Pages

Wednesday, May 19, 2010

Hadiah dr Riau, Pekan Baru

Posted by Faridatul at 1:42 PM 0 comments
Assalamualaikum...

Sepanjang minggu ini aku dan beberapa rakan FTSM menghadiri kursus java yang dianjurkan oleh Mdec. Setibanya aku di depan pintu ketika waktu rehat tengahari, aku terkejut besar apabila melihat ada satu kotak yang telah dibalut dengan pembalut hadiah berwarna putih bercorakkan rama-rama berwarna-warni diletakkan didepan pintukku.

Segera aku mengangkat kotak hadiah tersebut dan tertulis pada satu helaian nota kecil yang ditampalkan pada kotak tersebut "kak fari, Ini dari fheby. Hadiah perkahwinan. Sori lama simpan. - Umi"

Ooo.. rupanya hadiah dari fheby. Fheby sahabat ku dari Riau, Pekan Baru tidak dapat hadir kenduri ketika itu sebab masalah kesihatan. Baru minggu lepas iaitu pada 13 mei 2010 bersamaan hari jumaat, aku dapat khabar berita yang dia dah melahirkan baby girl seberat 2.8kg. Alhamdulillah ibu dan anak sekarang dalam keadaan sihat.

Ini lah hadiah dari fibi.. Telekung sembahyang yang cantik sekali aku rasakan.. Yang uniknya kat bahagian kepalanya ada reben2 dan kepalanya berbentuk.. Dan sulaman-sulamannya cantik sekali.... Thanks fibi.... Semoga ukhwah terus berkekalan walauapun kita berlainan benua.. chewahhhh... hehehe


ini beg telekung... ada sulaman yang sama dengan telekung. Cantik bangat!!

Tuesday, May 18, 2010

Durian....Oh..Durian!!

Posted by Faridatul at 1:29 PM 5 comments
Aku kehabisan idea sekarang ni nak masak.. Kemalasan tuk masak melanda.. huhuhuh.. Jadi aku pun mengajak suamiku untuk ke pasar malam yang berdekatan rumah...

Lantas dalam kepala nak beli durian.. dah lama jugak teringin nk makan durian. Nyum2... Tapi sayangnya duriannya kurang enak.. kalu dalam bahasa perak dipanggail "mangko". Aku pun tak tahu kalu nak sebut dalam istilah KL. huhhuuhu. 4 paket rm10 tapi aku beli dua paket sahaja. Takut tak habis makan nanti. Sori la kalu nk buh dalam peti, nanti coklatku habis berbau durian.. Oh Tidakkk!!!! huhuhu




Ini la dessert suamiku. Maklum la dah janji nk masak gamat yang dibeli oleh pijah dari sabah hari ni. Tapi sebab takde nasi, aku buat sup ayam dicampur cendawan butang dan dibubuh potongan gamat. Sedap jugak rasanya... habis semangkuk suamiku makan.


Ini la rupanya sup ayam + cendawan + gamat.. ;-D


Ini pula pembuat selera.. masa ni tgh buat coklat kawan seopis tempah.. Sibuk plak encik abang minta di sapukan juga pada buaha2an ni.. Nampak menarik.. Encik abang kata sedap. tapi masa ni aku dh takde selera nak rasa.. so dia jelah yang beriya2 kata sedap... huhuhu

Monday, May 17, 2010

Jalan-jalan di IOI Puchong

Posted by Faridatul at 4:53 PM 0 comments
Cam biasa kalu takde mana-mana program aku dan en abang akan ke mana-mana sahaja untuk hilang kebosanan. Plan punya la nak g ziarah sedara mara kat puchong, shah alam, dan lain-lain di sekitarnya. Konon nak kuar lambat sket lepas zohor, tak elok la dtg time orang tengah sibuk nk masak kan.. tapi memandangkan air kat rumah buat hal lagi iaitu bekalan air tetiba putus tanpa makluman, dan paling menyakitkan air dalam tangki pun habis, aku n encik abang terus bersiap keluar rumah tanpa arah tuju..

Keluar je rumah terus ke puchong. Dah sampai rumah sepupu aku kat puchong utama, dia plak takde. Lohhh.. kononnya nak terus ke shah alam, aku segera dial semua sepupu2 aku sume handphone tak berangkat. Apa lagi, en abang kata jom kita ke IOI sehingga la dapat jawapan dari diorng.

Sampai di IOI, apa lagi en abang ajak tengok citer robin hood. Sementara menunggu movie robin hood tu kami cuci-cuci mata tgk barang-barang keperluan rumah dan tengok gelagat orang bershoping. Kalu tgk dr side atas, cam semut jek diorng ni.. pantas betul amik barang2-barang sale. Kirenya mmg murah gile la harga barang-barang tersebut tetapi memandangkan aku n encik abang tak larat nk beratus panjang, kami abaikan aja.. buat2 tak nmpk barang sale walaupun dalam hati dah berkenan kat 2-3 barang.

Sebabkan dah lewat bile habis tgk movie robin hood tu, so perancangan nak ke rumah sepupu aku ditunda ke minggu hadapan.. hehehehe

Sonok tengok gelagat orang membeli belah terutama apabila obses tgk ade sale.. heheh

Pemandangan di belakang maidin, putrajaya. Singgah sebentar beli keperluan dapur..

Wednesday, May 12, 2010

jengjalan ke perak

Posted by Faridatul at 10:57 AM 0 comments
Perjalanan 2 hari 2 malam (7hb - 9hb ) --> bangi - kepong - trolak - bota - setiawan - kuala kangsar - sungai siput - ipoh - gopeng - kepong - bangi.

Sebenarnya aku dh janji ngan Yong nak sampai rumah dia diTrolak awal.. tapi tak sangka plak alang call jam 4 lebih bagitau kalau boleh balik rumah mak malamnya untuk meraikan besday Umar, anak sedara sulung aku.

Makanya hari tu aku balik awal dari opis dan menyiapkan pengat nangka (nangka yang tumbuh depan rumah) dicampur dengan labu dan air soya yang dibuat sendiri.. Aku dah tak leh pikir nak bagi hadiah apa pada Umar, nasib baik 2 hari sebelum tu aku belajar buat coklat ade la gambar Upin Ipin, coklat tu la yang ku jadikan hadiah untuk Umar dan adiknya Hamzah.

Sebelum ke rumah Yong, kami singgah sekejap ke rumah mak, makan-makan meraikan besday Umar dalam setengah jam gitu.Kemudian terus menyambungkan perjalanan ke rumah Yong. Tinggal semalam di rumah Yong, esok paginya selepas makan pagi yang disuakan nasi beserta sayur kailan ikan masin, ikan goreng dan gulai siput sedut, maka perjalanan diteruskan ke Bota Kiri iaitu rumah Pak Ngah (abang kepada mak suamiku).

Cantik sungguh pemandangan kampung tersebut sebab kehijauan padi yang baru ditanam. Kemudian selepas jam 5 petang perjalanan diteruskan ke rumah Pak Wak di setiawan. Pak wak ni abang kepada mak aku. kiranya aku la dalam adik beradik aku yang pertama sampai ke rumah pak wak ni. hehehe.. bangganya...

Perjalanan yang melali kg gajah...
tak dapat nk singgah rumah fizah sebab fizah berada di rumah mak mertuanya ketika itu..

Kehadiran kami disambut oleh seekor biawak.. hehehe

pemandangan yang hijau.. cantik mata memandang

Pak ngah ni mengusahakan koko...
aku kiranya second time kenal pokok koko melalui mataku sendiri.. hehehe
ini first time aku makan buah koko.. rasa cam langsat pun ade :-)

biji koko yang telah dikeringkan untuk Pak Ngah jual... sekilo rm10 kalu tak silap aku
Banyak la cerita aku ngan isterinya Mak Nah.. Pak Wak ni mengidap penyakit yang sama dengan ayah aku. iaitu penyakit sakit kaki. pergi cek doktor takde gout tapi sakitnya sampai boleh buat mereka menagis.. Anak Pak Wak ni pelajar UKM sekarang dh tahun 2. Belajar di FSKB sekarang kos apa tah lupa dah.. tp berkaitan kecemasan. Yang kelakarnya, sebelum masuk ke sana, ade la sempat lebih kurang sebulan dia ambil kos IT di fakulti ini.. jurusan komputer industri. Walaupun aku tak mengajar tuk jabatan tersebut, boleh la ketuk2 dia ni kalau malas.. hahahaha

Selepas jam 7 perjalan terus ke rumah Pak Teh iaitu adik abah di Lasah, Sungai Siput. Perjalanan dari Setiawan ke sana akan melalui Beruas, Manong, Ulu Kenas dan terus ke Sungai Siput. Semasa melalui jalan ini, aku bercerita pada suamiku pengalaman dari Manong ke Teluk Batik iaitu ke rumah Dijah dalam jam 2 pagi.. suami ku seperti tidak percaya jek.. huhuhu... Jam 10.30 kami sampai ke rumah Pak Teh. kononnya penat nak tido tapi kami disuakan denagn donat yang Mak Teh buat sambil menonton cerita santau.. hehehe...

Esoknya pagi-pagi aku meminjam motor Pak Teh utnuk ronda2 kampung. Bestnya kat kampung ni kalu ronda2 naik motor tak perlu pakai helmet. Aku minta kebenaran suamiku untuk menunggang motor tersebut sebab tetiba rindukan nak bawak motor.. sebab dh lama tak bawak motor rasa berat plak kalu ade pembonceng di belakang.. hehehe...

Ku bawak ke kampung halaman iaitu rumah arwah atuk aku dimana disini la aku dilahirkan. Tapi sayang rumah ni sekarang disewakan ke orang lain. Orang tu plak tak pandai jaga rumah tersebut.. sedey aku lihat keadaan rumah tempat lahirku ini.

Inilah rumah tempat lahir aku xx tahun dahulu.. :-(


Selepas tu aku bawak suamiku g jengjalan ke Lata.. disebabkan kecantikan dan kesejukan airnya, aku dan suami mandi di situ.. heheheh.... tanpa persediaan perkakasan mandi kami terus menggelamkan diri.. suamiku juga melepaskan gian tuk berenang.. aku diajarnya berenang tapi entah la.. tak pandai2 jugak...

Lata Lasah.. bestnya mandi kat sini

dah lama tak bawak moto.. kali pertama aku bawak motor yang mana pemboncengkanya bukan adik beradikku.. tapi suamiku.. hahahaha

Selepas makan2 kekenyangan di rumah Pak Teh, kami pun meneruskan perjalanan ke Ipoh tapi sebenarnya yang lebih spesifik aialah ke Tambum. Disebabkan aku tak tahu jalan, aku merasakan cam jauh jek dari Sungai Siput ke tambum sebab yang aku tahu jalan ialah keluar dari tol Ipoh sahaja. Kalau dari Sungai Siput seingat aku, abah bawak jalan short cut... kejap aje.. Sah2 aku sesat ikut jalan jauh. Kalu dari Sungai Siput hanya perlu melalui Tanjung Rambutan dan terus ke Tambun. Takpela.. ini first time g melawat2 ke rumah sedara mara denagn suamiku..

Sebelum balik ke Bangi, kononnya nk singgah sekejap di Gopeng iaitu rumah Pak Lang aku iaitu adik abah... tapi sebab kepenatan mandi sungai yang airnya deras.. badan akmi kepenatan.. sejam lebih aku dan suami tertido di rumah Pak Lang.. hehehe... dalam jam 8 baru berangkat dr sana dan sampai di Bangi lebih kurang jam 12.30am....

sampai hari ni suami aku mengadu kepenatan.. hehehehe..mana taknya..dia jek jadi driver...aku plak tukang tido kat sebelah....hahahahaha

For more pictures --> click here

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea