Bismillahirrahmanirrahim
Semalam ni aku dikejutkan oleh oleh satu panggilan oleh juniorku. Dengan suara yang manja "gitu2" biasanye nk minta tolong sesuatu. Dia seperti biasa menyatakan hajatnya meminta pertolongan dari ku. Junior ku ini ku kenali semenjak dia memasuki kolej ungku omar di ukm. Fakulti yang sama dengan ku. Seorang yang tegas tapi baik hati.
Dimintanye aku menunjukkan jalan ke hospital universiti kepada kakaknye yang datang dari Port Dickson. Aku yang sedikit lupa jalan ke sana mengiyakan nye dengan harapan nanti aku boleh minta tolong rakan yang pernah pergi kesana. Aku hanya pernah pergi ke sana sekali, 5 tahun lepas. Mengenang kisah silam..amat menyedihkan. Di hospital inilah aku menjenguk kawan ku yang sekolej dengan ku buat kali terakhir. Orangnye yang ceria, comel itu sudah lama mengidap sesuatu penyakit yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dari pandangan luaran sedikit pun tak menampakkan dia mengidap sejenis penyakit yang serius.
Junior ku beritahu bahawa dia skrg di hospital universiti kerna mengalami excident. Kakinya patah. Terkejut aku mendengarnye. Disaat itu aku begitu panik. tak dapat nak digambarkan. Petang..setelah habis waktu bekerja aku bersama 3 orang sahabat melawat juniorku ini. Sampai disana, dengan kaki yang bersimen, muka nampak penat namun begitu senyuman masih terpancar diwajahnye.
Kesian plak, malam tu, di wad kecemasan penuh. Terpaksalah juniorku ini balik ke rumah. Dengan tongkat tak de, dengan kerusi roda tiada, terpaksa lah aku dan mije papah juniorku ini. Kesian, aku tahu sakit sebenarnye. Tapi apa boleh buat.
Dikesedihan ini ade plak cerita kelakarnye. Ketika aku dan yang lain2 sibuk memasukkan juniorku ini ke dalam kete, kerusi roda yang dipinjam ketika itu telah meluncur laju entah kemana. kami yang lain2 nye terpaksa bekejar mendapatkannye semula. Tulah sume sibuk ngan si minah ni sampai kerusi roda pun tak de sape perasan dh hilang. Nasib baik tak melanggar sape2.
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment