Pages

Thursday, June 30, 2005


:: Di Hujung Penantian ::

Posted by Faridatul at 11:56 PM 0 comments
Akhirnye...

Tak dapat ku ucapkan selain..syukur kepadaMu...Ilahi..

Penat lelah ku selama 2 tahun lebih ni hilang setelah munculnye dikau...

Wahai TESIS ku... :-)



p/s --> Pada sahabat2 ku yang lain2 tu jgn jeles..moga kalian dpt juga menyiapkan tesis kalian..(terutama mije..kan mije)

Saturday, June 11, 2005


:: Melepas Rindu ::

Posted by Faridatul at 4:56 PM 0 comments

Warghh..ramai yang tak sangka aku g temuduga. Sebabnye aku ni dari dulu lagi keje yang kena temuduga memang aku tak pernah g. Walaupun temuduga tu sekadar nak kenal sahaja. Walaupun confirm dapat tapi tak pernah aku g kalu ade perkataan "temuduga". Hahahaha.. Penakut kah aku??? Entah ler.


Semalam kakak aku datang. Minta tolong temankan dia g Putrajaya bahagian JPA untuk membuat pengesahan sijil nye. Emm...malang sekali, punya lah berkejaran g, takut tak sempat (maklum lah hari jumaat, opis tutup awal), tapi kakak aku tak bawak keseluruhan sijil yang ade. Opss..silap, bukan tak bawak tapi tak dapat lagi dari tempat pengajian dia dulu. So terpaksa lah kakak aku tunggu lagi. Entah ler, berapa lama lagi nk tunggu.


Petangnye aku balik umah selayang bersama-sama ngan kakak aku. Kalu ikutkan hati, malas je nak balik sebab banyak keje yang nak disudahkan gara-gara bercuti makan angin kat Negeri cek siti wan kembang minggu lepas. Tapi mak aku la, beria-ia tanya tak nak ke aku balik coz adik lelaki bongsu ku tu ade. Ahad ni dia nak balik semula ke sekolah dia.


Emm..memang aku nk jumpa dia. Makin rindu aku kat dia. Baru je bgtau mak aku sebelum g Kelantan yang aku rindu ke adik aku sorang ni (aku panggil dia abang chik). Dia belaja kat sekolah Tahfiz kat area KL ni je. Tapi dia tak dibenarkan balik sesuka hati dan kami pun tak dibenarkan datang sesuka hati. Dulu, mak ayah aku setiap minggu datang jenguk adik aku ni, bawak makanan tapi selepas kena sound ngan mudir sekolah tu, dah tak datang dah smpai sekarang. huhuhu...


Sebelum balik, aku beli la makanan kegemaran dia. Singgah kat PKNS. Dalam kul 7.45mlm baru sampai rumah. Sebenarnya, aku ade perjumpaan ngan kengkawan kat gombak mlm tu. Alang-alang dah ade kat rumah, rumah pun dekat ngan gombak, aku g jelah. Kalu aku dok balik umah, malas nk g sebenarnye. huhuhu.. Tapi tak tahu la gak, sebab kawan aku tu beria-ia ajak datang perjumpaan tu.


Sebelum g PKNS aku g beli vcd kat pasar malam. hehehhe.. Malam tu aku berqiam berjemaah ngan kakak aku n adik aku tgk citer antu. Memang kami adik-beradik suke tgk citer seram. Emmm..ngantuk gak sebenarnye, tapi terpaksa temankan adik2 aku tu ler. Sambil-sambil tgk cd, sambil2 borak. Mana nak takut.. :-)

Thursday, June 9, 2005


:: Temuduga ::

Posted by Faridatul at 6:52 PM 0 comments

Hari ni sekali lagi aku mengambil langkah untuk ditemuduga. Huhuhu... Tak sangka akhir nya ni kali kedua aku ditemuduga. Kali pertama, aku saja2 g untuk main2. Kali ni aku benar2 serius.


Tapi bile tengok saingan ku mantap-mantap belaka, aku merasakan peluangku amat tipis. Tak pe, sekurang2 nye aku dapat pengalaman ditemuduga. Kesan dari temuduga pertama memberi impak yang besar pada ku walaupun aku menganggapnye sekadar main2 jek. Aku tak berapa gentar, lebih stabil, dan pertuturan ku sedikit lancar. Aku pelajari kelemahan dari temuduga yang pertama.


Tulah, kata orang jangan takut untuk melakukan sesuatu kalu kite tak pasti apa yang mendatang. Temuduga dijalankan selama 2 jam setengah. Ada empat orang calon yang mana semuanye berpengalaman. Yang nak diambil bekerja hanya sorang. Gaji agak lumayan. Masing-masing menunjukkan bakat dan kelebihan yang ada. Begitu juga aku. Aku dapat rasakan peluangku senipis kulit bawang. Agaknye lebih nipis dari itu.


Aku dapat rasakan, hari ini merupakan langkah pertama untuk aku mencari pekerjaan. Dah bosan agaknye jadi penganggur terhormat ni. :-)

Wednesday, June 8, 2005


Belaian Ibu

Posted by Faridatul at 6:32 PM 0 comments

Belaian Ibu
Album : Damai


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu


Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan


Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena


ku pastikan dikau aman
kurnia sejahtera tak ku lupakan


Di wajah berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan


Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta


Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga


Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

Tuesday, June 7, 2005


Bercuti D' Negeri Cik Siti Wan Kembang

Posted by Faridatul at 11:53 PM 0 comments

Kali ni aku bercuti seminggu. Alhamdulillah percutian ku kali ni menyeronokkan. Setelah berhempas pulas menyiapkan kerje2 yang diberi (walaupun ade lagi kerje yang tak siap) aku dengan perasaan gembira dapat bercuti ke negeri cik siti wan kembang.


Sudah lama rasanye tak g ke negeri kedua aku ni (ngaku sendiri..huhuhhu). Rasanye dah lebih separuh tahun. Dulu kerap gak g. Sebab kawan baik aku duk sana. Setiap kali dia balik aku ikut dia. Tapi sekarang dia dh keje, so kurang la dia balik kg. Kalu balik pun emergency kes. So aku tak nak lah kacau dia kalu ade emergency kes.


Kami dh tempah tiket 30hb mei lagi. Sebenarnye memang nk g awal tapi ade lak kenduri kawan aku kat kedah 28hb tu. 29hb lak ade kenduri kawan sekolah kat selayang. Biasalah.. perancangan ni dh lama buat. Memang teringin sangat nak g kedah tengok kawan baik aku kawin. Tapi apakan daya,perancangan aku tak tertunai sepenuhnya. Aku tak dapat nk g kenduri kawan baik aku kat kedah sebab ade masalah yang tak dapat dielakkan. Aku harap dia memahami aku ketika itu.


Bertolak je dr kajang dlm kul 8.30 mlm. Kami bertolak awal dr bangi. So jamak terus kat sana. Biasanye sampai kat machang dlm kul 4 lebih tapi pada hari tu kami tiba awal. Pakcik driver tu bawak laju kot. Entah la, tak perasan coz tertido sepanjang perjalanan. Kami sampai dlm kul 3.15 lebih kurang.


Sampai2 sana, ayah kawan aku g amik kami ngan kete avanza barunye. huhuhu.. sampai2 sana terus ambil bantal.. tido. Mak kawan aku tak de masa tu, dalam wad. Kena serang minor strok pada 29hb tu. Selepas dengar berita tu, mmg cadang nk balik awl tapi sume tiket dh habis. Nak tak nak kena balik 30hb tu juga.


Pada keesokkannye, mak kawan aku dh dapat kuar dr wad. Dah ok sket nmpknye. Kalu tak kuar juga hari ni, kawan aku nk g jaga. Kami sebenarnye ade program, tapi kalu mak kawan aku tak sihat, nak buat camne. Tak jadi la g. Allah maha pengasih lagi Maha penyayang. Program yang kami nk buat ni baik niatnye. So, dapat la g. Mak kawan aku ni pun bagi keizinan.


Siap bagi keizinan guna umah yang ade kat kb lagi. Biasalah rumah tu adik lelaki ngan kengkawan dia yang tinggal. So tak terurus sket. Aku bercadang nk basuh umah tu. So petangnye, kami g basuh bersama2 membersihkan rumah. Baru nmpk sket kemas. Sembur2 pewangi..harum sket. Memang dah adat. Nape lah orang laki ni tak terurus. Cam adik laki aku. Allah..kalu masuk bilik diorang cam2 bau ade.


1 hb baru program bermula. Aku tolong apa-apa yang patut. Sonok dpt rehlah ngan kawan2 ni. Tido serumah. G jalan2 sama2. Sume buat sama. Sonok. Aku kali ni kena drive. Cadangnye nak bawak keta kancil tapi memandangkan ahli program yang ramai aku bawak lah kete wira kepunyaan kawan ku tu. Hehehe. Pada mulanye ayah dia pelawa kete avanza yang baru dibeli tu..tapi lawak je tu. Kete baru. Sayang..


Yang lawaknye, kete tu plat W. So, sume ingat kete tu aku yang punya. drive dr KL. Huhuuhu.. lawaknye. Takan nk heboh kete tu bukan kete aku. Kalu orang tanya baru aku ckp. Sonok dpt drive ni. Dapt memahami jalan dengan lebih terperinci. Cadangnye nk balik kl 5hb mlm. Tapi tiket sume dh tak de. Yang ade 7hb je. Nak tak nak amik gak la 7hb tu.


Habis je program, ketua program belanja makan kat yati ayam percik. Sedap gak makanan nye tapi manis sket. Kalu orang yang tak suke manis, tak leh la makan kat sini. Esok tengaharinye lak, ade kawan nak belanja makan kat restoren oriental, restoren kat hotel ansar. Mulanye orang lain yang nak belanja, tapi orang lain plak yang kena belanja. Takpe, nanti lain kali datang lagi, nak suh dia belanja kat restorer emporer lak. huhuhuhu.


Selepas habis makan, aku g ke stadium kb. Ade expo halal kat sana. Masa tu dh kul 3 ptg tapi tak ramai gerai yang bukak lagi. Dalam kul 4 sampai ke rumah semula. Ngantuk sungguh aku masa tu, tido la jap dalam setengah jam. Kul 5 je aku tersedar. Byk barang2 yang tak kemas. Nk kena balik machang lagi. Malam ni plak aku kena balik kl sorang2. Setelah sume habis kemas, dalam kul 6.15 kami bertolak ke machang. Selamat tinggal rumah. Banyak kenangan yang dapat dikenang sepanjang program kali ni.


Sampai di machang dalam kul 7.30mlm. Aku bersiap2 kemas barang2. Kul 9.30 bertolak dr rumah . Bus sepatutnye sampai kul 9.45. Tungu punya tunggu kul 11 baru sampai. Kat kuala krai gtu gak. Kul 11.55 baru nak bertolak. Apa tak nye, terlebih penumpang. 3 orang terlebih. Sian aku tgk ade sorang akak ni kena turun. Apa tak nye, driver tu taknak bagi terlebih penumpang, padahal salah kerani dia. Driver tu kata kalu terlebih sorang penumpang kena dende rm1000. Sepatutnya kerani dia lah kena bayar. Jgn nak paksa orang lain turun. Kalu aku tempat makcik tu, nak je aku menagis. Mana aku tahu nak amik bus apa. Dah le ni first time aku naik bus express sorang2. Yang aku dengar dr kawan aku, dh banyak kali bende ni jadi gini. Kerani tu pernah kena tumbuk. Lain kali jgn dh naik bus ni.


Sampai kat hentian kajang kul 6.30 pagi. Nasib baik aku dh inform kawan aku amik aku terus. Tak sempat nak kejar solat kalu solat kat hentian tu. Sampai kat umah dlm kul 6.50. Subuh gajah ler. Bus tak berhenti pun. Dalam hati..diorang ni tak solat ke.. Emm...


Kenangan indah bersama. Dapat gak bertemu ngan junior aku masa kat uo tu kat sana. G umah dia lagi. Ros namanye. Orangnye lemah lembut. Terlepas rindu nk jumpa dia. Byk benda yang dibincangkan. Apa2 pun aku dh selamat sampai. Alhamdulillah.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea