Pages

Tuesday, November 22, 2005


:: Jodoh ::

Posted by Faridatul at 4:02 PM 0 comments

Ramai yang bertanyakan pada aku pasal jodoh selepas tahu kakak aku nak kawen.Pergi ke rumah sepupu aku ari ahad lepas pun macam tu. Ramai yang tersasul aku yang nak kawen. Pelik. Ada muka menggatal ke. Kelakar pun ade.


Kahwin...kahwin...kahwin...


Aduh.. Aku tengah membayangkan masa kenduri nanti. Ramai lagi la yang mengusik aku. Bertanyakan pula bile masa aku. Poning den. Kalu dapat aku nak rakam jek. Senang..Bile orang tanya je..aku terus bg tape recoder tu kat diorang,suh diaorang dengar sendiri.....


Nape??!!! Umur macam aku ni dah tua sangat ke...Kakak aku pun kawin umur 27. Ok la tu. Aku pun budget umur area tu. Tapi kalu dh terawal nak buat camne. :-)


Bujang..oh..bujang


Sonok pe jadi bujang. Leh round sana...round sini. Tambahan plak skrg ni aku berkawan ngan orang yang kaki melancong. Aku pun kaki jalan gak. So, sayang gak hobby aku nnt tersekat.


Bile mak tanya, aku jawab tak de seru lagi. Itu la..Ini la..Hakikatnye senang je...jodoh aku tak sampai lagi. Tengok cam kakak aku, Kalu jodoh dah sampai, orang dr timur ke, barat ke, selatan ke, yang kite tak pernah kenal kite leh je jatuh hati ngan diorang. Leh terima seadanya. Kalu tak, ade je la alasan. Tak gtu......


Aku mendoakan kawan2 ku yang tak kawen lagi ni termasuk la diri aku sendiri dipercepatkan jodoh dan bertemu dengan suami/isteri yang soleh/solehah. Dan yang telah berkahwin moga, perkahwinan yang dibina bahagia sampai ke ahkir hayat.


Monday, November 21, 2005


:: La TahzaN ::

Posted by Faridatul at 10:37 AM 0 comments

La Tahzan
Hatiku berbisik semenjak jumaat lalu
Jangan lah bersedih
Namun apa yang daya aku lakukan
Hanya linangan air mata
Yang dapat meredakannya


Kedengaran suara di sekeliling
Menangislah...Menangislah....
Jika itu yang dapat meredakanya
Tapi ada satu perkara
Yang perlu aku ketahui
Semua yang berlaku
Adalah takdir Ilahi
Andai aku menagis
kerna
Menyalahkan takdir Ilahi
Baiklah dihentikan
Hentikan...hentikan.....


Aku sedar tindakan ku
Aku masih waras
Bukan aku menagis kerna itu
Tidak sesekali
Nauzubillah....TIDAKKKK

Aku bersedih
kerna
Aku benar2 mengharap
kerna
Ada yang telah memberi harapan
kerna
Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab
kerna
Masih tidak dapat membuat jasa kepada orang tua
kerna
Aku juga terlampau yakin
Bahawa aku akan dapatkannya
Itulah yang dikatakan
Takdirku bukan disitu


Aku tetap pegang pada yang satu
Rezeki, ajal, maut, jodoh semua telah ditentukan
Jika tiada rezekiku disini
masih ada yang lain
Yang lebih baik buat diriku
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Yang terbaik buat ku
Buat hamba2nya

Saturday, November 19, 2005


:: Wajah-Wajah Kekasihku ::

Posted by Faridatul at 1:04 PM 0 comments


Geram, Marah, Nagis, Gelak, Ngantuk...Inilah wajah anak sedaraku...

Monday, November 14, 2005


MAJLIS BERTUNANG

Posted by Faridatul at 12:48 PM 0 comments




Alhamdulillah..........
Selamat sudah majlis pertunangan kakak ku pada 6 November 2005 bersamaan 4 syawal 1426 Hijrah. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada 11 Disember 2005 ni di rumah kami di Kepong.

Moga Jodoh mereka panjang ke akhir hayat.

Friday, October 7, 2005


:: Bukan Sekadar Puasa ::

Posted by Faridatul at 1:59 PM 2 comments



Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan

kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan

Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya

yang telah lalu .......


(Hadis Sahih Muslim)


Wednesday, October 5, 2005


Ramadhan Muncul Lagi....

Posted by Faridatul at 12:49 PM 1 comments

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.




Surah Al-Baqarah (Ayat 185)


Assalamualaikum...


Hari ni tanggal 5 Oktober 2005 bersamaan 1 Ramadhan 1426 merupakan hari seluruh umat Islam Berpuasa.


Sempena Bulan yang mulia ini, sama-sama lah kita mendokan agar pengisian kita di bulan Ramadhan ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


Sekian, Wassalam.

Tuesday, July 26, 2005


:: Nur BaaqiyAh SoLehah ::

Posted by Faridatul at 11:05 AM 1 comments




Alhamdulillah.Comel kan...
Genap 25hb Julai 2005 jam 11.45 pagi..
Lahir lah seorang baby girl.. nur baaqiyah solehah.
Cam mak sedara dia sorang ni..:-)
Mesti nakal cam umminye..
Moga kehadiran baby..baaqiyah
Menceriakan keluarga k lin dan ust zul
MOga bertambah rezeki...

Tuesday, July 12, 2005


:: Keje..Oh..Keje...

Posted by Faridatul at 2:53 PM 0 comments

Alhamdulillah ke hadrat ilahi..doaku diperkenankan... Em..lepas ni kena byk perancangan perlu diatur...Pembahagian masa juga perlu dibina...Kurasakan...diriku kini semakin tak tersusun..semakin kurang berdisiplin...


Sian badan ku...masa tuk diri..masa tuk family, masa tuk rakan2...masa tuk saudara-mara...dan masa tuk anak sedara yang tercinta yang sorang ni pun tak terluang...Aku perlu mengatur kembali jadual harian ku bagi membolehkan aku kecapi sumenye..walaupun tidak sume tetapi seboleh-boleh yang termampu aku lakukan.


Weblog titipan_rohani pun dh lama tak ku usik. Tengok la..dalam esok lusa, insyaAllah aku akan mengoret sedikit coretan dr hasil pembacaan ku atau senang2 je..amik mana2 yang kurasa sesuai..:-)

Thursday, July 7, 2005


:: Temuduga Lagi ::

Posted by Faridatul at 8:41 PM 0 comments

Tak sangka aku dipanggil temuduga hari ni. Dengan serba ungu aku melangkah kaki kanan keluar rumah dan memohon agar urusan ku dipermudahkan hari ni.


Dengan semangat waja dan sedikit gemuruh, aku melangkah masuk ke perkarangan tempat yang dikatakan temuduga akan dilangsungkan. Pandang kanan..Pandang kiri..Pandang belakang..Pandang depan..yang aku nampak ade dua orang perempuan yang ku rasa sorang tu lebih kurang umur aku je dan sorang lagi tu muda dalam 2-3 tahun dari aku. Dalam hati berbisik ..'wow..dia pun dipanggil juga..mesti giler2 nye budak ni.", sambil tersenyum sorang2.


Aku pun mendekati budak yang ku katakan muda tadi. Sebab pekerjaan yang ku mohon ni kelayakan paling minima ada kelulusan sarjana ataupun sarjana muda dengan pangkat satu. Memang betul sangkaan aku. Dia baru sahaja habis pengajian sarjana muda. Dan sangkaan ku tak meleset. Result dia memang power.


Dalam berborak dengan dia..datang la sorang pensyarah yang agak ku kenali sesangat. Sempat lagi memberi tip2 masa temuduga.. aku ingatkan kitaorang bertiga je. Tetiba datang la En salleh suruh aku duduk dulu kat mana2 sebab nama aku dipanggil lambat lagi. Dalam hati merungut.." ala, lepas dia (budak tu) mesti aku, relek aaarr..". Tak ku sangka ramai lagi yang ade kat dalam bilik menunggu yang di sediakan. Lebih kurang 11 orang sumenye. Suma ade kelulusan sarjana di sume peringkat universiti. Ada dr UKM, ada dr USM, ada dr UUM dan ada juga dr UPM. Kawan aku bekas coursemate pun ade. Dia ni juga ade sekali masa interbiu aku bulan lepas.


Yang menyakitkan hari ni..kul 9 pagi aku dh dtg kononnye nak ready awal2..Walaupun stat interbiu kul 11. Aku ingatkan, kul 11 tu turn aku. Rupanya2 kul 11 tu baru nak stat interbiunye. Dah plak tu, aku ni jenis tak suke menunggu. Boleh sakit aku dibuatnye.


Tunggu punya tunggu tetiba En Salleh buat announcement kata interbiu ditunda lepas kul 2. Dan kononnye aku orang pertama la tuk sesi kul 2 ni. Ok la tu. Sebab kepala aku dh pening2 ni. Waktu rehat tu, aku rehat sesama ngan member2 yang aku baru kenali, member se interbiu ngan aku kul 2 nnt. Masing2 ade rasa tak puas hati. Tapi sedihnya, stat je tuk sesi ni nama ku tak juga dipanggil. Aku pun membuat aduan pada En Salleh..kenapa nama aku tak dipanggil2. Last2 dia kata dia bagi pada yang jauh dulu. Aku orang last dipanggil. Sakit tul. Kepala aku masa tu dh berdenyut2. Bila nama ku dipanggil..aku pun melangkah di bilik mesyuarat. Aku hanya mampu senyumkan mukaku yang tak berseri tu lagi (hehehhe). Lepas bagi salam, lepas duduk, terus aku disuruh perkenalkan diri. Aku pun bla..bla..bla..bla... entah apa2 aku merepek, aku pun tak tahu.


Dah setel sumenya, aku pun dibenarkan balik. Entah la..aku balik dengan agak kecewa sebab masa intrebiu tu..aku buat cam tak endah sangat. Pening ku tahap maksimum. Kalu ade rezeki ade la..kalu tak dpt, mungkin ade yang lain lebih baik buatku..dalam rasa2 kemungkinan untuk dapat tu tipis, tapi di ruang sudut kecik hatiku ni...ade sedikit mengharap...Harapan moga rezeki ku disini. Moga2 Allah makbulkan.

Wednesday, July 6, 2005


MeeTinG

Posted by Faridatul at 11:15 PM 0 comments

Hari yang membosankan..Aku ade 2 meeting hari ni. pagi dan petang..
Ketua projek aku nak jumpa aku ngan sorang lagi ra projek ni jumpa dia pagi2. kul 8 kat fakulti dah..adus..kena lah aku bangun awal hari ni...Nak kejar ke fakulti.


Tapi yang aku sedih..kononnye.. aku kena datang sebab ketua aku tu nk tengok progres apa yang aku dh buat. Tapi bila masa aku nk tunjuk..cam tak nak tengok plak..tapi sibuk tanya pasal tesis aku lak..adusss...


Petang lak..gtu gak..tapi yang petang ni ok la sebab sumenya dh setel. pagi tadi pun setel gak tapi awal sangat dia nk jumpa. dah plak tu nk jumpa tp tak tgk pepe..tu yang kecewa sket tu..( 'ayat baik punye..:-)' ) Ni la dugaan hidup bekerja. hehehe.. selalunya paling awal dtg opis pun dlm kul 8.30. tapi mungkin bengang sket sebab minggu ni aku tido lewat kot....


:: MINGGU YANG MEMENATKAN ::

Monday, July 4, 2005


:: Makan2 Di Samuri Bangi ::

Posted by Faridatul at 12:58 PM 0 comments
Hehehe....

Sempena aku telah anta tesis ku kepada sume yang terbabit...aku buat makan2 di Samuri Bangi...

Barulah terasa makanan tu sedap dari biasa :-)



yum..yum..yum...Sataj Kajang


muahh..sedapnye..sedapnye ABC ade aiskrim

Thursday, June 30, 2005


:: Di Hujung Penantian ::

Posted by Faridatul at 11:56 PM 0 comments
Akhirnye...

Tak dapat ku ucapkan selain..syukur kepadaMu...Ilahi..

Penat lelah ku selama 2 tahun lebih ni hilang setelah munculnye dikau...

Wahai TESIS ku... :-)



p/s --> Pada sahabat2 ku yang lain2 tu jgn jeles..moga kalian dpt juga menyiapkan tesis kalian..(terutama mije..kan mije)

Saturday, June 11, 2005


:: Melepas Rindu ::

Posted by Faridatul at 4:56 PM 0 comments

Warghh..ramai yang tak sangka aku g temuduga. Sebabnye aku ni dari dulu lagi keje yang kena temuduga memang aku tak pernah g. Walaupun temuduga tu sekadar nak kenal sahaja. Walaupun confirm dapat tapi tak pernah aku g kalu ade perkataan "temuduga". Hahahaha.. Penakut kah aku??? Entah ler.


Semalam kakak aku datang. Minta tolong temankan dia g Putrajaya bahagian JPA untuk membuat pengesahan sijil nye. Emm...malang sekali, punya lah berkejaran g, takut tak sempat (maklum lah hari jumaat, opis tutup awal), tapi kakak aku tak bawak keseluruhan sijil yang ade. Opss..silap, bukan tak bawak tapi tak dapat lagi dari tempat pengajian dia dulu. So terpaksa lah kakak aku tunggu lagi. Entah ler, berapa lama lagi nk tunggu.


Petangnye aku balik umah selayang bersama-sama ngan kakak aku. Kalu ikutkan hati, malas je nak balik sebab banyak keje yang nak disudahkan gara-gara bercuti makan angin kat Negeri cek siti wan kembang minggu lepas. Tapi mak aku la, beria-ia tanya tak nak ke aku balik coz adik lelaki bongsu ku tu ade. Ahad ni dia nak balik semula ke sekolah dia.


Emm..memang aku nk jumpa dia. Makin rindu aku kat dia. Baru je bgtau mak aku sebelum g Kelantan yang aku rindu ke adik aku sorang ni (aku panggil dia abang chik). Dia belaja kat sekolah Tahfiz kat area KL ni je. Tapi dia tak dibenarkan balik sesuka hati dan kami pun tak dibenarkan datang sesuka hati. Dulu, mak ayah aku setiap minggu datang jenguk adik aku ni, bawak makanan tapi selepas kena sound ngan mudir sekolah tu, dah tak datang dah smpai sekarang. huhuhu...


Sebelum balik, aku beli la makanan kegemaran dia. Singgah kat PKNS. Dalam kul 7.45mlm baru sampai rumah. Sebenarnya, aku ade perjumpaan ngan kengkawan kat gombak mlm tu. Alang-alang dah ade kat rumah, rumah pun dekat ngan gombak, aku g jelah. Kalu aku dok balik umah, malas nk g sebenarnye. huhuhu.. Tapi tak tahu la gak, sebab kawan aku tu beria-ia ajak datang perjumpaan tu.


Sebelum g PKNS aku g beli vcd kat pasar malam. hehehhe.. Malam tu aku berqiam berjemaah ngan kakak aku n adik aku tgk citer antu. Memang kami adik-beradik suke tgk citer seram. Emmm..ngantuk gak sebenarnye, tapi terpaksa temankan adik2 aku tu ler. Sambil-sambil tgk cd, sambil2 borak. Mana nak takut.. :-)

Thursday, June 9, 2005


:: Temuduga ::

Posted by Faridatul at 6:52 PM 0 comments

Hari ni sekali lagi aku mengambil langkah untuk ditemuduga. Huhuhu... Tak sangka akhir nya ni kali kedua aku ditemuduga. Kali pertama, aku saja2 g untuk main2. Kali ni aku benar2 serius.


Tapi bile tengok saingan ku mantap-mantap belaka, aku merasakan peluangku amat tipis. Tak pe, sekurang2 nye aku dapat pengalaman ditemuduga. Kesan dari temuduga pertama memberi impak yang besar pada ku walaupun aku menganggapnye sekadar main2 jek. Aku tak berapa gentar, lebih stabil, dan pertuturan ku sedikit lancar. Aku pelajari kelemahan dari temuduga yang pertama.


Tulah, kata orang jangan takut untuk melakukan sesuatu kalu kite tak pasti apa yang mendatang. Temuduga dijalankan selama 2 jam setengah. Ada empat orang calon yang mana semuanye berpengalaman. Yang nak diambil bekerja hanya sorang. Gaji agak lumayan. Masing-masing menunjukkan bakat dan kelebihan yang ada. Begitu juga aku. Aku dapat rasakan peluangku senipis kulit bawang. Agaknye lebih nipis dari itu.


Aku dapat rasakan, hari ini merupakan langkah pertama untuk aku mencari pekerjaan. Dah bosan agaknye jadi penganggur terhormat ni. :-)

Wednesday, June 8, 2005


Belaian Ibu

Posted by Faridatul at 6:32 PM 0 comments

Belaian Ibu
Album : Damai


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu


Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan


Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena


ku pastikan dikau aman
kurnia sejahtera tak ku lupakan


Di wajah berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan


Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta


Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga


Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

Tuesday, June 7, 2005


Bercuti D' Negeri Cik Siti Wan Kembang

Posted by Faridatul at 11:53 PM 0 comments

Kali ni aku bercuti seminggu. Alhamdulillah percutian ku kali ni menyeronokkan. Setelah berhempas pulas menyiapkan kerje2 yang diberi (walaupun ade lagi kerje yang tak siap) aku dengan perasaan gembira dapat bercuti ke negeri cik siti wan kembang.


Sudah lama rasanye tak g ke negeri kedua aku ni (ngaku sendiri..huhuhhu). Rasanye dah lebih separuh tahun. Dulu kerap gak g. Sebab kawan baik aku duk sana. Setiap kali dia balik aku ikut dia. Tapi sekarang dia dh keje, so kurang la dia balik kg. Kalu balik pun emergency kes. So aku tak nak lah kacau dia kalu ade emergency kes.


Kami dh tempah tiket 30hb mei lagi. Sebenarnye memang nk g awal tapi ade lak kenduri kawan aku kat kedah 28hb tu. 29hb lak ade kenduri kawan sekolah kat selayang. Biasalah.. perancangan ni dh lama buat. Memang teringin sangat nak g kedah tengok kawan baik aku kawin. Tapi apakan daya,perancangan aku tak tertunai sepenuhnya. Aku tak dapat nk g kenduri kawan baik aku kat kedah sebab ade masalah yang tak dapat dielakkan. Aku harap dia memahami aku ketika itu.


Bertolak je dr kajang dlm kul 8.30 mlm. Kami bertolak awal dr bangi. So jamak terus kat sana. Biasanye sampai kat machang dlm kul 4 lebih tapi pada hari tu kami tiba awal. Pakcik driver tu bawak laju kot. Entah la, tak perasan coz tertido sepanjang perjalanan. Kami sampai dlm kul 3.15 lebih kurang.


Sampai2 sana, ayah kawan aku g amik kami ngan kete avanza barunye. huhuhu.. sampai2 sana terus ambil bantal.. tido. Mak kawan aku tak de masa tu, dalam wad. Kena serang minor strok pada 29hb tu. Selepas dengar berita tu, mmg cadang nk balik awl tapi sume tiket dh habis. Nak tak nak kena balik 30hb tu juga.


Pada keesokkannye, mak kawan aku dh dapat kuar dr wad. Dah ok sket nmpknye. Kalu tak kuar juga hari ni, kawan aku nk g jaga. Kami sebenarnye ade program, tapi kalu mak kawan aku tak sihat, nak buat camne. Tak jadi la g. Allah maha pengasih lagi Maha penyayang. Program yang kami nk buat ni baik niatnye. So, dapat la g. Mak kawan aku ni pun bagi keizinan.


Siap bagi keizinan guna umah yang ade kat kb lagi. Biasalah rumah tu adik lelaki ngan kengkawan dia yang tinggal. So tak terurus sket. Aku bercadang nk basuh umah tu. So petangnye, kami g basuh bersama2 membersihkan rumah. Baru nmpk sket kemas. Sembur2 pewangi..harum sket. Memang dah adat. Nape lah orang laki ni tak terurus. Cam adik laki aku. Allah..kalu masuk bilik diorang cam2 bau ade.


1 hb baru program bermula. Aku tolong apa-apa yang patut. Sonok dpt rehlah ngan kawan2 ni. Tido serumah. G jalan2 sama2. Sume buat sama. Sonok. Aku kali ni kena drive. Cadangnye nak bawak keta kancil tapi memandangkan ahli program yang ramai aku bawak lah kete wira kepunyaan kawan ku tu. Hehehe. Pada mulanye ayah dia pelawa kete avanza yang baru dibeli tu..tapi lawak je tu. Kete baru. Sayang..


Yang lawaknye, kete tu plat W. So, sume ingat kete tu aku yang punya. drive dr KL. Huhuuhu.. lawaknye. Takan nk heboh kete tu bukan kete aku. Kalu orang tanya baru aku ckp. Sonok dpt drive ni. Dapt memahami jalan dengan lebih terperinci. Cadangnye nk balik kl 5hb mlm. Tapi tiket sume dh tak de. Yang ade 7hb je. Nak tak nak amik gak la 7hb tu.


Habis je program, ketua program belanja makan kat yati ayam percik. Sedap gak makanan nye tapi manis sket. Kalu orang yang tak suke manis, tak leh la makan kat sini. Esok tengaharinye lak, ade kawan nak belanja makan kat restoren oriental, restoren kat hotel ansar. Mulanye orang lain yang nak belanja, tapi orang lain plak yang kena belanja. Takpe, nanti lain kali datang lagi, nak suh dia belanja kat restorer emporer lak. huhuhuhu.


Selepas habis makan, aku g ke stadium kb. Ade expo halal kat sana. Masa tu dh kul 3 ptg tapi tak ramai gerai yang bukak lagi. Dalam kul 4 sampai ke rumah semula. Ngantuk sungguh aku masa tu, tido la jap dalam setengah jam. Kul 5 je aku tersedar. Byk barang2 yang tak kemas. Nk kena balik machang lagi. Malam ni plak aku kena balik kl sorang2. Setelah sume habis kemas, dalam kul 6.15 kami bertolak ke machang. Selamat tinggal rumah. Banyak kenangan yang dapat dikenang sepanjang program kali ni.


Sampai di machang dalam kul 7.30mlm. Aku bersiap2 kemas barang2. Kul 9.30 bertolak dr rumah . Bus sepatutnye sampai kul 9.45. Tungu punya tunggu kul 11 baru sampai. Kat kuala krai gtu gak. Kul 11.55 baru nak bertolak. Apa tak nye, terlebih penumpang. 3 orang terlebih. Sian aku tgk ade sorang akak ni kena turun. Apa tak nye, driver tu taknak bagi terlebih penumpang, padahal salah kerani dia. Driver tu kata kalu terlebih sorang penumpang kena dende rm1000. Sepatutnya kerani dia lah kena bayar. Jgn nak paksa orang lain turun. Kalu aku tempat makcik tu, nak je aku menagis. Mana aku tahu nak amik bus apa. Dah le ni first time aku naik bus express sorang2. Yang aku dengar dr kawan aku, dh banyak kali bende ni jadi gini. Kerani tu pernah kena tumbuk. Lain kali jgn dh naik bus ni.


Sampai kat hentian kajang kul 6.30 pagi. Nasib baik aku dh inform kawan aku amik aku terus. Tak sempat nak kejar solat kalu solat kat hentian tu. Sampai kat umah dlm kul 6.50. Subuh gajah ler. Bus tak berhenti pun. Dalam hati..diorang ni tak solat ke.. Emm...


Kenangan indah bersama. Dapat gak bertemu ngan junior aku masa kat uo tu kat sana. G umah dia lagi. Ros namanye. Orangnye lemah lembut. Terlepas rindu nk jumpa dia. Byk benda yang dibincangkan. Apa2 pun aku dh selamat sampai. Alhamdulillah.

Monday, May 16, 2005


Kenduri Aqiqah Umar

Posted by Faridatul at 8:58 AM 0 comments
Semalam kenduri Aqiqah Umar. Aku kononnye cadang nak balik dlm jam 2 ptg ke selayang..amik mak aku kejap dan terus g kuala selangor. Sebab perjalanan dr bangi ke selayang dh mengambil masa sejam manakala dr selayang ke kuala selangor mengambil masa sejam lebih.. kire total sumenye dalam 2 jam setengah la just on the road. Penat giler.


Tapi plan aku tak menjadi. Kita merancang, Allah juga merancang... Maka perancangan aku tak ditunaikan... Kawan ku yang balik sama ngan aku kire anak angkat dah dlm keluarga aku kena buat ooty... wajib. Sampai kul 4.30pm. So, nak tak nak kena la tunggu. dah siap sumenye, siap masak sket tuk kenduri tu, kemas baju dan lain2 , dalam kul 7 baru berangkat. Kirenye kiteorng leh la buat jamak sebab dari bangi ke kuala selangor kebih 90km.


Sampai kat selayang dlm kul 8.15mlm. Lepas solat isyak, baru berangkat ke kuala selangor. Aku harap sangat ayah aku drive tapi katanya dia tak leh g ari tu sebab ade kenduri kat surau. So dia g pg esok. Disebabkan aku mengantuk, jalan plak cam ular bengkak bengkok campur ngan lampu jln yang tak de, terpaksa aku bawa slow. Tu pun huyung hayang keta dibuatnye..sebab tak leh nk fokus jalan, mata dh penat. Man tak nye, seminggu ni kurang tido, ngadap komputer siang malam. Aku takut gak sebab aku bawak mak aku yang tgh tido kat seat belakang. Yang tak tahu apa2 yang akan berlaku. Dari sepatutnye sampai dalam sejam lebih terambil masa sampai nak dekat 2 jam. Bayangkan dr bangi ke kuala selangor ari tu je aku amik 3 jam just on the road. Bayangkan...Cam balik ipoh je. Balik kg pun 3 jam tu dh merangkumi rehat2 lagi..


Sampai2 sana..baru la dpt bersemuka ngan anak sedara sulung ku. Warghh..comelnye. siap ade lesung pipit lagi kat pipi kiri dia. Cam mak long dia. Comel lak cam mak ngah dia...Tinggi cam bapak dia. putih cam mak su dia. hehhehe..Umar ni tinggi. Tempat letak baby yang jenis rotan tu tak muat tuk dia. Sebab dia panjang. sebijik cam ayah dia.


Kenduri kali ni aku tak reti nk handel..apa tak nye... buat makan NASI AMBENG. Ni makanan tradisional orang jawa. Belaja la cara mkn diorang.


Belum abih kenduri, dalam kul 6 ptg aku chow dulu. Kakak aku pun kena chow gak. Sebab dia kena bertugas as a warden mlm tu. Aku kena anto dia kat sekolah dia kat jeram. Dah abih anto dia, aku pun balik bangi. Tapi singgap dulu kat umah selayang solat dan rehat2kan badan.


Dalam kul 10.30 baru sampai umah. Warghhh...penat sungguh perjalanan 2 hari ni. Tapi puas sebab dapat tgk anak sedara. Nak dekat sampai umah, bos kawan aku call minta keje kul 8.30 pagi esoknye. Biasanye kawan ku keje stat kul 10.00 pg. Hemm..dalam hati ku berbisik..nasib baik balik awal..kalu dok??? pengsan esok ni.

Sunday, May 8, 2005


Lahirlah seorang lagi umar dimuka bumi ini...

Posted by Faridatul at 11:36 AM 0 comments

Alhamdulillah...


Insan yang ditunggu selama ini telah lahir yang telah dinamakan umar oleh ibubapanye. Gembira bukan kepalang mak ayah ku dengan kelahiran cucu pertama mereka di kuala selangor.


Aku plak dengan penuh debaran menanti berita dr adik ku (alang) dr awal pagi lagi. Genap jam 9.30 mlm pada tarikh 7hb mei 2005..maka datanglah berita gembira itu dr sms yang ku terima. Punyalah lama penantian ku rasakan. Mesti lagi penuh debaran alang dan zan kan????


Alhamdulillah. Mak aku la paling gembira. Selama ni asyik membebel bila nk dpt cucu..dh tertunai hajat diorang nk timang cucu. Moga2 tak de lagi leteran yang memanjang kat kami berdua. hhuhuhu....

Monday, April 25, 2005


Alhamdulillah..menunggu segulung ijazah

Posted by Faridatul at 4:17 PM 0 comments

Alhamdulillah...



Itulah kalimah yag pertama keluar dari bibirku setelah keluar dari bilik mesyuarat pada hari jumaat bersamaan 22 april (13 rabiulawal) jam 5 petang. Walaupun tahap pening kepala ku menggila masa tu, aku mampu jua tersenyum di sebalik ketensionan yang ada. Biasa lah, mana ade orang tak tensen lepas viva.


Sekarang aku perlu perbaiki tesisku sepertimana yang disuruh. Dan juga perlu menunggu external examiner dari UTM kot kalu tak silap. Kalu kedua2 laporan yang aku peroleh tu telah dapat aku baiki, tak sabar aku nak naik pentas untuk kali kedua.


Moga2nye aku dapat konvo pada tahun ni.

Thursday, April 21, 2005


...Rumah terbuka sempena maulidur rasul

Posted by Faridatul at 7:52 PM 0 comments

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa iaitu kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai pengisian telah diadakan pada hari ini seperti majlis tahlil, doa selamat, ceramah Maulidur Rasul dan sebagainya oleh segenap pihak.


Tidak ketinggalan, kawanku mije buat kenduri sikit. Sebenarnya kenduri ini adalah sempena rumah barunye di taman tenaga dan juga secara kebetulan besday juniorku yang juga merupakan ahli rumah sahabatku.


Kami bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan beberapa juadah. Menu utama nasi ayam. hehehe.. sedap lak nasi ayam tu. Chef yang masak tu kata ni first time dia masak nasi ayam sebab dia tak pernah masak nasi ayam sebelum ni melainkan juadah lain seperti mee kari ke, nasi lemak ke, laksa ke dan lain2. Tapi nasi ayam dia memang tak pernah buat. Tapi apa katanye sedap gak. Leh tahan la coz first time.. heheheheh...


Petangnya lak..selepas habis majlis, aku g tempat biasa tempat aku lepak iaitu di kabin (opisku). Esok adalah hari penantian ku yang selama 2 tahun aku tunggu2. Makin berdebar lak bile mengenangkan hari esok. Bertambah gemuruhnya aku.


Di lewat petang sempat gak aku g jumpa lecturer tuk bertanyakan laporan yang nak dihantar esok dan juga nak minta semangat untuk hari esok. Minta tip2 gak.


emm...tgk la. Tak sabar melalui hari esok dengan tenangnye. Malam ni kena buat solat hajat banyak2 moga hari esok aku lalui dengan tenang dan gembiranye...

Saturday, April 16, 2005


Kepulangan adik angkat dari Patani

Posted by Faridatul at 3:00 PM 0 comments
Ni adik angkat aku. Panggilan manja dia lek. Come tak??


Kat atas tu gambar adik angkat ku dr patani. Pagi tadi dia baru balik. Sampai disini lama dah. Semenjak hari Selasa lagi. Tapi sayangnye aku tak dapat nak menyambut kedatangan mereka, iaitu lek (panggilan manja adik angkatku) dan mak dan ayah sedara nye, kakak dan 2 orang anak sedara lek ni. Coz diorang sampai mesia- bangi ni pun dalam kul 8 mlm dan masa tu lak aku ade meeting kat kl. balik pun dh tgh mlm.


Keesokkan harinya (rabu) pun aku tak sempat nak bertemu dengan mereka coz diorang g melaka dan hari jumaat plak g sunway. Pada mulanya nak g genting highland tapi tak jadi. Apa sebabnye pun aku tak tau.


Hari ni diorang dh nak balik. Before balik, mak ayah na (housemate aku - sepupu lek) nak jumpa ngan kengkawan anak nye di mesia ni. Kami makan di kedai mamak belakang ilkap. Mak ayah na belanja... makan roti telur ngan air teh tarik. Mak ayah na mkn nasi. Maklum la, orang thailand pagi2 mkn pulut. Tak de pulut ganti ngan nasi.


Sebelum balik terus ke patani, kami semua g putrajaya. Amik gambar ramai2 kat sana. Sekejap je sebab takut sampai kat patani lewat mlm. Lek yang bawak kete. Dia kata perjalanan dari patani ke bangi dalam 8 jam je. Entah la. Berapa 'speed' budak tu bawak aku pun tak tau.


Lek ni sebenarnya adik sepupu housemate aku - na. Dia ni pun orang patani. Aku menginap bersama dengan 2 orang patani dan mempunyai ramai kenalan senegara mereka ni. Best tul dapat mengenali budaya orang luar ni tau...


Aku ngan lek ni kira rapat semenjak kami sama2 g chiang mai pada bulan januari lepas. Dia ni peramah orangnye. Dan dia ni pun suka 'usik' aku. Lagipun dia ni tak ramai adik beradik. So aku anggap dia cam adik aku. Lagipun dia ni adik bongsu. 'Lek' tu panggilan adik bongsu dlm bahasa thailand. Ramai yang kata dia ni hensem. Ye ke?? entah la. Boleh la dikategorikan hensem. :-) Kalau dia tahu mesti bangga giler nye.


Aku pun teringin nk g sana gak (patani). Bulan 2 lepas cadangnye nk g, budget cukup, tapi kawan aku tu nk balik kejap je. Jadi tak best la g sana kejap2. Tunggu la. Lagipun mak ayah dia dh kenal kami. Siap ajak lagi bile nk g sana. Syok ni. Teruja lak nk g. Tengokla, InsyaAllah kalau ade rezeki, akan ku jejak jua bumi patani...

Friday, March 18, 2005


Cuti-Cuti Sekolah

Posted by Faridatul at 8:22 AM 0 comments
Assalamualaikum sume


Semalam kakak ku dan adik ku datang umah.

Biasa lah kan. Time waktu cuti ni la kakak ku yang mengajar di sekolah agama kat jeram bleh balik umah. Duk di rumah baru ni amat membosankan. tiap2 hari ditanyanya aku bile nak balik. so apa lagi.. aku pun ajak le dia (yong) ngan adik bongsu ku (ateh) dtg ke rumah sewa aku ni di bangi ni.


mule2nye ateh tak nak ikut. Alah biasa la, dia tu manja kededek. tak leh penat sket. Kononnye malas naik bus. Aku pun ugut le, dtg sini aku belanja etc. Malu le...orang kampung pun dh biasa naik komuter nikan orang kl tak pernah naik komuter. Bukan nak suh dia sombong ke orang kampung. But at least pernah merasa. tak de la jakun sangat. Walaupun dia tu jenis tak kesah.


Dlm kul 5 ptg, yong dh ateh pun sampai. Ku bawa ke opis dulu coz dh janji nk kemas semula opis yang pindah kelmarin. Dlm jam 7 baru setel sumenye. Perkakas umah sume dh abih. So, aku pun seperti biasa belilah makanan di warung yang biasa aku g, kedai Tok Ku.

Thursday, March 17, 2005


Pindah ke bangunan baru

Posted by Faridatul at 4:17 PM 0 comments
A'kum


Aku ni tak habis2 pindah. Bulan lepas pindah umah. Semalam plak pindh keje. Bangunan baru dh siap. So terpaksa la pindah ke bangunan baru yang tak selesa itu.


BT4 tinggal kenangan. Walaupun aku tak lama disitu, tapi kenangan tetap tinggal kenangan. Ku rindukan pula di BT4. Takpe2....kalu tak selesa, aku duk je kat kabin. Tempat biasa aku lepak. Nasib baik ade kabin. heheheh :-)

Tuesday, March 15, 2005


kisah silam mengundang.....hospital universiti

Posted by Faridatul at 5:13 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Semalam ni aku dikejutkan oleh oleh satu panggilan oleh juniorku. Dengan suara yang manja "gitu2" biasanye nk minta tolong sesuatu. Dia seperti biasa menyatakan hajatnya meminta pertolongan dari ku. Junior ku ini ku kenali semenjak dia memasuki kolej ungku omar di ukm. Fakulti yang sama dengan ku. Seorang yang tegas tapi baik hati.


Dimintanye aku menunjukkan jalan ke hospital universiti kepada kakaknye yang datang dari Port Dickson. Aku yang sedikit lupa jalan ke sana mengiyakan nye dengan harapan nanti aku boleh minta tolong rakan yang pernah pergi kesana. Aku hanya pernah pergi ke sana sekali, 5 tahun lepas. Mengenang kisah silam..amat menyedihkan. Di hospital inilah aku menjenguk kawan ku yang sekolej dengan ku buat kali terakhir. Orangnye yang ceria, comel itu sudah lama mengidap sesuatu penyakit yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dari pandangan luaran sedikit pun tak menampakkan dia mengidap sejenis penyakit yang serius.


Junior ku beritahu bahawa dia skrg di hospital universiti kerna mengalami excident. Kakinya patah. Terkejut aku mendengarnye. Disaat itu aku begitu panik. tak dapat nak digambarkan. Petang..setelah habis waktu bekerja aku bersama 3 orang sahabat melawat juniorku ini. Sampai disana, dengan kaki yang bersimen, muka nampak penat namun begitu senyuman masih terpancar diwajahnye.


Kesian plak, malam tu, di wad kecemasan penuh. Terpaksalah juniorku ini balik ke rumah. Dengan tongkat tak de, dengan kerusi roda tiada, terpaksa lah aku dan mije papah juniorku ini. Kesian, aku tahu sakit sebenarnye. Tapi apa boleh buat.


Dikesedihan ini ade plak cerita kelakarnye. Ketika aku dan yang lain2 sibuk memasukkan juniorku ini ke dalam kete, kerusi roda yang dipinjam ketika itu telah meluncur laju entah kemana. kami yang lain2 nye terpaksa bekejar mendapatkannye semula. Tulah sume sibuk ngan si minah ni sampai kerusi roda pun tak de sape perasan dh hilang. Nasib baik tak melanggar sape2.

Tuesday, March 8, 2005


:: penat nye seminggu 2 lepas ::

Posted by Faridatul at 12:08 PM 1 comments


Dah lama gak aku tak menaip dalam weblog ku ini. Bukan apa..time2 exam ni sume lecturer nk markah makmal. Waduhh..poning den. Nak setelkan sume..



Tambahan pula, sistem sekerat dua ni yang aku nk buat ni meyakitkan hati je. First time guna mysql. Takleh lak dia nk connect ngan vb. link dh ok. tapi bile nk add data dlm database..tak leh plak, ari tu mslah link odbc ngan vb..dh ok..skrg bende lain lak...poning...maklum ler . first time guna mysql. pastu masalah nye jugak..coz pc aku ni guna window xp...yang mmg bermasalah ngan mysql..
sape leh tolonggg...cepat lah tolong....

:-{{

Wednesday, February 23, 2005


..::: HapPy bEsDay... To BeSdAY GiRL :::..

Posted by Faridatul at 5:54 PM 1 comments

Hari ni genap umur kawan baikku..mije, berusia 25 thn..Dah tua rupanye ko. Aku muda lagi. Umur aku baru 15 tahun..hehehehhe


Aku doakan ko semoga ceria selalu..Semoga di permudahkan segala urusan...Semoga ko diperluaskan rezeki...Semoga ko dipercepatkan jodoh dan menemui jodoh yang soleh....


AnyWay...thanks for belanja chicken chop tadi. SeDAP jugak masakan kat restoren rimba (PKNS) tu. Tak le mahal sangat. Memenuhi citarasa...Sape2 yang suka jalan2 cari makan..jom kite ke sana..

Tuesday, February 22, 2005


Aku dan si ' Dia'

Posted by Faridatul at 8:17 PM 0 comments

Aku begitu sedih sekali semenjak kehilangannya. Dia membuatkan aku termanggu-manggu dan ternanti-nanti akan apa yang memanggil ku keesokkannye. Yang sedihnye, dia masih berada disisiku tetapi hubungan kami tidak lagi seakrab dulu... semesra dulu. Punah segalanya. Dahulu...segala apa yang orang lain disampaikan kepadanye, aku lah yang akan tahu dahulu. Aku lah tempat dia meluahkan perasaan. Tetapi kini tidak lagi....


Keadaan itu menyebabkan diriku terseksa. Jiwa batin ku merana. Mengapa kau bersikap sedemikian rupa. Apa salah ku. Kenapa kau bersikap begitu. Oh Tuhan....Kau kembalikan dia kepada ku seperti dahulu. Agar aku dapat mendengar kembali suara lunaknye mamingggil ku. Berita kepada ku..cerita suka mahupun duka. Tetap akan ku terima... dengan adanya dia disisi.


Bermulanya hubungan kami retak dan musnah apabila aku menghumbankan diri mu ke dalam air. Aku melemaskan dikau tanpa ku sedari. Kalau ku tahu ketika itu, tidaklah aku bertindak sedemikian rupa.


Disebabkan kau ingin memutuskan hubungan kita, kawan ku ingin mencari penganti buat dirimu. Aku sebenarnya tidak dapat menerima selain dikau. Tetapi apakan daya ku.. aku insan yang lemah...seorang insan yang ingin disayangi dan dibelai...


Tetapi apakan daya, penganti mu itu sudah menjadi hak milik orang lain. Aku terpaksa mencari pengantimu di shoping complex. Akhirnya aku temui yang lebih macho dari dikau..tetapi ketika itu sebenarnya aku mengharapkan kau kembali semula kesisiku. Akhirnya yang best aku dengar ketika itu...penjual di tempat kedai yang ingin aku membeli pengantimu itu berkata "telefon ini masih boleh dibaiki..tak mahal"...aku pun segera bersetuju..maklum la duit tak banyak sekarang..akhir bulan. Ko dan aku terselamat. Aku terselamat dri mengorbankan duitku beratusan ringgit dan ko pula terselamat dari aku menggadaikan diri mu.


Akhirnya hubungan kite semesra dulu. Pada tarikh ini..kau kembali seperti sedia kala. Aku tetap menyayangi mu..kerana kau adalah HANSET ku....:-)

Monday, February 21, 2005


Pindah Rumah Baru

Posted by Faridatul at 2:31 PM 0 comments

Assalamualaikum..


Hari ini hari yang membosankan. Kenapa??? Aku tahu apa jawapan untuk menjawab soalan tersebut, Ini kerana aku sudah kepenatan selama 2 hari sebelum ni. Maklum la mak ayah ku pindah rumah. Kami tidak lagi menetap di kg sri cendana...tetapi sudah berpindah ke Intan Baiduri.


Intan Baiduri..oh..Intan Baiduri. Selama 2 hari ni aku dan adik beradik yang lain bertungkus lumus mengangkut barang2. Barang yang banyak itu diperbanyakkan lagi oleh barang2 khazanah turun temurun nenek moyang mak aku...(harta pusaka mak aku). Harta pusaka mak aku ni tak boleh disentuh walaupun tak leh guna. Aduh...entah le. Aku pun tak tahu mak aku nak simpan lagi buat apa.


Yang kelakarnye..ade la bantal pengantin masa mak aku ni kawen ngan ayah aku. Ala..bantal petak kecik tu. Tapi berisikan kabu. So...kire mahal la kononnya. ade cadar pengantin mak aku ni. Biasa la orang dulu-dulu kalu cadar pengantin pakai cadar baldu. Begitu juga mak aku, bersulamkan tekap tangan (jahit sulaman ngan tangan). Gara-gara tak bagi anak2 pakai disimpannye dalam almari supaya kami tak usik. Masa nak kemas baru-baru ni ..kemas punye kemas...alahai siannye, kain cadar yang disimpan itu sudah menjadi hak milik makanan si kenit. Sang Cik T dan Sang Cik Li.


Apa lagi mengamuk la mak aku. Tapi sarung bantal dan kipas dapat diselamat lagi dr habuan Cik T dan Cik Li. Aku pun meminta kebenaran nak guna untuk diletakkan di dalam kereta. Nampak comel. Ingatkan dengan kejadian yang dah berlaku..boleh la aku dapat apa yang ku inginkan..alahai..still tak dapat gak. Mak aku kata "tak pe, boleh guna lagi nanti masa korang kawen". Nak gelak pun ade. Takan nak guna kot benda tu semata-mata. Ayah aku pun dah malas nak masuk campur hal "harta pusaka" mak aku ni.


Itu la orang tua-tua, kalu barang harta pusaka memang jadi barang kesayangan. Tapi bila lepas ke tangan anak...lain plak jadinye. Sape yang salah...????


Tapi bila ku renungkan dalam-dalam, ku pikirkan sehabis masak, ku cuci sehabis putih, baru ku tahu... kenapa orang pompuan suka simpan barang harta pusaka. Mana tak nye, sebab sudah jadi tabiat di suai muda. Cuba anda pejamkan mata seminit dua, pikir kan dan renungkan diri anda, ade tak anda suka menyimpan barang2 walaupun barang tersebut kecik kementot je di usia sekarang. Ha.... kalu ade, SAH...anda sudah mendapat penyakit yang serius iaitu bakal juga menyimpan barang pusaka..walaupun pusaka nye entah kat mana letaknye... kuang kuang kuang

Friday, February 18, 2005


kepenatan yang tidak berkesudahan...

Posted by Faridatul at 10:42 PM 0 comments
ermm...

alhamdulillah...akhir nye berjaya dapat mengesan error yang semalam aku mencari-mencari di merata segenap ceruk maya pada ini...(maaf DBP).

Dengan ini, diistiharkan esok yang sepatutnye cuti jadi tak cuti..aku nak abihkan gak menyiapkan hasil perjuaganku ini...hahahaha

apa..apa...yang slogan yang ku pernah dgr kat tv tu..."perjuangan belum selesai".
hahahaha...cuba teka kata-kata siapakah itu.

moga esok lebih gemilang, terbilang,cemerlang drai hari ini. wallahua'lam.

Thursday, February 17, 2005


mije..oh..mije ~~~~

Posted by Faridatul at 11:11 PM 1 comments

hehehehe...kawan aku ni manja sket. Hari ni aku dera dia. Tulah nak ikut lagi lagi g kelas malam. Aku dera dia balik lewat. Sebab aku sakit tengah sakit hati ni. Weblog ku tak siap2 dengan sempurna lagi.


Esok ade kelas malam lagi...membosankan. Minggu ni memang klas padat seket. Maklum la semester ni banyak cuti. Pelajar2 pun dah lupa apa yang diajar..maklumlah...banyak sangat makan ketupat, nasi himpit, lemang, kek bulan, limau...dlll...


k lah..nak balik dah ni..semga tido ku dan kalian dibuai mimpi indah..Lupa plak...esok member aku ni nak g makan angin selama 3 hari...ingat2 ke aku ler ..


SEDIHHH.....huwahuwahuwa...nak ikut gak. tapi demam punya pasal tak dapat ikut. td ade appoiment ngan dr rahmah kat PK. hai...di tambahkan lagi ubat yang sedia ada. Dah ler aku ni malas makan ubat.


k lah...chow chin chow..ws

Tuesday, February 15, 2005


:: Cam mana Melayu Nak Maju ::

Posted by Faridatul at 5:18 PM 0 comments

"amoi...ade apa boleh tolong"... itulah ayat kebiasaan yang aku dengar kalu g kedai cina. Berbeza sekali dengan kedai melayu, yang hanya menunggu pelanggan minta perkhidmatan barulah dilayan. Tiada usaha untuk bertanya atau menawarkan perkhidmatan. selalu sangat ambil sikap "kalu ada rezeki..ade lah, kalu tak de..tak de lah". Allah tak memberi rezeki pada seseorang dengan percuma. Kalu nak usaha lah sendiri.


Tersebut lah kisah, di petang isnin (14 feb 2005) jam menunjukkan kul 6.00 di sebuah kedai tayar bersebelahan kedai azizah di fasa 1, Bandar Baru Bangi berlaku lah trajedi yang amat "memalukan".


Ada ke patut aku sebagai pelanggan dah la tak dilayan pastu siap kena maki hamun plak. Ceritanye bermula begini.....


Nak pergi kedai cina yang biasa aku g, kedai nye masih tutup. Maklumlah..raya cina. Pergilah mencari kedai melayu. Agaknye rezeki dia kot kata dalam hatiku. Sampai je disana aku tidak dilayan. Keadaan begini berbeza sekali di kedai yang biasa aku pergi..dimana kita akak tegur walaupun sekadar temankan kawan sahaja.


Aku dengan selamba menyapa seorang abang yang berkerja disitu. Dia pun bertanya apa masalah dengan kereta. Aku pun beritahulah keretaku tayarnya pancit giler..sikit angin pun tak de. tak leh nak bawak kedai. So..sesudah dia tahu keretaku tiada disitu, dia suh aku jumpa bos minta izin. aku pun confiuse...kena minta izin...takpelah..pergi jelah..malas nak layan.


Sampai di depan opis yang pintunye berdindingkan kaca...orang dalam bleh nampak orang luar...orang luar bleh nampak orang dalam... Aku termenggu...siapa bosnya. Tiada siape menegur aku. Aku pun masuk. Still masing2 buat2 tak nampak kehadiranku. Aku mengandaikan bosnye adalah lelaki. Disebabkan didalam bilik itu semua perempuan, aku bersabar jelah. Akhirnya...ade seorang akak ni mengangkat mukanye yang dari tadi hanya beberapa imbas memandangku tanpa berkata apa2. Aku pun cuba berkata sesuatu..mungkin pekerja kedai ni jugak kot. akhirnye dia membalas kata2 ku bahawa kete ku pancit. "bleh bgtau pada orang luar"...


Dengan sedikit bengang aku pun keluar..tanpa mempedulikan dia lagi. Di luar aku tegok pekerja masing2 relak. Geramnye..akhirnye dengan sedikit nada marah yang ditahan2 aku pun berkata pada seorang pekerja yang kurasakan rajin sedikit daripada yang lain. "Pada siapa saya nk mengadu ni. Orang luar suh tanya orang dalam..orang dalam suh bagitau orang luar"....Akhirnye dia mengerti..apa masalah aku.


Pekerja yang menyuruh aku jumpa bos td pun menghampiriku. Dan bertanya "..dah jumpa bos...Dah minta izin bos.." La..Geramnye...OOOOOOooooo...aku pergi tadi kena minta izin bos dia nak guna pekerja dia...laaa...patutnye dia la yang pergi..kenapa plak aku...


Perbalahan disitu diamati oleh perempuan yang suh aku cakap kat luar. Akhirnya dia pun kuar..Dengan nada yang kurasakan tidak sepatutnye berkata " La...CAKAPLAH KETE PANCIT KAT LUAR..BA ALIF NGA NGA"....


Terkejut aku..Dah la geram..bertambah geram dibuatnye..Ade ke customer dibuat sebegitu rupa...Dengan perasaan geram aku terus meninggalkan kedai tu..Sempat juga aku ucapkan terima kasih dan meninggalkan satu ayat..."KALU MACAM NI MACAM MANA ORANG MELAYU NKA MAJU..."


Aku mengharapkan kedai ini boleh dijadikan contoh...memang la orang melayu nak tolong orang melayu tapi kalu dh gini jadinye....sape yang susah...pada siapa kita nak dipersalahkan??!!!!

Thursday, January 20, 2005


:-: Sengal2 Semut Api :-:

Posted by Faridatul at 1:19 PM 0 comments
Akum...

semalam tibalah aku ke tanah air sendiri. Sepanjang 8 hari di negara orang ni pelbagai cabaran, dugaan dan pengertian di peroleh. Baru lah terasa pepatah orang tua2 "Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu di Negara Sendiri, Lebih baik di negara sendiri"...membawa pengertian yang amat mendalam.

Ari ni tak dapat nak tulis pengalam yang diperoleh dari negara thailand...chiang mai dan bangkok. Keje bertimbun. Gara2 cuti seminggu. InsyaAllah minggu depan kita akan berkongsi pengalaman yang sya peroleh itu...sonok tak terkata. tapi dalam sonok2 tu terasa betapa untung nye kita dapat hidup di malaysia sebagai rakyat beragama islam.

k lah. setakat ni je dulu. aku pun nak balik kg gak. tunggu adik jemput. nak balik sendiri tak larat coz badan sengal2 lagi. heheheh...maklum la. program padat setiba je kat sana. hehehe....selamat hari raya haji esok. kalu kat thailand dah raya dh hari ni.

bye. wassalam.

Monday, January 10, 2005


:: Gajah di Depan Tak Nampak ::

Posted by Faridatul at 10:35 AM 0 comments

Penat perjalanan ku bersama kawan-kawan ke Kuala selangor semalam masih lagi terasa. Kami bertolak dari bangi ke selayang pada hari sabtu petangnya, kononnya nak g jalan2 ke Selayang Mall , Maideen dan tempat2 yang menarik untuk membeli barang2 keperluan kami ke Chiang Mai rabu ni (tak sabar rasanya...hehehehe).

Kami bertolak dari Selayang pada jam 8.00 pagi dan tibanye di sana pada jam 9.30pagi. Aku dah biasa dengan keadaan jalannya. Dari dulu sampai sekarang gitu la rupanya. Entah bila jalan raya di sini akan siap. Aku ingatkan keadaan sebegitu dalam setahun dua ni je. Rupanye-rupanya keadaan sedemikian sudah 5 tahun. Ini adalah kata2 junior ku yang duduk di Assam Jawa. Hishh...betapa seksanye orang2 yang duk area kuala selangor ni.

Khir Toyo!!! Sapa yang tak kenal menteri besar Selangor. 'Selangor Maju' itu lah tema kata2 beliau. Nak membangunkan negeri selangor tapi kawasan sendiri tak terbela. Dah la dari Selayang ke Kuala selangor makan masa yang agak lama... ditambahkan lagi dengan adegan 'terhenjut-henjut' dalam kete. Rasa cam naik kuda je. Sampai kat sana sume kepenatan.


Moga Khir toyo memandang rumah sendiri dahulu sebelum nak menghebohkan keburukan rumah orang lain. Maklumlah...rumah sendiri yang dah disediakan facilities yang lengkap pun tak dihias dengan baik apatah lagi rumah orang yang telah dianak tirikan. Tak gitu.... Samalah2 kita pikir-pikirkan... :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea