Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 27, 2011

Demam...

Posted by Faridatul at 2:20 PM
Dah lama aku tak demam. Sebangun saja pagi ni aku merasa sakit tekak. Hujan lebat di pagi hari menyebabkan macam seronok jek cuti hari ni..pastu smbung di ulik mimpi.. hehehe

Kereta yang biasanya dibawa olehku dibawa oleh suami kerena hujan yang lebat tidak menunjukkan hendak berhenti. Itu perancangan awalnya. Tapi disebabkan hari ni ada appoinment ngan doktor gigi, suamiku berkeras juga untuk aku menggunakan kereta. Alhamdulillah berhenti juga hujan walaupun ketika itu, agak lewat juga suamiku bergerak ke opisnya dengan motosikal maroon yang gagah berani (warna feveret aku)...hehehe.

Sampai sahaja di opis, tetiba mataku berair. Aku ni spesis kalu demam hati mudah terguris atau sensetifnya lagi peka.. Ada plak insiden kat opis yang menyebabkan aku terasa hati sedikit dan air mata bercucuran..Ni tanda-tanda demamku akan berlarutan. Betul la sangkaan aku, jam 10 pagi mataku semakin panas, hidung semakin tidak selesa dan aku semakin kesejukan menggigil. Appoinment ngan doktor gigi jam 3 nanti terpaksa la dibatalkan...

Esok, aku akan join lawatan ke Pesta buku anjuran TSL (Pustakaan UKM). Nampaknya cam tak leh join je memandangkan perubahan suhu yang mendadak ini. Tapi mana tau kot2 esok dh sihat. Harap2nya cam tu la.. boleh membeli belah buku di sana nanti.. :-)

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea