Pages

Sunday, November 24, 2013

Jalan-jalan ke shah alam

Posted by Faridatul at 10:41 PM 0 comments
Menikmati ice cream di shah alam... berjumpa adik2 dan singgah jumpa mak su farihah di UITM shah alam...

bersama-sama adik2 menikmati ice-cream di seksyen 2 shah alam

dh tinggal separuh baru nk amik gmbr.. 

wafiy menggayakan topi mak su.. wafiy sorang jek lelaki idaman kat bilik maksu ni... hehehe

Thursday, November 14, 2013

video memasak takoyaki

Posted by Faridatul at 2:23 PM 0 comments
sempena reunion rakan seusrah @ teratak fari dan faisal

Wednesday, November 13, 2013

Reunion bersama rakan2 seusrah..

Posted by Faridatul at 11:54 PM 0 comments
Alhamdulillah tanpa dirancang menjadi juga reunion adhoc ni. Dapat msg dr k lin isnin lepas mengatakan dia nk jumpa adik2 usrahnya sbb ada kursus di bangi... Dengan tanpa disengajakan aku jemput mai umah dan semua setuju tetapi dengan syarat buat pot luck.. Tiada keupayaan untuk main masak2 kat rumahku.. setakat masak mee goreng, buat air tu boleh la.. heheheh


ni kek yang dibawa oleh pijah... dibeli dr kedai kek Qaseh.. sedap juga keknya.. mmg sedap la...

k lin menunjukkan skill memasak takoyaki... masakan takoyaki ni tak dirancang pun.. tub-tub pijah mai awal ke rumah dengan beberapa perkakasan.. dan minta aku tolong kupas itu ini... so aku dh siapkan bahan2.. tetamu plak la yang masak.. hehehe

mencurah di atas acuannya... 

 mcm rupa kueh cara pun dh ada gak.. huhuhu 

pizza yang dibawa oleh dayah... sedap pizzanya.. ala2 mesian sket rasanya

meh nk promote pizza diatas...

cik suri dengan muffin home made.. nyum2

cik dayah dengan buah2an..

hasil makanan potluck... nyum2

kaum adam takde kecuali anak dayah.. alamak lupa dh namanya... sbb suami ku tak balik kelas lagi so asraf pun terpaksa berjalan2 ke rumah member2 lain dulu... segan kot

cik pijah menabur kepingan sotong kering...

takoyaki yang dh siap 50%

ready to eat... nyum2

dayah bersama husna yang comel
 

stop dulu masak2.. takoyaki ni sedap dimakan panas2.. sementara menunggu kaum adam mai.. kaum hawa / ibu2 mamam dulu... 


kaum adam dh sampai... suami mije, suami dayah dan suami ku baru pulang dr kelas mlmnya

3 dara pingitan sedang menunjukkan skill masal takoyaki


sampai 3 orang gitu nk masak 1 acuan.. huhuh


adegan membalikkan takoyaki... 


dayah juga nk menunjukkan skill di depan  suaminya.. hehe

Tuesday, November 12, 2013

Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir

Posted by Faridatul at 3:43 PM 0 comments
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir 
---------------------------------------------------

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Kongsikan kepada semua, moga bermanfaat.

Wallahua’lam….

****


Sumber : 
Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil's

Sunday, November 10, 2013

Aksi wafiy di kolam besar

Posted by Faridatul at 12:07 PM 0 comments
Wafiy tidak takut turun ke kolam besar buat kali pertama.

Lokasi : Kolam di Hotel Concorde Inn Klia
Sempena ummi kursus pengurusan stress dari 8-10 Nov 2013.


Kursus Pengurusan Stress

Posted by Faridatul at 11:38 AM 0 comments
Kursus Pengurusan Stress GGGW84d1 pada 8-10 November 2013 di Concorde Inn KLIA. Penceramah Prof. Dr. Rahmahtullah Khan Abd. Wahab Khan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ini merupakan kali ke 3 saya mengikuti kursus pengurusan stress yang diadakan oleh prof Rahmatullah. Kali ni sebenarnya dh minta pengecualian dari Puan Zaharah tapi tak dapat sbb Puan Zaharah kata ini program EDD. EDD ni adalah program Doktor Pendidikan Tinggi. Kalau nk tahu lebih lanjut EDD ni sila ke link ini --> EDD


So apa lagi terpaksa la aku pergi juga. Nak kata terpaksa ye jugak. Nak kata rela pun ye jugak.. Paksa REla la namanya.. huhhhu

Gambar beramai2 di hari pertama kursus bersama peserta dan penceramah

 ahli kumpulan 1 paun syah, puan maz, Dr Rahim dan puan liza

Ahli kumpulan 2 yang terdiri daripada puan hafizah (k opie), puan marini, Prof. Madya Dr Amin, 
Dr Iskandar dan cik Ing


ni ahli kumpulan aku... kumpulan 3 yang terdiri dari en nasrul, en zawawi dan cik azimah

Kumpulan 4 terdiri daripada puan suzana puan azura, puan (lupa nama), ustaz (lupa nama) dan ustaz hakim..

peserta khusyuk mendengar ceramah yang diberikan


sesi pembentangan kumpulan




p/s --> Gambar2 ini bukanlah hasil tangkapanku tetapi diperolehi dari ppa. sekian. terima masih. 

Wafiy sudah tidak takut turun ke kolam besar

Posted by Faridatul at 10:30 AM 0 comments
Abi dan wafiy main kolam sementara aku tgh kursus di bilik seminar. Dapat je masa rehat terus aku ke kolam. Nasib baik kolam tu tak jauh ngan bilik seminar. Sekali ke kolam aku tgk wafiy tengah nk turun ke kolam besar dan abi pula buat tak tahu aje.. terus aku meluru ke wafiy. Tapi dihalang oleh abi katanya wafiy dh boleh turun sendiri dan kolam tu pun ada benteng kecil untuk dia tahan kakinya setelah masuk ke dalam kolam tersebut.

Terkedu dan menarik perhatian aku. So maknanya dia dh tak takut ngan air dalam. Sekali dia masuk dlm kolam tu dan tergelincir sbb nak meluru ke abi yang berada di tengah-tengah kolam. Nmpk tenggelam timbul la kejap. Terus abi segera ke wafiy dan angkat dia. Wafiy pula terus pegang baju abi dan panjat badan abi. Alhamdulillah wafiy pun tak meraung menagis cuma ada tertelan air kolam sket. Tapi insiden itu tidak membuatkan dia takut nak masuk kolam lagi. Siap gelak2 lagi sambil memanjant pusing2 badan abi yang berada dlm tenagh2 kolam.... hehehe

Abi pun ada cerita yang ada isteri kawan aku menunggu anak dia kat kolam baby.. dia tgh menelefon. Agaknya dia tak perasan wafiy turun ke kolam buat pertama  kali. Dan kali ke berapa wafiy turun kolam besar tu.. dia menjerit suruh suamiku jaga anak.. hehehe.. suamiku buat tak tahu jek.. bukan tak tahu tp perhati dr jauh... setelah dia nmpk abi relaks jek dan wafiy selamat turun dia pun sambung sembang semula menelefon.. heheheh

Abi menanti wafiy turun ke kolam


wafiy dengan aktiviti baru, mencabut daun pokok dan campak dlm kolam.. ish2...


wafiy mula semangat nk turun kolam

jeng.. jeng... jeng.... tanpa bantuan abi dia mula turun.. 



dh dpt turun sepenuhnya... 

mula bergerak ke arah kanan dengan bergayut di kolam tersebut

Thursday, November 7, 2013

makan-makan di Restoren Seoul Garden

Posted by Faridatul at 11:34 PM 0 comments
Ini last minit punya plan. Kononnya tak jadi nk g minggu depan memandangkan mlm ni pun nk paking barang esok ada kursus jumaat hingga ahad di concorde inn klia. Tapi memandangkan cik abang dan yang lain2 kata setuju nk buat gak malam ni aku ikut aje la...

So sebelum magrib kami dh bertolak dan solat di hentian serdang yang petronas yang baru tu. Then lepas solat terus ke mines. Bukan apa, lagi cepat lagi dpt makan lama2. Maklum la nk bbq lagi... huhhu.. kalu sekejap nnt tak puas. Kul 10 mlm aje restoren ni dh tutup. 

So tak mau citer lebih2.. ini la gambar yang sempat di snap. Maklum la aku melayan wafiy yang kejap nk mkn, kejap nk minum, kejap nk main2 kat luar restoren.. mmmm.. so mkn rasa dh byk tapi tak puas sbb tak ngadap betul2... hahahaha.. wafiy la perut terlebih buncit ngan abi dia..  :-)

cik dilah dan cik mar yang jadi tukang masak... hehe

Kali ni kami tukar rasa dr steamboat.. kuah kali ni adalah kimchi soup.. sedap gak... 

cik abang tengah memilih makanan yang hendak di bbq



aku duk menlayan wafiy yang mcm2 kehendak... 

 abi dengan penyepitnya dan wafiy dengan peacenya... hehehe


shushi kegemaran cik abang

 sila2 mkn... perut dh kenyang... boleh balik.... :-)

ini la gambar serba sedikit yang dijamu dalam restoren seoul garden yang tak sempat aku snap... :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea