilahirkan dan dapat melihat dunia ciptaan Ilahi yang indah ini.. amin....

Artikel yang berkaitan berkenaan masalah yang timbut akibat penambahan berat badan yang berlebihan :-( http://www.amazingpregnancy.com/pregnancy-articles/863.html

Monday, November 21, 2011

Baby aktif bergerak di trimester ketiga

Posted by Faridatul at 10:41 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Pagi ni terasa mengantuk sangat. Maklum la sejuk sehingga menyucuk tulang dibuatnya. Kebiasaannya jam 5 pagi aku akan terbangun sebab tendangan dari baby dalam perut tetapi hari ni disebabkan sejuk dan mengantuk yang teramat sangat aku terus terlena dibuai mimpi sehingga la sedar jam 6.30 pagi.

Minggu ni adalah minggu ke 34 kandunganku. Apa perubahan ketara yang aku perasan setelah masuk trimester ke tiga ni, baby banyak bergerak. Keaktifannya sungguh ketara. Tendangannya kekadangan menyebabkan satu badan aku turut bergerak sama. Segala kepenatan dan sakit-sakit sebelum ini yang dirasai seperti tiada langsung memberi ingatan kepadaku. Semuanya hilang. Yang ada perasaan gembira dan teruja dengan tendangan kandungan ku. Cam tak sabar jek nak tunggu kelahiran ku ini.

Walaupun perasaan takut dan resah menanti hari yang ditunggu-tunggu lebih kurang sebulan jek lagi ni, tapi aku buat2 biasa jek. Hanya padaNYA aku memohon agar semuanya selamat.

Suamiku pun turut teruja dengan keaktifan baby. Semalam kepala suamiku letak di perutku ini. Terasa seperti ditolak2 kepala suami ku. Suamiku cuba membuat eksperimen. Tangannya kula diletakkan di atas perutku. Sah la. Memang ditolak2 juga tangan suamiku dari perut. Agaknya baby kata " this is my territory" huhuhuh...

Thursday, November 17, 2011

si kucing yang degil

Posted by Faridatul at 2:36 PM 1 comments
pagi tadi selepas solat subuh, aku terlalu mengantuk. Segera aku pesan pada suamiku agar gerak kan aku dalam jam 7.30pagi. Tapi biasa la kerana terlalu mengantuk aku terbangun lagi 10 minit jam 8pg. Dah la aku ada kelas jam 9. kelas plak direct harini dari jam 9 hingga 4 ptg dan hanya ada 1 jam jek gap dari jam 1-2 untuk panjat tingkat 4, solat dan makan.

Kononnya dh janji ngan cik dilah nk makan sama jam 8.30pg. Tapi jam 8.30 pagi tu la aku baru keluar rumah. Dalam mengejar waktu itu, ada la seekor kucing yang duduk di tengah jalan. Yang pelik nya, masa aku tak lalu tadi elok jek duk tepi jalan, bila aku menghampiri area kucing tersebut terus dia berjalan di tgh jalan dan duduk di tengah-tengah jalan tersebut.

Aku segera horn dan bagi lampu tinggi pada kucing tu.. kucing tu leh tenung jek aku.. sakit hati dibuatnya. aku pun turunkan tingkat pintu dan jerit chus..chus.. tp buat dunno jek kucing tu.. geram plak dibuatnya... aku dah la pakai seat belt. malas tul nk buka. bila aku mulai kuar dari pintu pandai plak dia berlalu pergi dengan bersahaja... eee... sakit hati tul. tak pernah aku jumpa kucing yang degil sebegini.. bebel aku seorangan ke tempat kerja.. huhuhu

Tak dapat Tidur!!

Posted by Faridatul at 3:56 AM 0 comments
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dari jam 2 pagi td terbangun hendak ke toilet sampai skrg tak boleh tidur. Dengan perut laparnya dan baby dalam rahimku menendang-nendang menyebabkan aku terus membuka astro dan laptop. Buka laptop sebenarnya hendak mencari artikel berkaitan sebab dan punca baby terlalu aktif. Risau juga kot-kot aku ada tersalah makan. Tapi tak pula jumpa artikel yang dicari.

Semalam aku MC. Doktor suh bykkan rehat. Nak kata terlebih tidur aku bukan spesis tidur berjam-jam. cukup time, bangun. Tapi yang pelik dari pagi sampai ke malam, tendangan kandunganku sangat menyerlah sehingga suamiku perasan dari jauh. Takde plak aku rasa ketika baby senyap seperti selalu. Macam tau2 jek ummi dan abinya ada kat rumah. So nak expose diri la tu.

Dengan harapan aku boleh tidur nyenyak sebab seharian baby aktif maka jam 11 mlm td aku sudah masuk tidur. Rupa-ruoanya jam 2 sudah dikejutkan. Biasanya jam 4.30am tanpa loceng pun aku sudah tahu masa tersebut sebab disekitar jam 4.30am aku mesti terbangun kerana ketidakselesaan baby bergerak menendang-nendang perut.

Bila berjumpa doktor kelmarin, dia tanya punca aku tak cukup rehat. Suami aku memberitahu aku tak cukup tidur. Doktor suh amik nap di siang hari. Tapi dengan kelas aku yang terlalu padat sem ni, dan lif yang selalu rosak, masa gap sejam antara 1-2pm hanya cukup untuk aku panjat tingkat 4, solat dan makan sahaja.

Rasa tak sabar menanti hari-hari yang bermakna itu. Rasa cam lama plak nk ke bulan 12 ni. :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea