Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 14, 2010

ke gerbang perkahwinan

Posted by Faridatul at 3:07 PM
Tak sangka ramai yang menanti aku untuk bertukar status. Ramai yang terkejut aku akan mendirikan rumah tangga yang mana secara rasminya aku menjadi isteri kepada en faisal pada 5 feb nanti. Perasaan debar itu kian terasa. Tak kurang pula yang wish "Welcome to club..hahaha"... Gelak ketawa mereka itu mendebarkan aku.

Banyak masalah yang aku dengar dr mereka mengenai kehidupan rumah tangga. Selagi tak duduk sebumbung selagi tu kita tak tahu perangai sebenar pasangan kita. Bukan sahaja suami tetapi kalu kawan2 pun begitu juga. Dah duduk serumah baru tahu perangai sebenar.

Ini lagi mendebarkan aku. Mana la tahu kan, sebelum berkahwin tak tunjuk belang. Sume baik, sume mengalah, tak pernah tinggi suara, suke memujuk. Maklum la belum dapat. Tapi dah kawen nanti agaknya macam mana ye. Adakah berubah??!! Warghh..takutnya. Kalu ikutkan perasaan sangsi tu, tak kawen la agaknya. Cuma kepadaNya ku serah dan berdoa agar kehidupan yang akan dibina nanti akan kekal bahagia sampai akhir hayat.

8 comments:

Unknown said...

huhuhu, welcome to the club fari.
kakchik dah agak dah... masa dok sibuk2 minta address hari tu, hehe.
tahniah dan selamat menempuh fasa baru dalam kehidupan. cerita tak akan sama dgn orang lain tapi mgkn ada sikit2 nak serupa. siapakah yg bertuah mendapat fari sbg isteri ni? kad fari pun tak sampai lagi ni.

Faridatul said...

heheheh.... thanks. doakan la semoga majlis fari nnt berjalan lancar dan semoga perkahwinan yang akan di bina nnt, bahagia dunia dan akhirat ye kak chik..

orang yang bertuah tu (huhuh) k chik x kenal. sape2 pun tak kenal. hahaha..... fari ade pesan pada dilah bg kad pada fizah aritu.. masa diorng ade bengkel. nnt kalu masih tak dpt kad, kak chik bgtau ye pada fari..

info detail k chik leh tgk dlm website ni :-) :- http://www.mywedding.com/farifaisal

guru IT yg jauhhhhhh......UK said...

Pariiiiiiiiii....semoga perkahwinan yg bakal dibina kekal dan bahagia hingga akhir hayat..normal la tu..sebelum kawin semua orang pakai topeng 'cinderella' ...lps bertahun2 kahwin..ko akan pakai topeng 'gorila' ..hahaha..ala..biasa la tu..asam garam perkahwinan..ok pari..sedih aku tak dpt meraikan ko kawin..jgn lupa hantar gambar kawin kat aku tau!!!!

NaMo said...

hahah..k fari, slmat join kelab..bkn kelab malam...nak berguru ngn saya leh gak...yuran bayar bulanan...hehehe
tp sy akan ingat tarikh k fari kawen...nnt kte raikan sme2 yek.

cPoL said...

Apapun, kawen la dulu...barulah tahu pahit manisnya :-)

Anonymous said...

...biasala kehidupan di alam fana ini. kahwin mesti kahwin :) - paklah&iz-i

Ida said...

Salam my old friend...

Perkahwinan itu sesuatu yg indah dan ia sgt2 disukai oleh Rasulullah saw...maka jgnlah ragu2 dgn jodoh yg telah ditetapkan olehNYa buat mu...

wawa said...

selamat menempuh ke alam perkahwinan fari...semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea