Pages

Saturday, June 30, 2012

Kenduri kawen Mashitah bersama pasangan

Posted by Faridatul at 11:47 PM 0 comments
Sepatutnya jam 7pg nak keluar rumah tetapi memandangkan wafiy tak bangun2 lagi so tak sampai hati nak gerak. Mak abah bersama fadzli sekeluarga dah bergerak mlm td dan tido di rumah ayong. Aku plak semlm sibuk ke karnival so tak sempat nak paking baju.. konon bertolak dr rumah jam 7 pagi then boleh la gerak sama dr rumah yong. Kebiasaannya wafiy akan bangun jam 5-6 pagi tapi pagi tadi tak bangun2 sampai la nk dekat jam 8. Qada tidur la katakan sbb smlm sibuk melihat ramai orang kat pwtc.. smpai rumah dengan tak mandinya tertidu sampai la pagi..

Jam 9 baru bertolak. Sampai di kg cheh lebih kurang jam 1pm.. patutnya leh smpai awal lagi tapi memandangkan singgah sekejap kat woerkshop di kuala gara2 aircond tak berfungsi. Ingatkan aircond roak tetapi sebenarnya aircond dah beku so angin sejuk tak masuk keta.. so orang pomen tu suh jgn guna dlm 20 minit untuk cairkan ais tersebut.. mmg panas la dr tapah td... kepala wafiy pun macam disimbah air jek.. huhuhu

Majlis perkahwinan sepupu ku Mashitah. Kakak dia kawen masa seminggu sebelum majlis menyambut perkahwinanku di pahang. so tak leh nk g sbb masa tu sibuk gak.. hehehe... so adikdia kawen plak pergi la. Kawen ngan Doktor yang baru sahaja menganut islam. Nama islam dia Sufian Ching Chern Siong. Nanti dapat anak mesti comel ada kacuk2 cina.. Apa2 pun semoga bahagia samapi akhir hayat.. amin






























Friday, June 29, 2012

Karnival Kerjaya dan usahawan

Posted by Faridatul at 10:23 PM 0 comments
Jumaat petang kami ke karnival kerjaya dan usahawan di PWTC. Selepas solat jumaat aje, terus ambil wafiy dan terus ke KL. Sepatutnya ambil ateh dulu kat rumah mak, tapi memandangkan jem yang teramat sanagt, so terpaksa ke sana dulu.

Banyak syarikat yang menawarkan pekerjaan tapi dlm bidang IT tak berapa ada. so mana yang ade terus ambil no contact dan drop resume kat syarikat diorng. Kalu dipanggil nnt, ada la.. Opppsss sebelum terlupa, nak cari keje ni bukan tuk saya tapi untuk suami tercinta...

Habis dah tinjau2 kat tempat kerjaya g plak booth usahawan.. Byk la info yang boleh didapati. Maklum la tanah2 kampung yang tak diusahakan tu boleh la idusahakan kalu betul caranya dan kalu modal yang tak berapa beso.. Tinggi betul hajatnya dan cita2nya.. tp tak tahu la tercapai atau tidak.. hehehehe

tal;k bagi pembukaan karnival kerjaya dan usahawan graduan (K3G) 2012.. KJ pun ada..

abi dan wafiy dengan penuh belon pada strollernya


 geng2 wafiy... upin dan ipin 



bergambar bersama gambar wafiy.. eh silap gambar upin

sama tak baju wafiy dan upin

baju upin lagi best dari baju wafiy.. jgn minta ummi buat camni udah le

bergambar belatar belakangkan KJ.. nmpak tak... hahahha


Gambar yang diambil oleh mak su otw nk balik ke Bangi 

Jam masa ni hampir 6.45pm.. nak kejar ke bangi jam 7pm.. sempat tak agak2nya. gara2 nak anta kain jahit ke iza. wafiy pun dh mulai mengantukkk...


Thursday, June 28, 2012

Makan-makan di Cempaka Rimba

Posted by Faridatul at 10:04 PM 0 comments
Hari ni kak tena nak belanja  geng2 guru IT FTSM makan2 di Restoren Cempaka Rimba, PKNS. Aku jadi tukang order, so apa lagi order la best2 hasil perbincangan dengan rakan2 lain.. Order jek apa2 sepertimana k zura kata kat aku sebagaimana k tena bgtau dia.. Nanti k tena bayar aje.. hehehe... Ni mesti k tena dapat bonus besor ni..  :-)

Tapi sayang stak sempat nk ambil gambar makanan yang dipesan. Maklum la, sampai aje makanan terus ngap... huhuhuh.. yang sempat ambil gambar adalah tulang2 ikan dan sisa baki makanan aje.. heheheh

 iza, mas dan aku....

k zura dan ina
 k tena dan k zura

bakal dan ibu2 mengandung.. hehehe

  habis lauk2 disapunya....

Wafiy sudah laju mencapai mainannya

Posted by Faridatul at 1:47 AM 0 comments
Alhamdulillah., dapat jua diberi kekuatan olehNYA untuk mencatit serba sedikit dalam blog ini. Blog ini akan menjadi tatapan di hari tua nanti dan akan dibaca oleh anak2 ku nanti. Harap2nya masih wujud lagi la blog ni hendaknya.. huhuhu

Dua hari ni, aku dan suami perasan sesuatu perubahan positif pada wafiy. Wafiy kejap aje mencapai mainannya. Dari minggu lepas lagi dia dah pandai angkat dadanya dengan tangan. So nak kemudi dirinya ke kanan dan ke kiri amat mudah sekali.. Tetapi awal minggu ni perasan la kalu dia mengamuk nak mencapai mainannya dia, punggung dia akan terangkat dan mudah mencapai mainannnya.. tetapi itu kalu dalam keadaan dia mengamuk la.. kalu tak, dia menyusur perlahan-lahan untuk mendapatkan mainannya. Tapi  kelmarin perasan sangat dia boleh menganggat punggung tanpa perasaan mengamuk dia tu. cepat aje terus mencapai sesuatu. Kalu letak kat ruang depan, bagi la 2-3 mainannya pandai aje dia tukar2 mainan walaupun lokasi antara mainan jauh.

Aku tak tahu la istilah dia masih menerap atau pra awal merangkak.. Tapi kalu terusan begini dan boleh merangkak ni, ruang dapur dah kena pagar. huhuhuh....

Makin seronok tengok wafiy membesar di depan mata sendiri walaupun banyak pembelajaran dia dapati di taska. Maklum la ramai kengkawan dia dah pandai merangkak. Mungkin cabaran buat wafiy juga untuk merangkak sama.. heheheh

Wednesday, June 27, 2012

Bengkel "Komunikasi Profesional"

Posted by Faridatul at 9:43 PM 0 comments
Bengkel "Komunikasi Profesional" ini diadakah 2 hari di Hotel Resident, Uniten. Pelbagai pengetahuan aku dapat dari bengkel 2 hari ni dari 26-27 jun 2012. Lagipun semua peserta best2 belaka.

Orang yang bg talk untuk hari pertama dan hari kedua adalah orang yang berbeza. Tapi aku paling suka person yang bg talk hari pertama. Namanya kalu tak silap Fauzan Hashim. Umur 29 tahun. Anak 3. Kelulusan law di UIA. Selain beri talk mengenai komunikasi profesional, ada juga dimasukkan unsur2 law, perkembangan tersekini, semasa. bag teta-teki dan sense of homour pun ada gak walaupun nmpk cam serius.. hehehehe

Hari kedua aku masuk lambat sket so tak berapa nk kenal sangat. Tapi hari kedua ni byk game. Dang suria juga ada bg talk dalam 2 jam. Sempat  la bergambar ngan Dang Suria yang cantik dan glamour itu.. heheheh

Hari pertama bersama en fauzan


Hari kedua bersama Dang suria



Hari kedua bersama .... (lupa dh namanya.. hehehe)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea