Pages

Wednesday, March 31, 2010

Ilmu keibuan...

Posted by Faridatul at 9:24 AM 4 comments
Pengajaran yang lalu dijadikan iktibar. Kepada semua bakal-bakal pengantin di luar sana, kalau nak kawin jangan ilmu nak jadi isteri sahaja diambil pusing tetapi ilmu mengandung dan kehamilan juga perlu dititikberat. Manala tahu kan, selepas kawin terus diberi rezeki lain plak...:-)

17 mac yang lalu aku telah keguguran. Seminggu sebelum tu dah banyak kali pergi hukm. Dah tak larat nk amik darah. Kandungan ku disyaki luar rahim dan telah gugur. Walaupun tak gugur, disebabkan luar rahim doktor bagaimanapun menyarankan untuk digugurkan juga kandungan tersebut sebab ianya akan menjejaskan aku nnt. Kalu kandungan membesar boleh menyebabkan tiub fallopio pecah dan pendarahan yang banyak boleh berlaku. Itu kata doktor.

Alkisahnya, aku baru berpindah ke opis baru. Banyak yang kena angkat dari bilik lama. Rumah masih rumah lama yang aku duduk masa bujang tapi perkakasan didalamnya banyak yang nak dipindah. kesibukan kelas yang terpaksa diganti setelah 2 minggu aku bercuti. Opis plak tingkat 4 yang dulunya tingkat 1 dan tiada lif.. Terpaksa panjat tangga dan aku telah bermain bowling 3 games sempena pertandingan antara institut di fakulti aku... Semua itu adalah punca-punca yang boleh menyebabkan aku keguguran..

Walau apa yang terjadi, aku panjatkan kesyukuran ke Ilahi. Ada hikmah di sebalik kejadian. Tukang urut di kuala selangor sempena aku melawat adik iparku disana menyarankan aku pantang 3 minggu. Orang kata pantang keguguran lebih teruk dr pantang bersalin. Ada plak yang kata sebaliknya. Tapi apa-apa pun aku ikut kata bodyku sendiri. Kalu larat, buat jelah kerja cam dulu2... Cuma sekarang ni agak sopan dan ayu la kalau berjalan dan takmau angkat benda berat.

Ahad lepas aku dan hubby pergi shoping kat Selayang Mall. Masuk kedai buku Popular. Hubby suruh beli buku pasal kehamilan. Aku sebenarnya nak suh beli buku PaMa tapi dia tak suka sebab katanya banyak iklan dalam tu. Jadi, kami pun beli 4 buku. 1 buku untuk abah. 3 untuk kami yang mana 2 berkaitan kehamilan dan satu lagi berkaitan pemakanan..

Buku yang aku sedang baca.. sungguh bagus ilmu didalamnya. bermula dari awal kehamilan sehinggalah penjagaan bayi

Moga buku itu boleh dijadikan ilmu untuk aku menempuh kehamilan yang akan datang walaupun tak tahu bila.. hehehe... haa.. Satu lagi, bagi mereka yang nak berkawin dan bercadang nak mengandung dalam masa terdekat, elok la ambil asid folik. Ianya elok untuk tulang ibu dan otak baby. Digalakkan makan untuk ibu2 yang merancang untuk 3 bulan sebelum kehamilan.. Aku pun baru jek start makan semalam... heheheh

Friday, March 26, 2010

Kawen Katuunnn

Posted by Faridatul at 9:09 AM 5 comments
Cerita mengenai perkahwinan aku kelako jek rasakan... mula dengan majlis tunang pada 4 oktober 2009 pastu diikuti majlis nikah 5 feb 2010 dan majlis kahwin pada 7 feb 2010. Aku dan suami ku akan ketawa kalu citer bab majlis kami.. Mana tak nya macam cerita katun jek..

Majlis Tunang

Masa majlis tunang, seperti yang dijanjikan rombongan faisal akan datang dalam jam 2pm tapi mereka datang awal dan solat di surau yang berada di bawah blok rumah ibubapaku di kepong. aku yang terleka membuat keje rumah, denga tak siap mandi dan makeup lagi jadi kelam kabut. dalam jam 1.30pm tu baru aku berkejar g mandi dan solat zohor dahulu.. itupun dah kena bebel ngan mak aku masa tu.. degil tetap degil..hahahah

nasib baik la baju, tudung dah siap iron... disebabkan mengelabah tudung comel yang adik ipar aku bg tah kemana..makeup pun ala kadar jek..apa yang adik ipar aku sapu kat muka..aku dh tak kesah janji cepat siap.... mak aku dh bebel2 bertong2... aku redha jek..hahahhaah..

barang hantaran yang aku design sendiri..hahaha

bergambar ngan dilah n pijah setelah selesai majlis...tudung pun dh bertukar corak..huhu

majlis nak nyarung cincin pun jadi kelakar... disebabkan darah gemuruh penat mengelabah td ngan darah gemuruh nk disarungkan cincin..aku buat hal plak..sume gelak termasuk la bakal mak mertua aku n the group..biar la orang2 tertentu jek tahu...hahahahahah

Majlis akad nikah

di majlis pernikahan plak tak ade apa2 masalah sangat sbb dah ambil pengajaran dari majlis tunang.. tp cerita lain plak jadinya. kereta ku dipinjam sepupu faisal. kononnya malam tu aku nk minta tolong adik aku beli dua lagi bahan hantaran kat selayang mall. tapi disebabkan majlis nikah habis lambat, adik2 ku telah menghilangkan diri. mana taknya, imam dh la dtg lambat. Janji kul 6 dh start tapi jadinya 6.30++. Akad nikah 4 kali.... gara2 nama aku panjang sangat. abah gementar tak dpt nak sebut nama anak dia dengan proper...huhuhu.. dua kali abah silap sekali faisal silap. last2 imam suh abah baca pada kertas yang imam dh tulis siap2 ucapan yang nak disebut..dan faisal hanya sebut "aku terima nikahnya" sahaja... huhuhu... kelako sungguh. abah yang lebih gementar dr faisal... hahahahah

akad terakhir yang mana abah baca jek petikan imam tulis..hahah

di sebabkan adik2 ku menghilang, aku minta tolong faisal beli barang2 hantaran yang tak cukup tu. ini pertama kali kami berjalan berdua sebagai suami isteri.. masih malu2 la konon... aku cadangnya nk tukar baju nikah yang dipakai dr petang td tapi faisal larang katanya unfair...huhuhu... aku ngan dia pun bershoping kat selayang mall ngan baju nikah... kasut nikah..tudung nikah... sume la orang perhatikan kami sambil senyum2..ada yang berbisik2... kiteorng peduli apa.. tp ade gak la kami nak lari2 dr orang ramai...hahahaha.... ini la perkara gile yang pertama kiteorng buat...

Majlis kawen

di majlis kawen plak, mak andam janji nk mengandam faisal sekali. aku pun bagitau la faisal tunggu jek. yang geramnya patutnya rombongan dtg jam 1 lebih tapi jam 11.30 bus mereka dh sampai. takan nk terus makan sbb janji ngan kompang jam 1.40pm... aku geram jugak la.. bukan apa sian la rombongan terpaksa tunggu lama. mak andam yang janji nak mengandam faisal terpaksa balik awal sbb anak dia tetiba tak sihat. ingatkan anak sedara aku dh bgtau faisal, rupanya salah orang. jadi masa tgh sibuk bergambar nagn kawan2, aku terpaksa juga melayan dopodku menjawab pertanyaan faisal itu ini sbb mak andam menghilang...eeee... masa tu geram pun ade...hahahah

rombongan lelaki yang lama betul ditunggu oleh semua

walaupun dtg awal, perarakan pengantin jadi lambat sbb apa aku tak pasti.. jam 2.15 jadinya.. sampai aku nk ke surau jemput diong kuar..hahahahah... alkisahnya, tak sangka la ramai kawan smsb dtg..jadinya sume terus dtg ke rumah.. aku kat rumah dh kelam kabut... asyik bergambar jek.. sape yang dtg jumpa aku... dpt le bergambar..sape yang x jumpa mmg aku tak tau kehadiran mereka...

kawan-kawan yang turut hadir..

adik2 aku pun tak cukup tangan nak membantu.. anak2 sedara sepupu pun turut membantu.. tapi nak bantu itu ini tanya aku dulu..aku pun berkejar ke sana ke sini.. penat la.. makcik2 yang membantu majlis kawen @ kawan2 mak aku kata aku ni tak macam pengantin... tak ayu cam pengantin lain.. ni tak.. kejap sana..kejap lari sini.. hahahaha.. aku senyum jek... maklum la biasanya aku jadi event manager. dah 3 kenduri pernah dibuat dan aku la event managernya tapi bile sendiri kenduri nak gak jawatan tu la kononnya... hahahaha...tp sebenarnya aku dh bahagikan tugas kat adik2 aku..diorang pun tak cukup tangan membantu.. mmg ramai yang hadir..... kawan-kawan di ukm pun aku import membantu kenduriku... thanks kalian... sampai petang diong stay mambantu.. petang tu habis kenduri, masing2 kepenatan. nak balik bangi lagi.. aku pun tak tahu nk balas jasa kalian. hanya Allah yang dapat mambalas jasamu itu....

Friday, March 19, 2010

Medan..oh medan....

Posted by Faridatul at 1:17 PM 2 comments
Sedeynya aku ditinggalkan oleh suri, dilah dan pijah. pagi td jam 7.40 pagi mereka telah berangkat ke medan dan meniggalkan aku yang masih berpantang ini... Tak ku duga akhirnya aku tetap tak dpt nak join ke medan walaupun hubby ku membenarkan aku pergi di awalnya tetapi skrg tidak atas faktor-faktor kesihatan...

kalu ikutkan perasaan memberontak ni nk juga gi medan tapi memandangkan jalan di sekitar rumah pun cam siput terpaksa la akur dengan ketentuan ilahi.

Dugaan pertama selepas berkahwin. Amat berat dirasakan.. walaupun begitu aku tetap bersyukur sebab tak perlu nak bedah. alhamdulillah panjat ke syukuran...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea