Pages

Wednesday, September 21, 2011

Tip dan petua mudah Bersalin

Posted by Faridatul at 11:24 AM 2 comments
1. Makan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin kelak, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setaip pagi seminggu sebelum tiba saatnya untuk melahirkan. InsyaAllah proses kelahiran menjadi mudah.

2. Makan Kurma
Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenagha dan mengecutkan rahim.

3. Minum Air Kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

4. Minyak Kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InsyaALLAH BERKESAN.

5. Lendir Bendi
Semasa hamil, ibu-ibu dicadangkan agar makan kacang bendi. Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi memudahkan bayi keluar.

Sumber diperolehi daripada majalah PaMa keluaran oktober 2011.

Wednesday, September 7, 2011

Selamat hari raya

Posted by Faridatul at 4:06 PM 0 comments
Semoga tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Jika ada salah dan silap secara disengajakan atau tidak disengajakan harapnya dapatlah dimaafkan.

Raya tahun ni seperti biasa balik ke Pahang. Raya ke 3 baru balik selayang. Ingatkan dapat balik ke kampung perak nmpaknya terbantut sebab bondaku tak berapa sihat. Gara-gara nak ganti langsir bonda terjatuh dari kerusi dan pinggangnya kesakitan... akhirnya balik kampung terpaksa dibatalkan dan insyaAllah akan balik minggu ni.

So kengkawan semua, tunggu den nak raya sama ye minggu hadapan. Ada cuti 3 hari iaitu jumaat sampai ahad sempena menyambut hari malaysia yang jatuh pada 16 sept bersamaan hari jumaat. So apa lagi, kita ronggeng raya minggu tersebut ye.. minggu ni jangan kemana2 lagi... nnt kita raya sama2 minggu depan.. heheheh...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea