Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 31, 2010

Ilmu keibuan...

Posted by Faridatul at 9:24 AM
Pengajaran yang lalu dijadikan iktibar. Kepada semua bakal-bakal pengantin di luar sana, kalau nak kawin jangan ilmu nak jadi isteri sahaja diambil pusing tetapi ilmu mengandung dan kehamilan juga perlu dititikberat. Manala tahu kan, selepas kawin terus diberi rezeki lain plak...:-)

17 mac yang lalu aku telah keguguran. Seminggu sebelum tu dah banyak kali pergi hukm. Dah tak larat nk amik darah. Kandungan ku disyaki luar rahim dan telah gugur. Walaupun tak gugur, disebabkan luar rahim doktor bagaimanapun menyarankan untuk digugurkan juga kandungan tersebut sebab ianya akan menjejaskan aku nnt. Kalu kandungan membesar boleh menyebabkan tiub fallopio pecah dan pendarahan yang banyak boleh berlaku. Itu kata doktor.

Alkisahnya, aku baru berpindah ke opis baru. Banyak yang kena angkat dari bilik lama. Rumah masih rumah lama yang aku duduk masa bujang tapi perkakasan didalamnya banyak yang nak dipindah. kesibukan kelas yang terpaksa diganti setelah 2 minggu aku bercuti. Opis plak tingkat 4 yang dulunya tingkat 1 dan tiada lif.. Terpaksa panjat tangga dan aku telah bermain bowling 3 games sempena pertandingan antara institut di fakulti aku... Semua itu adalah punca-punca yang boleh menyebabkan aku keguguran..

Walau apa yang terjadi, aku panjatkan kesyukuran ke Ilahi. Ada hikmah di sebalik kejadian. Tukang urut di kuala selangor sempena aku melawat adik iparku disana menyarankan aku pantang 3 minggu. Orang kata pantang keguguran lebih teruk dr pantang bersalin. Ada plak yang kata sebaliknya. Tapi apa-apa pun aku ikut kata bodyku sendiri. Kalu larat, buat jelah kerja cam dulu2... Cuma sekarang ni agak sopan dan ayu la kalau berjalan dan takmau angkat benda berat.

Ahad lepas aku dan hubby pergi shoping kat Selayang Mall. Masuk kedai buku Popular. Hubby suruh beli buku pasal kehamilan. Aku sebenarnya nak suh beli buku PaMa tapi dia tak suka sebab katanya banyak iklan dalam tu. Jadi, kami pun beli 4 buku. 1 buku untuk abah. 3 untuk kami yang mana 2 berkaitan kehamilan dan satu lagi berkaitan pemakanan..

Buku yang aku sedang baca.. sungguh bagus ilmu didalamnya. bermula dari awal kehamilan sehinggalah penjagaan bayi

Moga buku itu boleh dijadikan ilmu untuk aku menempuh kehamilan yang akan datang walaupun tak tahu bila.. hehehe... haa.. Satu lagi, bagi mereka yang nak berkawin dan bercadang nak mengandung dalam masa terdekat, elok la ambil asid folik. Ianya elok untuk tulang ibu dan otak baby. Digalakkan makan untuk ibu2 yang merancang untuk 3 bulan sebelum kehamilan.. Aku pun baru jek start makan semalam... heheheh

4 comments:

Xara said...

lepas ni kita g hiking pulak yok :D

Faridatul said...

huhuhhuu.... sajek je suri ni :-(

NaMo said...

saya ada 6 buah buku sal kehamilan,baby n yg berkaitan... tiap2 ari suami paksa baca... isinya lebih kurang je antara setiap buku... kami pun malas nak beli pa&ma sbb bnyak iklan..takut terpengaruh...

Faridatul said...

huhhuhu...pemikiran laki ko ngan ngan hubby akak sama jek ekkk... cam tu leh la pinjam nnt. :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea