Pages

Friday, March 25, 2011

Amanah dan tanggungjawab

Posted by Faridatul at 2:32 PM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku betul-betul sedih atas apa yang berlaku. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Aku rasa cukup la untuk menghentam antara satu sama lain.

Sedikit sebanyak stress yang aku alami ini membuatkan aku bersikap agak kurang ajar dengan orang tertentu yang tidak cuba untuk memahami situasi yang berlaku. Kerjanya nak menghentam dan menurunkan motivasi diriku. Banyaknya memberi pandangan dan komen yang negatif berbanding untuk sama-sama membantu sedangkan kerja dalam satu organisasi.

Itu la manusia, "rambut sahaja sama hitam, hati lain-lain " bak kata pepatah melayu. Itu pepatah melayu yang mengatakan rambut yang sama warna pun niat setiap orang berbeza-beza. Zaman sekarang warna rambut setiap orang pun dah lain-lain ada perang, ada jingga, ada putih (uban..hehehe), dan lain-lain warna lagi. Lagi la bermacam2 bezanya.

Aku berpegang pada satu sahaja. Amanah yang telah diberikan haruslah dibuat yang sebaik mungkin. Walaupun tidak sesempurna di kaca mata mereka tetapi biarlah antara aku dan DIA sahaja yang tahu.

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“

Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).

Aku pun sebelum program di tempat aku bekerja ini, telah mengalami satu situasi yang aku sendiri kurang senang yang mana ada seorang kawan aku si A meminta pertolongan aku untuk meminta bahan dari kenalannya si B. Aku menerima amanah tersebut. Aku telah cuba untuk meminta bahan tersebut. Disebabkan komputer si B rosak, dia pula telah berjanji untuk memberi kepada kawanku si C yang bekerja berhampiran tempat kerjanya sesudah komputernya OK. Selang beberapa hari aku mengharapkan komputernya sudah kembali OK dan mengharap agar bahan tersebut telah diberikan kepada kawanku si C. Sayang seribu kali sayang, rupanya tidak langsung dibuat. Aku sudah berjanji akan serahkan bahan tersebut kepada si A dalam 3 hari lagi. Banyak kali aku try call dan msg, sket pun tak berbalas. Akhirnya si A mohon aku serahkan bahan yang dimintanya seminggu yang lalu. Aku menceritakan hal sebenar. Tetapi apakan daya, hatinya aku tak tahu. Mungkin tindakannya yang agak meminggirkan aku dalam seminggu dua ni menunjukkan dia terasa hati dengan sikapku atas amanah yang aku tidak lakukan sebaik mungkin di kaca matanya. Entah la, itu pun sekadar andaian aku.

Setiap manusia ada masalah masing-masing. Cumanya kita buat yang terbaik dalam amanah yang telah diterima. Jangan lah hanya menerima setelah itu, melakukan dengan ala kadar sahaja bak kata pepatah melayu melepaskan batuk di tangga.

Dalam tempat organisasi ku bekerja, masing-masing mengejar KPI. Setiap orang ada merit yang berbeza-beza megikut kedudukannya dalam organisasi tersebut. Walaupun merit untuk khidmat masyarakat tak banyak, tetapi setelah diri sendiri menerima amanah yang diberi..BUAT LA.... Ada yang bagi alasan penat la, cukup buat ala kadar la.. Geram plak dengarnya. Tapi itu bukan kuasa aku untuk memarahi mereka.

Bak kata insan yang aku sayangi iaitu ibuku " kalu tak pandai takan masuk U".. ni masing2 ade degree, master, phd... sume bijak2 belaka.. so, masing2 muhasabah diri termasuk diriku yang kerdil disisiNYA... :-)

Wednesday, March 23, 2011

Bebanan yang menduyun-duyun

Posted by Faridatul at 9:59 AM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya dapat jua aku menaip dalam ruangan blogku ini walaupun banyak idea benda yang nak dikongsi bersama minggu lepas tetapi apakan daya, masa tidak mengizinkan.

Pagi ini dapatlah aku berkongsi serta meluahkan sedikit perasaanku ini.. hehehe.. cam apa jek luahannya. 2 minggu yang memenatkan. Alhamdulillah kelas aku pun minggu lepas dah berakhir berbanding rakan2 ku yang lain kerna makmal yang mereka handle walaupun jumlahnya tidaklah seperti aku tetapi makmalnya mereka adalah selang seminggu jadi ada lagi tuk minggu depannya. Aku bersyukur kerna kesibukan minggu ini langsung tidak mengganggu pengajaranku walaupun semua assignment dan ujian makmal masih tidak bertanda.

Harapnya minggu ini dengan habisnya COPPA dan Hari Terbuka FTSM, dapatlah aku meluangkan masa untuk menanda markah assignment dan ujian makmal dan memberi markah mereka pada awal April. Kalau diikutkan jadual yang telah diterima, pelajar2 TC1013 akan menghadapi peperiksaan akhir pada 13 april, TS2023 pada 14 april, TU3253 pada 20 april dan akhir sekali TC2273 pada 28 april. Semoga mereka buat yang terbaik semasa peperiksaan nanti.

Hari Terbuka FTSM akan dirasmikan oleh dekan pada esok jam 9.30 pagi. Debar plak rasanya sebab aku diamanahkan untuk perasmian dan sambutan dengan bersama beberapa ahli yang lain. Walaupun bukan aku yang buat montaj tersebut tetapi aku kena pastikan montaj dan perasmian nanti berjalan lancar. Masalah yang timbul pada hari tersebut sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi aku, rakan2 dan fakulti kerna kami telah menjemput beberapa sekolah dalam perasmian nanti.

Aku mengharapkan dan berdoa semoga program esok berjalan lancar. Walaupun ada beberapa masalah dari segi teknikal dan program yang tidak akan berjalan seperti dirancangkan tetapi harapnya program lain boleh cover untuk program2 tersebut. amin....

Wednesday, March 16, 2011

Kita merancang, Allah jua merancang .....

Posted by Faridatul at 4:26 PM 0 comments
PaMa keluaran mac yang lalu sungguh menyentuh hatiku. Perasaan ku yang sedih terubat pabila membaca ramai lagi yang kes lebih teruk daripada ku. Ada yang 11 tahun baru berakhirnya penantian mendapat cahaya mata iaitu penyeri rumah tangga.

Bukan la maksud ku selama setahun perkahwinan ini rumah kami tak riuh rendah..bukan la bermaksud tanpa cahaya mata rumah tanggaku hambar... tidak sesekali malah tiap2 hari aku dan suami ada saja aktiviti baru. Hampir sebulan lebih yang lalu, rumah ku mempunyai akuarium yang penuh dengan ikan2 comel. Pelbagai benda yang dipikirkan untuk mencantikkan lagi akuarium tersebut. Malah baru2 ni suami ku berhajat untuk menambah lagi koleksi ikan.

Melihat telatah ikan yang berenang2 sungguh mengasyikkan. Benar la kata-kata pakar motivasi salah satu aktiviti menghilangkan stress adalah membela binatang tak kira la ikan ke, kucing ke, arnab ke, hamster ke dan lain-lain. Telatah mereka kekadang kita tak diduga.

Dalam kandungan PaMa mac juga, ada artikel mengenai punca-punca tidak boleh mengandung. Antara yang dinyatakan adalah pemakanan seharian kita yang banyak mempengaruhi untuk mengandung. Aku dan suami ada membuat analisis yang badanku ini elergi dengan makanan thai yang banyak menggunakan asam/cuka/limau dalam makanan serta menggunakan serbuk yang kita sendiri tak tahu dari segi kandungan bahan kimianya.

Mula tahun ini, insyaALLAH sedikit sebanyak aku cuba untuk mengelak makanan luar terutamanya makanan thai. Maka, para isteri2 di luar sana, buat la sedikit penyelidikan diri anda kalu nak mengandung. Itu satu usaha kita yang mampu dibuat, yang selebihnya banyakkan berdoa dan bertawakal tinggi padaNya.

Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambanya dan sesungguhnya Allah akan memberi ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Maka, apa yang kita telah lakukan berbalik padaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Rumusan - 7 Kesilapan sebabkan sukar HAMIL
Rujukan (Pama keluaran Mac 2011)

1. Penggunaan gel pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim.
2. Menyimpan sperma ( bagi suami ) yang lama. Dalam usaha untuk meningkatkan kehamilan adalah penting untuk memastikan sperma adalah segar.
3. Mengambil vitamin C TERLALU banyak. Ianya akan menyebabkan kekeringan cecair serviks.
4. Mengalami stress atau tekanan perasaan. Dalam kajian yang di beri dlm artikel ini menyatakan bahawa ' terapi tertawa' mempunyai peluang tinggi untuk mengandung.
5. Makan makanan yang menganggu kesuburan. Jaukan diri dari ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi contohnya ikan tuna dalam tin, ikan mackerel, kerapu, ikan todak, ikan yu dll.
6. Minuman kafein. Pengambilan kopi secawan sehari boleh menyebabkan 50% kesukaran mengandung.
7. Pengambilan ubat-ubatan seharian. Para suami dan isteri haruslah menjauhi ubat-ubatan tertentu. Lebih baik rujuk pada doktor kerana ada ubat yang menyumbang kepada ketidaksuburan lelaki dan perempuan.

Monday, March 14, 2011

Merindukan sesuatu...

Posted by Faridatul at 3:54 PM 7 comments
Dalam jiwa ini aku merindukan sesuatu..
Yang lama sudah aku tak ketemu
Menemui kengkawan dan sahabat handai
Tuk sama2 bersatu dan bermuhasabah
Mengeratkan silaturrahim yang telah lama terjalin

Kesibukan membawa kita ke haluan masing-masing
Tiada lagi gurauan manja
Semuanya stress belaka
Kemanakah hubungan yang telah terjalin
Di seketika waktu dahulu

Semoga akan ada waktu
Untuk kita bertemu
dan bersatu
dalam hubungan yang terjalin
lillahi Ta`ala


Cetusan perasan jam 4.05pm ... :-(

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea