1. Makan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin kelak, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setaip pagi seminggu sebelum tiba saatnya untuk melahirkan. InsyaAllah proses kelahiran menjadi mudah.
2. Makan Kurma
Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenagha dan mengecutkan rahim.
3. Minum Air Kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.
4. Minyak Kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InsyaALLAH BERKESAN.
5. Lendir Bendi
Semasa hamil, ibu-ibu dicadangkan agar makan kacang bendi. Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi memudahkan bayi keluar.
Sumber diperolehi daripada majalah PaMa keluaran oktober 2011.
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago