Pages

Thursday, September 16, 2010

Penat beraya

Posted by Faridatul at 9:43 PM 0 comments
Raya kedua

Pagi2 lagi mak mertua aku bising. Maklum la hari ni nak ke jengka. Perjalanan ke jengka dari chini makan masa lebih kurang 2 jam. 3 buah kereta semuanya. Jam 9 pagi kami bertolak dari chini dan jam 11 lebih kami sudah sampai di rumah pak ngah suamiku di jengka 17.

Setelah selesai makan tengahari dan mengaut buah rambutan dan langsat dari belakang rumah pak ngah jengka, kami ke rumah pak ngah satu lagi di kota gelinggi. Jauh kedalam kota gelinggi ni dari jengka 17. Sampai sana dalam lebih kurang jam 4 ptg. Jam 5 lebih kami minta beransur pulang sebabnya suami adikku tak leh memandu dalam keadaan gelap. 2 kereta balik ke chini manakala aku dan suami balik ke kepong.

Sampai saja di kepong jam 10 lebih. Kononnya nk tido dulu sebelum balik perak. Tapi memandangkan melayan anak sedara ku sebab kakak ku nak balik sungkai mlm tu juga, so terpaksa tunggu mereka balik dulu. Jam 12 tengah malam baru kami berangkat pulang ke perak. Alang dengan innova barunya dah bertolak awal. Jam 4 pagi baru sampai di rumah pak teh di lasah, sungai siput.

Raya ke3

Setelah makan pagi yang disediakan oleh mak teh, kami dengan dua kereta berangkat beraya di rumah adik ayah aku, acu. Maklum la lama tak berjumpa banyak citer baru yang diperkatakan.

Kemudian, berangkat pula ke ulu kenas, kuala kangsar. Kak Pah iaitu sepupuku sebelah mak buat kenduri kawen anak sulungnya. Aku dan suami sekejap saja di situ sementara mak dan adik ku yang lain, masih lepak di situ. Aku dan suami ke bota kiri iaitu mengunjungi ke rumah bapa sedara belah mak mertua aku. Ramai berkumpul disitu. Kami lepak lama juga la disana memandangkan lama tak jumpa.

Selesai saja makan malam dan solat maghrib, barulah kami beransur ke ulu kenas. Maklumla aku ni kecoh sket ngan sepupu sepapat. Sepupu aku belah mak semua sebaya lebih kurang mak. Walaupun beza usia yang besar tapi kami tetap serasi. hehehhe... Borak punya borak tgk2 jam kul 12 mlm. Aku pun minta beransur walaupun sepupu2 ku tak bagi balik. Macam2 citer hantu saja diorang bawa kuar citer.. tapi aku tetap nak balik juga. Kalu ikutkan penat memang nak tido situ jek tapi apa kata pak teh pula nanti. Jam lebih 1 pagi baru la sampai rumah pak teh dan kelihatan semua dah tido... huhuhu

Raya ke4

Abah minta aku ke sungai petani tuk menziarahi pak long aku. Aku ikut saja. Alang tak nak g pada mulanya, tapi bila pak teh minta dia g sekali ngan pak teh, dia ikut saja.

Aku, suamiku, mak dan abah dalam satu kereta. Kami ke sungai siput dulu sebelum ke sungai petani. Sampai di sungai petani dalam jam 3 ptg. 30 minit selepas sampai disana, aku da suami minta keluar ke rumah sepupu suamiku di bertam jaya. lebih sejam juga la dari rumah pak long ku.

Jam 7 baru kami pulang dan jam 8 baru sampai di sungai petani. Sampai di sana saja kami terus minta beransur pulang. Dari sungai petani nak ke bertam jaya, jem gile coz ada excident. Ayah ku minta juga guna highway. Untuk menyedapkan perasaan ayah aku, aku tpon sepupuku yang berkerja di plus. Dia minta aku contact operator plus. Lebih dapat maklumat kat area mana jem, terus kami melalui jalan dalam dan selepas bertam jaya baru guna lebuhraya.

Jam 1 pagi baru sampai di ipoh. Aku dan suami mengambil keputusan untuk terus pulang ke kepong memandangkan aku tak berapa sihat dan suamiku tidak mendapat rehat secukupnya. Rabu dah nak kerja. Sekurang-kurangnya esok boleh rehat sepenuhnya di rumah.

Jam 4 pagi baru sampai di rumah mak aku di kepong. Sampai saja di kepong terus tido. Huhuhuhu.. masing2 lewat bangun. Setelah selesai solat subuh, masing2 sambung tido. Jam 11 lebih baru kami bersarapan. Itula cerita raya pada tahun ini. Penat tapi seronok. heheheh

Jam 12 lebih terus balik bangi dan barulah dapat rehat secukupnya... penat sungguh raya kali ni. Aku ni kalu terlalu penat boleh senang mendapat demam.. Hopefully tak teruk sangat la.. :-)

Wednesday, September 15, 2010

Beraya yang teramat meriah tahun ni...

Posted by Faridatul at 12:13 PM 0 comments
Raya tahun ini dirasakan paling meriah sekali. Tahun ni juga, aku tidak beraya bersama ibubapaku buat kali pertama. Tahun ni beraya di rumah mertua di chini pahang.

Aku balik ke pahang 2 hari sebelum raya. Raya jumaat, aku dan suami balik ke pahang rabu pagi dalam jam 11. Jam 3 ptg kami dah sampai ke chini sebab ikut jalan kampung. Kalau ikut lebuhraya sah-sah jem.

Malam raya disini teramat meriah. Berdentam dentum mercun kedengaran. Masing-masing berlumba nak pamerkan mercum masing-masing. Anak-anak saudara ku iaitu anak adik-adik iparku tidak terlepas juga bermain bunga api dengan kawalan aku dan juga suamiku. mak diorng entah kemana dah.. hehehe.. sebab yang sponsor bunga api dan mercun tu adalah suamiku.. huhuhuh... Takde la banyak. sekadar menghiburkan budak2 dan memeriahkan suasana raya sahaja.

Raya pertama, aku dan suami berserta adik ipar ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat raya. Alhamdulillah, dapat juga aku menunaikan solat raya tahun ni :-)..... Maklumla semuanya pertama kali kan. Agak lain disini, selesai sahaja solat raya, diadakan tahlil. aku mulanya tak tahu dan dah menunggu suami untuk pulang. Lama jugak tunggu, last2 dalam 10 minit menunggu barulah kelihatan suamiku. Dia minta tunggu dahulu dan minta aku serta sekali tahlil yang akan diadakan.

Memandangkan hujan yang semakin lebat renyai2nya itu, hajat untuk ke kubur arwah ayah suamiku dimansuhkan. Balik dari masjid, jam sudah menunjukkan 10pg lebih. Bersalaman ngan mak mertua dan adik2 ipar yang lain. Lain la perasaan beraya di rumah mertua ni. Tapi apa2 pun, aku tetap gembira di hari yang mulia ini.

Selepas bersalaman, suami mengajak aku beraya di rumah jiran-jiran berdekatan sebelum jam 1ptg. Maklum la hari tersebut adalah hari jumaat. Jam 4 selepas suamiku sempat berehat setelah balik dari solat jumaat, kami sambung semula beraya di rumah kawan-kawan suamiku. Ramai juga yang ada disitu. Kawan-kawan suamiku kiranya macam aku juga. Semua jenis sporting. Mudah untuk aku join mereka. Seronok berkenalan mereka.

Malamnya pula beraya di rumah bapa sedara suamiku iaitu abang kepada arwah bapa suamiku. Rumahnya dekat area2 situ juga. Sebenarnya aku dah mula pening2 pada petangnya. Kalu ikutkan hati malas jek nak join tapi tak elok la plak nanti. Dah la lepas kawin, aku dan suami tak sempat nk g mengunjungi rumah saudara mara terdekat kat chini tu. Maka, aku gagahi juga. Sampai saja rumah aku terus memengsankan diri... heheheh... ini la perjalanan dan kehidupan aku beraya di rumah mertua... :-) Tahun depan tak tahu raya kat mana.. Samada di Kepong atau tetap di Chini.. hehehhe.. so tungggu saja tahun depan kalu usia dipanjangkan tuhan...

akan bersambung raya seterusnya...

Saturday, September 11, 2010

Menutup ramadhan di resident hotel

Posted by Faridatul at 11:37 AM 0 comments
Pada 28 ogos yang lalu, aku diajak suami untuk berbuka di D' Palma, shah alam. Berbuka di sana adalah untuk meraikan syarikatnya berbuka bersama client2. Bosnya mengajak aku sekali..best.. tp peliknya aku ngan suami sahaja yang dijemput untuk mewakili syarikat.

10 tiket mewakili 1 meja untuk aku dan suami berserta client syarikat suamiku bekerja

Hotel D' Palma mempunyai ciri-ciri hotel muslim. Ada surau yang agak besar dan bersih, tazkirah selepas solat dan kelengkapan surau yang begitu memuaskan.

Harga bagi sekepala rm45 sahaja berbanding makanan yang pelbagai jenis. Makanan yang sedap dan menyelerakan.

rm45 sekepala.. selamat berbuka puasa :-)

sehari sebelum balik kampung, last day berbuka di bangi, aku dan suami mengambil kesempatan untuk berbuka berdua di luar. Destinasi kali ni ke resident hotel, uniten. Harga sekepla rm55++. kiranya harga termasuk cukai adalah rm64. Agak mahal juga akau rasanya jikalau hendak dibandingkan dengan makanan yang dihidangkan. Sedap lagi di hotel D' Palma shah alam dengan makanan yang pelbagai pilihan. Tengah2 makan jumpa plak staf ukm iaitu abang hata sekeluarga.

resident hotel dari pandangan luar.

stail kat sini lain skit. makan dulu nanti ada staf resident hotel akan datang ke meja
keluarkan resit bayaran. :-)


Tahun depan plan nk berbuka ngan geng guru-2 it tuk berbuka di puri pujangga, ukm. Ina kata makanannya sedap dan pelbagai. Sekepala hanya rm30 jek. Tahun ni dh tak sempat.. so mudah2an ada rezeki dan panjang umur, tahun depan punya plan plak. :-)

Wednesday, September 1, 2010

Berbuka yang paling istimewa

Posted by Faridatul at 2:26 PM 1 comments
Semalam kononnya nak buat majlis berbuka kat rumah aku. Beberepa jemputan telah dijemput. Tapi sayangnya dari awal pagi, kepala ku sudah sakit-sakit. Jadinya en abang pun minta batalkan saja majlis berbuka yang hendak dibuat. Aku menurut kata sebab rasa cam tak larat nak masak.

Tetiba husbandku kata nak bebuka di hotel Residence. Tak la mahal sgt. RM55++ sekepala. Bila lagi nk romantik kan.. heheh.. Tapi sayangnya bila tiba disana, orang kaunter kata dh fully book sampai hari rabu. Kalau nak tempah hari khamis keatas. huhuhu.. sedeynya.

Aku dah takde idea lagi nak g berbuka dimana2 selain daripada no 29, taman tenaga iaitu di rumahku sendiri. Lagipun kepala makin sakit jadi untuk plan ke tempat lain takde. Nak ke hotel EQ, en abang kata EQ tak dapat sijil kithen halal dr jakim. Bab ni dia betul2 amik berat...

So berbuka jelah kat rumah akhirnya. Lepas sahaja solat zohor aku tertidur menahan sakit kepala. Bila bangun saja dari tidur, kedengaran suamiku tengah memasak. Mak aiii..byknya lauk yang hendak dimakan. Biasanya kami berbuka dengan ala kadar sahaja. Tapi bila en abang yang masak, semua lauk dalam peti sejuk habis dibawa keluar..huhuhu

Inilah sajian yang dimasak oleh suamiku tercinta.. hehehe
Tak cukup ngan ayam goreng, udang dalam peti pun digorengnya sekali.. huhuh

Cuba teka apa ada dalam sambal ni.. Dalam sambal ni ada sayur campur, ikan bilis, petai, daun sup, dan juga cendawan butang.. suma ada..kiranya macam2 ada!!!

Ini lauk singgang ikan aya yang semalam punya yang dipanaskan oleh suamiku, tapi yang masaknya aku ler... heheh

Akhir sekali sayur bayam tumis ikan bilis.. kalu ikutkan ideanya nak buat masak gulai santan.. tapi yang ni aku larang la sebab lauk kuah singgang dah ada.. nanti membazir

Inilah makanan yang paling sedap aku makan hasil air tangan suamiku sendiri. Semua tu dia masak tau selain singgang.. aku memang saja malas nk tolong.. tolong makan boleh la.. [sebab dia minta aku komen, kalu aku dah tolong, nanti x leh la aku nak komen .. heheheh]

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea