Pages

Monday, April 25, 2005


Alhamdulillah..menunggu segulung ijazah

Posted by Faridatul at 4:17 PM 0 comments

Alhamdulillah...



Itulah kalimah yag pertama keluar dari bibirku setelah keluar dari bilik mesyuarat pada hari jumaat bersamaan 22 april (13 rabiulawal) jam 5 petang. Walaupun tahap pening kepala ku menggila masa tu, aku mampu jua tersenyum di sebalik ketensionan yang ada. Biasa lah, mana ade orang tak tensen lepas viva.


Sekarang aku perlu perbaiki tesisku sepertimana yang disuruh. Dan juga perlu menunggu external examiner dari UTM kot kalu tak silap. Kalu kedua2 laporan yang aku peroleh tu telah dapat aku baiki, tak sabar aku nak naik pentas untuk kali kedua.


Moga2nye aku dapat konvo pada tahun ni.

Thursday, April 21, 2005


...Rumah terbuka sempena maulidur rasul

Posted by Faridatul at 7:52 PM 0 comments

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa iaitu kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai pengisian telah diadakan pada hari ini seperti majlis tahlil, doa selamat, ceramah Maulidur Rasul dan sebagainya oleh segenap pihak.


Tidak ketinggalan, kawanku mije buat kenduri sikit. Sebenarnya kenduri ini adalah sempena rumah barunye di taman tenaga dan juga secara kebetulan besday juniorku yang juga merupakan ahli rumah sahabatku.


Kami bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan beberapa juadah. Menu utama nasi ayam. hehehe.. sedap lak nasi ayam tu. Chef yang masak tu kata ni first time dia masak nasi ayam sebab dia tak pernah masak nasi ayam sebelum ni melainkan juadah lain seperti mee kari ke, nasi lemak ke, laksa ke dan lain2. Tapi nasi ayam dia memang tak pernah buat. Tapi apa katanye sedap gak. Leh tahan la coz first time.. heheheheh...


Petangnya lak..selepas habis majlis, aku g tempat biasa tempat aku lepak iaitu di kabin (opisku). Esok adalah hari penantian ku yang selama 2 tahun aku tunggu2. Makin berdebar lak bile mengenangkan hari esok. Bertambah gemuruhnya aku.


Di lewat petang sempat gak aku g jumpa lecturer tuk bertanyakan laporan yang nak dihantar esok dan juga nak minta semangat untuk hari esok. Minta tip2 gak.


emm...tgk la. Tak sabar melalui hari esok dengan tenangnye. Malam ni kena buat solat hajat banyak2 moga hari esok aku lalui dengan tenang dan gembiranye...

Saturday, April 16, 2005


Kepulangan adik angkat dari Patani

Posted by Faridatul at 3:00 PM 0 comments
Ni adik angkat aku. Panggilan manja dia lek. Come tak??


Kat atas tu gambar adik angkat ku dr patani. Pagi tadi dia baru balik. Sampai disini lama dah. Semenjak hari Selasa lagi. Tapi sayangnye aku tak dapat nak menyambut kedatangan mereka, iaitu lek (panggilan manja adik angkatku) dan mak dan ayah sedara nye, kakak dan 2 orang anak sedara lek ni. Coz diorang sampai mesia- bangi ni pun dalam kul 8 mlm dan masa tu lak aku ade meeting kat kl. balik pun dh tgh mlm.


Keesokkan harinya (rabu) pun aku tak sempat nak bertemu dengan mereka coz diorang g melaka dan hari jumaat plak g sunway. Pada mulanya nak g genting highland tapi tak jadi. Apa sebabnye pun aku tak tau.


Hari ni diorang dh nak balik. Before balik, mak ayah na (housemate aku - sepupu lek) nak jumpa ngan kengkawan anak nye di mesia ni. Kami makan di kedai mamak belakang ilkap. Mak ayah na belanja... makan roti telur ngan air teh tarik. Mak ayah na mkn nasi. Maklum la, orang thailand pagi2 mkn pulut. Tak de pulut ganti ngan nasi.


Sebelum balik terus ke patani, kami semua g putrajaya. Amik gambar ramai2 kat sana. Sekejap je sebab takut sampai kat patani lewat mlm. Lek yang bawak kete. Dia kata perjalanan dari patani ke bangi dalam 8 jam je. Entah la. Berapa 'speed' budak tu bawak aku pun tak tau.


Lek ni sebenarnya adik sepupu housemate aku - na. Dia ni pun orang patani. Aku menginap bersama dengan 2 orang patani dan mempunyai ramai kenalan senegara mereka ni. Best tul dapat mengenali budaya orang luar ni tau...


Aku ngan lek ni kira rapat semenjak kami sama2 g chiang mai pada bulan januari lepas. Dia ni peramah orangnye. Dan dia ni pun suka 'usik' aku. Lagipun dia ni tak ramai adik beradik. So aku anggap dia cam adik aku. Lagipun dia ni adik bongsu. 'Lek' tu panggilan adik bongsu dlm bahasa thailand. Ramai yang kata dia ni hensem. Ye ke?? entah la. Boleh la dikategorikan hensem. :-) Kalau dia tahu mesti bangga giler nye.


Aku pun teringin nk g sana gak (patani). Bulan 2 lepas cadangnye nk g, budget cukup, tapi kawan aku tu nk balik kejap je. Jadi tak best la g sana kejap2. Tunggu la. Lagipun mak ayah dia dh kenal kami. Siap ajak lagi bile nk g sana. Syok ni. Teruja lak nk g. Tengokla, InsyaAllah kalau ade rezeki, akan ku jejak jua bumi patani...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea