Ni adik angkat aku. Panggilan manja dia lek. Come tak??
Kat atas tu gambar adik angkat ku dr patani. Pagi tadi dia baru balik. Sampai disini lama dah. Semenjak hari Selasa lagi. Tapi sayangnye aku tak dapat nak menyambut kedatangan mereka, iaitu lek (panggilan manja adik angkatku) dan mak dan ayah sedara nye, kakak dan 2 orang anak sedara lek ni. Coz diorang sampai mesia- bangi ni pun dalam kul 8 mlm dan masa tu lak aku ade meeting kat kl. balik pun dh tgh mlm.
Keesokkan harinya (rabu) pun aku tak sempat nak bertemu dengan mereka coz diorang g melaka dan hari jumaat plak g sunway. Pada mulanya nak g genting highland tapi tak jadi. Apa sebabnye pun aku tak tau.
Hari ni diorang dh nak balik. Before balik, mak ayah na (housemate aku - sepupu lek) nak jumpa ngan kengkawan anak nye di mesia ni. Kami makan di kedai mamak belakang ilkap. Mak ayah na belanja... makan roti telur ngan air teh tarik. Mak ayah na mkn nasi. Maklum la, orang thailand pagi2 mkn pulut. Tak de pulut ganti ngan nasi.
Sebelum balik terus ke patani, kami semua g putrajaya. Amik gambar ramai2 kat sana. Sekejap je sebab takut sampai kat patani lewat mlm. Lek yang bawak kete. Dia kata perjalanan dari patani ke bangi dalam 8 jam je. Entah la. Berapa 'speed' budak tu bawak aku pun tak tau.
Lek ni sebenarnya adik sepupu housemate aku - na. Dia ni pun orang patani. Aku menginap bersama dengan 2 orang patani dan mempunyai ramai kenalan senegara mereka ni. Best tul dapat mengenali budaya orang luar ni tau...
Aku ngan lek ni kira rapat semenjak kami sama2 g chiang mai pada bulan januari lepas. Dia ni peramah orangnye. Dan dia ni pun suka 'usik' aku. Lagipun dia ni tak ramai adik beradik. So aku anggap dia cam adik aku. Lagipun dia ni adik bongsu. 'Lek' tu panggilan adik bongsu dlm bahasa thailand. Ramai yang kata dia ni hensem. Ye ke?? entah la. Boleh la dikategorikan hensem. :-) Kalau dia tahu mesti bangga giler nye.
Aku pun teringin nk g sana gak (patani). Bulan 2 lepas cadangnye nk g, budget cukup, tapi kawan aku tu nk balik kejap je. Jadi tak best la g sana kejap2. Tunggu la. Lagipun mak ayah dia dh kenal kami. Siap ajak lagi bile nk g sana. Syok ni. Teruja lak nk g. Tengokla, InsyaAllah kalau ade rezeki, akan ku jejak jua bumi patani...