Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 13, 2006


Jelingan Manja HAMZAH

Posted by Faridatul at 8:59 AM 0 comments

Ini Hamzah..anak sedara baru aku..dh lama lahir tapi baru kelmarin aku g lawat...
huhuhu..ade rupa aku.





Monday, November 27, 2006


MAHA 2006 - mempromosikan produk2 HALAL

Posted by Faridatul at 1:44 PM 0 comments


Assalamualaikum....



Hehehehe.... Selamat kembali. Maklum la sekarang barulah free sket kalu tak membusy sokmo. Samada aku betul2 busy atau aku saja membusykan diri sendiri...:-)



Aku ni baru je balik dr MAHA 2006 kat MARDI tu. Warghh, ingatkan tak de rezeki nk g. Alhamdulillah MAHA 2006 ni dilanjutkan hingga hari ni. Untuk mengelakkan jem, kul 9.15 pg aku dh kuar dr tempat keje aku ni. Sampai sana dlm 9.40 pg. Gerai pun tak buka lagi. Tapi sonok la sebab tak jem pun.. Round punya round, tgk jam dh kul 12.37 tgh. Nak kena balik opis semula ni. Sempat la aku g satu gerai ni yang aku rasa promosinya kurang menyerlah..ye ke??? Emmm..aku rasa tak menyerlah pun sebab aku tak pernah jumpa pun produk ni. Biasa la orang2 bujang makanan favorite mesti la jenis2 segera ni. sonanggggg.....



Pernah tak korang dgr bihun tomyam yang diedarkan oleh agromas.. Perghhh...Sedap woiii... Rugi sape tak cuba. Siap aku tanya lagi kakak tu cam ne nk dpt... dia kata "promosinya tak de lagi dik... kat kedai2 kampung, kedai kecik2 tu ade la". Nasib baik dia tambah lagi " kalu adik nak lepas ni, boleh order ngan akak, akak keje kat FAMA je. kat FAMA selayang boleh jumpa". Apa lagi, aku terus minta contact no kakak tue..



Tu la. Nasib orang melayu. Produk yang dihasilkan setanding dengan yang import nya. Ade yang lebih hebat dan lebih sodap...tapi sayang, marketing dan promosi tak meluas serta packaging pun tak menarik. Bihun ni pun dr luaran... dr packaging dia tak cantik pun hingga menampakkam bihun ni tak sedap. Tapi dh cuba..memikat jiwa. :-)

Wednesday, July 26, 2006


KEMPEN BOIKOT PRODUK ISRAEL

Posted by Faridatul at 8:26 AM 0 comments

Tuesday, July 18, 2006


KerJa...OH..KerJA

Posted by Faridatul at 11:16 AM 0 comments
14 julai 2006 kehidupanku mula berubah. Aku telah mendapat kerja tetap di salah sebuah egensi kerajaan tapi sayangnya kelayakan master yang aku ade tidak dinilai. Aku hanya menggunakan ijazah sarjana muda yang aku miliki pada tahun 2002.


Sungguh berubah.... kehidupanku yang biasanya suka meronda-ronda ke KL dan kemana sahaja nak aku pergi mula tersekat. Maklum la dulu keje sambilan jek. So..kalu tak de keje aku mula g ke mana sahaja aku yang suka.. tetapi tidak KINI.


Aku bersyukur pada YANG EsA kerna doaku telah dimakbulkan. Sibuk punya pasal..cotetan pengalaman ke filipina tak sempat lagI aku coretkan di blog ini.

Friday, March 24, 2006


Pengalaman D' Hospital

Posted by Faridatul at 2:36 PM 1 comments
Sebenarnya aku nk updatekan blog ni pada 24 Februari yang lalu tapi tak berkesempatan..tak pa lah...still leh di baca. :-)


Assalamualaikum...



Alhamdulillah, setelah 2 minggu demam dan mengalami penderitaan yang rasanya tak pernah lagi la rasa seteruk itu berakhir jua akhirnya. Allah saja yang tahu penderitaan ku, pabila seteguk air pun tak leh masuk ke tekak, makanan sesudu pun tak leh di telan. Namun, aku masih bersyukur kerna ade yang lebih teruk dari itu.



Dalam seminggu terbaring di wad 3, katil no 5 di hospital kajang, aku rasa seperti banyak benda yang aku pelajari. Pengalaman yang baru, bukan senang nak dapat pengalaman di dalam hospital kalu kita tak sakit. Penyakit sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita, untuk menguji samada kita sabar dengan ujiannya ataupun tidak.



Dalam hospital, bermacam2 kerenah manusia yang tidak sabar menghadapi dugaan. Ada yang sakit biasa, tapi lebih2 pulak dr orang sakit tenat. PELIK!! Tiap-tiap malam, ade seorang makcik ni yang ku gelar disini sebagai makcik A. Aku tak pasti pada mulanya dia sakit apa, tetapi nampak macam kronik. Sebabnya, setiap malam dia akan meraung kesakitan dan marah2 pada jururawat. Pelbagai cara jururawat pujuk agar makcik A ni tak buat bising sebab banyak lagi pesakit lain yang lebih kronik dari dia yang memerlukan ketenangan. Aku pun bengang dengan sikapnya yang pada mulanya aku anggap kelakar. Masuk hari kedua, ketiga, dan seterusnya aku berada di hospital itu, aku jadi marah lak. Sebab makcik A ni tak pedulikan pesakit yang lain.



Pada satu hari, makcik A ni dilawat oleh anak2nya. Dan salah sorang anak perempuannya singgah di katilku kerna katil aku betul2 depan pintu masuk wad. Tu yang tension tu, tak de privacy. Aku tegur dia, tanya maknya sakit apa. Rupa-rupanya sakit jantung. kalu ikutkan teori yang ade pada kepala otak ku, sakit jantung tu, tak de sampai orang tu leh teriak setiap malam. aii..pening sungguh dengan kerenah makcik A ni.



Suatu hari makcik A ni buat bising teramat sangat sampai doktor pun tak leh nak rawat dia. Doktor dekat je, dia halau doktor tersebut. Padahal doktor nak cek tekanan darah dia je. emm...nurse2 kat situ sume g pujuk. Ade yang suruh mengucap, dia kata "tak tahu". suh baca fatihah, dia kata "tak tahu" jugak. Last sekali aku paling bengang, suh baca bismillah je, dia kata "apa tu". Masa tu aku pakai walkman bacaan al-quran,tu pun kawan2 aku yang bagi pinjam. Kononnya nak buat baik, nak je bagi dia walkman yang ade padaku kat makcik A. Kot2 la kena sampuk dek syaitan ke...jembalang ke, tapi takut lak nak bagi. Mana tahu dia campak walkman tu. Tak pasal2 je.



Pada hari sabtu, terdapat 2 orang pesakit meninggal dunia. Ini la pengalaman aku tengok sendiri bagaimana nurse2 uruskan mayat masuk ke dalam yang ku panggil sebagai "keranda besi". Pesakit lain tak leh bangun, aku selamba jek, g dekat ngan nurse2 yang sibuk uruskan mayat tersebut. Sorang cina, sorang islam. bersebelahan katil lak tu. INSAF SUNGGUH!!


Makcik cina yang mati ni sebenarnya dah teruk sangat. Hidup dengan pertolongan mesin. Dalam keadaan itu, terpikir satu soalan yang pernah terpikir tapi tak sedalam hari tu. Apakah hukum seseorang yang memang dah tenat yang hanya boleh bernyawa hanya dengan bantuan mesin? Bukankah itu seperti menolak atau tidak redha dengan kehendak ilahi? Kalu wayar2 itu dicabut, nyawakan pun berhenti? Kalu ade sape2 yang leh tolong jawap soalan ini, mohon jawapkan untuk saya.

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea