Pages

Monday, May 25, 2009

Hari minggu yang memenatkan..

Posted by Faridatul at 8:34 PM 0 comments
Sabtu
jam 7.30 pagi - aku, cik dilah n cik mije ke tasik cempaka bangi walk tuk aerobik sehingga jam 9.00 pagi.
jam 11-2 ptg- basuh baju, kemas rumah, manjakan pokok2 halaman ku setelah lama dibiarkan, kemaskini pembalut pokok nangka...
jam 3ptg - makan di pkns
3.30-4.30ptg - shoping barang spageti dan barang dapur di maidin alamanda
5.15ptg - amik cik pogie@kjee di komuter ukm dan terus ke klia
1.30 pagi - baru la sampai rumah setelah balik dr jumpa makdilah. Tapi yang kelakarnya, jumpa makdilah beberapa jam je, selebihnya lepak di bilik hotel cik hazwani sebab dia ade seminar di hotel panpacific. Maklum la rumah takde astro. Tgk citer apa tajuknya ntah la tapi berkaitan mutasi kimia ke binatang yang menyebabkan mereka mengganas.

ahad
jam 7 pagi- bersiap masak spageti tapi bahan tak cukup.
jam 8 pagi - turun ke kedai. tapi sayangnya kedai tak buka lagi. tunggu lepak kat tepi kedai hingga jam 9. sementara tu aku n cik dilah main batu semban..
jam 10 pagi - boleh makan spageti dahh.. feveret cik pogie kalu dtg rumah aku.. so spageti ni khas untuknya.. huhuhu
jam 11pagi - baru masak spageti tuk diberikan ke rumah puan salwa.. td tu spageti pedas ni untuk tak pedas plak. Minggu ni puan salwa tak masak so time kiteorng plak buat sistem barter makanan.
jam 11.30 pagi - berpoco2 aku, cik dilah n cik mije.. cik pogie berchating ngan ehem2 sambil mentertawakan kami.. 45 minit jugak la kami berpoco2.. huhuhu
jam 2 ptg - ke kl. hantar cik pogie balik. tak sangka plak area rumah dia sama ngan area rumah cik dijah.
jam 3-8 - reunion bersama kawan2
jam 9mlm - belanja family mkn kat kedai di bandar baru selayang.. aduhai.. bertambah sayang aku kat bangi. Mahal sungguh makanan kat BBS ni.
jam 11 mlm - baru sampai rumah.. kepala berdenyut2 masa drive dr selayang lagi. Nak suh cik dilah drive lesen dia dh mati.. warghhh.. bertahan jelah. alhamdulillah smpai gak rumah...

Wednesday, May 20, 2009

Bila cikgu yang comel.......

Posted by Faridatul at 2:41 PM 4 comments
status YM cik dilah - > "bila cikgu yang comel"

"apa ni!!.. amboi2 dia plak yang lebih2. Dah2 tukar2!!", marah manja ku pada ym cik dilah...

"ala.. apa salahnya", balas cik dilah ke ym ku pula.. "0k dh tukar"..

status ym baru cik dilah --> "Bila cikgu yang comel dan anak murid yang comot"

"Tukarrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!....."

Sekarang aku ada hobi baru iaitu poco-poco. Setiap Isnin dan Rabu. Semua anak murid perempuan, hanya cikgu jek laki... tapi poco-poco ni gerakan dia tak banyak. Banyak angkat2 kaki tapi yang penting berpeluh.

Ada 15 step kesemuanya dalam poco-poco ni. Isnin lepas cikgu ajar step 14. Cikgunya comel, bertambah comel kalu dia senyum.. Paling best senyuman dia bila "senyum perli" tengok anak murid dia salah step. Lingtang pukang dibuatnya.. huhuh..

Tuk poco-poco ni ada 2 yang menarik aku n cik dilah berpoco-poco. Pertama adalah untuk menyihatkan badan. Dan yang kedua adalah....tuuuuttttttttt.... huhuhu.. biarlah rahsia.. hahahah

Smile always..

Monday, May 18, 2009

3 movies - sunday evening

Posted by Faridatul at 1:58 PM 0 comments
"Nape nak balik awal", tanya abah. Ketika itu jam menunjukkan jam 11.00 pagi. "Bukan ke nak balik petang", bebelnya lagi.

"Ala.. ada kerja kat pejabat sket", sebenarnya busan duk rumah. Kawan gaduh tak de. Adik aku yang bongsu g sekolah ada tuisyen. Maklum la nak spm tahun ni. Kalu sembang ngan mak kang mesti kuar topik kawen.. busan2x.. walaupun mak tidak memaksa tp sian gak dgr mak cerita kawan2 dia bebel kan ke mak pasal aku ....huhuhu.. Ayat2 kawan mak aku yang bebelkan ke mak aku - "apa tunggu lagi!", "nape tak kawen!", "takan takde calon!", "takan ju tu tak de kawan!", "dia memilih ke?!", " nak carikan ke? kang tak setuju plak!"..macam2 la lagi.. tapi bestnya mak aku ni sporting. "Kalu dh ade bgtau mak, jgn buat maksiat kat luar. Nak pilih biar yang beriman", huhuh. Tak jumpa lagi kot Mr Right. hahah

Sampai di bangi jam 11.45am. Aku sms suri dan mije plak yang call aku. Diorng masih berada di tasik cempaka.. lepas mkn di pkns aku terus ke opis. Ingat nk stay smpai petang tetapi jam 3 pm aku dh mengantuk. Menguap dh berkali2 sampai dh melentokkan kepala di atas meja.

'Baik aku balik kalu gini, tido kat rumah lagi best", rungut ku.

Sampai di rumah, konon nak melelapkan mata tak dapat. Aku ni bukan jenis tidur petang melainkan demam. Tak tentu arah jadinya. Tanya suri ade citer apa, aku pun selongkar laptopnya.

Petang itu 2 movie aku, mije, n suri tgk. Movie tanpa henti..hahahah.. Tapi paling best cite vampire tu. Hero dia handsome.. Menyentuh perasaan sungguh.. hahaha.. yang paling best hero ni dia proctective. huhuhu..

Lepas solat magrib sambung plak citer kartun guna plak laptop mije. Habis tgk kartun tu baru masuk tido. sepanjang hari ni agenda nya adalah menonton.. huhuhu..

Semoga Roh k izan dicucuri rahmat

Posted by Faridatul at 1:32 PM 0 comments
Jam 10.28pm hari jumaat lepas aku menerima satu mesej dari k yaz yang berbunyi "dimaklumkan Pn Azizan (omak) telah meninggal dunia pada jam 9.30pm tadi. Alfatihah"...

"Innalillah", aku pun terus foward mesj tersebut kepada rakan2 yang lain yang mengenali arwah. Baru je aku menziarahi arwah di hospital putrajaya rabu yang lepas dan arwah kelihatan ceria.

Ajal maut ditentukan olehNYA. Yang hidup akan mati. Yang masih hidup kena teruskan hidup tetapi jadikan iktibar, bahawasanya kematian itu datang bila-bila masa sahaja.

"Sudah cukup kah amalan ku untuk dibawa ke sana nnt?"... sama2 lah kita ambil iktibar.


Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

Disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an : “Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197)

Friday, May 15, 2009

Kena marah ngan suri..

Posted by Faridatul at 2:38 PM 7 comments
Hari ini suri masak lagi..

"Best2.. ni la suke bile time suri tak waras", jerit ku sambil menonton tv.

Ketika itu suri di dapur tengah membuang kulit udang..

"Bukan ta waras la kakkkk.. saya tengah jimat duit ni", Jerit suri dari dapur sambil mencarit epung untuk buat cokodok udang.

beberapa minit kemudian..

"Akak jahatt... samapi hati gosipkan saya kat blog akak", jerit suri lagi.

"Apa...", aku meminta 2-3 kali juga la suri mengulangi perkataan yang dijeritnya itu sebab aku tengah menonton tv. Maklum la kalu dah tonton tak leh lari pandanagn dan pendengaran dari tv. " Ala suri, bukannya ada sape2 baca blog akak pun"...

"Ye lah tu, camne pun tetap di internetkan juga"...

"Doa tu suri, yelah2 esok akak buang la"

... hehehe.. cam malas jek nk membuangnya. bio la... hahahah

Thursday, May 14, 2009

Bergaduh ngan pegawai keselamatan di Hospital Putrajaya

Posted by Faridatul at 2:53 PM 2 comments
Sesudah melawat k izan dari hospital kami terus ke parkir untuk mengambil kereta. Ternampak la ada satu kereta kena rantai. Kereta tersebut agak menggangu lalu lintas. Dalam hati aku terdetik perkataan "patut pun kena rantai sebab menghalang lalulintas."

Tetapi tiba-tida muncul seorang makcik yang agak tua dan terbongkok (tuan kepada kereta tersebut) dalam keadaan cemas sambil memegang pinggangnya, kami pun menghampirinya dan bertanya sebab sian dengan keadaan makcik tersebut.

Makcik tersebut menyatakan dia ada appoinment jam 11am dan dalam keadaan tiada parking, dia telah meminta pertolongan 3 orang pegawai keselamatan yang kelihatan disitu tetapi masing-masing mengendahkannya. Masing-masing sibuk dengan hanset. Kerana terlalu sakit, maka beliau terus park di tepi jalan dan berjumpa doktor.

Dalam keadaan dia begitu aku dan lain-lain pun ingin membantu, dari jauh kelihatan seorang pegawai keselamatan sedang duduk berhampiran pintu masuk hospital. Bila dipanggil, buat tak endah siap lagi toleh tempat lain. Bukan aku sorang yang melambai tangan suh datang tempat kejadian tetapi lima orang. Kalu tak nampak saja la.

K zura segera berlari jumpa pegawai tersebut. Boleh plak pegawai tersebut minta k zura untuk berjumpa "PO". Mana la k zura tahu PO tu apa.. POST OFFICER ke.... apa ke.. tiada hemah langsung kaedah penyampaiannya.

Bila diminta buka rantai banyak plak gomelnya. Mungkin betul la sebab mula-mula dia tak tahu siapa tuan empunya kereta tetapi bila dah tahu kenapa makcik tu parking cam tu, kaedah menanangi masalah tersebut kena la berhemah. Ini tidak, siap menjawab plak " Kalu polis disamannya dah". Nak samakan polis kat luar tu ngan dalam hospital ni.

Kalu kat luar tu dah sah-sah tuk kepentingan sendiri ni dh datang hospital mestila ada hal emergency. Apa la diorng ni.. Tak guna akal nak menjawab.. ish2. Dah la cara menjawab tu cam nak cari gaduh. Ni guru-guru it ni tak buka mulut lagi. Tak kuar lagi perangai masing-masing. Kalu tak..siap la diorng..

Apa fungsi diorng ni pun entah la. Diorang ni observer jek kot.. huhuhu

Melawat Kak Izan di Hospital Putrajaya

Posted by Faridatul at 2:20 PM 0 comments
Semalam dapat emel dari k noi yang mengatakan mohon maaf dr keluarga dan pihak k izan sendiri kepada seluruh warga fakulti. Macam pelik jek bunyinya dr emel ni. Aku pun segera menelefon k noi tapi dijawab oleh ayu.

Rupanya2nya k izan dah lama masuk hospital atas penyakit kancer. Maka aku bercadang ngan opismate tuk lawat k izan tengahari ni.

Melihat keadaan k izan di atas katil macam orang sihat jek. Muka berisi, wajah ceria walaupun kepala hampir botak, badan pun berisi. Takde langsung gaya2 orang sakit apatah lagi sakit kronik yang diperkatakan itu.

Bila tanya anak dia, farah yang menjaga k izan diketika itu, rupa-rupanya k izan ni luaran je nampak sihat. Dalam hanya Allah sahaja yang tahu. Bila rasa badannya, Ya Allah sejuk tangan2nya. Suhu badannya pun suhu bawah normal. Jari-jemarinya pun dah kehitaman dan keras. Doktor yang mahu memeriksa tekanan darah ketika itu tidak dapat melakukannya kerana tak dapat dengar denyutan nadinya. Maknanya denyutan nadinya terlalu perlahan.

Begitu juga ngan kakinya. Bengkak dan besar. Habis tapak kaki merah kehitaman. Kata anaknya sebab darah tak berjalan.

Bila ditanya puncanya, dikabarkan mungkin sebab pertukaran darah sebab doktor dah mengesahkan bahawa cancernya dah ok. Tapi lain plak jadinya. Sebab dah tiada tenaga, k izan dah tak larat nak mengangkat badannya. Maka sepanjang duduk di hospital hampir sebulan itu, seluruh badannya yang mengandungi air tidak dapat kering terutama di bahagian belakang badan. Semasa aku melawatnya, habis cadar kain basah. Sian ku melihat k izan.

Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya. Ajal maut ditangan tuhan. Kita sebagai manusia dan khalifah beriktiar selagi mampu. Selainnya terserah kepada Ilahi.

Tag Award dari Suri

Posted by Faridatul at 9:20 AM 3 comments
Aku ni tak tahu apa-apa pasal tag. Dulu dah dapat sekali dari k chik tapi buat tak tahu jek. Kali ni plak dapat tag dari Suri. Cik dilah pesan copy tag award tu masuk ke dalam blog.. huhuhu.. yelah2x


Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ini diberi oleh Suri.
- Rakan serumah (sekarang)
- Rakan semelancong
- Bekas junior FTSM
- Suka kacau bila aku nk masuk tido... kadang-kadang buat tak endah bila dh bg signal nak masuk tido dengan cerita terbarunya.. huhuhuh
- Suka main game sampai lewat pagi
- Idea tuk buat banner atau multimedia paling best last2 minit.. tapi mula la mengelabah tak tido hari kejadian.. hahaha
- Suka masak bila time tak waras ( aku suka bile dia selalu tak waras... hahaha)
- Masakan keemaran sekrang adalah muffin dan kek coklat.. dulu puding roti... smpai dh muak dibuatnya.. hehehe
- Tgh kena gosip dengan orang pahang kot.. huhuhuh... semoaga selamat ####


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Paling tak suke nak citer diri sendiri :
1. Sekarang dicabar oleh cik suri dan cik dilah untuk menulis.
2. Hobi terbaru 2-3 hari ni menjahit telekung sembahyang... hahahhaah (ada sebabnya tersendiri)
3. Suka melancong tempat2 yang menarik pemandangannya
4. Memasak adalah terapi untuk menghilangkan tension.
5. Window shoping juga salah satu terapi untuk hilangkan tension kalu dh malas nak masak.
6. Teringin nak memiliki kamera DSLR.
7. Seorang yang ceria.. paling tak suka kalu jumpa muka2 yang masam yang boleh menukarkan moodku.
8. Seorang yang tegas dalam kerja ku.. yeke??? tapi tu la yang sering diperkatakan.. tapi aku rasa cam biasa jek. ntah la
9. Suka bersukan.
10. Suka dengar sinar.fm sebab lagu2 zaman remaja dulu.. huhuhuh

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

1- Puan Ogy
2- Puan Azura
3- Cik Hadijah
4- Puan Idah
5- Cik Aqeen
6- Kak Chik

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

Monday, May 11, 2009

Tupai menceroboh masuk opis ku...

Posted by Faridatul at 7:31 PM 0 comments
Seperti biasa aku membuka tombol di bilik yang masih dalam keadaan gelap... tangan meraba-raba di dinding mencari lampu..

"Wahhh..apa dah jadi... ada pencuri ke dah masuk dalam bilik aku ni..", setelah melihat bilik opisku bersepah dengan payung hiasan yang sepatutnya di atas almari jatuh di lantai. fail-fail di atas meja seperti telah diusik dari kedudukan asal.

Dalam keasyikan membuat kerja, tiba-tiba kerja ku diganggu dengan bunyi yang aneh dari belakang mejaku. Ada sesuatu antara mejaku dengan dinding. Aku membiarkan saja kerana hendak menyiapkan kerja sebelum jam 12pm. Tetapi aku menjadi mengelabah bila bunyinya makin menjadi2 menghempas dinding. Rakan seopisku di bilik sebelah pun menjerit..

"Mas, apa bunyi tuh".. sambil lari ke ke bilik sebelah.

"Mana aku tahu", balas Mas. Aku segera ke bilik ku dan call teknican untuk meminta pertolongan.

"Minta turun bawah, ada makhluk Allah yang tak diketahui duk belakang meja tapi tak tahu apa. Takut Ular jek... Bawak jelah apa2 peralatan tuk tangkap", balas ku pada abang rais. Siap tinggalkan pesanan suh bawak 3-4 orang lelaki lain tuk turut bantu. huhuh

"Laaa... tupai jek, cam ne boleh masuk bilik korang ni, ish3x".. setelah hata menghalau tupai tersebut. Tapi malangnya dari bilik aku masuk plak ke bilik mas.

Kalu aku tahu tupai dari awal aku dah tangkap sendiri.

Tapi geramnya bila aku balik dr lunch, masuk jek bilik hidung ku dicucuk-cucuk. Bau busuk yang teramat sangat. Bilikku berceceran ngan najisnya.

Rupanya2 masa aku g lunch tadi, rakan seopisku seramai 4 orang tu dengan bantuan abang rais g ngejor tupai tersebut. Patut la tupai tersebut terceceran najisnya. Mesti ketakutan. Masalahnya, bilik makin jadi tak menentu. Penutup tingkap berselerak dan najis berceceran, paper ku bersepah..adusssss... tensionnya...

Sunday, May 3, 2009

Melaka - Port dikson - Bagan lalang..

Posted by Faridatul at 2:21 PM 14 comments
semalam jam 11 pg bermulalah perjalanan ke tempat kenduri rumah kawan pijah. Melalui highway tetapi keluar ke tol pedas- linggi. Meneruskan perjalanan ke rumah kenduri area masjid tanah melalui jalan kampung. Dalam jam 12 lebih kami pun smpai. Kedua-dua pengantin adalah staf angkasa sepertimana yang diberitahu oleh pijah.

pijah bersama pengantin, kami yang lain tak dapat bergambar sebab pengantin sibuk

aku pun tak tahu apa perbalahan antara pijah dn mije ketika itu..huhuhu

Selepas kenduri, perjalanan hendak diteruskan ke ayer keroh tetapi kononnya nak singgah ke komplek falak alkharizmi. Konon nak singgah kejap tapi jadi lama plak.

di depan balai cerap alkhawrizmi

Tempat yang menarik tetapi sayangnya hebahannya tidak meluas. Selain boleh melihat pameran yang pelbagai info mengenai dunia falak, boleh juga menonton planeteirium dan 3D. Bayaran x mahal. Untuk kedua2 nya sekali baru rm5 sahaja.

satu daripada antiviti disitu, boleh cantuman muka denagn kawan-kawan anda..lihatlah wajah baruku..huhuhu

woman in black..huhhu.. ni spek untuk tangok cerita 3D

Selain itu, boleh juga melihat ruangan cerap dan melihat permandangan sekeliling sekitar tanjung bidara menggunakan camera di situ. Tempat ni betul2 menarik dan sesuai untuk dijadikan tempat lawatan ambil belajar.

Cik dilah tengah skodeng..huhu..bagitau mak dia...

Setelah hampir 3 jam kami disitu, perut telah berkeroncong. Nak makan ikan bakar. Tanya orang tempatan tempat makan ikan bakar paling best kat situ. Ingatkn di umbai jek yg sedap rupanya di sini pun ada. Tempatnya nama Kuala Sg Baru.

Perjalanan terus ke sana tetapi apabila melihat ada tanda port dikson 49 kilometer sahaja dr situ, niat terus bertukar. Jam ketika itu menunjukkan kul 5.17 ptg. Maka tak jadi la nkmakan ke kuala sg baru. Cadangan terbaru yang semua setuju adalah makan di bagan lalang, beristirehat di port dikson.

Hutan rekreasi..pintu masuk ke rumah api tanjung Tuan

Setibanya ke port dikson, cik dilah teringin nk ke rumah api. Tak sangka ada hutan rekasi disini. Jam menunjukkan jam 6 petang. Nak ke rumah api, perlu melalui bukit dengan berjalan kaki. kira2 10 minit barulah smpai ke rumah api tersebut. Rumah api tanjung tuan. Ya allah cantiknya pemandangan. Hilang segala penat lelah menaiki bukit tadi. Segala cabaran dan halangan yang terpaksa tempuh tadi hilang semuanya.

Inilah rumah api tanjung tuan.. penat sehhh

segala penat hilang bila tengok keindahan alam ciptaan ilahi ini..

Perut dah berkeruncung. Semua kelaparn. Perjalnan terus ke bagan lalang. Setibanya di bagan lalang, kedai yang biasa kami makan penuh. Maka terpaksa la beralih arah ke seaview. Makanan disini tidak kurang juga enaknya tapi sayangnya pepahat sudah kehabisan.

masih di port dikson..cantik kan pemandangan dia.. subhanallah

sesi makan ikan pun bermula.. mana ikan bakar..lambat sgt..bateri kamera ini yang paling last..tak sempat nk shot gmbr makanan terutamanya ikan bakar.. huhu

Jam 12pm lebih baru la sampai di rumah tercinta. Perjalanan yang singkat dalam 1 hari tapi banyak juga info yang diperolehi hari ini.

More pictures : click here

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea