Pages

Sunday, September 28, 2014

Kisah waiz di hospital serdang

Posted by Faridatul at 8:37 PM 0 comments
harini masuk hari ke 5 aku di hospital serdang menemani waiz. hari pertama masuk aku ditempatkan di wad 5a katil 17,  hari kedua tu mlmnya aku dipindahkan ke wad 6d katil 2. tu menandakan dh x serius dan dh x perlu perhatian terperinci dr doc kalau dh pindah wad ni.

jumaat ptg doc bg harapan katanya hari sabtu boleh balik tp dgn syarat kalau pg esoknya dia cek waiz ok. tp sedeynya pg2 tu aku dh seriau x leh balik  sbb nafas waiz kencang dan berbunyi seperti hari isnin. mmg tepat jangkaan aku doc x bg balik. malah dr 4 jam sekali amik neb jadi 3 jam plak.. aduhai.. ahad pg  iaitu harini,  lagi la doc x bg balik walaupun kurang dh bunyi nafas waiz dr smlm.. doc suh  amik semula neb tiap 4 jam dan nk pantau hasilnya..

harini aku jd cuak bila mana mandi tengahari td tangan waiz yg dicucuk untuk masukkan antibiotik berdarah.., alahai.. x mau la cucuk lagi. hari rabu haritu cucuk tgn kanan..  pastu jumaat pula cucuk  tangan kiri setelah tangan kanan tu dh x leh nk masukkan antibiotik... harini plak cucuk kaki kiri... gara2 tangan kiri berdarah dan air x masuk dh ke dalam salur wayar tu... mmm.., tgn x leh duk diam.. gtu le..,

Waiz yang tetap ceria dalam wad..

staff nurse buat tanda tarikh baru.. huhu


comel je kan ada tangan budak tu nk tunjuk kaki dia.. hehe



Thursday, September 25, 2014

waiz masuk wad - jangkitan paru2

Posted by Faridatul at 2:06 AM 0 comments
kisahnya bermula pagi isnin 22 sept pabila seperti biasa aku mandikan waiz dalam jam 6.45 pagi. tu kire dh lewat la tu. biasanya aku mandikan awal sbb tabiat waiz ni suke berak dalam jam 5 pg.

pagi tu nafasnya agak kencang dan berbunyi kasar. x pernah selama ini bunyi nafasnya seperti itu. jadi aku dan suami nekad nak g klinik masa lunch hour nnt. kami keluar awal sejam sebelum lunch hour sbb takut doc di poliklinik ukm x de. otw nk amik waiz aku call poliklinik, diorg kata pesakit ramai, doc plak sorg. doc nk rehat jam 1-2. dia suh mai semula jam 2ptg. aduhai seperti yg tlh aku agak. so apa lagi kami teruskan juga tp terus ke azzahrah.

di azzahrah, doc suh waiz amik neb sbb nafasnya "ketat" mengikut istilah doc tu. setelah amik neb doc cek semula dada waiz then dia kata masih ketat. suh amik neb lg. dh second time amik neb doc kata masih ketat. ikut history doc tanya  bila stat demam. aku jawab la dr rabu minggu lepas tp bila bg ubt demm, dmmnya surut terus.., doc bg ubat tp dia suh refer ke hospital serdang. suh warded. aduhai aku ni bila kata masuk wad ni jd seriau... x tahu nape.

balik semula opis,, tanya2 pendapat kwn2 opis dan kawan2 fb mcm2 la pendapat aku dpt.  akhirnya aku follow 1 pendapat ni yang memudahkan kerja aku dan x perlu warded. kelas skrg dh start. miggu lps dh batal kelas. so x mau la minggu ni batal lg.

aku x g pun hospital tp selasa nya aku wat repeat neb. cam isnin la mesti kena amik 2 kali neb serentak. mula2 aku g dlm jam 10pg... doc suh dtg semula dlm jam 4ptg. tp aku x leh sbb ada kelas. aku minta jumpa dlm jam 6ptg. ok jek doc kata tp jam 2ptg bg ubat ventolin pd waiz.

rabu pg doc suh dtg jam 8pg. tp aku ada kelas jam 9pg. so aku minta diawalkan jam 7g. kul 6.45 pagi, kami (aku, suami, wafiy dan waiz) dh siap2 kuar umah awal supaya proses cepat sbb nk kejar kelas. jam 7,30pg dh setel waiz amik nebs tp tunggu doc plak lambat. jam 8 baru doc panggil.

doc cek semula.. doc kali ni adalah doc yang sama masa jumpa pertama kali hari isnin hari tu. doc marah sebb x g hospital lg.. aku pun ckp la alasan aku... dia marah. dia kata jgn wat memain... ayat yang aku ingat smpai skrg " awak nk ke anak awak off tiba2"... aduhai.. seriau aku... terus aku speechless...

balik dr azzahrah, singgah umah amik baju aku dan waiz, g opis amik GL then terus ke hospital serdang. jam 11pg sampai di hospital tp jam 6ptg baru dpt masuk wad. selama di emerency aku diminta bg nebs kat waiz setiap 4 jam dan g hntr waiz buat xray. masa tu suhu waiz dh tiggi. 39.4 darjah celcius, doc suh rehat kat kerusi nebs tu sbb bilik ptg kang baru ada kosong.

setelah dpt masuk wad, ada 3 bilik yg aircond dia bermasalah. panas sgt rasa dlm tu. waiz pun panas bila nk bf. doc pakar masa dtg melawat dan cek waiz mohon maaf atas kekurgn dan dia bg bawa kipas klu nk bawa. pe lagi mlm tu juga suh suami ku bawa.

bila aku post penyakit anak aku ni di fb rupanya penyakit ni adalah penyakit serius budak2 dibawah 5 tahun. kalau x amik langkah berhati2 boleh bawa maut. kawan anak sepupu aku ada sorg dh meninggal gara2 dia ingat demam biasa jek dan kononnya anak dia ada asma... nauzubillah jgn terjadi pada anak2 aku dan anak2 yg lain...

ni nama penyakit tu bronchopneumonia... korg leh google la penyakit ni kalau nk tahu lanjut...

waiz amik neb di azzahrah pagi rabu b4 warded di hospital serdang

neb ke2 aje mesti waiz dah kepenatan menangis byk masa neb pertama dan akhirnya tertidur

ni la ruang sangkar waiz dan ummi tidur.. huhu

waiz nmpk aktif dan ceria tp bila doc cek aje dada terus cancel tak bagi balik :-(


Saturday, September 20, 2014

kenduri ke gemas, n9

Posted by Faridatul at 11:08 PM 0 comments
Harini ada kenduri kawen nurul anak pak long. ni kire kenduri terakhir anak2 pak long. 13hb sept haritu buat kat rumah pak long di kedah tapi disebabkan jauh dan aku pun sibuk ngan urusan lain hari tersebut jadi kami ke gemas sahaja kenduri di pihak lelaki.

Jam 10.30 kami bertolak dari bangi. lebih kurang 2 jam lebih juga untuk sampai ke sana. jam 1 lebih baru sampai. otw ke sana hujan renyai2 tp alhamdulillah sampai disana tak hujan dah. Rombongan baru sahaja sampai di rumah pengantin lelaki dari rumah persinggahan
semasa kami sesampai disana.

selesai sahaja makan2 dan amik gambar kami berehat di rumah persinggahan keluarga pengantin. Rumah homestay 3 bilik . besar rumahnya. jam 4 aku sefamily nak balik walaupun hujan lebat memandangkan takut nnt suamiku mengantuk. kalau mengantuk di tgh2 jalan boleh tidur dan sambung semula perjalanan. mak abah ikut alang balik sedangkan pada mulanya mereka pergi bersama aku.

akhirnya kami berehat di taman rekreasi ulu bendul, kuala pilah. rehat2, makan2 dan melihat permandangan sungai. yang kelakarnya, sesampai di cafe kami order makanan. cafe yang kami ambil tu bertentangan dengan kolam rekreasi. tetiba wafiy bersuara" ni nak mkan ke nak mandi... wafiy tak nak makan.. wafiy nak mandi".. aduhai anak... byk perkataan dia dh sekarang ni. terkejut juga ayat tu keluar sbb tak pernah pun keluar mcm tu sebelum ni.. huhu

pujuk punya pujuk ok la... ayat akhir dia "ok.. nanti wafiy mandi kolam"... huhuhu..

sesampai dirumah dalam jam 8 lbh. sesmpai dirumah semua kepenatan...

jom kite melayari gambar pula :-)

jumpa pekan bahau sebelum sampai ke gemas..ni first time menjejaki ke sini

nurul dan suami... berseri2 pengantin :-)

anak dan menantu pak long

wafiy tgh asyik makan nasi minyak berlaukkan lauk pengantin :-)

waiz bersama opah dan atok

opah dan si "puteh"nya.. huhu

bersama2 anak alang

umar jek takde dalam gambar ni..

heppiiiiiiiii

hamzah dan adik yang dikatakan waiz serupa dengan.. sama tak? hehehe

balik dr rumah pengantin singgah disini dulu.. permandangan dari cafe tempat kami berehat minum2... disini la ayat wafiy keluar... "wafiy tak nak makan wafiy nak mandi".... :-)


Sunday, September 14, 2014

Taman Metropolitan kepong

Posted by Faridatul at 9:52 PM 0 comments
Taman ni adalah merupakan taman feveret wafiy pabila balik ke rumah opah...

Macam2 ada kat sini.. jom tgk gambar...

































Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea