Pages

Thursday, January 31, 2013

sambutan maulidur rasul di ukm

Posted by Faridatul at 9:36 PM 0 comments













Tuesday, January 29, 2013

Baking Pavlova

Posted by Faridatul at 11:18 PM 0 comments
BAHAN-BAHANNYA:
4 biji putih telur (jangan ada sedikitpun kuning telur)
3/4 cawan gula kastor (tp lain kali guna separuh cwn aje kot... tak suke manis)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar jus limau kasturi (menggantikan  cuka masakan)
1 sudu besar tepung jagung

Hiasan:
1/2 cawan whipping cream
buah-buahan segar (kiwi, strawtbery, mangga masam, anggur dll ikut suka ler yer)

Cara2nya...

1. Putar putih telur dengan kelajuan tinggi bersama gula hingga kembang. Jika diterbalikkan mangkuk adunan ia tidak jatuh. Kemudian masukkan esen vanila dan jus limau tadi dan putar lagi. Kemudian taburkan tepung jagung dan gaulkan lebih kurang agar rata. 

Ketika ini boleh dh panaskan oven pada suhu 150 drjah celcius.


2. masukkan adunan dalam kertas minyak. takde kertas minyak so den gunakan kertas pembalut         





3. Masukkan dalam oven dan turunkan suhu ke 110 C.  Masak 1 jam. Bila masak renggangkan pintu oven.    Keluarkan setelah 1/2 jam dan sejukkan.  (Warnanya keperangan)




4.  Putarkan 'whipping cream' dengan kelajuan tinggi.  Jangan lama sangat nanti krim akan sedikit keras dan susah hendak membentuk pada adunan. Jika dah terlajak putar campurkan whipping yang belum diputar dan putar sekejap.

5. Sapukan pada adunan tadi.  Nak mudah pakai pisau kek. Hias ler dengan buah.



taraaa.....

Wafiy dan lolipop

Posted by Faridatul at 9:49 AM 0 comments


Sunday, January 27, 2013

Resepi puding Jagung fari

Posted by Faridatul at 1:22 PM 0 comments
hehehe.. aku ni suka mengolah resepi orang.. bukan apa.. cari yang terbaik dan menyelerakan...



dulu masa duk kat selayang.. adik2 kuat makan selalu juga membuat puding jagung... sekejap aje habis.. tp guna santan... so memang kaw la... manis dengan lemak santan... tp skrg dh lupa resepi nya... so aku cari2 resepi ada la jumpa resepi ni yang komennya rata2 sedapppp.. tp ku ubahsuai juga resepinya ditambah santan... huhuhuh

Resepi asal boleh didapati disini : resepi asal

Dibawah adalah resepi fari yang telah diubah suai dr resepi asal

Bahan-bahan ( sefamily )

2 cawan tepung kastad
1 tin jagung manis
2 cawan gula
2 cawan santan (den guna 1 kotak kecil santan)
4 cawan air
tin  susu cair
secubit garam ( tp kalau beli santan perahan fresh tak yah dh bubuh garam)

Cara-cara
Campurkan tepung gula, jagung, susu dan (air + kastad yang telah disebatikan terleih dahulu). Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.


telah siap puding jagung untuk dimakan

Posted by Faridatul at 1:06 PM 0 comments
Minggu ni walaupun tidak dpt balik ke kampung tetapi tetap meriah... meriah bagaimana tuh??!!! huhuhu... meriah la sbb masih boleh berjalan2... dan malamnya abi wafiy tidak diganggu sbb nak baca buku dan menyiapkan kerja opisnya...

Tapi malam ni sepatutnya balik rumah mak seperti yang telah dirancang.. kononnya nak buat kek sbb fadzli nk belanja makan mlm ni di restoren bonda dekat frim sekeluarga anak dan cucu zainal... tp memandangkan smlm dpt plak msg dr munawar anak pak teh mlm ni diajak ke rumah ada tahlil terpaksa ditukar menunya... so hari ni aku just buat puding jagung sebanyak 2 tin... ingatkan boleh dibuat sekali gus 2 tin tu, tp bekas tak cukup besar so terpaksa buat 1 dulu.... so dpt la 1 bekas besar untuk di bawa ke rumah munawar nanti... dan 1 tin lagi dpt 3 bekas sedang... 1 untuk di bawa balik rumah, 1 untuk rumah ni dan 1 lagi untuk anak angkat yang dh lama tak jumpa... (anak jiran tp sbb dh mesra dr kecil lagi)...

so... hari ni hari memasak aje.. masak pagi... masak puding... masak tengahari.... kemas rumah... tp sempat juga berblog.. berfacebook dan rehat menikmati cerita kegemaran CSI.... huhuhuh...

Resepi boleh didapati disini : Puding jagung fari

ini adalah batch kedua masakan puding jagung... batch pertama dh siap diwrap pun...

 batch pertama untuk dibawa ke rumah munawar nnt

  hasil 2 tin jagung... byk boleh dpt... boleh dh mamam tp lagi sodap jikalau sejuk2 dihidangkan... biarkan sejuk seketika sebelum masuk dlm peti sejuk :-)

Wafiy berlatih berjalan di Tasik Cempaka

Posted by Faridatul at 11:33 AM 0 comments
Semalam petang sempat wafiy berjalan2 di Taman tasik cempaka... tapi semalam dia dh kurang berminat nak main pre walker dia sbb dia dh excited nak main gelongsor dengan rakan2 beso kat situ.. tp sian la ummi tak bagi sgt coz dia lambat nak panjat gelongsor dan menyebabkan orang lain tertunggu2 dia nak turun gelongsor.. dh plak tu dh turun gelongsor tak bg can kat orang lain plak... so apa lagi ummi bawa lari la dia.... sian dia..

tp semalam menariknya ada orang main layang2, main tiup buih belon, main bola. so kami duduk di tepi jalan dan menikmati permandangan tersebut... wafiy suka tgk layang2 kat atas langit.... sempat la aku membeli 2 roti sosej dan 2 dadih perisa strawberry dan anggur... sambil menikmati pemandangan sambil mkn2.. lain kali berkelah kat sini plak... ramai juga yang berkelah kat sini... sonokkkkk.....

tp semalam lupa nak ambil gmbr.. so sempat juga sebelum keluar tu upload video minggu lepas punya.... tararrrr... ummi wafiy yang kuat berfotografi dan bervideo....... 

dlm video ni ummu byk membebel sbb kurang sihat.... hahahah... habis semua nak dibebelkan.. so abaikan la ye :-)

Saturday, January 26, 2013

Huwais bertandang rumah wafiy

Posted by Faridatul at 5:07 PM 0 comments
Jam 9.30 pagi dpt call dr wosto (bapa huwais) nak dtg pagi ni.. kalu ikut perancangan sebelumnya, nak mai esok... apa lagi mengelabah la nk kemas rumah dan memasak... konon nk mai jam 10.30  tp jam 12 baru tiba... 

huwais dan parents dtg dr kelantan.. so lepas ni kalu mai kelantan boleh la singgah rumah huwais  pula :-)
sonok wafiy dan huwais bermain.. tp sayangnya dh sonok huwais nk main ngan wafiy,  ummi dan walid huwais plak dh nak balik... semoga berjumpa lagi ye huwais dan ummi serta walid huwais... jgn serik dtg rumah wafiy lagi... :)


let the pictures tell the story..... :-)
















Thursday, January 24, 2013

Sedapnya mkn ais krim goreng dengan cuaca yang panas

Posted by Faridatul at 4:52 PM 0 comments
 nyum... waktu kepanasan sepeti hari ni sedap sungguh makan ais krim goreng... nyum2...

kalu nk tahu cara buat ais krim goreng ni boleh klik kat sini : ais krim goreng




Nugget chicken wrap

Posted by Faridatul at 4:38 PM 0 comments
First time rasa mission  potatoes wrap di rumah mak. Adik ipar aku tgh buatkan untuk mak dan ayah mertuanya... iaitu mak ayah aku la... hahaha.... bukan dia tak nk buat untuk semua tp masa tu tinggal berapa keping aje.... setelah dimasak tinggal sekeping aje.. yang selebihnya aku dan adik beradik mkn smbil bersembang.... marah la dia.. huhuhu

so disebabkan kesedapannya aku pun cari juga la.. dan jumpa jugak di Giant Bangi... beli satu bungkus.. Jenama mission wrap ni byk jenis.. ada potatoes, garlic, wholemeal dan original.. aku beli yang potatoes sbb aritu mkn sikit aje kan... so ni nak rasa yang sebetulnya.. huhuhu

potatoes mission wrap

wrap yang telah digulung berintikan nugget ayam sbb nak cepat.. ayam dlm peti ais tak cair lagi..

tunggu untuk di masukkan dlm mulut aje :-)


Resepi :

2 keping mission potatoes wrap 
4 ketul nugget
beberapa kepingan salad butterhead
2 biji telur 
2 keping chedar cheese
bawang merah dipotong bulat
minyak zaitun
sedikit lada hitam 
sedikit garam
mayonis
parmeson cheese
sos cili ( den tak bubuh sbb nnt nk bagi wafiy mkn sama )

Cara membuatnya
Masukkan minyak dlm kuali.. Goreng nuget sehingga kekuningan dan kemudian angkat
masukkan sedikit minyak zaitun dalam kuali lain then masukkan 2 biji telur. kacau seperti membuat scrambled eggs. masukkan sedikit garam dan lada hitam dlm kuali sambil mengacau telur tersebut. bila agak sudah masak (jgn terlalu kering) angkat masuk dlm mangkuk kecil.
Masukkan sedikit minyak zaitun dalam kuali leper dan panaskan 2 keping potatoes mission wrap
setelah angkat masukkan sekeping chedar di tengah2 kepingan
susun atur semua bahan td nugget, salad, scrambled egg, mayonis dan parmeson cheese. gulung dan panaskan semula sekejap dlm kuali leper smbil tekan supaya membentuk gulungan tersebut.
hidangkan dlm pinggan dan potong dua. kalu nk pedas boleh ditambah sos cili.... ( den tak masuk sbb wafiy nk mamam sama :-)

byk lagi resepi yang boleh didapati dr website mission... den masa buat nugget chicken warp ni tak tahu website ni... so lepas ni boleh la cuba... 
selamat mencuba....


Wednesday, January 23, 2013

Resepi pasta bolognese

Posted by Faridatul at 3:51 PM 0 comments

Resepi bolognese selama ni dpt dari k salwa tp disebabkan den malaih nk ingat apa den bubuh dlm resepi den aritu so den ambil resepi yang mana kena ngan resepi den.. satu lagi den suka modify resepi sesuai dengan apa yang ada bahan di rumah...

resepi asal yang den amik ni boleh didapati dr http://www.myresipi.com tetapi telah diubah suai

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

500 gram pasta (sepeket)
500 gram daging lembu cincang  (k fari x guna daging cincang sbb takde so 6 ketul sosej potong dlm 1/2 cm)
2 sudu cili boh  - kalu nk pedas lagi boleh tambah byk sket
2 sudu sos tomato  - kalu nk masam lagi boleh aje tambah byk sket
2 sudu sos cili
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri 4-5 tomato segar ranum - didadu   ( k fari x guna tomato tin so gantikan dengan 4-5 biji tomato yang dikisar... lagi sedap kalu tomato tersebut dibakar terlebih dahulu then baru kisar)
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil   akak tak guna tapi ditambah dengan potongan lada benggala
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)   sbb nak bg wafiy makan sama so tak bubuh
1 kiub stok daging lembu (optional)  takde stok kat rumah so x bubuh
1/2 sudu teh herba Oregano kering
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
1/2 cawan air

Cara-cara
Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese :
Panaskan minyak zaitun. Bila minyak dh panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. masukkan cili boh sehingga cili masak.  Bila cili sudah masak masukkan tomato yang telah dikisar bersama  air.  Masukkan  daging  soseng yang telah dipotong. Masak hingga sosej sudah masak. Masukkan carrot yang telah dipotong dadu sehingga lembut. Kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu. Masukkan cili benggala dan masukkan sos tomato dan sos cili mengikut citarasa anda. sos juga adalah cara untuk memekatkan kuah. Masukkan herba,  garam dan gula secukup rasa.


Tuesday, January 22, 2013

Ais krim goreng - nyum2

Posted by Faridatul at 10:31 PM 0 comments
Pagi td sebelum g kerja aku telah dapat menyiapkan 6 biji ais krim goreng....  ni la hasilnya.. tp tak masak lagi... tak sabar nk masak dan rasa hasilnya... huhuhuh




 ais krim dan lebihan roti tu simpan nk wat puding plak.... moga rajin esok hari :-)


6 ketul mcm ni dpt dari sebuku roti gardenia yang kecil

acuan yang aku gunakan untuk membentuk roti


Saturday, January 19, 2013

bersarapankan pasta bolognese

Posted by Faridatul at 9:56 PM 0 comments
bersarapan dengan pasta bolognese yang dibuat sendiri.... wafiy pun mkn benda yang sama cuma aku masak tnpa cili dulu then asingkan kuah sket untuk wafiy... then dlm kuali lain panaskan dan masukkan cheese mozarella dan parmesan dlm tu.... nyum2 sepinggan habis dia mkn smpai perut buncit.... heheheh

kalu ada yang perasan pastanya agak kembang sbb nk bg wafiy mkn sekali... senang untuk dia kunyah nnt  dengan hanya menggunakan 6 batang giginya itu.. huhuhu

bahan2 untuk kuah bolognese :

makanan sarapan pagi aku pg td

ni pula sarapan khas untuk wafiy... 

pea manis yang hampir seminggu beli tidak dimasak2... last2 habis aku rebus aje pg td.. masa nk hidang taburkan sedikit cheese... hahahah

bersulamkan dengan kopi panas... nyum2

hidangan makan pagi di meja kopi sambil mengadap tv... meja makan hanya dijadikan meja letak barang aje... hahahah

amboi.... habis sudah anak ummi makan.. tp tgk la disekeliling pinggan dia bersepah.... maklum la nk makan sendiri.... kalu bersuap sedikit aje yang dia mkn

dah kenyang la tu smpai membuang dlm mulut 

sonok wafiy hari ni dpt mkn sama macam ummi dan abi mkn  :)

habis sepinggan.......

dah kenyang apa lagi... nk minum pula... habis kena mandikan semula.. mmg ummi saja bg mkn wafiy td hanya pakai pampers walaupun dh mandi sbb ummi tahu kena mandi semula... huhuhu


Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea