Pages

Monday, December 18, 2006


Ambil angin di Port Dickson

Posted by Faridatul at 8:31 AM 0 comments

Hari ni aku 'capek bangat'. Apa taknya minggu ni aku rasakan seperti sum-sum tulangku meronta minta dibelai. hahahah...



Kelmarin aku g kursus Pn Ainon. Ahadnya plak, aku g PD bersama 4 rakan yang lain. 3 bujang dan sorang lagitu dah mak orang. Anaknya dibawa bersama. Baqiyah ni umurnya setahun lima bulan tapi kiteorang kategorikan sebagai anak dara jugak. So..yang pergi ke PD semalam 5 orang anak dara dan sorang mak dara. heheheh..



Perjalan ke PD mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Aku goreng kopok lekor dan air teh susu dalam termos yang besar. Manakala mije plak bawa sandwich dan bihun goreng. Bertolak pada jam 8.30 dan sampai disana lebih kurang jam 10.00 pagi. Mak oooiii..ramainya orang. Kami pun mencari tempat untuk bersarapan sambil menikmati suasana pantai PD. Sayangnya, kami terlupa nk bawa tikar mahupun surat khabar. So..mak lin belikan tikar. Harga yang sepatutnya rm5, tetapi harga disitu menjadi rm10. sekali ganda harganya.



Sambil2 menikmati pantai yang bersih dan menyamankan, kami makan apa yang telah dibekalkan. Emmm.. betul kata member2 ku yang selalu g PD, kalu nak air nya yang bersih jgn g PD, g kat teluk kemang. Area aku g semalam tu dh nak dekat teluk kemang. Patut la ramai orangnya. Masa aku g kat glory beach resort, airnya kotor bangat, tapi facilitiesnya memuaskan. Tak leh nak mandi kat situ, tapi area aku g smlm leh mandi.



Mak lin dh siap2 bawa pakaian spare. Kononnya ade hajat nk berendam dlm air laut tu. Disebab ramai sgt orang, dibatalkannya niat. Sebenarnya g sini nak survey tempat. Kami ni pengelola hari kuarga pada bulan januari. survey nye kejap je, yang selebihnya heheheh...paham2 je lah. "Sambil makan sambil minum air". Sempat lagi mije beli kasut, k lin beli sandal tuk baqiyah dan aflah beli beg baru... emmm...aku jugak yang tukang tengok dan tukang drive. :-(


Selepas sume selesai, kami pun balik pada jam 1.15. Berenti berehat sambil solat zohor dan makan tengahari di RnR Seremban. Sampai di umah lebih kurang jam 3++pm.


Oh..Pn Ainon

Posted by Faridatul at 8:17 AM 0 comments

Salam..


Hari sabtu yang lepas, aku dan 3 orang rakanku yang lain menghadiri kursus penulisan yang dikelola oleh PTS, oleh Pn Ainon sendiri.


Ini kali pertama aku menghadiri kursus PTS dan pertama kali bertemu dengan Pn Ainon. Hehehe..dikesempatan yang ada ini aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambarnya. Kononnya nk bergambar sekali tapi malu punya pasal..apa boleh buat, aku hanya mengambil gambar dr jauh. Nasib baik duk belakang..leh ambil gambar curi-curi. hehehe..aku harap dia tak perasan.


Aku perasan yang hadir kursus pada hari tersebut bukannya orang seperti aku. Tetapi penulis2 yang sudah masyur dan yang pernah menulis lebih dr 2 buku. Tetapi aku...hehehe..baru nak simpan angan2 tulis buku. Tetapi bak kata Puan Ainon, "Jgn takut berangan, bukan bayar pun. Ada ke kalu kite nk simpan angan2 kena bayar 20 sen"..ketawa aku mendengarnya. Betul jugak!! Diantara yang hadir kursus tersebut adalah M.N.O., M.N.D dan seorang penyair yang aku agak kemuka juga orangnya.


Kursus selesai pada hampir2 jam 5 ptg. Kejap plak rasanya. Aku bercadang lepas ni nk hadir kursus Pn. Ainon lagi. Jom...

Thursday, December 14, 2006


Streamyx...Dah guna pun

Posted by Faridatul at 10:19 PM 0 comments

heheheh....


ni tgh guna streamyx. Dari petang td aku guna tak berenti-renti.


Yang best nye aku guna wireless. 3 pc serentak leh guna. best tul.


Streamyx

Posted by Faridatul at 9:00 AM 0 comments

Hehehe...



Semalam aku di call oleh telekom mengatakan ari ni nak masuk streamyx.. Tak saba rasanya. Kul 2 nnt aku balik umah kejap sebab kul 3 janjinya nak dtg.



Aku amik pakej yang rm77, unlimited + wireless. Diorang bg 1 access point. Best2. :-) Moganye tak de masalah aku nk guna.


Tapi sebenarnya pc kat umah aku tu dh hampir setengah tahun tak guna gara2 aku ubah kedudukan perabut dlm bilik 6 bulan yang lepas. Biasa la aku ni tak leh tgk bende yang sama. Cepat bosan. Tapi disebabkan malas nk pasang semula wire2 pc tu, aku biarkan saja. Lagipun member sebilik aku ade laptop, so aku guna laptop dia.


Memandangkan nk pasang streamyx kat pc aku, so pg tadi aku pasang semula wire2. Habuk dlm bilik aku, aku bersihkan. Perghhh...Berabuk giler pc aku. Penat. Hampir sejam just tuk bersihkan pc. So...nk balik kul 2 nnt.. nk kena defrag jap before pasang streamyx... huhuhu...best giler. Tak sabar plak rasanya nk godam streamyx. :-)


Kawan aku sebilik ni pun.. lebih2 plak syok nya. maklum la nnt dia leh tumpang sekaki pakai wireless jek. Ni kena charge ni. huhuhu

Wednesday, December 13, 2006


Dapat kekasih baru..Kekasih lama menanti...ADUSSHHH

Posted by Faridatul at 9:11 AM 0 comments

Ermm...


Camne ye nak setelkan masalah ku ni.. pening-pening


Isnin pagi yang ceria, aku bangun dengan hati yang berkobar-kobar untuk bertemu dengan kekasih baru. Dah lama buat temujanji ngan mak ayahnya tapi sayang, tiada kesempatan waktu untuk aku bertemu dengannya dan juga mak ayahnya.


Maka, di hari isnin ketika semua penduduk bumi yang bekerja di selangor mendapat cuti sempena keputeraan sultan selangor. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengannya...Seronoknya hingga tak terkata.


Jam kul 12.30 tghari, setelah mengambil masa 1jam setengah dari rumah ku, akhirnya aku bertemu dengannya di bawah bukit taman melawati. Aduh tak terkata girangnya..begitu juga dengan si dia.


Tapi apa kan daya... kekasih lama ku muncul.. dah plak tu.. terhegeh2 nak kat aku balik. aku dibawanya pergi. Dulu bukan main lagi tak nak kat aku. Aku ni sebelah mata pun tak nmpak. Bila aku dpt yang baru ni, baru mencari aku. Ceh..menyakitkan. Tapiii..... Aku sayang kedua-duanya. Bukannya aku tamak. Tapi kasihku pada kalian tak terkata. Apa daya ku. Jadi aku mengambil keputusan unuk melupakan sejarah lama yang menyakitkan itu.


Aku cium kedua-duanya di dahi mereka... Oh umar dan hamzah.... kalian tetap kekasihku sampai bila2.




Hamzah dan Umar tu anak sedara aku la...jgn silap paham..huhuhu
- UMAR BIN MOHAMMAD SHAWALUDDIN (nama bapak lagi panjang dari nama anak)
- HAMZAH BIN MOHAMMAD SHAWALUDDIN (lepas ni nama apa lak..??? :-) )


Jelingan Manja HAMZAH

Posted by Faridatul at 8:59 AM 0 comments

Ini Hamzah..anak sedara baru aku..dh lama lahir tapi baru kelmarin aku g lawat...
huhuhu..ade rupa aku.





Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea