Pages

Friday, May 27, 2011

Anak-anak sedara ku

Posted by Faridatul at 6:33 PM 0 comments
Alhamdulillah, mak aku telah dikurniakan dengan 7 cucu tetapi kesemuanya lelaki kecuali sorang ni namanya asma anak kakak aku... Asma ni la the only cucu perempuan buat masa sekarang. Walaupun jantinanya perempuan tetapi perangainya leh tahan jugak cam abang-abang dan sepupunya... golek-golek main tinju-tinju... huhuhu.. semoga perangainya berubah nanti jadi ayu macam mak ngah dia.. heheheh

Dalam 7 orang cucu mak ayah aku 3 daripadanya adalah dari kakak sulung. 3 lagi daripada adik bawah aku (alang) dan sorang dari adik aku yang no 4 (fadzli)


Yong - anak sulung (Saiful Islam Bin Mohd Farid)


Yong - anak no-2 (Amirul Islam Bin Mohd Farid)


Yong - anak no-3 (Asma' Nur Islam Binti Mohd Farid)


Alang - anak sulung (Umar Bin Mohd Shawalludin)


Alang - anak no-2 (Hamzah Bin Mohd Shawalludin)


Alang - anak no-3 (Kholid Bin Mohd Shawalludin)

Fadzli - Anak sulung (Khalillullah Binti Mohd Fadzli)

Monday, May 23, 2011

Jom Berbengkel - Hari 1

Posted by Faridatul at 9:18 AM 0 comments
Hari ini aku tidak berapa sihat. Tetapi memandangkan mahu juga menghadiri kursus Integrasi web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran siri /2011, aku gagahi juga kesakitan yang ada.

Alhamdulillah, jam 9 pagi aku kembali segar. Jam 10.30 seperti biasa kursus akan berehat sebentar untuk makan pagi sehingga jam 11 pagi. Ketika ini la aku menyusup masuk..hehehe..

Alhamdulillah, rupanya pagi tadi sehingga rehat tidak ada apa2 lagi pelajaran yang diajar. Jam 11 bersambung dengan perisian Jing dan camtasia. Disini aku ingin menceritakan sedikit perisian jing dan camtasia ni.

Ianya sangat mudah untuk dipelajari. Camsatia atau jing adalah merupakan perisian yang boleh digunakan untuk menangkap gambar dan membuat video pada skrin komputer. So mudah la kalu aku nak buat video berdasarkan pada skrin komputer. Apa yang perlu dimtambah adalah menggunakan microfon untuk memasukkan suara sahaja. Satu alternatif digunakan untuk pengajaran...

Petangnya pula, kepalaku kembali sakit. Disebabkan ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 3 sebab terpaksa setelkan bayaran untuk bengkel di A'famosa dengan azuwa di fakulti, ditambah pula sudah 2 kali round masih tidak dapat tempat untuk pakir kereta, maka aku mengambil keputusan untuk balik sahaja.. huhuhu. Tetapi rugi rasanya kerna petang itu shahrina memberi tahu mereka belajar perisian shareware lebihkurang seperti youtube.. yang mana digunakan untuk berkongsi fail dengan pelajar.

Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru!!

Posted by Faridatul at 10:52 AM 4 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja bertakhta
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




Tanggal 16 mei, semua negeri di Malaysia termasuk Sabah Sarawak akan meraikan hari guru. Hari guru adalah satu hari yang bertujuan untuk meraikan para guru. Semenjak kepentingan guru telah diiktiraf oleh UNESCO, maka hari guru telah diraikan setiap tahun. Hari yang diraikan ini juga adalah untuk menghormati para guru atas sumbangan mereka dalam bidang-bidang tertentu atau dalam masyarakat secara amnya.

Hari guru disambut di seluruh dunia tetapi pada tarikh yang berbeza. Contohnya di Brunei hari guru disambut pada 23 september, Mesir - 28 Februari, Indonesia - 25 November, Filipina - 5 Oktober, Singapura - 1 Sepetmber, dan Thailand - 16 Januari. Semua hari yang berbeza-beza tetapi tetap disambut oleh setiap negera secara tahunan.

Tarikh 16 Mei yang disambut oleh Malaysia adalah kerana pada tahun 1956 iaitu tarikh yang sama dengan Majlis Perundangan Persekutuan Malaya (Federal Legislative Council) telah mengesahkan Laporan Razak, iaitu satu daripada empat Laporan Jawatankuasa Pelajaran di Malaysia selepas Tun Abdul Razak menjadi Menteri pendidikan ketika itu. Laporan Razak telah menjadi dasar pendidikan di Malaysia semenjak hari itu.

Maka sempena hari yang mulia ini, aku ingin mengucapkan kepada semua guru-guru/ para pendidik yang pernah mengajar aku dari aku tadika sehingga la aku dah beso ni.. Secara formal dengan lebih spesifik adalah kepada para pendidik di senarai di bawah dan secara amnya pada semua pendidik.

1986
- Tadika islam (Kemunting, perak)
1987 hingga 1990
- sekolah ren long jaafar, taiping perak
- Sekolah agama kem kemunting, perak
1990 hingga 1992
- sekolah ren. keb. jalan air panas, setapak KL
- sekolah agama kem genting klang, kl
1993-1997
- Sekolah Menengah Selayang Bharu, Selayang Bharu, sel
1998
- Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Bangi (matrikulasi UKM setahun)
1999-2005
- Fakulti Teknologi dan sains Maklumat, UKM

Tuesday, May 10, 2011

Tips 1: Cintailah dia apa adanya

Posted by Faridatul at 9:17 PM 0 comments
Ulasan buku : Setiap hari adalah HoneyMoon (Kamarudin Ibnu Mikam)

Aku membeli buku ini ketika ada pesta buku di PKNS bangi. Ketika berjalan2 dengan hazwani, aku tertarik dengan tajuk buku ini "Setiap hari adalah haneymoon". Setahun sudah aku telah mendirikan rumah tangga. Panjang lagi masa yang aku perlu lalui tetapi sepanjang setahun aku mendidikan rumahtangga perlunya ada komitmen dan komunikasi antara pasangan untuk memastikan rumahtangga tidak hambar.

Dalam tips yang pertama ini " cintai dia apa adanya" memang la amat wajar sekali. Perilaku sebelum kawen dan selepas kawen adalah berbeza. Setelah kawen baru kita nampak segala tingkah laku baik dan buruk yang selama ini masing2 menyembunyikan tingkah laku buruk masing-masing.

Dalam tips yang diberi ini bukan lah bermakna kita tidak boleh mengubah tingkah laku pasangan yang tidak kita sukai tetapi seharusnya ada kesabaran disitu. Kalau tidak dapat diubah terima la dengan redha dan fikirkan tingkah laku positif yang lain. Tidak ada manusia yang sempurna!

Antara contoh yang diberi dalam tips yang pertama ini adalah contoh ibubapa yang kita paling sayangi. Walaupun ada tingkah laku mereka yang kita tidak sukai, kita boleh sahaja terima mereka sebagai ibubapa kita. Maka, seharusnya begitu jugalah dengan pasangan kita. Walaupun ada tingkahlakunya yang tidak kita sukai, cubalah redha dengan kebaikan yang ada padanya.

Kalau ada tingkah laku pasangan yang tidak disukai dan perlukan kesabaran, perbanyakan berdoa. Doa yang diberikan dalam tips ini adala seperti berikut :

" Ya Allah, Tuhan yang Maha Membalik-balikkan hati, berikanlah aku kesabaran dan kelembutan hati sebagaimana Engkau berikan kelembutan Nabi Adam kepada Hawa dan kesabaran Nabi Yusof kepada Zulaikha".

Kesabaran amatlah penting dalam memastikan rumah tangga aman damai dan bahagia. Setiap perbuatan yang diketuai oleh emosi akan menghasilkan porak peranda kerana tingkah laku yang di ketuai oleh emosi adalah hasil pengaruh dan suntikan syaitan dan iblis.

Ada satu kisah dalam tips ini yang menyentuh hatiku. Ceritanya berkaitan suami isteri yang baru berkahwin. Si isteri telah membaca satu majalah berkaitan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan cinta suami isteri iaitu dengan mencatit dan memperbaiki tingkah laku pasangan masing-masing demi kebaikan bersama. Di suatu malam, si isteri dan si suami tidak tidur bersama kerna masing-masing perlu mencatit kekurangan pasangan. Keesokkan paginya, si steri telah menbaca kekurangan suami sebanyak tiga muka surat. Kelihatan si suami mengalir air mata. Si isteri memohon maaf jika ada yang tersinggung. Apabila tiba masa giliran si suami pula, si suami hanya diam. Si isteri memaksa suami membaca juga demi kebaikan bersama. Akhirnya si suami menyatakan dia tidak mencatatkan satu pun kelemahan si isteri kerna dia telah menerima seadanya si isteri. Mengalir air mata si ieteri dan si isteri memohon maaf kepada si suami.

Aku tersentuh cerita tersebut kerana cerita tu cam lebih kurang jek ngan aku. Aku rasa semua isteri akan tersentuh cerita ini kerna masing-masing akan berbuat sedemian rupa iaitu mungkin lebih dari tiga mukasurat kerana ketidak puasan tingkahlaku suami. Tindakan si suami dalam cerita tersebut mungkin sama seperti suami-suami di luar. Harapnya suami-suami akan terima kita seadanya ini berpanjang sehingga akhir hayat sebab banyak juga si suami telah beralih arah dipertengahan abad perkahwinan mereka dan pelbagai yang diungkitkan.. Harapnya tidak buat diriku dan suami... Mudahan kebahagian berpanjangan hendaknya dan semoga Allah memelihara jodohku bersama suami tercinta sehingga akhir hayat dengan bahagianya..aminn

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea