Pages

Tuesday, April 29, 2014

Waiz di taska

Posted by Faridatul at 12:49 PM 0 comments
29 April 2014 - Aku dah hantar waiz ke taska 1 april lagi. Susah kalau lambat2 hantar kang dia dh biasa dengan aku tak mau lak di taska. Itu pun baru 2 bulan dengan aku susu botol dah tak mau minum.. sepanjang waiz bersama ku dalam pantang ada 2-3 kali jek bagi susu botol sbb nak bg minum susu kambing.. itu pun x banyak..

Walaupun gtu.. dengan harapan kat taska ok la nnt minum susu botol. Tapi sayangnya hari pertama hantar ke taska dengan berbekalkan 15 auns susu hanya 2 botol (10 auns) sahaja digunaka itu pun x habis... waiz hanya minum 7 auns sahaja dari mula aku hantar 7pm sehingga 6pm... so hampir sebulan aku hantar taska nmpk susut berat badan waiz.. Berat badan pun tak naik sangat. Masa timbang 2 bulan 6 kh.. timbang 3 bulan 6.2 kg jek.. naik 200g jek sepanjang sebulan tu.. mmg nmpk la susutnya.. dh tak bambam mcm sebelumnya...

so bila aku masukkan cerita waiz tak nk minum susu kat status fb aku ramai yang syorkan puting MAM... sebelum tu aku dh byk guna puting.. nuke ada.. fiffy ada...avent ada... anakku ada... yang x de jenama pun ada.. so semua tak guna.. dh beli tu tu bukan dpt beli 1 biasanya kaau beli tu dpt 2 puting @ sepasang.. so kat rumah tu berlambak puting susu tak digunaan lagi dan tak akan guna.. huhuhhu

Dah beli puting MAM dengan harapan minum banyak.. alahai naik la dr 7 auns ke 9 auns.. takpe la.. asalkan anak ummi minum... huhuhuhu


Monday, April 28, 2014

Waiz masuk ward

Posted by Faridatul at 12:38 PM 0 comments
28 April 2014 - Harini hari pertama aku masuk kerja... waahhh.. bersemangat rasa macam orang baru dpt kerja.. Hopefully semangat ni berpanjangan bukan hangat2 tahi ayam.. wakakaka

Nak cerita seba sedikit waiz ni. Alhamdulilllah waiz  tak kena demam panas yang teruk seperti abangnya tetapi seperti abangnya juga iaitu wafiy, waiz juga kena prolong jaundis.. Hampir sebulan lebih jugak la kuning tu hilang.. cuma kali ni walaupun bacaannya tinggi tapi disebabkan berat badannya yang "comel" so doktor kata jangan risau sangat... 

waiz di hukm

Bacaan paling tinngi yang pernah kena oleh waiz adalah 338.. ok la tu dengan berat masa tu 3.61kg... kalau dulu wafiy 427 dengan berat 3.1kg.. beza jauh tu.. huhuuh.. pepe pun syukur alhamdulillah...

ini la last day waiz masuk hukm duk bawah lampu.. abang waiz menyambut adik untuk balik ke rumah


cuma waiz ni nmpk lebih lasak dr wafiy.. dulu wafiy masa aku dlm pantang tak risau nk letak dia kat sofa tapi dengan waiz tak boleh kalau tiada pantauan... pernah sekali tu masa ibu mertuaku ada kat rumah menjaga kami.. mula2 waiz aku dah letakkan betul2 di tengah2 tilam.. tilam baby kira besar la untuk dia.. tak sampai setengah jam mak mertuaku suh aku betulkan kedudukan tidur waiz.. huhuhu.. posisinya dh keluar dah keluar dari tilam.. masa tu umur tak sampai sebulan.. huhuhuh...

waiz pun suka gelak.. dulu wafiy selalu sangat berkerut muka.. mcm budak suke berfikir.. sama la skrg ni.. sebelum masuk tidur akan berangan sorang2.. dengan tangan dan mulutnya membebel tah apa2.. tangan seperti mengira... waiz plak jenis periang.. asyik gelak aje.. nmpk gaya waiz ni budak yang lasak.. habis la wafiy dikerjakan oleh waiz.. hahahah

dulu wafiy suka babab dan cubit adik.. geram la tu.. tp skrg ok dah.. cuma bila time dia cemburu tu... aku nk pujuk waiz sebab waiz nagis boleh plak dia suh aku pujuk dia sama sbb dia nagis.. masa tu dia buat2 la nagis.. adus... bijak betul budak2 skrg... tak terlayan kerenah diorng ni... tp nak wat camne... layan jugak laaa.... hahahah

waiz tidur dalam baouncer yang dibeli time wafiy dulu 

kuat nagis tp suara tak kuat macam wafiy cuma air mata senang sangat berlinang.. hehe


Thursday, April 24, 2014

Kek coklat moist kukus

Posted by Faridatul at 4:53 PM 0 comments
Alhamdulillah dh siap kek coklat moist kukus.. rupa yg x seberapa.. janji ngan wafiy nk buat sama2 tp memndangkn giliran harini dan esok x de air tidak la ku mahu membazirkn air dgn mgemas umah nnt.. huhu..,

Mknn feveret wafiy skrg ni ialah kek... nyum2 


Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea