Pages

Tuesday, June 19, 2007

Membiarkan aku terus terluka..??!!!

Posted by Faridatul at 8:58 PM 1 comments
Semalam..
aku dikejutkan dengan panggilanku sendiri...
kenapa dia mesti disisinya..
cemburu kah aku...

hadirnya disisiku....
merawat luka yang pedih
yang pergi takan kembali
kehadirannya seperti pengganti
tp kemunculannya tidak kusedari

memendam rasa lebih terseksa
walaupun tiada apa2 antara mereka
moga tidak berlaku lagi hendaknya
supaya tiada lagi
airmata dipipiku ini...

hasil nukilan;
28 jun 2007
9.08 pm

Friday, June 15, 2007

Mohammad Saiful Islam hadir disisiku

Posted by Faridatul at 8:51 PM 0 comments
inilah anak sedara ke-3 aku.. Mohammad saiful islam bin mohd farid (panggilan - saif)

Jam 23:50:17, 14 jun 2007 aku dpt meseg dr yong, kakak sulung aku. Dikabarkan berita gumbira yang menyatakan dirinya dan baby telah selamat. Alhamdulillah. Ketika itu aku dh bayangkan bestnya..esok gak aku nk g jengok diorang sambil berangan nak beli baju skirt yang aku dh usha2 kat kedai baby di pkns...

Aku ketika itu sibuk buat kerja di rumah sambil online. Habis sume member2 aku yang online ku sampaikan berita gumbira ini..seperti mana gumbiranya aku dpt tahu selamatnya kelahiran umar (anak sulung adik aku, skrg dh 2 pun ..heheh)

Tapi kemudiannya mak aku tpon mengatakan kakak aku dh selamat bersama baby boy..terkejut aku..ha'ah..td lupa nk tanya baby boy or girl.. tp ari tu kata scan nmpk baby girl..adus..sedey nya.. nmpknya angan2 aku nk andam anak sedara aku ni tak leh..kang jd lain plak..

15 jun 2007 (jumaat) - ade kelas MIS smpai kul 11. time 4 quiz..aku dh buat soklan.. so..tuk collect paper tu aku minta iza tolong amikkan.. aku terus chow amik dilah kat umah n terus g trolak, perak.. perjalanan dlm 2 setengah jam gak la dr bangi. dlm tmpoh perjalanan dlm kul 1ptg aku dpt call dr k huda suh balik ukm gak sebab nak siapkan report final projek padi yang 2 tahun lepas. kena ikut format baru. tension jek aku. tp aku abaikan jek. kalu buat ari ni pun bukannya leh siap..nnt2 la smbg minggu depan..

dlm kul 1.30ptg smpai la aku kat umah akak aku ni. tak sabar2 nak jenguk anak sedara sulung kakak aku. Cutenye... putih.. x cam ayah dia..heheh..muka dia pun x ade iras cam mak ayah dia..cam iras adik aku..fadzli plak..

walaupun tak puas jenguk dan main ngan anak sedara aku ni, kul 3 tu aku terpaksa balik gak. mlm tu ade janji ngan adik angkat aku plak tuk brainwash adik aku yang kat kuis ni..cam2 hal. pening aku.. ikutkan hati nak tido jek kat sana.. tp takpe... akak aku kata nnt nak pantang kat umah mak aku..hehehe..best2x

Thursday, June 14, 2007

Hak Ku dibela..tapi.....

Posted by Faridatul at 7:29 PM 0 comments
Sudah lama dinantikan berita yang gembira ini. Tapi gembirakah aku setelah mendengarnya...

Ari ini aku mendapat email dari kak malis. Kak malis ni guru bahasa jepun di fakulti bahasa. Kata beliau, "Hak kite sebagai guru bahasa telah diperjuangan", dan hasil dari meeting yang aku hadir bersama masura mewakili fakulti adalah AMAT memberansangkan.

Walaupun aku dan 4 orang lagi guru di fakulti IT ni bukan lah dikategorikan Guru bahasa tetapi post jawatan kami tetap sama.. sama lah tu.. Guru bahasa jugak la kot.. BAHASA JAWA..Hahahah :-))

Kabar k malis lagi bahawa sudah ade surat pekeliling menyatakan guru bahasa dapat sambung PHD dan dapat cuti belajar. Tetapi mampukah aku!!! Ada sesuatu yang perlu aku usahakan sebelum aku menyambung PHD ku.

Aku pernah utarakan pada abahku tentang sambung PHD setelah aku tamah master dulu..tetapi amatlah dilarang oleh abahku.. Mak aku ok jek. tak de masalah. Dulu aku sepemikiran dengan mak tapi kini ..entahla...

Moga SEGALA doaku dimakbulkan...

Friday, June 8, 2007


hehe..camping di bagan lalang lagi

Posted by Faridatul at 6:44 PM 0 comments
Hehehe..camping di bagan lalang lagi. Kononnya nak g mkn ikan bakar jek sempena dh lama tak g sana..tetiba ade plak yang terdgr yang kiteorng nk g sana..ade plak nak join..ingatkan nak join g mkn jek..rupe2nya request nk buat camping...

Sebabnya adik mije ngan anak sedara dia ade sini, kononnya b4 mije balik tganu dia nak join kali terakhir (buat masa ni) ngan kiteorng. adik dilah plak tetiba dtg gak samalah ngan adik aku gak..kononnya nak minta aku ajar dia..dia nak dtg bangi.. so ramai la ahli baru.

Aku ajak gak member yang biasa g camping ngan aku tp berapa kerat jek nk ikut. K na pun pd mulanya tak nak ikut tp pg jumaat tu baru decide nk ikut. Nasib baik lauk2 BBQ tak beli lagi. sabo jelah.

Tp kecoh gak la sebab kalu k na ikut mana nak cari tent. Smpai tghari aku cari tent smpai habis ikhtiar dh.. tido jek dlm kete. Nasib baik kwn k na ade tent.. so ade 3 khemah la kali ni. best..best...best...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea