Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 11, 2015

kolam renang ukm sudah dibuka semula

Posted by Faridatul at 10:21 PM 1 comments
Sudah lama aku menanti bile la kolam renang ukm hendak dibuka semula.. 2 tahun lebih tergendala disebabkan bocor agaknya... semenjak aku mengandungkan waiz sehingga la waiz sekarang telah berusia setahun 4 bulan....

teringat kembali zaman wafiy dulu.. masuk sahaja wafiy 4 bulan suamikua dh mula menenggelamkan dia kat swimming pool ukm ni tetapi tidak waiz.. sian dia.. bila dh usia 10 bulan aku mula mencari swimming pool di sekitar bangi dan putrajaya.. alhamdulillah rupanya di putrajaya hampir di setiap persint ada kolam renang.. memang kesana la kalua tak ke rumah dayah... hehehe

tak sangka sekali waiz masuk ke kolam renang budak ni... yang airnya agak dalam juga untuk budak berusia waiz, tetapi dia boleh survive dlm tu... dia boleh berdiri dlm tu mengkut pergeraan air...bak kata suamiku " waiz ni mudah nak ajar berenang berbanding wafiy".. wafiy ni jenis gayat banyak.. hehehe

so.. semenjak aku post gambra wafiy dan waiz main2 koalm renang barulah ramai yang tahu kemunculan semula kolam renang ukm... apa lagi  ramai la yang ajak swimming.. baru sekali aku belajar berenang semua dengan mar disebabkan hampir 6 tahun juga aku tak berenang... sekali masuk dlm kolam renang sendawa kuar berapa kali.. perghh.. keluar segala angin dlm badan.. hehehe.. tp nk sambung pengajaran seterusnya lepas raya la plak.. bulan posa x elok masuk kolam.. ang masuk air dlm hidung dan telinga dh batal posa.. huhuhu

suke betul wafiy menempel katb tangga kolam.. huhu

gaya baru adik bile nak amik gmbr selain peace yang x menjadi tu.. huhuh


wafiy dah mula pandai menyelam sket2

adik sikit pun tak menunjukkan muka takut duk dalam kolam ni



Saturday, May 30, 2015

akhirnya wafiy dh pandai mengayuh basikal merahnya

Posted by Faridatul at 10:39 PM 0 comments
Basikal merah ni aku beli sempena menyambut kelahiran wafiy ke2  tahun.. sebelum ni wafiy hanya ada keretanya yang aku beli hasil duit nenek bg (kirenya hadiah dr nenek la.. huhu).. tak sangka agak lama juga wafiy baru dpt mengayuh.

selama setahun lebih aku dan suami mengajar dia cara2 nak mengayuh.. tidak dikayuhnya basikal itu. kalu dikayuhpun ke belakang bukan ke depan. tapi tak sangka pula dengan muka penat aku balik dr berkursus selama 3 hari dr khamis lepas sehingga la hari ini ( sabtu jam 3.30 tiba di rumah) wafiy terus memanggil aku dan mukanya yang penuh xcited hendak menyampaikan berita gembira.. "ummi, wafiy dah pandai kayuh laju2".. uish pelik aku.. sejak bile dia pandai kayuh.... terus dicapainya basikal merahnya dan kayuh mengelilingi kereta exora dlm perkarangan rumahku...

tahniah anak ummi... ummi pun tumpang gembira... :-)

wafiy beria2 menunjukkan dia dh pandai kayuh basikal laju2... hehe

Friday, May 8, 2015

hadiah hari ibu dari wafiy

Posted by Faridatul at 6:30 PM 0 comments
hadiah hari ibu dari wafiy.. terima kasih tecer dan tadika nasyrah... 

wafiy ni jenis tak suke mewarna.. tp biarla suatu hari nnt dia mungkin akan suke mewarna pula.. tak boleh dipaksa2... hehe

Sunday, April 19, 2015

petandingan bowling antara staf ftsm

Posted by Faridatul at 3:00 PM 0 comments
Lokasi : Bowling alamanda
Anjuran : KIT, FTSM
Pertandingan : staf dan keluarga staf :-)


wafiy menjaga adik yang sedang tidur lena ketika ummi dan abi tengah bermain.. 

adh penat bermain.. kita makan dulu sebelum pemberian hadiah 

masing2 beratur megambil makanan.. bihun goreng ada, nasi goreng ada, sandwich pun ada... lapo2...

linda sekeluarga

waiz bersama anak2 k faridah

 
wafiy bersama keluarga k salwa.. dh nmpk mcm adik beradik plak.. huhu


hadiah2 kepada pemenang... yang tak menang dapat juga borol air tupperware yg saiz kecil itu.. 

k tie salah sorang dr kumpulan juara.. x aci...waaaa

juara lelaki - gol terbanya

 juara  jugak.. tp juara longkang... perghh.. pun dpt hadiah beb... 

 bergambar beramai2... tp ni keluarga aku dulu.. huhu

Dr Ibrahim sekeluarga

K watie sekeluarga

Wednesday, April 8, 2015

majlis perpisahan k didah

Posted by Faridatul at 2:00 PM 0 comments
majlis perpisahan puan hadidah patong aka k didah.. semoga terus ceria dan happy selepas bersara mulai esok ( 9 april 2015)..

k didah bersama prof dekan

k didah bersama dr muriati


jasamu dikenang.... 

Sunday, January 25, 2015

Menyambut besday waiz di Pantai Morib - Day2

Posted by Faridatul at 11:41 PM 0 comments
25 jan 2015..

Harini seisi main kat pantai pula... hehehe.. budak2 sonok tak terkata.. check out patutnya jam 12 tengahari tp memandangkan budak2 dr jam 9 smpai 11 lebih main di taman dan pantai... so lmbt la nk kuar rumahnya.. tp no hal.. ok jek diorg ni.. huhu

 sesi main di taman... kat sini taman permainan ada 3.. tp yang ni sebelah banglo kami jek... huhu...

waiz main buaian.. suke dia

yang ni lagi la... dh expert main gelongsor.. haha



sesi main di pantai pula

ada orang tangkap ikan.. byk diorg dpt... tp semua ikan duri la..


ini la rupa ikan duri.. anak keam pun ada tertangkap tp kecil sgt



ni baru 1 pusingan... pakcik tu kata sedpnya buat asam pedas sbb ikan ni keras@liat sket





sonok budak comey ni main pasir... 


hasil tangkapan mereka yang dibawa balik umah.. umang2... huhu

Saturday, January 24, 2015

Menyambut besday waiz di Pantai Morib - Day1

Posted by Faridatul at 11:14 PM 0 comments
Besday waiz sepatutnya isnin depan tapi memandangkan takan nk cuti hari isnin so sambut la awal.  Kali ni dapat Chalet morib banglo 3 bilik. Ingakan dapat le reramai disini tapi fadzli kena ke kedah pula.. Dan mulanya diana pun x dapat join sbb road tax dh mati.. tapi naseb baik dia dapat pinjam kereta dari adik fauzi.. Akhirnya dapat juga merasa kemeriahhannya.. Lagipun dh lama tak jumpa anak2 diana ni.. Last jumpa masa raya tahun lepas.. huhuhuh

Sabtu (24 jan)

Mak tiba di rumah jam 12 lbh. Masa tu suamiku ada program kmsyarakatan di sg tekala pula. Dah keluar rumah dr jam 7 pagi.. Aduhai.. naseb baik semua perapan dan barang nk bawa ke sana telah disiapkan smlm sbb aku terpaksa ambil cuti setelkan apa yang patut. Jam 2 barula suamiku pulang.. Setelah siap2 semua barang baru kami bertolak ke sana. 

Tapi sebelum bertolak ke pantai morib singgah di kedai Kek Qaseh beli kek besday dan singgah di warta beli daging kambing slice dan arang.. huhuhu.. boleh pla yang tu tertinggal.. hahahaha.. bertolak dalam jam 4.30ptg dan tibanya di sana dalam jam 6ptg.. 

Setibanya disini seronoknya waiz tak terkata.. mulutnya tak berhenti bising dan jalan2 mcm round umah.. hahaha...

ini la permandangan rumah peranginan perseketuan morib banglo 3 bilik...

ada 2 bilik mcm ni

1 bilik mcm ni

ruang tgk tv

ruang dapur basah

ruang dapur kering

peti ais, dapur, kuali, periuk nasi, periuk belanga, sudu, pinggan, mangkuk, cwn dll semua disediakan

ruang mkn berjemaah :-)

ruang rehat koridor

wafiy dan mak su...


tempar parking keta

chess gergasi.. nak main boleh tolak2 aje...


tempat untuk bbq mlm nnt

gazebo pun ada.. 

taman permainan pun ada.. best2


Malamnya pula kami buat bbq.. makan.. tp banyak gambar aku x snap sbb sibuk buat sup sayur kat dapur dan buat sambal asam.... huhuuh...


daging kambing perapan black pepper

ayam perapan tradisional.. ikan fresh bakar gtu jek

ruangan lepak + sembang (masa ni diana x sampai lg)

muka budak ceria.. huhu

abi sorang la membakar.. udang, sotong, ayam, ikan, sosej... 

sambut besday waiz .. sesi potong kek


sambut belated besday kakak tasya.. sebulan yang lalu.. 24 dec 



Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea