Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 11, 2011

Segenap sudah perkahwinanku...

Posted by Faridatul at 4:21 PM
Alhamdulillah dah genap setahun perkahwinanku bersama suami tercinta muhamad faisal pada 5 feb yang lalu. Semoga perkahwinan ini terus bahagia sampai akhir hayat... dan bertambah juga usiaku pada 8 feb yang lalu...


sesungguhnya dengan meningkatnya usia ini semoga imanku juga makin bertambah. Dengan pergolakan yang bermacam-macam bukan saja di malaysia tetapi di seluruh negara sebenarnya banyak memberi erti dan untuk aku berfikir. Dengan ketamakkan dan keegoan masing-masing menjadi penghalang untuk keamanan dunia.. keegoan juga lah ramai pasangan suami isteri cerai berai.

Kes penceraian juga semakin hari semakin meningkat. Sebagai seorang isteri, bermacam-macam yang perlu diharungi. Maklum la sebelum ni bujang sekarang sudah berkahwin. Dalam masa setahun kita tidak dapat mengubah semuanya tetapi paling tidak kita sedikit sebanyak dapat mengubah perangai yang mana pasangan kita tak suka. masing-masing perlu ada komunikasi dan toleransi..

Walaubagaimanapun, menjadi adat dalam suami isteri akan berlaku juga bertikam lidah atau berbeza pendapat. Tapi biarlah dalam keadaan yang harmoni. Apa pun yang berlaku, seorang isteri perlu meminta maaf atas apa perbuatan yang menyakitkan hati suami dan begitu juga sebaliknya. Dan si suami haruslah berlaku adil dalam pelbagai situasi. Alhamdulillah dalam setahun aku berkahwin, masing-masing dalam mengenali lebih dalam antara satu sama lain. Cumanya aku kurang bersabar berbanding suami. hehehe...

Setahun sudah berlalu. Sudah dua kali aku keguguran tahun lepas. Aku mendoakan agar tahun yang mendatang ini memberi rezeki yang lebih kepadaku... Mana tau dapat anak kembar ke.. heheh... tak kesah la laki ke pompuan ke yang penting aku dan suami teringin nak menimbang cahaya mata, penyeri rumah walaupun rumah tu dah bising walaupun tak de budak..huhuhu... Mudahan Allah memakbulkan doaku.. dan semoga tahun yang mendatang ini mencurah rezeki yang berlipat ganda buat kami dan semoga kami tidak tergolong dalam golongan munafik dan yang dibenci oleh NYA...aminn...

p/s --> Thanks pada kawan2 yang wish my besday via hpone, sms, facebook dll... thank you very much.. i love u all...

7 comments:

Adnir said...

Assalamu'alaikum... Fari...
congrate sis...
semoga dianugerahkan ketanangan dan kedamaian oleh Allah dalam menajalani hidup berumahtangga... :)
BarakAllahu lakuma...
kenalan sms di UKM 99-2001

Adnir said...

Fari... please leave ur email adress 4 me, sis... if u don't mind... miss u soooo much... ;)

Faridatul said...

Wassalam..

Thanks. Maaf ye adnir.. Sape ye nama sebenar awak. Boleh bagi nama penuh atau nama timbangan yang boleh fari kenal.

ni emel fari. farida.ain@gmail.com. Fari pun teringin sesgt nk mengenali sape adnir ni sebenarnya...

Adnir said...

:) would like to play a little puzzle with u, sis....
am older than u...
clue ada pd nama Adnir...
Fari sekamsis dgn akak...
kelab kesenian Islam, K.Ungku Omar... we were so close...
hmmm... Fari prnh temankan akak g jumpa En Ibrahim (klu x silap la) kat fak. kejut... masa tu bilik dia masih guna kabin lg coz bangunan baru fak.kejut. x siap lg...
dapat tak...???
:))
am waiting...
Assalam...

Faridatul said...

clue ada pd nama Adnir...
---> k rindA kan...

pasal g jumpa en ibm ade 2 orang pernah fari bawak g jumpa iaitu k rin dan k nani. tapi k nani tak masuk kelab kesenian islam... ye lah tu.. k rin kan... waa... rindu bangat diriku padamu...

Adnir said...

yeeee.....!!! Full mark tuk Fari...
ada FB kan... ? Rin Adnir ~ ni akaun FB akak... klu sudi add la... huhu... klu lpg kita blh sembang ea...
(akk sbnrnya terperasan fari masa sesi soaljwb dlm rncgn tanyalah ustzh (klu x silap) slot Raudhah kat tv9 bbrp hri leps... terglamor sekejap ek... tak berubah Fari, mantain cute cam dulu... see ya..
wassalam...

Faridatul said...

heheheh... saya ni makin cute la kak. hahahah..

waa.... nnt fari add ye. alhamdulillah tak sangka dengn masuknya fari dlm tv menautkan semula kakak2 kesayangan fari. bestyaa....

patut la fari seminggu dua ni asyik terkenangkan kakak2 KUO jek...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea