Pages

Monday, March 16, 2009

Tambah sorang lagi adik ipar

Posted by Faridatul at 11:06 AM 0 comments
Tanggal 14hb mac jam 2.15pm, adik ku no 5 dari kami bertujuh telah menjadi suami secara sah di masjid sekinchan. Mak terasa sungguh akan kehilangannya. Walaupun bukan hilang terus tetapi terasa sebab dia ni seorang yang nakal masa kecil dan suke buat hal dia sendiri. Bukan mak saja tetapi tak sangka abah pun turut sedeh. huhhuu.. sebab masa kecil dia ni la yang selalu kena pukul ngan abah.

Pali atau Muhammad Fadzli ni walaupun seorang yang 'huha", tetapi yang bestnya la jadi isteri dia, rumah dan perkakas rumah telah disediakan. Boleh dikatakan cukup lengkap bagi yang baru berkahwin. Umah telah siap disewa 2 bulan sebelum kenduri. Perkakas rumah dari dapur, meja, set katil, almari , tv, rak tv semua dah disediakan. Isteri dia nanti masuk rumah cuci kaki jelah.

Akad nikahnya hari sabtu dan majlis kahwinnya hari ahad. Selepas majlis nikah, kononnya nak ke sungai besar. Apa lah hebat sangat orang kata sungai besar ni barang murah. Apa yang ku lihat dari pandangan ku sama jek ngan nilai atau di chow kit. Apa yang specialnya di sini!! Ke aku yang salah tempat. Balik dr perjalanan kami terasa dahaga. Maka berhenti la di kedai tepi jalan. Order 5 bungkus air mangga. Mai aiii..murahnya rm1 sahaja tetapi air mangganya pekat. puas sungguh minum. makan mangga pun tak terasa macam ni.

Masa balik dari kenduri kawin keesokkannya, aku suh abah belanja kawan2 rombongannya pekena air mangga. Tapi abah kata tak jumpa. Memang takde sangat selepas masuk ke sekincahan. Sedih plak tak dapat belanja kawan2 abah, aku puas mencari. Ada satu kedai ni, tapi airnya tak best. Macam air kordial jek. Nasib baik beli 1 dulu nak rasa. Berhenti pula di satu kedai lain, air ni ok la tapi kureng sket je dr semalam. Aku borong 10 bungkus. Sebenarnya tuk kami berlima dan abah berlima. Sebab 2 buah van dan sebuah kereta tu kabarnya dah balik. Tup2 masa dh bergerak dr kedai tu abah kata ber8. So, terpaksa la korban kan air kami sebab malas dh nak patah balik. huhuh..

Balik dr kenduri kawen singgah di umah alang di taman bendahara. K su kata dia memang suka ke sg besar sebab nak makan mee udang. Ada satu kedai mee udang best di sungai besar. apa tah nama nya. "KMO" kalu tak silap aku. rm5.00 je katanya. Lain kali mai sini, kita pekena plak mee udang ye.. hehehe

Wednesday, March 11, 2009

Shoot Menarik!!!

Posted by Faridatul at 3:03 PM 0 comments
Inilah yang hanya dikatakan 5000 penyokong untuk memansuhkan PPSMI


Sebelum dibedil oleh pemedih mata oleh para zionis.. eh silap FRU2 Malaysia

Pelbagai aksi untuk menyelamatkan diri...

Inilah perjuangan untuk anak-anak kita.. "Tanah dan Bahasa ini kita pinjam daripada anak-anak kita - diubahsuai dari iklan radio sinar.fm"

- Diambil dari weblog rusly.. :-) thanks ya rusly -

GMP dihalang masuk ke IPT!!!

Posted by Faridatul at 2:26 PM 0 comments
Apakah yang diperjuangkan oleh Hishamudin.. Mengapa UMNO tidak bersuara!!!..sedangkan melayu yang diperjuangkan. Bangsa Melayu itu uniknya dari bahasa melayuya. Kemanakah mereka!!! Mengapa mereka tidak bersama-sama memperjuangkan bahasa melayu ini..
(dah macam bukan blog aku plak jadinya ..huhuhu)

Aku hanya meninggalkan petikan untuk kalian baca. Kalian bijak pandai. Masing2 boleh tafsir sendiri. Hayatila...

PETIKAN 1) petikan lanjut dari laman web utusan : Klik disini

"Dalam mengharungi gelombang globalisasi dan menghadapi dinamik politik yang sedang melanda, bangsa Melayu kini di persimpangan jalan dan menghadapi dua kemungkinan", titah Nazrin semalam (10 mac) ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



Titah baginda, kemungkinan pertama ialah bangsa Melayu akan terus bertahan, berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global.

Kemungkinan kedua, titah baginda, ialah bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.



Sehingga akhirnya, baginda bertitah, Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.

Pada ketika itu, Raja Nazrin bertitah, tiada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik.



Baginda bertitah, kalau masih ada pun yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan atau lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.


PETIKAN 2) petikan lanjut dari blog faisal tehrani : Klik disini

Hishamuddin Hussein mendakwa - "Kita (baca: Dia) juga ingin perjuangkan dan perkasakan bahasa kebangsaan (baca: dengan mencium keris), (tapi) bila ia dibawa ke tepi jalan, dipolitikkan, itu akan mengeruhkan keadaan (baca: bang, bahasa memang isu politik bang, abang tak belajar sains politik ke? Saya ada banyak buku bahasa Inggeris tentang persoalan ini; nak pinjam?)." (Sumber)

Beberapa maklumat daripada salah seorang tokoh GMP mungkin dapat menjelaskan kenapa GMP membawanya ke tengah jalan (bukan lagi tepi jalan). Saya 'difahamkan' yang:

1. Semua IPT diarah batalkan dan sekat forum PPSMI.

2. Malam ini forum pelajar UM diarah batal serta merta.

3. Staf UKM nak buat forum masih tak diluluskan.

4. KUIS diberi amaran kalau teruskan juga, akradetasi akan ditarik balik.

5. Tapi KUIS lawan. Tak mahu batalkan.

(Lihat blog Seminar Halatuju PPSMI: http://www.seminar-ppsmi.blogspot.com/)

Saya tidak tahu sejauh mana benarnya GMP dilarang masuk IPT. Jika ia benar, maka saya kira pihak pemerintah telah membuka 'medan perang' baharu, dan menutup ruang bersuara. Ia amat tidak bijak dan tidak menguntungkan dari segi politik, bahkan ia juga bakal merugikan generasi mendatang.

Saya tidak faham mengapa terlalu berdegil, sedangkan sebahagian besar guru rata-ratanya menolak PPSMI

Tuesday, March 10, 2009

Seminar Halatuju PPSMI 2009

Posted by Faridatul at 1:30 PM 0 comments
Tarikh : 14 Mac 2009
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Para Pembentang Kertas Kerja:

1. Datuk Dr Hassan Ahmad
(Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI)

2. Prof Dr Abdul Aziz Bari
(Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Aantarabangsa)

3. Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
(Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris)

4. Prof Dr Shaharir Mohamad Zain
(Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI)

5. Prof Dr Mat Rofa Ismail
(Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia
)

Untuk Maklumat Lanjut, anda boleh layari website HalaTuju PPSMI

Untuk pendaftaran, sila hubungi:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo. com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo.com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo. com

PPSMI - Memusnahkan cerdik pandai generasi akan datang

Posted by Faridatul at 8:23 AM 2 comments
Aku bersama-sama perhimpunan ini atas dasar bahasa dan bukan dari mana-mana politik. Dengan tidak membawa sebarang tuala yang menggangap himpunan ini adalah himpunan aman. Perhimpunan yang mahu menyelamatkan bahasa Melayu. Memperjuangan dasar kebangsaan tetapi ianya lebih meleset dari jangkaan ku.

Ramai yang mengatakan, himpunan ini lagi teruk dari himpunan BERSIH dan keahliannya lagi ramai dari BERSIH. Kesahihannya hanya boleh dijawab oleh mereka yang datang berdemo untuk BERSIH dan PPSMI.

Anggaran yang dibuat oleh media yang hanya 5000 orang yang datang ke himpunan PPSMI aku rasa tidak tepat. Sebenarnya lebih dari itu bilangannya. Tapi nasib baik mereka menyatakan 5000 daripada 500 sahaja yang hadir.. huhuhu.

Membaca kata-kata Utusan Meloya kata-kata A. Samad Said, "Saya kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa"

"Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata penasihat gerakan itu.

Dan hari ini, dalam radio sinar.fm keluar berita mengenai PPSMI ini yang mana hishamudin akan meneruskannya. Dia menyatakan bahawa perlunya kita(rakyat malaysia) beri peluang PPSMI untuk melihat hasilnya. Hasil apa lagi yang nak dilihat sedangkan pelajar semakin ramai yang buta huruf. Tidak cukup kah kajian yang dibuat!!! Tidak cukupkah percubaan 6 tahun itu!! Hasil kajian yang ada menunjukkan tiada benefitnya PPSMI itu. Kalu betul pun hendak meningkatkan bahasa inggeris di kalangan pelajar, tingkatkan dan mantapkan pelajaran bahasa inggeris itu sendiri di sekolah.

markah peperiksaan dimanipulasi..pengakuan guru BI --- klik disini

Apatah yang dibincangkan oleh A Samad Said tersebut dengan pak polisi..


PPSMI yang turut "didalangi' oleh JASA..hahaha


barisan FRU yang hanya tunggu untuk melepaskan gas pemedih mata dan air kimia


air kimia yang disembur ke dalam masjid negara.. "lebih teruk dan hina dr israel"

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea