Pages

Monday, November 22, 2010

Kasih sayang seorang abang...

Posted by Faridatul at 3:15 PM 1 comments
Semalam baru balik dr pahang.. dalam jam 10pm ++ baru sampai rumah. Penat masih tidak hilang.. dah la malam tadi kepanasan tahap gaban..time2 camni la semangat nk masuk aircond membuak2.. huhuhu

Breakfast di alamanda

Saiful dan amir
Paginya datang opis dengan kepenatan. Bertambah sakit hati pabila aircond di opis pun takde... aduss..mengantuk plus sakit kepala jadinya. Jam 10pg kakak aku telepon minta tolong amik mak abah dr dia.. Hari ni kakak ku ada reherseal konvo jqaf-kpli di putrajaya. Tak sangka plak dia bawa mak abah dan ateh. Aku dh volunteer tuk jaga anak2 dia. Anak2 dia senang jek nk jaga. Bagi buku dan pensel pandai2 la diorng buat kerja masing2. Si abang 3 tahun. angah 2 tahun dan yang kecil setahun.. huhuhu... tapi yang paling manja si bongsu la.. dia ngan ateh, adik aku ok jek. So takde masalah kalu bawak ke opis.

Tapi memandangkan aircond tiada, dan mak ayah aku turut sama ada, esok terpaksa la aku minta cuti... hari ni pun gayanya aku kepenatan tahap gaban. Ketika aku nak ambil mak ayah aku serta anak2 yong, mereka sedang breakfast di alamanda. Disebabkan kedudukan kereta aku ngan kereta yong tak sama, trpaksa la ateh yang jadi mangsa untuk ambil pampers di kereta yong. Malangnya dia ambil pampers sahaja. Botol susu tidak diambilnya.

Asma' yang manja...
Menagis la si kecil nk susu. Kat rumah ade la air soya. Tapi disebabkan takde botol, menagis2 dia tk mahu dipujuk. Terpaksa la aku g keluar beli botol baru. Masukkan air soya dalm botol, dan bagi dia minum. Baru la senyap. huhuhu.. Tapi tak sampai setengah jam lepas tu, mak ayah dia plak balik..alahai... takpe la..botol susu tu jadi kenangan,... heheheh...

Tapi yang aku sadis sekali.. ketika si kecil menangis, yang boleh pujuk hanya la abang ngah dia. Dipujuknya adik, berbeza ngan abang sulung yang mata tak lekang ngan citer kartun..huhuhu. Di ajaknya adik tido sekali. Yang bestnya..ditepuk2 adik sampai adik diam. Tapi si abang ngah ni dh mengantok gile2.. sekali terlelap, dah adik menagis semula.. ditepuk kembali tanpa bising pun. Yang kelakarnya, tepuk2.. terlelap hingga tangan tertutup plak mata si adik..menagis adik.. yang abang mengantuk gile ditahan juga matanya.. budak umur 2 tahun pun tahu sayangkan adik.. nape la ada si ibu yang sanggup buang anak... tak paham betul...

Aku pun kembali semula ke opis dengan harapan aircond kembali pulih...waaa... masih tiada. semua pun dh menghilangkan diri entah di mana. Nak siapkan sket kerja yang ada... duk dalam ni pun cam duk dlm sauna jek... huhuhu....

Amir yang dari awalnya dh mengantuk... duk di kusyen di rumahku dengan kedudukan stabil boleh juga terjatuh ke lantai.. huhuhu

Kasih sayang seorang abang..sanggup tak tido demi adiknya yang tersayang...

Friday, November 19, 2010

Majlis anak abg dam belajo di Yaman

Posted by Faridatul at 10:15 AM 0 comments
Semalam jam 7.30pm aku keluar dari rumah terus ke Puchong. Ingatkan majlis lepas Isyak sebab Isyak masuk jam 8.05pm jek skrg. Rupanya2 nya majlis bacaan yasin dan tahlil sempena arwah makwan dan pak wan sekali diadakan selepas magrib. Majlis ni diadakan sebab anak ketiga abang dam (namanya aku dah lupa..hehehe) akan pergi ke universiti di yaman untuk belajar disana serta majlis untuk husna yang nk amik spm minggu depan. Sampai di sana aku terus ke rumah. Tengok2 orang tak de.. rumah plak sunyi. Aik..silap tarikh ke? Rupa2nya majlis diadakan di surau taman puchong utama tersebut.

Antara saudara mara yang hadir di majlis kenduri tersebut


husna (calon spm minggu depan..hehehe), aku (mak ngah) dan kholilah
Tak berapa ramai saudara mara yang datang. Agkanya masing2 balik kampung. Maklum la ramai yang bercuti dari raya korban sehingga la ke ahad nanti. Aku dan suami juga yang keje hari ni. Tapi petang ni insyaAllah akan balik ke pahang. Kalu suamiku dapat balik awal, lepas keje terus balik ke pahang. Bukan apa, sepanjang minggu ni penat gile2 rasanya. Kalu balik seperti biasa, jam 2-3 pagi baru sampai di chini. Kalu balik sabtu pagi, ahad tu cadangnya nak balik awal, aku tak suke jem2 ni. Nanti apa lak kata mertuaku.. huhuhu.. dah la semenjak raya posa aritu tak balik2 pun kampung. heheheh... Hopefully dapat la balik pahang awal sket dr biasa. at least kalu ngantuk boleh la tido kejap mana2 hentian.

kak kijan, aku dan baby

anak ke-3 k kijan... hehehe.. cute boy
p/s : semoga husna mendapat yang terbaik tuk spm ni dan juga kholilah semoga mendapat anugerah dekan lagi tuk sem ni.. semoga result sem ni lebih baik dr sem lepas seperti yang diimpikan.. aminnn

Wednesday, November 17, 2010

Raya aidil adha di kepong

Posted by Faridatul at 11:43 PM 0 comments
Alhamdulillah, tahun ni beraya di kepong di rumah mak ku. Tahun ni sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan. Semenjak ada surau baru ni, bertambah meriah suasana korban dirasakan.

Seperti biasa adik beradik lelaki ku akan menjadi petugas untuk menyembelih dan melapah lembu-lembu ang telah dikorbankan.. tahun ni dah ada ahli baru untuk menjadi petugas korban. Jadi nak tak nak kena la juga en abangku bertugas.. heheheh...

Petangnya pula beraya di rumah kawan suami ku emon di paya jaras. Sungguh kecil dunia ni. Tak sangka isteri emon ni kawan kepada mije. Junior mije katanya.. huhuhuhu....

Ok la... Malas nak coret lebih2.. Penat pun tak habis lagi ni.. nk letak gambar dan video jek... selamat menonton..

Antara gambar-gambar di hari raya korban

Video penyembelihan seekor daripada 14 ekor lembu

Sunday, November 14, 2010

Berkelah di Sg Gabai

Posted by Faridatul at 11:20 PM 0 comments
Suami ku beriya-riya nak cari homestay untuk kami berehat. Agaknya dia pun risau isterinya asyik stress jek.. so nak cari tempat yang damai untuk hilangkan stress. Punya la cari dalam internet homestay mana yang best dan mempunyai aktiviti yang menarik tapi tak jumpa.

Aku pun cerita la ngan iza jumaat petang mengenai plan hujung minggu ni. Iza bagi cadangan gi Sungai Gabai. Dia boleh join sekali tapi dia kena minta izin dan keputusan suami dia dulu, dan begitu juga aku. Jam 7 petangnya, aku bermeseg2 ngan dia. Suami kami masing2 izinkan. Suami aku pun xcted nak gi sampai suh buat BBQ lagi. Malamnya kami ke econsave untuk beli ayam dan sosej serta barang2 bakar sebab arang yang ada mcm tak cukup.


Iza satu famili yang join sama berkelah di Sungai gabai..
Sabtunya, jam 8 pagi kami bertolak dari Bangi. Dalam 8.45 kami sampai ke destinasi. Bayaran masuk dan parking seperti biasa rm2. alhamdulillah sebab kami datang awal, jadinya dapat la parking dekat ngan sungai. Kami ambil port awal2 sungai jek sebab nak naik atas, masing-masing ada kekangan. Iza bawa arini, susah nk bawa budak kecil daki ke level atas. Lain la kalau semua bujang, sah landing kat atas.. huhuhu

Suami ku yang bakar2 ayam dan sosej serta kentang

Antara makanan yang dibakar.. nyum2..

Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar. Makanan pun semua habis, takde membazir. Nasi lemak iza sungguh sedap. Maklum la dia bangun jam 5.30pagi nk masak semua2 tu.. hehehe.. aku nya part siap dari malam tadi lagi, just perap ayam tu then bakar sesudah sampai di sana nanti..


makanan yang dibawa oleh iza..nyum2...

Thursday, November 11, 2010

Hipertensi???!!!

Posted by Faridatul at 10:05 AM 7 comments
Dalam 2 bulan ni asyik jumpa doktor jek. Ingatkan mengandung tapi belum ada rezeki lagi... Rupanya dua bulan lepas hormonku tak betul.. Doktor dah kata aku stress.. Masa tu aku ingat dah mengandung.. simptom2 mengandung pun dah ada tapi takde rezeki lagi skrg...

Semenjak itu, aku jadi stress... Bila stress mkn pun byk, kerap tidur dan semenjak 2 kali keguguran ni menyebabkan aku takut nk buat kerja berat sket.. dalam mind, kalu mengandung takut gugur lagi.. Berat betul ujian yang dirasakan...

semalam aku ambil inisiatif jumpa doktor.. tekanan darah aku naik sket.. dalam kategori tinggi normal.. dia minta aku rehat dan cuba hilangkan stress.. ubat yang dia bagi pun hanya lah panadol untuk aku hilangkan pening.

Tapi aku kena buat temujanji dengan beliau dalam seminggu ni.. setiap selang 2 hari kena cek.. dah mula risau aku dibuatnya.. camne nak hilangkan stress..bende yang menyebabkan aku stress tu asyik dalam kepala jek... "Ya Allah hanya padaMu ku mohon bantuan, Engkau berikanlah kekuatan padaku untuk menumpuh ujian Mu ini, Ya Allah...."

Aku pun search info pasal tekanan darah tinggi ni... Ada harapan untuk kembali normal. Cuma aku kena tukar gaya hidup... mulai hari ni nak kembali berkebun, bersenam dan lain2 aktiviti yang aku buat dulu...

(Maklumat dibawah aku peroleh dari laman web : http://cvtampang.tripod.com/id32.html)

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.


2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tip penjagaan kesihatan..

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wednesday, November 10, 2010

Rehlah sambil merehatkan minda di Bagan lalang

Posted by Faridatul at 3:41 PM 0 comments
Cuti panjang selama tiga hari sempena perayaan deepavali jumaat lepas, aku dan suami tak kemana-mana. Kalu ikutkan plan, nak ke kenduri hakim salah sorang juruteknik di ftsm dan juga kenduri kawen kak ida, kakak en ibrahim. Kedua-duanya tak dapat aku hadirkan diri. Ada dua sebab, pertamanya aku memang dari semalam asyik sakit kepala. Koyok asyik bertampal di kepala je dari semalam. Dan yang keduanya pula, modul tak siap dibaiki lagi setelah dikomen dengan pelbagai pembetulan. Kena siapkan juga sebelum isnin depan.. Bertambah tension aku dibuatnya.. mana la tak hilang sakit kepalaku.

Tengahari sabtu, suami ku ajak keluar ke bagan lalang selepas asar. Mula2 macam tak nak je keluar tapi sian la plak dah 2 hari ni kami asyik terperuk je kat rumah. Dah la semalam suamiku yang masak dan aku tolong makan je. Sian plak, aku dah menganiaya suami.. hehehe. Lagipun dah lama aku tak ke bagan lalang. Alang-alang dah keluar aku bgtau nak ke i-city di shah alam selepas ke bagan lalang tapi jauh plak katanya... maka hari tersebut kami ke bagan lalang saja.

Bergambar bersama suami tercinta...

Sampai disana kelihatan ramai nya orang. Banyak perubahan yang aku perasan. Jalan pun dah jadi satu hala. Goldcoast pun dah siap, cantik pemandangan dari jauh. Air pun tidaklah sekotor dulu. Ramai yang mandi manda macam dah kat PD plak aku tengok. Tempat parking pun dah disediakan banyak tapi agak jauh sedikit. Kedai makan pun dah bertambah banyk. So kiranya banyak la perubahan kat bagan lalang ni. Hampir setahun aku tak sini banyak perubahan dah ada tapi yang paling aku nampak perubahannya ialah dengan siapnya goldcoast tu.. kalau dulu dentam dentum bunyi kapal korek dan segala mak nenek jentera beroperasi di situ...

Pemandangan sunset..

Tak sangka plak jumpa pijah di sana.. Mengimbau kenangan lama masa ribut dengan angin yang kuat sehingga khemah ku dan kawan-kawan melayang, dompet aini terciciran dan pelbagai kenangan lain masa ribut tersebut. Dulu aku la tempat diorng ni mengadu dan mengepalai semua program, maklum la jadi ketua kumpulan anak2 dara.. hehehe.. Tp skrg tak lagi, masing2 dah hebat2 belaka. Keta pun masing2 dah ada, duit poket pun mengalahkan aku...keje pun bertaraf hebat dari aku la katakan... Dulu teringat sume benda aku belasah... Time tu tak hengat dunia.. falsafah "Semua keje pompuan boleh buat la" menjadi falsafah diri. Tapi tidak lagi sekarang. Sume keje transfer ke suami tercinta... Sekarang masa untuk "mengada-ngada" heheehhe...

Antara makanan feveret aku kalau datang ke sini..

Tuesday, November 9, 2010

KFC yang senyap sunyi

Posted by Faridatul at 10:29 AM 0 comments
Alhamdulillah dapat jua aku menaip di blogku yang sekian lama menyepi. Skarang musim peperiksaan. Tak lama lagi sem akan berehat sehingga la hujung bulan 12. Aktiviti untuk sepajang cuti ni dah plan tapi tak maklum lagi dengan iza... heheheh...

Nak cerita satu pengalaman petama buatku di tanahair sendiri.. Sepatutnya hari ahad lepas dah janji ngan pogie nak gi ambil coklat yang ku order dari langkawi, tapi tak jadi sebab terlalu banyak keje nak disiapkan. Modul yang kena dibaiki terlalu banyak. Sebenarnya aku boleh je buat coklat sendiri. Maklum la, kursus buat coklat dah pergi. Bayar mahal2 last2 bila nak makan coklat, beli juga kat luar... hehehehe.. Bukan apa, kalu sekadar nak makan sikit2 tu senang aku beli je. Kalau ada apa2 event baru la buat...tp kebiasaannya aku malas nk buat.. huhuhu....

Jadinya, mlm semalam selepas solat magrib, aku dan suami pergi la ke sentul. Alang-alang dah ke sentul, aku janji ngan junior ku untuk ambil barang2 darinya. Dia mintaku belanja KFC. So aku pun beli la. Banyak yang dia bantu kerja yang tak dapat ku lakukan pada kali ni. Suami ku pun beriya2 nak ke KFC yang dia dengar semua pekerja di situ adalah bisu dan pekak.

Sampai disana, keadaan sunyi je. Semua orang nak order takde nak bising2. Sume pelanggan hanya tunjukkan sesuatu kat atas meja dan menggunakan riaksi tangan. Aku dah panik camne nak order snack plate tanpa air... dan aku nak take away...

Tibalah giliranku... patut la semua pelanggan tak tengok atas..semua main pakai tunjuk2 jari kat atas meja.. Menu yang diatas meja restoren KFC situ berbeza dengan KFC lain. ada gambar eat here.. ada gambar take away.. dan setiap satu perincian detail dalam menu tersebut... heheheh..Dah setel order, aku dan suami hanya tersenyum tanda lega...

Bagus juga KFC sini mengambil pekerja2 dari kalangan yang cacat pendengaran dan penglihatan.. tapi tak semua bisu dan pekak.. ada 2 orang penyelia yang normal tetapi mereka ni macam dah dilatih untk berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Bila aku tahu ada yang boleh bercakap, segera aku ke penyelia tersebut untuk minta tambah sos dan extra plastik bungkusan... heheheh.

p/s --> dilah kata aku dah jadi hajjah ketika bermeseg dengannya sebab aku cakap aku main dam haji kat KFC tersebut.. hehehe

Monday, November 8, 2010

Entry anak sepupuku yang aku suka

Posted by Faridatul at 11:18 AM 0 comments
Linknya : http://lilylolypop.blogspot.com/2010/11/mse-kecik2-yg-comel.html

ayat2 awal entrynya :

mse kecik2 kite semua comel
bkn sbb muke
bkn sbb paras rupe
bukan sbb bdan yg tecik
bkn sbb perangai yg ngade2
tp sbb permainan2 yg kite mainkn mase kecik

(bersambung...) heheheh

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea