Pages

Tuesday, October 28, 2008

Ujian kehidupan..

Posted by Faridatul at 10:33 PM 0 comments
U.J.I.A.N

(Penulis hari ini didatangani oleh seorang sahabat menceritakan ujian yang dihadapinya.. itu ujian beliau.. penulis juga menhadapi ujian yang amat berat juga sekarang.. semoga kita semua dalam keradhan Ilahi dan dapat menghadapi ujian Allah ini dengan tabah dan sabar.. amin)

ujian... pelbagai jenis ujian yang kita hadapi semenjak kecil sehingga la kini.

Darjah 6 kita menghadapi ujian UPSR, naik tingkatan 3.. Ujian PMR, naik tingkatan 5.. Ujian SPM.. bak pendek kata hidup ini penuh ujian..samada ujian bertulis ataupun ujian hidup.

Seperti Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Sebenarnya ujian yang kita alami itulah yang mengajar kita lebih tabah dalam menangani hidup. Yang mematangkan kita serta menjadikan kita lebih kuat dengan pengalaman-pengalaman yang menyakitkan dan memedihkan.. Itu la Guru kita yang mengajar kita dalam menghadapi hidup yang akan datang.

Kekadang manusia menganggap Allah itu kejam.. memberi ujian yang sebegitu berat padanya.. samalah seperti diriku.. pernah la merasakan kenapa la Allah memberi dugaan2 yang aku rasa amat berat kepada ku.. walaupun ketika itu kita merasakan kita tidak dapat menghadapi ujian tersebut tetapi sebenarnya kita boleh... cuma kita sabar atau tidak sahaja.. menghadapinya dengan keredhaan atau sebaliknya.

Dalam hadis Qudsi nabi menceritakan "bahawa Tuhan berkata" Akulah Allah, tidak ada Tuhan yang sebenarnya, selain Aku, maka barang siapa tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatku dan tidak rela terhadap keputusanku, maka hendaklah dia mencari Tuhan yang lain daripada Ku."

Tetapi.. Ujian itulah yang menunjukkan bahawasanya tanda kasihnya Allah kepada kita seperti Nabi saw bersabda "Sesungguhnya antara dosa itu ada dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah hanya dapat ditebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." (Riwayat Ibnu dan Abu Na'im dari Abu Hurairah).

Tuesday, October 21, 2008

Test otak anda

Posted by Faridatul at 5:26 PM 2 comments
I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Keracunan Makanan

Posted by Faridatul at 2:08 PM 0 comments
Gara-gara tak nak membazir, aku panaskan la daging masak ungkep yang suri dh masak.. Buat ala-ala sate la kononnya..

Tanpa disedari, aku masukkan ke dalam bekas plastik putih dan terus masuk ke dalam oven.. Konon BBQ la kiranya..

Bila dh dipanaskan dalam 5 min, oven pun berbunyi "TING" menunjukkan sate panggang aku dh masak.. Apa lagi aku pun keluarkan untuk dijamu... sayang seribu kali sayang.. rupanya dh ade telur lalat..

Aku pun buang dua..tiga ketulan daging yang dihinggapi makhluk Allah itu.. Berserah pada Ilahi mungkin yang lain takde masalah. Aku pun makan keseorangan sebab cik dilah dh tido..cik suri plak tak balik-balik lagi.. Kalu ikut time makan, dh tak leh mkn ni.. tetapi memandangkan esok nk posa.. mkn la juga sebab satu hari ni aku tak makan pepe kecuali saki baki laksa semalam untuk santapan tengahari td.

Keesokan harinya (hari ni), lepas bersahur dengan segelas air sahaja(sbb bangun lambat dalam 5.30am).. aku pun segera mengambil wuduk.. perut rasa semacam dh..selepas menunaikan solat fardu tersebut aku pun bergegas ke toilet... warghhhh... K.E.R.A.C.U.N.A.N M.A.K.A.N.A.N!!

Jam 9.15pagi terkorban la puasa aku hari ini.... Kononnya mkn daging tu nak posa TAPI jadi sebaliknya plak! :-(

Thursday, October 16, 2008

Apa kes?.. Apa cer?.. Apakah?

Posted by Faridatul at 12:48 PM 2 comments
Apa kes?....

Apa Cer?...

Apakah?..

lepas ni..

Apa?..

A?..

Ini la bahasa zaman budak2 remaja sekarang. Memeningkan kepala..

SMS (Short message service) dan bertukar menjadi menjadi LMS (Long message service) @ PMS (Pening message service)

Antaranya :-

Skrg = skung
Oh = Owhh
dia = dye
pun = pong

dan banyak lagi bahasa2 yang memeningkan kepala den bila nak membacanya..

Wednesday, October 15, 2008

Robot main Bola....

Posted by Faridatul at 8:54 PM 0 comments
Agak sudah lama aku tidak join sebarang bengkel. Maklum la sibuk program lain. Ini pun atas ajakan k huda. Kalu tak aku pun tak tahu ade bengkel yang dikelola oleh kumpulan "pengencaman pola".

Robot main bola

Aku agak tertarik dengan perkataan "robot soccer". Siapa yang rasa agak2 kaki bangku, bola la main bola menggunakan robot tersebut.

Agak menarik robot-robot bergerak dalam kawasan padangnya sendiri untuk mendapatkan bola dan.. lalu menjaringkan ke dalam gol.

Antara perkakasan yang digunakan adalah robot, perisian simulasi, kamera dan strategi. Startegi yang digunakan setiap kumpulan adalah berbeza.

C Ohhh.... C

Dalam bengkel ini, kami ditunjukkan bagaimana untuk mengkodkan strategi tersebut menggunakan bahasa C.

Aku agak lama juga meninggalkan zaman C. Walaupun begitu, tetap seronok membuat kod-kod tersebut selepas beberapa tahun aku langsung tidak menggunakan C sebagai bahasa pengaturcaraan sebab bukan dalam bidang pengajaranku.

Tuesday, October 14, 2008

Student lama 'vs' Student Kini

Posted by Faridatul at 1:48 PM 2 comments
Kelihatan seorang pelajar yang amat aku kenali yang aku 'bengkek' bila berjumpa dengannya..

Sambil di pegang2 tombol pintu bilikku.. lalu aku menegurnya...

"haa.. awak cari siapa"..

"Cik.. aku nak minta tolong sket, aku ada soklan nak tanya.. Macamana nak setting ODBC. Aku punya sistem tak boleh link dengan database", jawabnya..

"Ohh.. senang jek..awak g check semula setting dia.. pergi kat..." jawab ku..

"Tapi cik, aku bawa laptop.".. celah pelajar tersebut sebelum aku habis menjawabnya.

"Saya ada bengkel ni. Ari ni dan esok. Mungkin awak boleh datang khamis." .. jawabku lagi. Sian tetap sian walaupun aku geram dengan dia ni.

'MAMPUS la.. takpe la cik... khamis aku dh present.. aku cari orang lain la.." jawabnya dengan marah sebab aku tidak dapat membantu..

"OK.." jawabku.. Kalu dia tak sebut perkataan "MAMPUS" dan "aku" tu, mungkin aku akan bantu jugak la lepas bengkel.. Aku pun dengan selamba masuk bilik dan dia dengan bengang terus ke mana entah la..

p/s--> dah 2 kali dia dtg jumpa aku.. nak minta tunjuk ajar.. tp sume dia kata tahu.. bila suh buat.. tak tahu.. pastu melawan plak tu.. attitude pelajar sekarang kekadang rasa nak tampar pun ada.. Gerammmmmm....

Monday, October 13, 2008

trailer FILEM JANJI untuk AGM JASA 2008

Posted by Faridatul at 1:51 PM 0 comments

Jemputlah ke AGM JASA pada 15hb november ini.. Nantikan kehadiran filem yang penuh misteri dan mistik ini..

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea