Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2005


Cuti-Cuti Sekolah

Posted by Faridatul at 8:22 AM 0 comments
Assalamualaikum sume


Semalam kakak ku dan adik ku datang umah.

Biasa lah kan. Time waktu cuti ni la kakak ku yang mengajar di sekolah agama kat jeram bleh balik umah. Duk di rumah baru ni amat membosankan. tiap2 hari ditanyanya aku bile nak balik. so apa lagi.. aku pun ajak le dia (yong) ngan adik bongsu ku (ateh) dtg ke rumah sewa aku ni di bangi ni.


mule2nye ateh tak nak ikut. Alah biasa la, dia tu manja kededek. tak leh penat sket. Kononnye malas naik bus. Aku pun ugut le, dtg sini aku belanja etc. Malu le...orang kampung pun dh biasa naik komuter nikan orang kl tak pernah naik komuter. Bukan nak suh dia sombong ke orang kampung. But at least pernah merasa. tak de la jakun sangat. Walaupun dia tu jenis tak kesah.


Dlm kul 5 ptg, yong dh ateh pun sampai. Ku bawa ke opis dulu coz dh janji nk kemas semula opis yang pindah kelmarin. Dlm jam 7 baru setel sumenye. Perkakas umah sume dh abih. So, aku pun seperti biasa belilah makanan di warung yang biasa aku g, kedai Tok Ku.

Thursday, March 17, 2005


Pindah ke bangunan baru

Posted by Faridatul at 4:17 PM 0 comments
A'kum


Aku ni tak habis2 pindah. Bulan lepas pindah umah. Semalam plak pindh keje. Bangunan baru dh siap. So terpaksa la pindah ke bangunan baru yang tak selesa itu.


BT4 tinggal kenangan. Walaupun aku tak lama disitu, tapi kenangan tetap tinggal kenangan. Ku rindukan pula di BT4. Takpe2....kalu tak selesa, aku duk je kat kabin. Tempat biasa aku lepak. Nasib baik ade kabin. heheheh :-)

Tuesday, March 15, 2005


kisah silam mengundang.....hospital universiti

Posted by Faridatul at 5:13 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Semalam ni aku dikejutkan oleh oleh satu panggilan oleh juniorku. Dengan suara yang manja "gitu2" biasanye nk minta tolong sesuatu. Dia seperti biasa menyatakan hajatnya meminta pertolongan dari ku. Junior ku ini ku kenali semenjak dia memasuki kolej ungku omar di ukm. Fakulti yang sama dengan ku. Seorang yang tegas tapi baik hati.


Dimintanye aku menunjukkan jalan ke hospital universiti kepada kakaknye yang datang dari Port Dickson. Aku yang sedikit lupa jalan ke sana mengiyakan nye dengan harapan nanti aku boleh minta tolong rakan yang pernah pergi kesana. Aku hanya pernah pergi ke sana sekali, 5 tahun lepas. Mengenang kisah silam..amat menyedihkan. Di hospital inilah aku menjenguk kawan ku yang sekolej dengan ku buat kali terakhir. Orangnye yang ceria, comel itu sudah lama mengidap sesuatu penyakit yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dari pandangan luaran sedikit pun tak menampakkan dia mengidap sejenis penyakit yang serius.


Junior ku beritahu bahawa dia skrg di hospital universiti kerna mengalami excident. Kakinya patah. Terkejut aku mendengarnye. Disaat itu aku begitu panik. tak dapat nak digambarkan. Petang..setelah habis waktu bekerja aku bersama 3 orang sahabat melawat juniorku ini. Sampai disana, dengan kaki yang bersimen, muka nampak penat namun begitu senyuman masih terpancar diwajahnye.


Kesian plak, malam tu, di wad kecemasan penuh. Terpaksalah juniorku ini balik ke rumah. Dengan tongkat tak de, dengan kerusi roda tiada, terpaksa lah aku dan mije papah juniorku ini. Kesian, aku tahu sakit sebenarnye. Tapi apa boleh buat.


Dikesedihan ini ade plak cerita kelakarnye. Ketika aku dan yang lain2 sibuk memasukkan juniorku ini ke dalam kete, kerusi roda yang dipinjam ketika itu telah meluncur laju entah kemana. kami yang lain2 nye terpaksa bekejar mendapatkannye semula. Tulah sume sibuk ngan si minah ni sampai kerusi roda pun tak de sape perasan dh hilang. Nasib baik tak melanggar sape2.

Tuesday, March 8, 2005


:: penat nye seminggu 2 lepas ::

Posted by Faridatul at 12:08 PM 1 comments


Dah lama gak aku tak menaip dalam weblog ku ini. Bukan apa..time2 exam ni sume lecturer nk markah makmal. Waduhh..poning den. Nak setelkan sume..



Tambahan pula, sistem sekerat dua ni yang aku nk buat ni meyakitkan hati je. First time guna mysql. Takleh lak dia nk connect ngan vb. link dh ok. tapi bile nk add data dlm database..tak leh plak, ari tu mslah link odbc ngan vb..dh ok..skrg bende lain lak...poning...maklum ler . first time guna mysql. pastu masalah nye jugak..coz pc aku ni guna window xp...yang mmg bermasalah ngan mysql..
sape leh tolonggg...cepat lah tolong....

:-{{

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea