7 Ogos 2012, Selasa : Gara2 cikgu taska wafiy hanya tinggal teacher ana dan empunya taska tersebut sama menjaga baby dan anak2 sementara menunggu teacher baru yang menggantikan 3 orang teacher yang berhenti serentak itu, keadaan wafiy aku merasakan agak tidak terurus.
Mereka terpaksa meletakkan baby di level yang sama dengan kanak2 kecil yang riang bermain. dah la wafiy ni jenis yang suka main dan suke mengutip risau juga dibuatnya..
kerisauan aku tu mula makin terserlah apabila wafiy makan plastesin (tanah liat). aku perasan setelah sekian lama bende tu dalam mulut dia... sedap plak dia mengunyah plastesin tu.
Akibatnya dari hari aku ambil sehinggala hari selasa wafiy tidak berak2 langsung. kalu berak pun najisnya seperti tanah liat aje.. so terpaksa la aku ke klinik untuk meminta pendapat doktor. alhamdulillah doktor kata keadaan wafiy masih normal cuma dia beri ubat sembelit untuk mencairkan najis wafiy.. dan makanan serat tetap diberi supaya najis mudah dikeluarkan...
mudah2 wafiy kembali normal seperti biasa :-)