Alhamdulillah dah genap setahun perkahwinanku bersama suami tercinta muhamad faisal pada 5 feb yang lalu. Semoga perkahwinan ini terus bahagia sampai akhir hayat... dan bertambah juga usiaku pada 8 feb yang lalu...
sesungguhnya dengan meningkatnya usia ini semoga imanku juga makin bertambah. Dengan pergolakan yang bermacam-macam bukan saja di malaysia tetapi di seluruh negara sebenarnya banyak memberi erti dan untuk aku berfikir. Dengan ketamakkan dan keegoan masing-masing menjadi penghalang untuk keamanan dunia.. keegoan juga lah ramai pasangan suami isteri cerai berai.
Kes penceraian juga semakin hari semakin meningkat. Sebagai seorang isteri, bermacam-macam yang perlu diharungi. Maklum la sebelum ni bujang sekarang sudah berkahwin. Dalam masa setahun kita tidak dapat mengubah semuanya tetapi paling tidak kita sedikit sebanyak dapat mengubah perangai yang mana pasangan kita tak suka. masing-masing perlu ada komunikasi dan toleransi..
Walaubagaimanapun, menjadi adat dalam suami isteri akan berlaku juga bertikam lidah atau berbeza pendapat. Tapi biarlah dalam keadaan yang harmoni. Apa pun yang berlaku, seorang isteri perlu meminta maaf atas apa perbuatan yang menyakitkan hati suami dan begitu juga sebaliknya. Dan si suami haruslah berlaku adil dalam pelbagai situasi. Alhamdulillah dalam setahun aku berkahwin, masing-masing dalam mengenali lebih dalam antara satu sama lain. Cumanya aku kurang bersabar berbanding suami. hehehe...
Setahun sudah berlalu. Sudah dua kali aku keguguran tahun lepas. Aku mendoakan agar tahun yang mendatang ini memberi rezeki yang lebih kepadaku... Mana tau dapat anak kembar ke.. heheh... tak kesah la laki ke pompuan ke yang penting aku dan suami teringin nak menimbang cahaya mata, penyeri rumah walaupun rumah tu dah bising walaupun tak de budak..huhuhu... Mudahan Allah memakbulkan doaku.. dan semoga tahun yang mendatang ini mencurah rezeki yang berlipat ganda buat kami dan semoga kami tidak tergolong dalam golongan munafik dan yang dibenci oleh NYA...aminn...
p/s --> Thanks pada kawan2 yang wish my besday via hpone, sms, facebook dll... thank you very much.. i love u all...