Pages

Thursday, October 21, 2010

Hadiah dari sahabat

Posted by Faridatul at 2:27 PM 3 comments
Sepanjang bulan 9 dan 10 ni, pelbagai hadiah aku dapat dari kawan2 tersayang.. nak kata besday lambat lagi... nak kata naik pangkat jauh panggang dari api... tapi pepe pun thanks a lot pada kawan2 yang memberi...

Ni adalah antara dua hadiah yang dapat di snap gambarnya.. Hadiah ni dari k zura... Sekarang k zura berada di UK bersama suami dan keluarga tercinta. Pak lah nama manja suami k zura sambung PHD disana. Seminggu lepas raya k zura balik ke malaysia sekejap atas urusan pengajiannya... Ada 2 keychain, sekotak minyak wangi, dan yang paling best sekotak coklat yang pelbagai perisa... nyum2...



Ni plak souvenir yang diberi oleh wosto dari hong kong.. heheheh.. sajek pau dia dari sana. sekarang tiap2 bulan dia ulang alik ke hong kong untuk menemui isteri tercinta... Isterinya sekarang sedang melanjutkan pelajaran kat hong kong dalam bidang pergigian kalu tak silap... ada dua keychain dia bg.. so pilih antara aku dan ogy..

Ni keychain yang aku pilih.. pelik dan unik sket dari satu lagi..



Ni plak keychain yang ogy pilih (dalam keadaan terpaksa)... haahahaha... sajek nk tunjuk tag price tu.. kalu kat malaysia takde la mahal sangat tp kat tag tu tunjuk HK$59. Kalu convert dlm duit kita dlm RM30++ jugak la.. huhuhuh...

Tapi paling best sekali hadiah dari suami tercinta... heheh.. thanks abang..... :-)

Wednesday, October 20, 2010

Sudah lama tidak berblog...

Posted by Faridatul at 11:04 AM 0 comments
Assalamualaikum...

sudah lama tidak berblog. Rasanya entry yang terakhir adalah selepas raya. Itupun curi-curi masa untuk menulis. Hari ni dapat menaip sebab tengah bosan menunggu pelajarku menyelesaikan ujian programming mereka. Ada lagi sejam, dua jam diperuntukkan untuk menyiapkan 4 soalan programming C++. 1 soalan berkaitan function, 1 berkaitan array, 1 berkaitan string dan enum dan terakhir adalah berkaitan struct.

Sepanjang tidak berblog,rasanya banyak entry yang boleh dimasukkan dalam blog ni tapi insyaAllah kalu ada masa, akan dimasukkan juga. Lagipun minggu ni adalah minggu terakhir semester dan minggu depan dah mula peperiksaan akhir sem 1 untuk sesi 2010/2011.

Kesian juga pada pelajar2 sebab semester ni mereka takde cuti belajar. Biasanya akan ada gap 1 minggu untuk cuti belajar iaitu antara minggu terakhir kelas dan minggu peperiksaan. Takpe la... nama pun sebagai pelajar kan.. hehehhehe...

Tengah menunggu ni aku tetiba nak menaip sesuatu yang aku geram dari tadi lagi. Dalam kelas ni ada seorang pelajar melayu lelaki yang aku rasa programming dia lebih bagus dari pelajar lain. Markah ujian programming pertama dia dapat markah penuh. Tapi sayangnya apa dah jadi ngan dia, beberapa minggu selepas cuti raya dia langsung tak hadir ke kelas makmal. ada la sekali dua. Kalau terus pandai takpe la. Tapi yang menyakitkan aku hari ni, soalan kedua pun terkial2 lagi sedangkan masa ada lagi dalam 40 minit. Pelajar lain dah nak mula menjawab soalan empat.

Ada juga pelajar lain yang pandai tapi tetap datang ke kelas makmal seperti biasa. Bila ditanya pada pelajar lain kenapa pelajar tersebut tak hadir, mereka semua menjawab "dia dah pandai puan. Belajar kat bilik". Walaupun marah, asalkan dia pandai takpe la. Ini kalau dh soalan dua baru terkial2 nak buat.. apakah namanya itu... Geramnyyaaaa...

Aku mengharapkan kali ini dijadikan pengajaran buat dia....

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea